Cabaran 30 Hari, Hari Ketujuh -- Sejauh mana pendidikan itu penting bagi Scha

Sunday, September 07, 2014


Assalamualaikum. Hai semua.

Kembali ke Cabaran 30 Hari di hari yang KETUJUH.

Tajuk cabaran pula,

Sejauh mana pendidikan itu penting bagi Scha?

Baiklah.

Bagi aku, pendidikan itu sangat penting. Sebab tanpa pendidikan, anda takkan ke mana. Tanpa pendidikan juga, anda sukar untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik. Tapi, bagaimana pula dengan mereka yang belajar sampai darjah 6, tapi mampu mengubah hidup mereka?

Haa, itu bagi mereka yang tak pernah kenal erti putus asa dan berusaha untuk yang lebih baik. Cuba kalau tiada pendidikan dan malas, cuba teka di mana ia akan bawa anda? Itu biarkan aku tinggalkan untuk korang fikir.

Dulu parents selalu marah kalau aku leka dalam study or malas. Ingat lagi, sebelum tidur mesti kena hafal sifir. Kalau buat latihan dan ada satu salah, bersiap sedialah nak kena rotan di tangan. Pedih. Tapi, kesan dia kuat kepada aku. Buat aku tersedar betapa sangat pentingnya pendidikan.

Aku anak tunggal. Kalau aku tak tolong diri aku lagi, siapa lagi kan nak tolong aku kalau parents dah takde. Aku kena fikir itu semua. Selalu orang ingat aku ni anak tunggal, semuanya dah tersedia. But not to me. Aku kena fikir berapa banyak tanggungjawab yang aku kena pikul bila dah dewasa nanti. Mampu ke untuk aku pikul? Siapa nak tolong aku kalau mama ayah dah takde? Sampai sekarang aku takleh bayang kalau mama ayah takde. Nak tak nak, kena juga belajar hidup berdikari.

Alhamdullilah. Selepas lebih 5 tahun belajar selepas alam persekolah, aku berjaya menghabiskan degree aku. Walaupun pointer tidaklah sehebat mana, tapi aku bersyukur sesangat sebab Allah bagi aku kekuatan yang maha kuat untuk aku tempuh 5 tahun ini. Syukur Alhamdullilah.


Kepada pelajar universiti, kalau rasa nak berhenti. Silalah fikir berjuta-juta lemon kali. Fikir mak ayah yang penting. Fikir kerugian yang bakal korang tampung kalau berhenti setakat jalan. Cuba habiskan degree/diploma, dan lepas dapat sijil lantak korang lah nak buat apa. Pilihan di tangan korang okayy! 

Good luck to all of you adik-adik! ^^

Follow and let me know!

You Might Also Like

13 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. Kekadang kalau orang yang belajar sekadar darjah 6 tu boleh berjaya sebab dia juga belajar tapi dari pengalaman hidupnya ^_^

    ReplyDelete
  2. Yang penting ade ilmu. Takyah tinggi2. Seperti yg Zu mal cakap, belajar dari pengalaman pun boleh. Hihi

    ReplyDelete
  3. saya sebagai pelajar universiti berjanji akan belajar sungguh sungguh......omaigod!!!kejurueraan kimia tuh....ramai kawan amik kos tuh dan rata-rata diorg kata susah gila nak skor...gerun dgr diorg kata mcmtuh..sekrg tgah bt apa?kerja ke?


    p/s:hai..hai..hai....dengan ini sy berbesar hati utk menjemput anda ke satu awards ....selamat mengarang ye..sila lapor diri secepat yg mungkin ^^

    http://aimanbudakbaik93.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
  4. pendididkan memg pntg dlm hidup semua org

    ReplyDelete
  5. yela...sekarang ni kan memang pendidikan tu penting...

    ReplyDelete
  6. Akak jm jgk setuju tuntut ilmu hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  7. tahniah scha... kejayaan tu la pengubat penat lelah mak ayah Scha ....Alhamdulillah....lepas ni masuk ke alam pekerjaan pula kan...

    ReplyDelete
  8. betul! pendidikan tu penting sangat. it will decide our future believe it or not.

    oh, akak budak engine kimia ye. saya elektrik. zzzzztttt... XP

    ReplyDelete
  9. Ilmu & pendidikan itu memang penting. Banyak beza antara orang yg berilmu dgn yg jahil :)

    ReplyDelete
  10. Strict juga parents Scha kan.
    Tapi, bagus macam tu..baru kita ingat sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  11. menuntut ilmu juga satu ibadah :)

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook