Cabaran 30 Hari #9 -- 5 Lelaki Yg Menarik Perhatian

Tuesday, September 09, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Tajuk ni panas ni. Sedap kunyah popcorn sambil menaip. Haha.

Well, masing-masing ada taste tersendiri kan? Terpulang lah. Ikut sedap hati.

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Scha Nazri


1) Kelakar -- Ini kriteria paling utama dalam setiap lelaki. Kalau serius je memanjang pun tak best kan? Kena lah ada sense of humour sedikit. Baru lah ceria hidup. Warna warni gitu. Haha

2) Tinggi -- Aku ni dikatakan quite tinggi jugaklah. 166cm. Tapi, kebanyakkan lelaki yang aku kenal semuanya rendah-rendah. Kalau keluar dating ke, tak boleh pakai high heels. Kena pakai flat je. Haha. Aku suka kalau ketinggian aku paras bahu dia. Pergh. Cairrrrr!

3) Hormat orang tua -- Ini sangat penting okay. Kalau dia tak hormat orang tua dia, boleh ke kita nak expect dia akan jaga kita dengan baik bila dah kahwin kelak? Selalunya aku akan tengok hubungan dia dengan mak dia. Kalau lembut je, it's a yes for me! ^^


4) Mampu -- Mampu dari segi kewangan untuk jaga keluarga. Ada lelaki yang belum bersedia nak kahwin sebab kewangan dia tak kukuh lagi. Nak jaga diri sendiri pun kelam kabut lagi, apa tah lagi nak jaga anak orang kan? Bagi aku, lelaki yang mempunyai vision begini sebagai yang berwawasan dan bertanggungjawab. Dia fikir tentang orang lain baru dia buat keputusan.

5) Imam solat -- Salah satu impian aku selepas kahwin nanti ialah, aku nak kami solat maghrib sesama. By hook or by crook, kena solat jemaah maghrib dan jadi imamku. Aku harap kalau aku praktiskan tips ni, rumah tangga kami akan kekal bahagia sampai ke akhirnya.

Sebenarnya ada dua lagi. Aku suka lelaki yang kemas dan menjaga penampilan. Tak perlu handsome sangat, cuma perlu lah sentiasa jaga kebersihan dan kemas. Handsome ke tak, itu belakang kira.

Lagi satu, aku juga suka lelaki yang thoughtful. Tak perlu bagi fancy gifts, cukuplah sekadar ingat dan bagi simple gifts macam kad ke. Haaa, Aku ni jenis cepat tersentuh. Benda yang kecil pun boleh buat aku berada di awang-awangan! Hahaha


Tapi, tak semua benda kita nak, kita dapatkan? Allah ada sebaik-sebaik perancang untuk kita. Tahu apa yang sesuai dan tidak dengan kita. Lebih baik menyayangi orang yang sayangkan kita daripada menagih kasih sayang dari yang tak pasti. ^^

Bermadah cinta pula aku ni haaa. Haha.

Oh yer. Jangan lupa JOIN giveaway by Karya Mahirah! Hadiah dia superb! Dan aku ialah salah sorang sponsor untuk GA ini! Jangan lupa support! :)


Klik gambar untuk ke GA Karya Mahirah. Konpem tak nyesal! 

Follow and let me know!

You Might Also Like

28 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. amboi scha, orang mintak 5 dia bagi 7 ye..hehe

    ReplyDelete
  2. yeayy.. yg jadi imam kite tu terbaikk.. dapat pimpin fmly gittew kan... :)

    ReplyDelete
  3. Wuuu....semoga Scha berjumpa dengan Prince Charming itu...ke sudah jumpa? :p

    haha...akak dah follow awak... :)

    ReplyDelete
  4. semua ciri tu ada kat saya kecuali tinggi.. minta maaf lah scha, tak boleh saya nak terima awak.. hahahaha..

    well, tak salah memilih pasangan. pastikan yang terbaik untuk diri kita. tapi kalau nak yang terbaik, diri kita pun mesti terbaik jugak. baru ada take and give.

    semoga bertemu dengan jejaka pilihan yang dicari tu.. good luck scha!

    ReplyDelete
  5. semoga mendapat jodoh yang terbaik...hehehehe

    ReplyDelete
  6. Alolo..comelnye suka lelaki tinggi. Hik3. Tapi kalau dah jodoh ngan lelaki rendah, acano tuh kak scha? Haha. Semoga tercapai laa impian mendapat yg di idamkan.

    ReplyDelete
  7. @ASaDa RyutaRo Amboii. Awak tu dh kahwin. Mohon sedar yerr.

    itulah. kena give and take :)

    ReplyDelete
  8. moga akak jumpa bakal imam akak...nak tggi mc siapa tuh?hooohoohoohoohooh...cari model la akak kalu nak tggi..lelaki malay susah nak cri yg tggi...

    ReplyDelete
  9. 5 lelaki or sifat lelaki sis JM pun dh confius :-)

    ReplyDelete
  10. sama taste lak kite.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Cam lebih dari 5 jaa.. he he...

    ReplyDelete
  12. imam maghrib je? imam lah semua waktuh solat... lgi umphh! :D

    ReplyDelete
  13. Semoga berjumpa dengan jejaka pilihan, haha =D

    ReplyDelete
  14. yang penting bleh jaga dan jadi pembimbing kite... insyaallah

    ReplyDelete
  15. k taste kite sama kak.. lagi2 jadi imam solat! yehh . semoga diberikan jodoh yg baik. amin :)

    ReplyDelete
  16. Eh, point macam lebih je :)
    Nasib kite rendah, confirm dapat lelaki tinggi :D

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. salam. sy nak 5-5 tu jugak hehe

    ReplyDelete
  18. salam..sis dah add awk dlm bloglist.. :)

    ReplyDelete
  19. tingginya kak Scha :O saya 156cm je. sobs.

    moga2 kak Scha bertemu dengan someone yang boleh jaga kak Scha ^^, insya-ALLAH. aamiin.

    ReplyDelete
  20. gud luck schaaaaa..
    semoga berjumpa dgn lelaki idaman tu :))
    dah follow u :))

    ReplyDelete
  21. Scha, nanti ada yang hantar borang pencalonan. Hehe ^_^

    ReplyDelete
  22. done follow sis
    http://hidayuayumie.blogspot.com/2014/09/giveway-september-by-karya-mahirah.html
    salam perkenalan

    ReplyDelete
  23. heheh akak pun sedap kunyah popcorn sambil baca entri scha ;)

    ReplyDelete
  24. Saya suka lelaki kulit sawo matang.
    Ex2 dulu kulit sawo matang..
    Begitu juga suami saya.
    xD..

    ReplyDelete
  25. nak yg kelakar jugak. mesti rasa fun je jalan2 p soping. kekeke

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook