Cabaran 30 Hari, #17 -- 5 Perkara yang Scha Rindu

Wednesday, September 17, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Cabaran 30 Hari, Hari Ke tujuh belas -- 5 Perkara yang Scha Rindu


1) Rindu arwah abang and adik-adik, arwah atuk, arwah maklang
-- Paling rindu dekat arwah maklang. Dah anggap macam mak sendiri. Semoga maklang tenang di sana. Amin

2) Rindu kekawan UMP
-- Aku rindu dorang, tapi, dorang tak rindu aku balik. Semuanya senyap je. Stalk pun kat Facebook ataupun Instagram. Haha
-- Semoga dorang sihat dan cepat-cepat dapat kerja! Amin!


Le roommates. Dorang ni lah yang paling aku sayang. Sampai sekarang still keep in touch. 

3) Rindu panjat Bukit Panorama, Pahang
-- Ini nak kata rindu jugaklah. Tapi, kalau nak naik lagi, mahu aku fikir pat ploh pat kali.
-- Nak baca kisah adventure Scha? Baca sini --> http://www.schanazri.com/2014/05/cabar-diri-sendiri-mendaki-bukit.html


4) Rindu zaman kanak-kanak bermain dengan sepupu
-- Dulu zaman kanak-kanak, mesti kami akan main permainan-permainan kampung. Macam rounders. Haha. Best kot main dalam hujan. Dengan lecak-lecak. Siap boleh berenang lagi.

5) Rindu pergi Bandung, Indonesia
-- Satu-satunya overseas yang aku pergi. haha. Best kenangan kat sini. Paling tak boleh lupa, masa pergi theme park Trans Studio, Bandung.


Amboi. Banyaknya rindduuu. Hahha. Kenangan tu yang paling aku rindu sebenarnyaaa. Wuwuwuwu. Kalau rindu kan seseorang, bacalah Al Fatihah kepada dia, kurang sikit kerinduan itu ^^

Follow and let me know!

Peringatan paling sopan:

-- Korang dah join belum GA September by Karya Mahirah tu? Link ada kat sidebar okay. Klik je gambar tu taw
-- Boleh tak korang jawab POLL kat sebelah tu? Saja nak survey, mana yang korang lagi prefer. Hehe.

You Might Also Like

12 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. moment yg indah dan sukar ntk kita dpt balik, itulah moment yg plg dirindui. hopefully we will stay strong and happy always. InShaaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Kekadang terlalu rindu boleh buat mengalir air mata... Al Fatihah

    ReplyDelete
  3. setuju kat part kalau rindu orang tu, sedekahkanlah al-fatihah untuk dia.. :)

    ReplyDelete
  4. Bykkan berdoa dan sedekah Al Fatihah buat mereka yg sudah tiada ye dik. Percayalah , dierorg de sentiasa dgn Scha dan juga pastinya rindukan kamu.

    Semoga sukses ye.

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah. Moga insan-insan yang Scha rindu + kasihi tu tenang di sisi-Nya.

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah kepada merema yg telah pergi aminn

    ReplyDelete
  7. Banyak kenangan indah. Kenangan mase kecik2 la paling rindu kan? Kan? Haa..

    ReplyDelete
  8. Kawan-kawan sentiasa bertukar, datang dan pergi
    Tapi kawan baik akan sentiasa berhubung.
    Wah banyak dah gi jalan luar negara

    ReplyDelete
  9. saya tag scha disini
    http://www.arzmoha.com/2014/09/versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
  10. setuju tuu kak.. baca la alfatihah. amin :)

    ReplyDelete
  11. banyak kenangan dulu2 yg akan dirindui sampai bila2

    ReplyDelete
  12. semoga arwah semua ditempatkan di kalangan hamba ALLAH yang beriman. amin.

    sepupu saya pun dah besar2. so dah segan sikit nak main sama-sama. hehehe

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook