Cabaran 30 hari #11 -- Kenangan lucu zaman kanak-kanak

Friday, September 12, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa.

Cabaran 30 Hari, Hari Kesebelas -- Kenangan lucu zaman kanak-kanak

Mak aihh. Cabaran ni aku rasa paling susah. Sebab aku tak ingat sangat zaman kanak-kanak aku. Ingat pun, samar-samar gitu je. Lagipun, aku ni nakal time kecik. Tu yang banyak buat mama ayah hangin je dengan aku. kikiki. My bad. 

Nak tahu bagaimana Scha ni seorang yang nakal? Jeng jeng jeng


Dulu masa kecil, kena duduk dengan orang sebab parents kerja. Mula-mula memang rasa, okay. Duduk rumah orang. Okay.

But, after that, anak orang jaga tu asyik buli aku. Mental dan fizikal. Nauzubillah. Masa kecil dulu aku selalu kena buli. Kalau duduk rumah orang je, mesti kena buli. Sampai lah last aku duduk rumah orang, masa aku sekolah rendah. Bila dah masuk sekolah menengah, aku belajar duduk sendiri kat rumah. 

Pernah ada satu masa, aku kecil lagi, dalam tadika kot, aku nak duduk rumah sendiri. Taknak pergi rumah orang jaga. Okay. Ayah mama bagi aku duduk sorang.


Tapi, masalahnya, aku pulak yang takut duduk rumah tu. Korang tahu rumah kuaters dua tingkat yang binaan dulu-dulu punya? Macam ala-ala british gitu kan. Rumah aku tu pula, tingkat atas takde orang duduk. Memang tak berpenghuni pun atas tu. Cuma ada banyak sarang labah-labah dan burung banyak singgah kat atas tu. 

Yelah kan. Budak kecik. Takut bila pandang tangga nak ke atas tu. Mulalah fikiran muncul macam-macam benda. kahkahkah.

Disebabkan tak tahan, aku berlari lah pergi rumah orang jaga aku balik. Takut nak duduk sorang-sorang. Haha. Tak silap aku, ayah balik lunch tu nak hantar makanan, lepas tengok aku takde kat rumah, gelabah lah dia. 

Dia datang tepat kat rumah orang jaga tu sambil aku tengah disuapkan makanan. Aku ingat muka ayah aku time tu. Muka orang lega anak dia selamat. Mesti ayah aku risau gila hari tu. Haha. 

Ayah aku ni kira over-protected kat anak dia. Serius. Ayah aku ni, kalau boleh, aku kerja jadi cikgu tadika pun takpe. Asalkan duduk Seremban. Asalkan aku duduk rumah. Haa, gitu. Memang rimas, tapi, aku takleh buat apa-apa. Ayah kan. Gila tak sayang. Even selalu je gaduh. Hahahhaa. 


Erm kenapa ek dengan berblog ni aku boleh luahkan kenangan zaman kanak-kanak walaupun amatlah tidak best kenangan waktu itu. Sungguh menyakitkan minda aku. Duhh. Padahal, aku nak simpan je dalam kotak fikiran, taknak keluarkan dah. Entahlah. Berblog ni boleh aku ingat balik siapa aku pada waktu dulu. 

Pergh. Deep gila ayat ni. haha. 

Peringatan paling sopan:

-- Korang dah join belum GA September by Karya Mahirah tu? Link ada kat sidebar okay. Klik je gambar tu taw
-- Boleh tak korang jawab POLL kat sebelah tu? Saja nak survey, mana yang korang lagi prefer. Hehe.

P/s: Aku mungkin tak berblog weekend ni. Ada wedding nak kena pergi. Hehe.

Follow and let me know!

You Might Also Like

18 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. Zumal pernah kejap tinggal dengan family masa family kerja adik buli zumal. Hehe lawak tak ^_^

    ReplyDelete
  2. alahaiii lawak la Zumal ni ><

    pehhh kiraa knunnya berani la nk tggl sensorang kan.. kehkeh

    ReplyDelete
  3. Biasalah ayah overprotected.... ayah mana tak sayang anak kan... nnt dah free, dtg blog kite ye... i got posts scheduled for this wikend! hapi reading! :D

    ReplyDelete
  4. zizie rumah setingkat pun, seram gak duk sorang2.. hehehe... zizie kalau buat salah, gi lari kat rumah tok.. pastu gi makan kat rumah cousin.. balik bila abah datang cari.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. ayah mana yg x syg anak die kan hehe.. ayah ana pon cmtu jugak la Scha. plus dgn Mak sekali over protected. drpd zmn bljr dulu sekolah rndah mmg dok dgn fmly, sek mnengah pon dok dgn fmly. form 6 pon kena stay dgn fmly sbb mak ayah x bg dok asrama. masa kt USM je x bleh dok dpn mata dorang sbb jauh. hehe.. pstu skrg zmn keja mmg stay balik dgn dorang dah 4 tahun huhu

    *ni sipbek blm kawen. kalo Ana kawen nti tah cemane la Mak nk hadap =P

    ReplyDelete
  6. Jom join GA menarik ini:

    http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/09/sweet-september-giveaway-by-mellya.html

    ReplyDelete
  7. Haha..kene buli ngan anak penjaga? Comel je. Pastu takut2 dok sensorang. :D

    ReplyDelete
  8. Klau d tanya pasa akak kenangan lucu zaman kanak2 mmg x de lah semua kenangan pahit dan sedih je

    ReplyDelete
  9. zaman kecik2 husna ada apa ye?? erm banyak main masak2 je kot..habis daun pokok tok dkat kg ambek buat jual2..hari2 main boleh bogel pokok tuh..hahaha..

    ReplyDelete
  10. bila scha cerita pasal ni. baru kak irra teringat zaman ekcik2 kak irra, penakut kolah mandi. okey idea update blgo nnt. hahaa

    ReplyDelete
  11. Salam kenal dari Ros :) follow sini dari segmen Karya Mahirah :)

    ReplyDelete
  12. salam, sis. done follow dan join GA. tq sbb sponser hadiah. harap2 blh menang. :)

    ReplyDelete
  13. Ala shiannya dia kena buli,..

    ReplyDelete
  14. Hahaha...dapat bayangkan. Sekarang takut lagi tak?

    ReplyDelete
  15. zaman kanak-kanak memang lucu.
    Tapi berbeza zaman dulu dan sekarang
    Zaman dulu orang kenal anak-anak jiran.
    Zaman sekarang orang suka "tutup pintu"

    ReplyDelete
  16. dah besar ni kena buli lg x? hehe

    ReplyDelete
  17. rumah mak cik saya dua tingkat. tapi tingkat atas tu, xde sornag pun naik. eiiii

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook