Soalan fofular di hari raya

Sunday, August 10, 2014


Assalamualaikum. Hai semua. Sihat?


Raya ni kan, saja lah aku nak share dengan korang something. Erm. Kira luahan perasaan jugaklah. Korang pun tahu kan, aku dah habis belajar. Tunggu nak ambil skrol bulan sepuluh ni. Aku dah habis belajar kira sebulan lebih. 2 3 hari sebelum puasa tu aku dah habis dah.

Bulan puasa pulak memang duduk rumah. Jaga mama. Sebab mama dah tak sihat sangat. Diabetic. Kaki dia kalau pijak memang sakit tapi dia bertahan jelah. Pagi dia ngajar orang ngaji. Bila lepas ajar orang ngaji, energy dia dah kurang. Petang pulak kami akan ke bazar Ramadhan. Cari juadah. Aku nak masak pun, tak power sangat. Sebab tu aku kahwin lambat lagi. haha. Eh, terpesong pulak. Balik je dari bazar dan solat Asar, mama akan tidur sekejap. Time ni lah dia akan rasa tak larat sangat. Jadi aku lah yang menyediakan juadah. Tinggal mama bangun dan terus berbuka sahaja. Ini memang tanggungjawab aku.


Tapi, bukan itu yang aku nak highlightkan. Yang aku nak highlightkan ialah, aku masih menganggur lagi. Tak dapat pun lagi offer interview. Boleh dikatakan tetiap hari jugaklah aku bukak jobstreet dan tengok kerja yang sesuai dengan degree aku. Mana yang berkenan, aku hantar application. Tapi, still tak dapat interview lagi. Huwaaaa.

Memang lah rezeki Allah tu di mana-mana. Tapi, tipulah kalau aku kata tak cemburu tengok ada yang kekawan dah start kerja. Aku pula masih di rumah. Itu yang aku aktif blog tu. Mungkin Allah masih tahan rezeki aku. Maybe Allah suruh aku berbakti dekat mama and ayah aku dulu. Maybe aku masih banyak dosa. Aaaa, kena banyak-banyak buat solat sunat ni.

Takpelah. Belum rezeki lagi. Maybe Allah nak bagi rezeki dari segi lain. Bersyukur sesangat mama ayah still mampu tanggung aku. Syukur.

Dan semestinya soalan fofular di hari raya ialah,

'Syasya dah kerja ke?'
'Syasya belum kerja lagi?'
'Syasya dah habis belajar kan? Belum dapat kerja lagi?'

Kita bersangka baik jelah. Maybe dah setahun tak jumpa kan, mestilah nak tahu perkembangan diri kita kan? Makcik pakcik ni dia care sebenarnya. Sangka baik jelah.

Korang doakan Scha dapat kerja yer. Dapat kerja dekat dengan rumah dan boleh jaga mama selagi boleh. Amin.

Thanks korang :)




You Might Also Like

12 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. Semoga cepat dapat kerja ya :)

    ReplyDelete
  2. Semoga mama Scha cepat sembuh. Insha'Allah ada rezeki dapatla interview dan kerja tu.
    Semoga dipermudahkan :)

    Jemput singgah My recent post : Cara Memastikan Otak Cerdas!

    ReplyDelete
  3. Sabar. Insyallah ada rezeki dapatlah kerja ^-^

    ReplyDelete
  4. xpe scha Allah perancang yg terbaik buat kita...Hanya Allah tahu perjalanan hidup kita..Rezeki tuh ade cume lmbt n cpt je

    ReplyDelete
  5. shyue pun slalu dpt soklan yg same..Anyway, all the best ye! :)

    ReplyDelete
  6. samela kite.. ditanya soalan cmtuu..
    yeh bsangka baiklaa ^^

    ReplyDelete
  7. takpe Scha, rezeki kita tuhan dah janji :) orang sekeliling memang akan sentiasa sibuk bertanya nak tau itu ini. kang dah kerja depa tanya bila nak kahwin, the list is endless in our society. sementara ada masa nak jaga mak, baik luangkan sepenuhnya. we never knew nanti kalau dah kena pindah sebab kerja, bila lagi nak berbakti kan ^_^ high 5 sikit, tak kerja lagi ni XD

    ReplyDelete
  8. xpe Scha.. lain org, lain ujiannye. maybe skrg ni scha rase ssh sgt nk dpt keje, tp usaha je dulu.. buat masa skrg ni take care mak scha dlu selagi ada peluang.. nti kalo dpt kerja, jauh ke, dah ssh pulak nk jage.. ape2 pon positif k ;)

    ReplyDelete
  9. takpe scha...kite pon belom keje...geng ar dgn kite.... :D

    ReplyDelete
  10. aminnn. semoga dpt kerja yg baik2 yeaaa

    ReplyDelete
  11. saya doakan semoga sis berjaya ^^,

    saya pun jadi macam tu juga kak. tapi in terms of intership lah. orang lain dah start seminggu intern, saya x dapat lg.

    memang risau sangat, xkan nak habiskan sem xde tempat praktikal. last2 betul2 masa dah give up, ALLAH gerakkan hati orang kerja tu untuk telefon saya.

    terus saya setuju. dah x fikir tempat tinggal macam mana, transport macam mana.

    tapi alhamdulillah, tempat praktikal saya best sangat. boss memang awesome!

    so, xpelah dapat lambat, ALLAH lebih tahu apa yang sesuai untuk kita. ^^,

    penantian akak tu mudah2 an berbaloi. insya-ALLAH.

    yang penting usaha mencari kena ada.

    ReplyDelete
  12. Scha anak tunggal ke?
    Alaaa pedulikan soalan brgitu bukan dorang x tahu scroll pun brlum dpt pastu baru je habis x sampai 3 bln sepatutnya x boleh tanya soalan begitu. Ramai mengangur bertahun2 baru dot keja itupun kekadang d luar bidang so sabar ye schain sha alah ada rezeki x ke mana. Klau kitaberjasa dgn mak ayah in sha allah murah rezeki. Rajin2 lah solat dhuha ye

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook