Berangan nak ke Korea katanya

Tuesday, August 05, 2014


Assalamualaikum. Hai semua. Masih dalam mood raya? Aku?

Mestilah dalam mood raya ni haaa. Tadi je baru balik dari ber-road trip dengan kekawan ke KL. Beraya ke rumah kawan di Bukit Antarabangsa. Yer. KL ke Seremban tu bukan jauh sangat pun. Tapi, bagi seorang penganggur terhormat macam aku dan susah benar nak ke KL, ini adalah satu peluang keemasan untuk short escape. Kemain ada short escape lagi. Siap singgah depan rumah Dato' Siti lagi. Terpegun sangat tengok rumah 3 tingkat dia. Hewhewhew. Okay. Cut the chase.


Bila dah berjumpa dengan kekawan sekolah ni, mula lah berangan macam-macam. Antaranya berangan nak ke Korea. Ada kawan aku ni, Atiqa, dia k-pop girl gitu. So, dia tahu lah serba sedikit tentang Korea. Yang aku ni haa, teringin nak jejak kaki ke negara orang je. Lepas kau dah banyak sangat tengok cerita omputih dan drama Korea, mestilah berangan nak ke sana kan? Korea ni memang dalam wish list aku lah. Tak caya ce tengok entry 23 on 23 aku ni haa.


Nak jugak merasa pakai baju sejuk, lepas tu ambil gambar ala-ala Winter Sonata. Tambah-tambah ada keluar asap kat mulut. Kakaka. Yer. Itu berangan aku. haha. Nak sangat pergi. And then, kami plan nak pergi next year. Musim luruh (spring ke autumn) ek? Aku bab musim ni fail sikit. Malas nak google. Sebab at least kalau musim luruh tu, dia tak sejuk dan tak panas. Nak pergi winter, takut sejuk bebenar sampai tak boleh gerak memana kang. Membazir jee. Lepas tu, plan nak ke Jeju-do Island. Haaa, yang Winter Sonata shoot tu. Ke Nami Island. Entah lah. Yang penting, ia pulau yang sangat pemes. Kalau cerita Korea yang romantik takde scene kat Jeju-do, memang tak sah. haha. Fact ni.


Alih-alih, Air Asia Go pun ada menyediakan flight ke South Korea. Fuyooo!

Click for the ultimate deal from Air Asia Go

Yeayy. Boleh lah kot nak book awal guna Air Asia Go ni haaa. Maybe ada promosi lagi sebab tarikh travel dia tu tak kena dengan musim luruh. Lagipun nak pergi tahun depan, banyak promo lah kott. hehe. Apa-apapun, nak try jugak search airlines yang lain. Just a survey kan. Setahun lagi nak pergi. Haha. Thanks Nuffnang for the CPUV. Eh, ada jugak CPUV yang lain. Ada dari Waku Doki, Mayfair Bodyline dan juga Air Asia Go. Thanks a lot. Love youu. Muahh ciked.

Dan azam sebelum ke Korea,

1) Ada DSLR and compact camera
2) Nak kurus. Bhahahahahahaa. 

Doakan beta! Amin!

For more info, please visit www.airasiago.com.my

#instalacur


P/s: Kalau rajin, click lah mana yang patut ek. Nak isi tabung travel ni. Hehe. Meh, muah ciked. Kakakkaa

You Might Also Like

18 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. hahahaha yehhhh jom jom pi korea ^^

    ReplyDelete
  2. wah, ke Korea ke kita? hehe. :) terboek. Anas doakan Scha. hehe. yg no 1 dgn 2 pun Anas doakan :) hehe. ~amin

    ReplyDelete
  3. Teringin juga nak pergi Korea :D

    ReplyDelete
  4. Ewah, xpe pasang niat. Insha'Allah ada rezeki dapat la tu. Nah, Tiey klik iklan Toyota atas tu. Leh wak duit tabung utk pi korea. ehehe

    Btw, Salam Aidilfitri ye Scha comel :)
    http://tieysmilez.blogspot.com/2014/08/syawal-2014.html

    ReplyDelete
  5. Ewah, xpe pasang niat. Insha'Allah ada rezeki dapat la tu. Nah, Tiey klik iklan Toyota atas tu. Leh wak duit tabung utk pi korea. ehehe

    Btw, Salam Aidilfitri ye Scha comel :)
    http://tieysmilez.blogspot.com/2014/08/syawal-2014.html

    ReplyDelete
  6. Amboi..ke korea ke kita? Hehe. Tu la..teringin jugak gi korea. Gi musim2 biasa kat sane still sejuk. Hihi. Bestnye, cakap2 keluar asap haba. Comel2!

    ReplyDelete
  7. korea pun menarik gak..jangan risau, keep on dreaming sebab itu yang buat kita berusaha nak make it reality..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. sis suka tgk pakaian pelakon wanita korea , anggun sungguh . jauh beza artis kita ...

    ReplyDelete
  9. Kena kumpul duit dari sekarang. Nanti boleh beli ole-ole Korea untuk rakan-rakan blogger. Hehe! :D

    Insyallah. Semoga azam sebelum ke Korea dan impian untuk ke Korea tercapai. Aamiin. :)

    P/S: Eh, jemput datang ke blog Arol! Ada something. Entri 6 Ogos 2014. :D

    ReplyDelete
  10. salam. huuuu sy pun berangan nak kesana hehhehe :P

    muka macam sama dengan muka ofismate sy :D

    ReplyDelete
  11. amin. insya-ALLAH ^^,

    saya pun pernah berangan nak ke Korea. tapi sebab tu je paling dekat sikit dengan Malaysia.

    kalau banyak duit, nak g NZ and London. heeee.

    ReplyDelete
  12. Dulu mmg tak pernah verangan nak keluar dari boundaries Malaysia.
    Sekarang dah mula ada rasa tu..

    ReplyDelete
  13. ok la tu ada pasang angan-angan... tetiba akak pulak rasa nak gi hahaha...

    ReplyDelete
  14. Korea mmg best sgt klau boleh tiap2 taun nk pegi. Akak dh pegi sekali thn 2011 then thn ni in sha allah pegi lagi :-) klau x keberstan email pada akak alamat ye, boleh?

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook