schatips

TIPS BELI BARANG INSTASHOP

Saturday, August 30, 2014


Assalamualaikum. Hai semua. Sebenarnya entry ni dah lama dalam draft. Aku buat tajuk je dulu. Isi kemudian. Bukan apa, bila kekeringan idea, entry-entry dalam draft ni berguna jugak. Haha.


Okay. Untuk pengetahuan semua, aku ni addict dengan Instagram. Setiap hari kena bukak. Kalau bosan pun bukak. Haha. Obses aku dengan Instagram ni lebih daripada Facebook. Alahh, bukak Facebook pun sebab nak tahu update kawan-kawan. Sambil tu boleh usha insta artis-artis ataupun instashop! hahaa.

Aku ni rajin follow instashop. Tapi, kalau yang selalu SPAM newsfeed, memang aku UNFOLLOW teruih. Nak kata aku selalu beli barang online, tidak lah. Tapi, aku boleh bagi tips macam mana nak elak kena tipu dengan instashop ni dan cara pembelian yang betul.


1) Lihat-lihat dahulu (USHA) -- Usha barang dahulu. Selalunya kalau follow artis, dorang akan review insta. So, ambil kesempatan ni, follow dan usha barang, harga dan feedback customer. Baca comments terlebih dahulu. Kot-kot ada yang reveal insta ni main tipu ke hape ke kan.


2) Jadi bijak -- Kekadang aku bengang juga bila terang-terang tulis harga and details kat gambar and comment tapi, still tanya macam ni 'Ni berapa yer?.' 'DM price please'. Seller ni selalunya dia dah bagi segala mak nenek details kat dalam gambar atau comment tapi still ada orang tanya soalan yang jawapannya dah ada depan mata.


3) Order dengan berhemah -- Apabila korang dah yakin dan bersedia untuk beli barang, boleh lah order terus dengan owner. Selalunya medium order dengan Whatsapp or WeChat or suka hati engkome lah nak order lagu mana. TAPI! Untuk memudahkan urusan korang dengan seller, kena straight to the point.

Contoh:

Me: Salam sis. I nak order baju ni *screen cap gambar*. Nak details bank-in :)

ATAUPUN

Me: Salam sis, I nak order baju ni code TK-01. Nak details bank in boleh?

ATAUPUN

Me: Hai sis. Nak tanya cardigan kimono ni ada lagi tak? Color merah. Boleh bagi measurement baju tak? I risau tak muat je.

Kalau korang tanya baik-baik, Insya-Allah permintaan korang akan di layan dengan baiknya. Budi bahasa kan budaya kita.


4) Cara Whatsapp -- Kalau korang setiap mesej tu nak tekan ENTER, baik buang je tabiat itu. Kalau boleh, mesej lah satu-satu. Maksud aku, macam ni.

Salam sis. I nak order baju ni code TK-01. Nak details boleh? *SEND*

Bukan setiap titik engkau nak tekan SEND. Sebab ada yang instashop yang akan layan whatsapp dari bawah ke atas. Kira adil gitu. So, baik hantar secara terus. Lebih mudah. Tak semakkan kepala seller. Bukan nak layan sorang, ramaii lagi nak layan.


5) Screen-shot bukti pembayaran -- Ini agak penting sebab ini sebagai bukti payment korang. Seelok-eloknya ambil gambar clean and clear. Kalau kamera tak canggih, boleh edit dengan sharpen kan image tersebut. Tapi, sekarang dengan canggihnya smart phone, mana mungkin gambar boleh tak clear yedak?


6) Sabar -- Lepas dah order, bayar dan bagi details alamat, hendaklah korang tunggu dengan sabarnya sehingga abang pos laju datang mengetuk pintu rumah korang. Di sebabkan, online shopping tumbuh bak cendawan, abang-abang pos laju semakin kurang staff. Dulu mana lahh orang pakai pos laju ni. Jarang-jarang. Sekarang? Toksah habaq lahh. Kesian juga dekat abang-abang pos laju. Tapi, nak buat macam mana? Kita dah bayar harga postage. So, kita tunggu dengan sabar je lah yerr? :)

7) Paham maksud pre-order and ready stock

  • Pre-order -- Order, bayar dan tunggu sehingga barang sampai ke seller dan baru seller pos ke korang
  • Ready stock -- Barang dah ada. Once korang dah bayar, seller akan terus pos ke korang. 

8) Barang elektronik -- Mohon JANGAN beli barang eletronik melalui online. Contohnya, handphone, camera or tv. Sangat bahaya. Sebab apa?

  • Pertama, mana tahu kalau seller tu tipu kita? Bukan seratus dua barang, makan beribu satu barang sahaja. So, NO!
  • Takut barang yang sampai tak apa yang kita inginkan. Order phone, sekali dapat batu. Tak ke meroyan?
  • Baik beli barang elektronik dekat kedai terus. Yang kita percaya ketulenan sesuatu barang. Kalau rosak pun, boleh terus pergi ke kedai itu. Senang. Keluar duit pun senang hati, takdelah risau kot-kot barang tak sampai lagi.

9) Follow KAMIBENCIKAKITIPUONLINE di Insta -- Insta ini sangat bagus sebab ia me-reveal-kan mana-mana insta yang kaki tipu sama ada customer atau pun seller. Wuuuu. 



Baiklah. Ini adalah tips beli barang instashop. Ini adalah pemerhatian aku selama menjadi kaki tegar instagram selama setahun lapan bulan! Kakaka.


Sebenarnya kan, kalau beli baju mahal-mahal, baik beli kat kedai atau butik terus. Takdelah. Kekadang apa yang digambarkan dalam insta, tak sama dengan realiti. Faktor pencahayaan ataupun model amat mempengaruhi kecantikan baju tersebut. Pernah beli, tapi, pakai tak cantik. Hmm. Sayang taw. So, kalau barang macam dress or baju kurung moden, baiklah pergi tempah or beli sendiri kat kedai atau butik. Tak rugi. Puas pun puas. Selalunya aku beli pencuci muka ataupun makanan kat insta. Haha. Selalunya chocolate rice, choclava yang susah nak cari kat kedai-kedai. Haha.


Expectation versus Reality! hahahahahhahaha

Online shopping ni bagus sebenarnya tapi masing-masing kena jujurlah. Jangan lah kerja tipu orang sana sini. Tipu duit. Sampai ke akhirat tak halal kang macam mana? Apa nak jawab dekat Allah nanti? Ada duit beli. Takde duit duduk diam-diam and savings. Itu sahaja.

Okay. Dah cukup aku membebel panjang-panjang. Kalau rasa entry ni berguna, klik LIKE dan SHARE. Macih semuaa! :)


Follow and let me know!

Mini Merdeka Giveaway!!

Saturday, August 30, 2014


Assalamualaikum. Hai semua.

Thanks Aisya dan Mommy Irra tag Scha dalam GA ini! Jom join reramai!


Syarat penyertaan:
1. Warganegara Malaysia yang mempunyai blog *DONE*
2. WAJIB follow:-
http://stupidity-zone.blogspot.com/ *DONE*
http://hafizzulkafly.blogspot.com/ *DONE*

3. Like FB page *DONE*
  
4.Our sponsor: Instagram: @hudapunya -- jika ada instagram, wajib follow *DONE*
5. Buat satu entry yang bertajuk "Mini Merdeka Giveaway" *DONE*
6. Letak banner dalam entry dan backlink ke entry ini. *DONE*
7. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.

-- Farra
-- Amy J

*DONE*

8. Komen link entry anda pada entry ini SAHAJA *almost DONE*

Hadiahh? Memang menarik!




1X Pineng Powerbank - Sponsored By hudapunya . Boleh ke blog dia untuk lihat model powerbank lain yang dia jual. Trusted seller and seller favorite saya kalau nak cari powerbank.



2X Monopod

3X RM10 topup.

Maaf sebab mengenangkan bajet kami tak berapa besar maka kami mencari 6 orang pemenang bertuah untuk GA kami. Nak kami topup hadiah? Mohon rajin rajin klik nuffnang kami berdua. Hehehe. Kami tak letak tarikh tutup untuk GA ni sebab nak bagi peluang ramai ramai join. Bila bila masa kami boleh tutup GA ni. Jadi mohon para peserta sentiasa alert dengan entry kami selepas ini.

Phew pheww pheww. Harap-harap ada rezeki. Aminn!

segmen

[SEGMEN]: BIAR SAYA TOLONG CIK FARRA

Wednesday, August 27, 2014


Assalamualaikum. Hai semua!

Semangat ni nak join segment and GA! Mana tahu ada rezeki kann? hehe/

Maciihh Amy J --> http://amysigadisweird.blogspot.com/ sebab tag akak. Muah ciked haa!



  1. segmen ni khas untuk blogger warganegara Malaysia ..
  2. korang perlu buat satu entry tajuk "SEGMEN : BIAR SAYA TOLONG CIK FARRA", dan tag 3 rakan blogger anda. 
  3. pastikan copy banner diatas ni dan letak dalam entry korang serta link kan ke sini.
  4. kemudian tinggaikan link entry korang dibawah, mudah untuk farra cek nanti. 
  5. kepada Sesiapa yang belum follow blog farra, boleh lah follow terlebih ya..
  6. Due date sampai 14 september 2014 sahaja.

-- mesti korang nak tau kan apa barang yang farra nak bagi?
-- farra ada 2 pasang baju untuk biberi kepada 2 blogger yang bertuah.
-- JIKA sambutan menggalakan farra mungkin menambah lagi 2 hadiah kepada peserta.
-- SELAMAT BERSEGMEN !!!

Senang je rupanya nak join. Hehe. Lepas ni boleh lah join selaluuuu. wiwiwiwiiwiwi

Tiga blogger

Follow and let me know!

#WW

#26 -- Wordless Wednesday

Wednesday, August 27, 2014


#26 -- Wordless Wednesday


Takut betul kalau terjadi macam ni masa interview! Haha. Tapi, interview pun tak dapat lagi. 
Hahaha *gelak sedih*

Follow and let me know!

Gubahan Lauk Pengantin -- Mohon terliur

Tuesday, August 26, 2014


Assalamualaikum. Hai semua.

Ermm. Dah lama betul tak mengarang ni. Busy kot. Ke sebab busy lepas tu malas nak update. Penyakit malas ni memang susah nak diubati betul lahh. Tak tahu bila nak cipta penyakit ubat malas. hewhew.

Sabtu lepas, mama aku telah dipertanggungjawabkan membuat dua jenis lauk pengantin untuk majlis perkahwinan anak kawannya. Teruja betul mama aku. Yelah kan, selama ni tengok je dekorasi lauk pengantin dalam majalah. Alih-alih dapat buat juga. Nak buat untuk wedding aku, gaya macam lambat lagi. Kakaka.

Okay lah. Jom lah kita tengok apa yang mama aku masak.

Rendang Peha Ayam



Sambal Telur Puyuh



YANG PENTING SEDAP!

Ya ampun. Di saat aku menulis entry ini, perutku sudah berkeroncong yang amat sangat. Nak cari makanan sat. Menggoda keimanan betul taip entry gini. Hehe.

Okay. Jumpa di lain entry! Klik LIKE kalau suka entry ini! ^^

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Sunday, August 24, 2014



Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Ehemm ehem. Kita nak buat entry tentang iPhone 5s ni. Ada giveaway dari Denaihati. TIGA iPhone 5s untuk dimiliki. Siapa taknak kan?

Okay. Buat masa sekarang ni, aku tengah usha iPhone sebenarnya. To be exact iPhone 5s. Sebab apa? Sebab design dia sangat cool and sleek. And processor dia sangatlah ummph! Aku kena pilih sama ada nak sebuah iPhone atau pun seketul DSLR. Bila aku tanya kawan-kawan kat Twitter, dorang kata better pilih iPhone. Senang nak bawak ke mana-mana and camera dia pun cantik.


Betul juga apa yg kawan aku cakap tu. Tak larat aku nak bawak seketul DSLR ke mana-mana. Nak maintain lagi. Wuuu. Nanti lah baru aku fikir nak rembat DSLR. Hehe. 

Untuk pengetahuan semua, aku ni memang gilaa photography. Kalau nak tengok photo yang aku ambil guna Samsung Note 2, boleh klik sini ---> http://syaz-photography.blogspot.com/

Samsung Note 2 ni memang lawa gambar dia. Tapi, ia memerlukan cahaya yang terang baru gambar tu nampak cantik. Kalau gelap/malap, gambar tu nampak blurry and banyak noise. And aku suka selfie. So, kekadang aku geram dengan kamera depan dia. Nampak tak sharp. Still banyak noise gitu. Kena ada cahaya yang super duper terang, baru lah gambar tu nampak clear and cantik. 


Kekadang cemburu tengok kawan-kawan ambil gambar kemain lawa guna iPhone 5s. Sharp and clear. Lagi satu, kalau nak share gambar kat instagram and post ke FB, gambar dia akan pecah. Tapi, iPhone tak pecah kalau upload terus ke FB. I don't know why. That's why aku suka upload gambar asing-asing. Satu kat insta, satu kat FB. Contoh gambar yang super blurry --> Facebook

Gambar kat bawah ni pulak gambar masa kat Teluk Cempedak. Diambil menggunakan iPhone 5s milik kawan aku. Memang cantikk sangatt! haha


Macam mana lah aku tak tergoda dengan iPhone 5s ni. Sebab camera je aku suka. Serius. Kalau dapat lah kan, memang aku bersyukur sesangat. Nak merasa juga guna iPhone 5s. 

Jom tengok apa kelebihan dari segi camera iPhone 5s. 


a) Larger sensor. Larger pixels. Larger aperture.
Light is a key factor in getting a great photo. The new iSight has a 15 percent larger sensor. Bigger pixels, measuring 1.5 microns. And an aperture of ƒ/2.2. All of which let in more light.
b) Continuous burst mode.
Burst mode lets you capture multiple shots of the action by snapping 10 photos per second. And real-time analysis suggests individual shots or a sequence of photos that you might like best.
c) True Tone flash.
A white LED and an amber LED work with intelligent software algorithms to adjust the flash intensity and color temperature, using over 1000 unique combinations to light your subject perfectly.


d) Auto image stabilization.
Auto image stabilization kicks in when you need it to help reduce noise and motion from shaky hands or moving subjects.
e) Slow-motion video.
Shoot video at 120 frames per second at 720p and play back any section at quarter speed for a dramatic effect. Then share it with friends for mass appeal.
f) Live video zoom.
Live video zoom lets you get up close with just a pinch. You can zoom in — up to 3x — on whatever you’re recording while you’re recording.


g) Square photos.
Shoot in square mode, and the iSight camera automatically frames and crops your shot to a square format — perfect for sharing on Instagram, Twitter, Facebook, wherever.
h) Panorama photos.
Take a piece — a rather big piece — of a gorgeous skyline with you. Pano mode lets you capture epic panorama photos with dynamic auto exposure that adjusts as you take the shot.
i) Photo filters.
Apply filters to your still and square photos. Pick a filter and see the effect before you shoot. Or add it later. If you change your mind and decide no filter is the best filter, simply remove it.

I wish I can say like this to the sales person of Apple,


But, I can't. Baru habis belajar and duit pun mintak ayah lagi. Berangan nak beli iPhone. Haahaha. *gelak sedih* Haish. Segan lah nak mintak kat ayah. Kalau ada peluang gini, apa salahnya cuba kan? Kalau ada rezeki, ada lah. Kita usaha, doa and tawakal. Moga-moga Allah permudahkan. 

So, dari segi applications pun sama. After capture trillion pics and selfies, kenalah edit kan kasi gambar tu nampak lagi WOAHHH. Kebanyakkan apps photo editing yang best, dia akan test kat iOs dahulu. Baru lah keluar kat android. Contoh apps yang jenuh aku tunggu keluar kat Android ialah VSCOCAM dan AFTERLIGHT. Dah lamaaaa sangat baru lah nak keluar. Cepat-cepat aku download bila dah launch kat Playstore. 


Kalau korang nak join contest ni, boleh lah klik --> http://denaihati.com/tiga-iphone-5s-untuk-dimiliki

Syarat penyertaan pun simple je. Tapi, korang kena sabar sebab ada beberapa peringkat penulisan entry untuk memiliki iPhone 5s idaman hati ituu okay. Takpe. Ada hikmahnya nanti :)

Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s
  1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
    • Satu backlinks kepada blog Denaihati.
    • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
    • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
  3. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
  4. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
See. Senang sahaja nak masuk. Masih ada masa kalau korang nak join. Hehe. Kalau korang suka entry ni, click LIKE okay kat bawah ni. Takde paksaan.

Senarai penaja iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

Wish me luck guys. ^^

Selamat pulang #MH17

Saturday, August 23, 2014


Assalamualaikum. Hai. 

Masih lagi bersedih atas kepulangan jenazah MH17 yang selamat tiba di Malaysia pagi tadi. Semoga arwah-arwah semua tenang di sana. Beruntunglah mereka kerana ramai yang menghadiri pengkebumian mereka. Allahu.

Yang paling sebak, melihat anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa dan juga anak kecil yang teringin sangat nak menatap wajah ibunya buat kali terakhir dan memohon ampun kepadanya ibunya. Sedih sangat. Allahu. 



Esok nak peluk mama puas-puas. Biarlah kata manja apa pun. Asalkan dia tahu aku sayang sangat kat mama. Takut tak sempat sahaja :(


Terima kasih kepada para pilot yang menerbangkan jenazah dengan selamatnya menggunakan flight #MH6129. 

JURUTERBANG dan kru pesawat MH6129
Dari kiri, Pegawai Penerbangan, Yap Yoon Kong; Kapten Bakri Othman, Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Zaim Khalid.

Kapten Misman Leham tu sepupu ayah aku. Alhamdullilah. Semuanya selamat. 

Source: Click the picture.

Buah cempedak di dalam kebun...

Thursday, August 21, 2014


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Di dalam kebun? Eh, betul ke ayat ni?

Assalamualaikum. Hai semuaa!

Minggu lepas, aku balik kampung kat Rembau. Tujuan? Nak mengambil buah cempedak yang memanggil-manggil suruh makan.

Yang paling best, malam Sabtu jam 12 malam baru bergerak dari rumah. Nasib baik tak sampai 30 minit dah sampai. Sampai je kampung terus kemas-kemas habuk yang ada dan tidurrr.

Besok pagi after breakfast, kami bergerak ke rumah maklong. Yang tak sampai 5 minit dah sampai. Haha. Mula ingat malas nak ikut ayah. Tapi, bosan pulak duduk rumah je. So, aku mengekor lah sekali ayah ke kebun. Kebun tu belakang rumah maklong je. Adalah dalam 2 ekar, peninggalan arwah atok.

Sampai-sampai jee, tengok buah cempedak dan tersedia dalam troli. And I was like, o makk aiii. Kenapa? Sebab gambar kat bawah ni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-


Banyak gilaaaa. Haha. Aku sampai speechless laaa. Tak sangka pulak sebegini banyak. Ni baru sikit. Ada yang tak ambil lagi dari pokok.


Lepas tu kalau tak ambil cepat selepas dah masak, akan datang makhluk-makhluk yang akan makan dahulu sebelum kami makan. Apa dia? Sang keraaa!


Lihat lah tu. Tinggal sisa-sisa je. Sabar je lah dik non. Haha. Eh, bukan cempedak je yang dah berbuah lebat, dokong, duku dan langsat juga berbuah sekali. Aku paling suka dokong. Sebab isi dia manis. No wonderlah pokok dia banyak semut. Pokok duku and langsat takde semut pun, dokong je banyak semut. Semut hitam yang mengigit pulak tu. :3


Gigih ayah kita memanjat pokok sebab anak dara dia sorang ni nak makan buah dokong. Woahh. Teror jugak ayah aku ni memanjat. Ingatkan skill dah kurang. hehe. Tapi, serius laaa. Semut kemain banyak kat pokok ni. Ayah aku jejak tanah je dia terus bukak baju. Kibas-kibas sikit baju tu. Dah lah susah nak buang. Kena kutip satu-satu. Merah badan ayah. hehe. Thanks ayahhh!


Aku bersyukur sesangat sebab arwah atuk dulu rajin berbudi kepada tanah. Kalau tak disebabkan arwah atuk, mana mungkin kami anak beranak, sepupu sepapat, anak cucu dapat makan buah-buahan ni. Ada orang kampung aku yang ada tanah lagi besar dari kebuh arwah atuk, tapi, tak menanam apa-apa. Biar kan jee lalang memenuhi tanah itu. Rugi sangat-sangat. Tak dapat anak cucu merasa nikmat buah-buahan.

Selain cempedak, duku, dokong dan langsat, ada juga arwah atuk menanam pokok durian, rambutan, pulasan dan juga manggis. Bila musim buah, kemain heaven makan buah-buahan nii. Hehe. Alhamdullilah.

Okay. Itu sahaja nak update! 

#instalacur


7 Things about Scha Nazri -- Versatile Blogger Award

Tuesday, August 19, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Harini hati rasa gembira sebab dapat award dari beauty blog favorite iaitu Mieza Everdeen dari http://www.archereverdeen.com/ :)

The Versatile Blogger Award! 


Dah lama tak rasa award-award ni. Awwh, rasa macam menang Grammy's pulakk.


Okay. Mari kita lihat syarat-syaratnyaa! Ohh yeahhh!
  • Thank the nice fella who gave you this award ;)
  • Include a link to their blog
  • Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly. 
  • Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
  • Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

So, let's start with 7 things about Scha Nazri

  1. Anak tunggal -- Ada abang sorang dan dua adik beradik lelaki. Tapi, dah meninggal sejak lahir. So, I'm left alone here with my ayah and mama
  2. Degil -- Mengaku degil. Kalau tak percaya, tanya mama. Haha. 
  3. Manja -- Bila dapat tahu Scha anak tunggal, dorang akan kata 'Oooo, patutlah manja.' Nampak sangat obvious kat situ. Haha. 
  4. Independent -- Even Scha anak tunggal, I'm not a spoil brat or cry baby. I know how to take care of myself and try not to burden my parents with my problems. Scha bersyukur sebab mama ayah tak manjakan sangat Scha. Masa kecil dulu selalu kena pukul and marah. Degil sangat. Itu je makan dia. And bukan semua benda Scha mintak, Scha dapat sekelip mata. Nope. Scha kena earned something contoh, dapat keputusan yang baik dalam exams. One more, Scha dah diajar duduk rumah sorang-sorang masa ayah mama pergi kerja sejak umur 9 tahun. Terpaksa :(
  5. Suka tidur -- Scha suka tidur. Memang hobi suka tidur. Sebab tu badan pun besar. Haha. Tapi, sekarang nak kurangkan tidur. Moga berjayaaa!
  6. Easy going/peramah -- Senang nak berkawan. In fact, suka berkawan. Scha ada banyak kawan yang baik dengan Scha. Kalau yang rapat sebetul-betulnya, ada lah dalam sorang dua.
  7. Nangis bila pressure sangat-sangat -- Scha akan nangis kalau tak tahan sangat dengan pressure. Of course lah kan, kalau kena marah dgn orang, Scha akan rasa pressure gila. Otak ni rasa macam kena cucuk. So, solution? Nangiss! Haha. Nangis sesenyap or meraung dalam bilik. Tapi, seboleh-bolehnya taknak bagi parents tahu. Kalau tahu, lagi teruk kena. Wahaha. Selalu pressure dalam kerja or personal life. Haa, gitu. 

Aaaa, banyak lagi nak cerita sebenarnya! Haha. Tapi takpe. Selama mana aku menulis dalam blog ni, korang akan tahu serba sedikit tentang perangai Scha Nazri. Hope korang terus membaca dan boleh terima Scha Nazri ni. Hehe. 

And btw, Thanks to Mieza Everdeen http://www.archereverdeen.com/ sebab tag Scha! Suka sangat. Scha suka baca blog Mieza ni. English dia power gilaa! Mana yang gila beauty products macam aku, bolehlah pergi blog dia. Banyak manfaat korang boleh dapat Insya-Allah. 

Scha nak panjangkan lagi The Versatile Blogger Award ni kepada mereka yang sering membaca blog Scha Nazri ni. Macih you alls! Meh, nak baca pasal korang pulak. Lepas dah update, bagitahu Scha ek. Nak baca sesatuuu :)

Okay. Itu sahaja. Takde paksaan dalam menulis entry ini. hehe. Jaga diri semuaa!


KAD RAYAAAA!

Monday, August 18, 2014


Assalamualaikum. Hai semua!

Entry ni dah tertangguh hampir sebulan dah. Bila nak buat je, mesti terlupa nak ambil gambar. Lepas tu, postpone esok dan seterusnya. Haha.


Baiklahh. Mari kita mulakan!

1) Mommy Irra daripada irrayyan.com



2) Amy Syeera (Amy J) daripada http://amysigadisweird.blogspot.com/



Thanks kepada Kak Irra dan Amy sebab sudi bagi kad raya. Tahun ni kurang sikit dapat kad raya sebab malas nak respons. Jahat gilaa. Sebab malas nak respons, tak dapat kad raya. Insya-Allah, next year nak bagi kad raya pulak kat korang. 

Raya tinggal lagi seminggu. Rasa macam sekejap je kan? :)

Who is your boyfriend?

Sunday, August 17, 2014


Assalamualaikum. Hai korang!



Pencintaan Tan Hong Ming

Her name is Umi Qazrina. I like her. 
Why you like her?
She wears earings. She'll tie ponytail. She's pretty.
Do you wish you can say to her?
Do you wanna come for a date...to a romantic dinner? 
Does she know you like her? 
No..I keep it as secret. 
Why? 
I don't want the whole world to know. 
Why Not? 
Because everybody will laugh at me. 
Why should they laugh at you?
Ermm she doesn't like me..

My name is Umi Qazrina. 
Who is your best friend? 
Tan Hong Ming. 
Do you like him?... *shy*
Do you have a boyfriend? ... *nodded*
Who is your boyfriend
Tan Hong Ming. " 

Haha. Ingat lagi tak mereka berdua yang sangat comel ni. Itu enam tahun dulu. Sekarang? Tengok gambar kat bawah ni. Comel gilaaaa kaannn. Look what puberty did to them! 


Minda kanak-kanak ni takde tapisan. Kalau suka, cakap suka. Haha. Minda dewasa je yang complicated sangat. Otak dah banyak fikir. hew hew hew


Follow!

Kalau baik hati, tolong LIKE page FB Scha Nazri's. Macihh semuaa!


P/s: Entry auto-publish. Nak balik kampung kutip cempedak!
Source: Facebook Roti Kaya

Ubah cara kehidupan!

Saturday, August 16, 2014


Assalamualaikum. Hai semua!

Ya ampun. Pagi tadi mama dah bebel tentang cara kehidupan yang agak tunggang terbalik lately.

Cakap mama ni walaupun pahit, pedih dan boleh buat aku down tapi, sebenarnya apa yang mak cakap tu betul. Aku ni degil ya amat. Mama dah banyak kali stress pasal aku. Tapi, degil. Nak buat macam mana.


Dia cakap cara hidup aku tak betul dan boleh effect ke muka dan kesihatan aku. End up muka aku jadi lesu, pucat dan tak bermaya. Dah lah kulit muka kering. Hewww.

So, aku nak mulakan kehidupan baru!

1) Tidur awal
2) Lepas subuh JANGAN tidur balik
3) Minum milo sikit dan terus capai kasut and JOGGING!
4) Jog 30 minutes
5) Breakfast -- oat, bread, eggs
6) Rehat
7) Kemas rumah, basuh baju
8) Baru boleh online blog, cari kerja
9) Eat healthy food and fruits
10) 1 liter of water a day!
11) Zumba (monday night) and gym every night (kalau ayah bagi)
12) Bila badan dh penat, tidur pun dapat tidur awal

Harap aku boleh stick dengan plan ni. Harap-harap aku boleh kurus sikit masa convo bulan 10. haha. Tinggi angan-angan aku ni haaa.

Okaylah. Tu je nak cerita. Hehe.

Follow!

Dan dengan muka tak malunya, boleh tolong like FB fanpage kat kotak sebelah? Hehe

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook