Shopping dengan berhemah atau dengan rakus nya?

Saturday, July 12, 2014



Assalamualaikum. Hai semua. Sihat? Harini Alhamdullilah, dah 14 Ramadhan kita berpuasa kan? Kejap je masa berlalu.

Minggu ni dah start shopping raya dah. Shopping sekitar Seremban saja dulu. Mama dah dapat dah dia punya handbag, dompet, kasut, blouse and seluar. Aku? Dapat lah blouse dua helai.

Beli kat Parkson Seremban Prima. Dulu nama Seremban Parade. Sekarang dah upgrade jadi Seremban Prima. Interior dalaman pun macam high class shopping complex. Dah tak perlu dah pergi KL untuk shopping raya.


Ada lagi satu mall baru buka kat Seremban. Palm Mall. Berdekatan dengan KPJ Seremban. Hari tu pergi lah kejap. Sekadar window shopping dan tengok kedai apa yang best. And I'm speechless.

Sebab apa? Banyak kedai yang selalu terdapat di KL, boleh juga didapati di Seremban Palm Mall. Macam Padini, Brands Outlet, F.O.S, Daiso dan yang paling best, Seoul Garden. haha. Yeayy. Lepas ni takyah jauh-jauh dah makan Seoul Garden kat KL. Seremban pun ada. Nak pergi lepas raya ni. Best sikit makan.

Cakap pasal shopping. Family aku memang shopping besar setahun sekali. Time raya. Beli baju, kasut, seluar, tudung baru. Dan pakailah pakaian tu selama setahun sampailah lusuh. And kalau ada duit lebih je, baru berbelanja lebih sikit. hehe

Haaa, satu soalan untuk korang. Korang hanya berbelanja besar (mcm beli baju, seluar) setahun sekali atau tak kira masa atau mengikut keperluan?

Kejap lagi nak balik kampung. So, maybe esok baru dapat balas jejak korang. Jangan singgah je. Tinggalkan trace sekali. Senang nak track. Hehe.

You Might Also Like

11 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. saya sihat. sis sihat ke? hehe. ^^

    wah, banyaknya mama sis beli. tadi pun kitorang baru habis shopping. penat.fuuu...

    ReplyDelete
  2. tengok keadaan laa kak.

    time raya aidilfitri wajib la berbelanja.

    kadang2 da pegi karnival memang parah la duit lesappp

    kadang2 ngok baju sua berlubang baru la berbelanja. hahahahaha #kite nihh ganassss skitttt >.<

    ReplyDelete
  3. Ni belum rakus lagi hihi.. kalau rakus beg pakson tu ada sepuluh.. haaa tu baru rakusnya budak ni shopping... hihihi...

    ReplyDelete
  4. beli time sale. selalunya CNY, xmas dan labour day. Time raya jarang sangat nak shopping sbb tak tahan dengan lautan manusia

    ReplyDelete
  5. memang rakus.. hehehe

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" . Kalau dah join tQ ek.. ^_^


    Like "Ejulz Blogshop" jika sudi.. tQ

    ReplyDelete
  6. tengok keadaan jugak sis.. tapi time raya memang shopping lebih sikit la. hehe :)

    ReplyDelete
  7. kite dah 3 tahun tak berbelanje untuk raye... wahh, sedeyh! tapi ok je, sepanjang tahun adelah beli sikit2 ekot keperluan :D

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan , saya follow sini :)
    http://caraleezaty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Macam ana sendiri, kalau beli brg semua tu ikut keperluan je. Baju dah lusuh baru beli lain. Kalau tak, yang tu gak utk hari raya. Hehe.. Sebenarnye tak rajin nak shoping. :D

    ReplyDelete
  10. Seremban Prima dah? Anas ada pergi sekali situ beli baju. :) Sekejap je kan, dah 15 Ramadhan dah. hurmm...

    ReplyDelete
  11. akak slalu shopping rakus utk anak anak..utk sndri biasa biasa aje

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook