Selamat Hari Raya!

Saturday, July 26, 2014


Assalamualaikum. Hai semua.

Scha nak ucapkan, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin tulus dari hati Scha. Selama sebulan aktif berblogging ni, Scha dapat kenal ramai kekawan dan kakak-kakak yang banyak bagi nasihat di setiap entry mereka. Lepas tu, seronok baca pengalaman berpuasa di setiap negeri malahan ada yang berpuasa di luar negara macam Aisya dan her husband kat Jerman tu haa. Baru lah tahu macam mana berpuasa kat sana.

Lepas je publish entry ni, Scha akan terus bersiap-siap nak balik ke kampung di Rembau (sebelah mama). Dekat je Rembau and Senawang. Kalau tak jem, dalam 45 minit dah sampai. Scha akan berada di sana sehingga raya pertama. Dan petang raya pertama Scha akan pulang pula ke Kuala Pilah (sebelah ayah) sehinggalah raya kedua kot. Lepas tu, barulah pulang ke Senawang.

Siapa-siapa yang jenjalan kat Senawang tu, boleh lah singgah rumah Scha. Nanti PM je kat Facebook. Nanti Scha bagi link kat bawah tu.

Kalau sempat Scha update, Scha akan update taw. Sebab kat kampung tu memang takde line internet. Kalau ada pun, kena pergi rumah Maklong Scha. hehe.

Jaga diri semua dan berhati-hati lah di jalan raya! Dan berpada-padalah makan segala juadah di hari raya nanti. Jangan sampai kembung pulak perut tu. heheh.



You Might Also Like

10 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. samat ari raya kak scha ;)
    kosong2 juge ;) hee.. selamat balik kampung.. btw, akak ditag dalam ga ini

    http://mydreamhigh123.blogspot.com/2014/07/fantastic-giveaway-by-fr.html

    harap akak dpt joinkan diri :)

    ReplyDelete

  2. Salam aidilfitri Scha..Maaf kalau ada salah silap ye

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya kak. 0-0 tauu. hati2 ^^

    ReplyDelete
  4. Scha! Selamat hari raya jugak tau... :D

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 Scha, Maaf Zahir dan Batin. :) kosong2 ye, jemput2 ke blog raya ni. hehe

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya scha
    maaf zahir batin dari ciksu

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya aidilfitri ^^,

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya scha :-)

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook