Penat rupanya jadi cikgu ni T__T

Sunday, July 06, 2014


Assalamualaikum. Hai korang.

Ingat tak post aku semalam pasal JADI CIKGU ni? Rupanya susah juga jadi cikgu ni. Kena banyak kesabaran dan suara yang nyaring. Kalau tak nyaring, memang takdenya dorang nak dengar cakap aku.

Macam ni. Rumah aku boleh dikirakan syurga bagi cousins aku. Unifi, bilik berair-cond, makanan sedap-sedap, ada laptop aku, sampaikan handphone aku jadi mangsa dorang main game. Mana tak heaven duduk rumah? Dorang dah ada 3 hari, bilik sentiasa air-cond je.

Dengan adanya benda-benda ni, aku rasa dorang ni mempergunakan aku. Dah jerkah baru lah nak dengar cakap aku. Yang PMR dua orang tu dengarlah cakap jugak. Ni yang nak SPM tu, boleh leka lagiii. Aku ingat nak biar je. Makin dibiar makin naik lemak. Bila tanya, 'Bila nak study?'. Dijawabnya, 'Abang pening lahh.' Semalam pening, harini pening lagi. Aku pulak yang naik angin.


Korang bayangkan lah, aku siap pergi kedai buku beli buku latihan baru untuk dorang especially yang SPM tu haaa. Tapi, dia macam tak nampak effort aku dan parents aku. Aku dapat ajar dia SEJAM sahaja. Yang lain? Laghaaa! Bergayut sampai ke pagi. Ayah aku lagi lah tak suka permandangan ni. Sabar je ayah aku. Sekali dia meletus, aku pun tak dapat nak tolong. Nasib baik dia tak meletus. Pheww.

Pergi bazar Ramadhan pulak, aku ikut je dorang nak makan apa. Tak kisah lah berapa harga pun. Amik je lah. Kalau tak cukup duit ayah aku bagi, boleh guna duit aku, asalkan dorang kenyang. Tapi itulah, dorang tak nampak effort kita. Maybe masih kecil, tak tahu future apa yang menanti mereka. Tak pandai nak ambil pengajaran dari kesusahan orang lain terutama orang yang terdekat.

Aku nak mengajar pun takde mood sebab dia pun takde minat belajar. Last-last memang aku biar je. Yerr. Aku memang tak sesuai jadi cikgu. Hancur budak tu jadi kang kalau aku biarkan je. Haha. Respect lah siapa yang ambil profesion perguruan. Bukan senang okay nak jadi cikgu. Kawan aku dua kali dia menangis sepanjang dia praktikal. Ini baru praktikal. Kalau dah dapat posting nanti? I cannot imagine T__T

Itulah. Tengoklah next week macam mana. Ataupun selepas raya. Kalau tak jalan jugak, memang aku tegas gila lah. Lantaklah dorang nak benci aku ke hape. Wahahaha. Itu untuk dorang jugak kan? Parents dah lah jauh, aku jelah saudara yang terdekat. Sabar sya, sabar.

Okaylah. Dah lepas pun. Lega sikit beban hati ini kita ni haaa. Terima kasih sebab sudi baca. I iz terharu you know. Hhee.

Wa pening. Bagi wa rehat.


You Might Also Like

12 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. part nak mengajar adik or cousin tu paling susah...kang tersalah kasar bahasa, ada yg merajuk , makan hati...haha

    ReplyDelete
  2. sabar-sabar... dugaan tu... haha

    ReplyDelete
  3. Jadi cikgu kena banyak bersabar and one more thing kena pandai tackle budak.... yg mnjekan diorng dgn bnda2.. diorng akn lalai scha.. hehe mgikut pglmn masa paktikal ah..

    budak2 skrng xmcm dulu.. nk kne dibelai..

    ReplyDelete
  4. Scha dah usaha dah, sekarang usaha diorang pulak. :) baiknya lahai kak sedara belanja kat bazar, belikan buku semua. :) dorg kena bersyukur tu. hehe.

    ReplyDelete
  5. bulan pose kena banyak sabar scha..nnt dah raya, lanyak je diorang tuh...hahahah :D

    ReplyDelete
  6. ehh.. sabar2.. tarik nafasssss.. hembusssss.. jadik cikgu memang kene banyak kesabaran.. sebab tuu sy xminat jd cikgu... huhuhuhu

    gamba bawah kelaka pulak. hihi

    ReplyDelete
  7. semoga diorang sedar t/jawab diorang utk belajar.

    btw follow sini.. :)

    ReplyDelete
  8. Sape kata kerjaya seorang cikgu ni senang. Hadoi..ana pun mengajar sampai otak sendiri cam nak meletup. Tu baru tadika yg ana ajar. Bukan sekolah rendah. Dari yg tak pandai pegang pensel. Kitalah yg kene pegangkan. Jadi cikgu ni mmg kene sabar byk2. Huhu. Amanah mendidik tu besar tangungjawabnye. Alamak, terkomen panjang. Almaklumlah. Pengalaman jadik cikgu.

    ReplyDelete
  9. Zumal pernah bercita-cita jadi cikgu ;)

    ReplyDelete
  10. bagus2 tegas..utk kbaikan pelajaran depa jugak kan :)truskan usaha...pasti bjaya :P

    ReplyDelete
  11. klo akak xde mkne bg muke...adik adik yg skola mme brani mtk tlg akak ajar sbb akak.grg..diorg tkut kne tempik...sbb tuh akak.xleh jd cikgu..hahaha

    ReplyDelete
  12. kan kena tegas sikit ok la .
    bila dilayan mmg naik lemak le..

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook