Officially tanam anggur di tepian jalan dan TIPS survive ENGINEERING!

Tuesday, July 01, 2014


Assalamualaikum. Hai.

Kejap tak kejap jugaklah dah 3 Ramadan dah kan? Orang lain tengah sibuk berpuasa/bersahur. Aku dah raya dulu woi. If you know what I mean. Haha. Nasib lah menjadi seorang perempuan yang sejati. kekeke. 

Haaa, saja je nak cakap. Aku dah habis degree weii. Empat tahun survive engineering ni. 


Tips? Entahlah dik non. Akak main redah je ni. Kena bambu ke, kena maki ke, penat ke hape, engkorang survive je. But, jangan sesekali give up. NO, NO, NO! Nanti usaha kau sia-sia je. Begitu juga dengan duit, masa and tenaga. Even kau tak serasi pun dengan course yang kau amik even dah tahun 3, engkau teruskan aje. Lepas habis segalanya, terpulang lah engkorang nak apa. Kalau nak drop tahun 1, boleh terima lagi. Ni dah tahun 3 baru nak give up, akak rasa tak berbaloi dik. Kesian kat mak bapak je. 


Bila rasa nak give up kan, cecepat korang ingat mak ayah. Penat dorang cari duit agar kau selesa kat universiti, alih2, kau nak berhenti cenggitu je. Ingat Allah. Bila keadaan susah tu, cecepat ambil wuduk, bentang sejadah, solat 2 rakaat dan baca Al-Quran. Insya-Allah, Allah permudahkan sekiranya kita minta daripada-Nya. 

Akak pun banyak kali menangis. Tapi, nangis dalam tidur je lah. Lepas dah nangis, barulah rasa semangat sikit. Kekawan ada, parents ada, Allah lagilah sentiasa ada. Jangan lupa itu. Cewahh. 

Nak tahu, mama akak boleh cakap, 'Senang je universiti ni kan dik?' And I was like, WHATTTT? hahaha. Terjegil mata akak ni haaa pandang mak akak. Yelah kan, parents ni mana tahu kesusahan kita kat sana. Tak tahu bagaimana pressure kat sana. So, kita angguk je lah yer. Ermm ermmm. 

So, nasihat akak, Engkau REDAH je selagi boleh. And lagi satu, better score masa first year. Kalau second or third year baru nak merangkak pointer GPA naik, susah sikit CGPA nak naik. Wuwuwuwu. Jangan ikut akak ni haa. Banyak leka masa first year. Heh. 


Ada gaya acah-acah baling topi konvo tak? kakakaka. 
Kemain kau, siap baling-baling kertas lagii!
*facepalm*

Eh, hai JULAI!



You Might Also Like

12 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. Salam Scha ..Kak lya singgah BW sini ..Thanks ya sudi singgah dan komen kat blog akka ..ada masa jemput datang lagi ya ..

    ReplyDelete
  2. Tahniah yer Scha... Selamat maju jaya dalam bidang pekerjaan pula :)

    ReplyDelete
  3. betul ckp akak tuh, memana kos pon tak kan lah dah tahun ketiga baru nak givu up kan?? tahun 1 & 2 boleh plak survive.. inshaAllah doa banyak2 moga dipermudahkan..:)

    bestnyaa dah habis degree..husna baru nak mula bertapak..hehehe..

    ReplyDelete
  4. go go go...engineering memang subjek yang best. saya tak dapat nak continue dalam engineering.

    arzmoha.com singgah sini
    banyaknya blog. yang mana satu saya nak follow ni hehee

    ReplyDelete
  5. Bw :)
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com
    Irra follow blog ni
    Selamat berpuasa ^^

    ReplyDelete
  6. tahniah wey dah nak grade dah ko kan.. 4 tahun biasa ah.. jiwa kena kental walau apa pun bdng yg ingin diceburi..

    ReplyDelete
  7. rasa macam pernah tgk ja kartun tu.

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan, alahai, dah raya dulu la ye. Haha.

    ReplyDelete
  9. hehe. saya pun student engineering juga. ^^, sep!

    tapi saya tinggal setahun je lagi. lepas tu habis.

    ReplyDelete
  10. Salam Scha. Salam perkenalan. Kita study engine jugak...faham jugak rasa die tuh camne...hahahah :D

    ReplyDelete
  11. betul scha...kalo mse first sem x score pyh sket nk score utk sem dua tiga...apa apa phn tahniah

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook