Selamat Hari Raya!

Saturday, July 26, 2014


Assalamualaikum. Hai semua.

Scha nak ucapkan, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin tulus dari hati Scha. Selama sebulan aktif berblogging ni, Scha dapat kenal ramai kekawan dan kakak-kakak yang banyak bagi nasihat di setiap entry mereka. Lepas tu, seronok baca pengalaman berpuasa di setiap negeri malahan ada yang berpuasa di luar negara macam Aisya dan her husband kat Jerman tu haa. Baru lah tahu macam mana berpuasa kat sana.

Lepas je publish entry ni, Scha akan terus bersiap-siap nak balik ke kampung di Rembau (sebelah mama). Dekat je Rembau and Senawang. Kalau tak jem, dalam 45 minit dah sampai. Scha akan berada di sana sehingga raya pertama. Dan petang raya pertama Scha akan pulang pula ke Kuala Pilah (sebelah ayah) sehinggalah raya kedua kot. Lepas tu, barulah pulang ke Senawang.

Siapa-siapa yang jenjalan kat Senawang tu, boleh lah singgah rumah Scha. Nanti PM je kat Facebook. Nanti Scha bagi link kat bawah tu.

Kalau sempat Scha update, Scha akan update taw. Sebab kat kampung tu memang takde line internet. Kalau ada pun, kena pergi rumah Maklong Scha. hehe.

Jaga diri semua dan berhati-hati lah di jalan raya! Dan berpada-padalah makan segala juadah di hari raya nanti. Jangan sampai kembung pulak perut tu. heheh.



#RayaPickupLines

Friday, July 25, 2014




*knock.. Knock..*
Who’s there??
Adik…
Adik who??
Adikku manis…cantik bergaya bolehkah abg ikot bersama..
#RayaPickupLines

"I rasa raya tahun ini you tak payah pakai samping."
"But why?"
"Cause I always ada di samping you"
#RayaPickUpLines

"Cantik potrait family makcik"
"Terima kasih"
"Lagi cantik kalau saya ada sekali"
#RayaPickupLines

"Awak ni macam butang baju raya lubang nombor 4 saya"
"Kenapa pulak"?
"Sebab betul-betul berada di kawasan hati"
#RayaPickupLines

"Pagi ni saya jadi imam tau"
"Wah awak jadi imam masjid mana ?"
"Masjid yang kita bina"
#RayaPickupLines

"Nak belajar anyam ketupat?"
"Taknak."
"Kenapa?"
"Takut bila tgn kita tersentuh, teranyam pula rasa cinta."
#RayaPickupLines

"Awak , saya nak main bunga api boleh?"
"Mainlah yang penting awak jangan mainkan hati dan perasaan saya."
#RayaPickupLines

"Do you love kuih Tart?"
"coz I sayang you keTart keTart"
#RayaPickupLines

"Awak tengok apa?"
"Saya tengah hayati keindahan ciptaan tuhan"
"Mana?"
"Awaklah"
#RayaPickupLines

Haha. Ada yang gelak tak? Kalau tak gelak, mohon gelak palsu. kekeke.

*Anneyong*


SchaReview

Menangis meroyan tengok The Fault In Our Stars

Thursday, July 24, 2014



Assalamualaikum. Hai korang!

Haaa, semalam aku pergi KL, lebih tepat lagi Wangsa Walk. Kemain semangat nak KTM dari Seremban sampai sana sebab nak beli kasut je. Ermm, bukan Seremban takde kasut, tapi memang takde pun kasut saiz aku. Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, kaki aku saiz besar (saiz 41) dan kaki aku panjang dan lebar. Kat Wangsa Walk, ada satu kedai kasut yang jual high heels, wedges dan flat untuk saiz besar. Sampai saiz 44 pun ada. Harga pun boleh dikatakan affordable dan design yang cantik. Yang penting, sangatlah selesa nak pakai. Tahun lepas aku beli high heels, tahun ni aku beli wedges. Lega dapat jugak jumpa kasut. Wiwiwiwi.

Lepas dah jumpa kasut dan masa banyak lagi, aku pun apa lagi, terlayan lah jugak wayang. Haha. Nasib baik weekdays, tak ramai orang sangat. Aku tengok cerita The Fault in Our Stars. Dah beberapa bulan trailer dan buku cerita ni berlegar-legar di timeline aku, akhirnya ia di-release-kan di Malaysia. By the way, this movie adapted from the book The Fault In Our Stars by John Green. 




SYNOPSIS

Hazel is 16 and is reluctant to go to the support group, but she soon realises that it was a good idea. Hazel meets a young boy named Augustus Waters. He is charming and witty. Augustus has had osteosarcoma, a rare form of bone cancer, but has recently had the all clear.
Hazel and Augustus embark on a roller coaster ride of emotions, including love, sadness and romance, while searching for the author of their favourite book. They travel to Amsterdam in search of Peter Van Houten the author of An Imperial Affliction. While on their trip Augustus breaks some heartbreaking news to Hazel and both of their worlds fall apart around them.


Review:

Cerita ni sangatlah mempunyai pelbagai mesej dan emosi. You can find it all in this movie. Ada sedih, ada geram, ada happy, ada romantic dan banyak lagi lah. Overall cerita ni boleh tahan sedih, tapi, akan ada satu part tu kau rasa nak meraung bila tengok dia meraung. Sebab meraung dia tu macam sedih sangat. Aku boleh dengar jugaklah dalam wayang tu, ada perempuan tu nangis bagai nak rak. Aku pun nangis gak, tapi, cover lah deyy. Tak tahan rasanya tu. Nak tengok siapa pun, aku malas. Hanya dengar suara orang menangis je. hehe. Part mana yang sedih sangat tu? Haaa, korang kena tengok dan baru boleh dapat tangkap aku cerita scene mana. hehe. And you guys will goes like this, 'Haaa, ini kot scene yang Scha cakap tu.', sambil menangis teresak-esak. hehe. Trust me, hati tisu macam perempuan konpem leleh punya lahh! :P










23 on 23!

Wednesday, July 23, 2014


Assalamualaikum. Hai semua.

Alhamdullilah. Selamat berbuka malam tadi dengan keluarga. Makan luar di Port Dickson. Ada kawan ayah belanja. Kena pulak time birthday aku. Alhamdullilah :)

Setelah dijanjikan di entry semprit ku lepas, nak cerita sikit pasal 23 on 23. 

What's that? 23 on 23 kira wishlish aku sebelum pergi meninggalkan dunia gitu. Haaaa. 23 benda yang aku nak sangat capai sebelum aku pergi. 

23 on 23 wishlist bukan tiru orang putih yang tiup lilin bagai tu. Tapi bagi aku, ini sebagai satu target apa yang aku nak capai dalam hidup. Takdelah hidup tanpa matlamat kan? At least set one goal in your life and achieve it. 

So, let's check it out yaww!


Aktiviti berblog dan berblog-walking agak slow minggu ni. Minggu depan nak raya. Rumah tak kemas lagii. Huwaaaaa. Insya-Allah, slow-slow berblog-walking. Rindu nak baca entry korang ni. Banyak entri dah terlepas. Aisehh. 

Jangan lupa tinggalkan jejak okay. Senang nak balas balik kunjungan korang nanti. Hehe. 

Terima kasih atas wish korang. Sangat terharu dan rasa special gitu. Hehe. Jaga diri semua! :)


Menyemprit di Hari Lahir.

Tuesday, July 22, 2014


Assalamualaikum. Hai. Aku mamai lagi sebenarnya. Tak tidur lagi ni.

Hey. But wait,

Today is my birthday! Alhamdullilah. Allah panjangkan umur ku. Sudah 23 tahun berada di muka bumi Allah ini. Semoga Allah terus panjangkan usia untuk aku terus menggapai ilmu dan kumpul banyak-banyak amalan untuk bekalan di akhirat. Aminn.

#SchaGoes23

By the way, malam tadi aku buat kuih semprit. Hehe. Dua jam jugaklah buat. Nasib baik jadi. Kalau tak, mau aku nangis di hujung katil. Hehe.



Next entry ingat nak update tentang 23 on 23. Apa itu? Jeng jeng jeng. Tungguu taww!

Sesungguhnya diriku tengah mamai. Ijinkan aku beradu sebentar.



P/s: You can reach me through these platforms.

Sahabat.

Sunday, July 20, 2014






Sahabat.
Sahabat yang sentiasa bersama kau walaupun di waktu kau lemah, runsing dan kosong.
Sahabat yang tidak akan nilai siapa diri engkau walaupun setitik kuman.
Sahabat di mana aku tahu walaupun jauh, tapi, ikatan kami kuat dan kukuh dari masa ke semasa.
Sahabat yang berikan pendapat dan solusi ketika kau keliru jalan mana yang perlu dipilih.
Dan sahabat yang tidak perlu kau ungkapkan sebarang kata, tapi, dia faham apa yang kau fikirkan.
Aku beruntung aku punya mereka. 



Aku buat entry ni sebab kekadang aku rindu dorang. Harap dorang pun rindu aku :(

Advanced birthday maybe?

Saturday, July 19, 2014


Assalamualaikum. Hai semua.

Maaf, beberapa ni tak dapat sangat nak ber-blog-walking. Ingat tak cousin aku yang sakit dekat ENTRY INI?

Haaaa, perkembangan? Makin menurun jumlah plateletnya. Padahal dah minum 100 Plus, minum air kosong dan jugak makan sup ketam. Jumlah platelet makin turun. Solusi? Masuk air dan esok datang semula untuk ambil darah. Penat jugaklah beberapa hari lepas mengambil cousin dari sekolah, hantar ke klinik kesihatan dan menghantarnya balik ke sekolah semula. Takpelah. Dah anggap macam adik sendiri. Pahala ada, Insya Allah.

Haaa, dua hari lepas kan, kekawan ajak pergi berbuka kat Nasi Arab Al-Ulfah terletak di Taman Guru, Senawang, Negeri Sembilan. Ermm, makanan not bad. Harga pun not bad. Kuantiti tak sebanyak macam Nasi Arab Damsyik Seremban. Damsyik lagi sedap mungkin. Nanti aku makan, aku cuba bandingkan rasa dan kuantiti.


Selepas makan dan solat, kami pun berjalan-jalan lah di Bazar Senawang. Aku rasa Bazar Senawang tu lah bazar paling besar pernah aku pergi. Tak teroka habis lagi. Macam-macam ada. Selepas dah macam penat ronda-ronda, kami pun pergi Secret Recipe. Sebenarnya pergi sana sebab sejuk sikit and nak ambil gambar je motifnyaa. Hahaha. 

Makan aiskrim kotak. Sedap and murah!

Memandangkan birthday aku next week dan depan mata dah ada tiga potong kek, so dorang cadang buat pre-celebration birthday. Haha. Kemain. Jadilah. Mintak kat SR 3 batang lilin. Spontan gila. haha. 

Sayang betul aku dengan dorang ni. Bila balik rumah je, memang doranglah yang akan aku cari. Sebab kebanyakan kawan-kawan UMP, semua duduk jauh. So, schoolmate jugak akan aku cari kalau nak keluar jenjalan. 




Sabtu pagi kena kemas rumah. Sebab minggu depan dah nak raya. Kena buat jugak! Cepat je kan dah nak raya? 

Eh, korang dah beli kelengkapan raya ke? Ingat next week nak try buat kuih raya. Harap-harap menjadi. Hhee. Amin amin amin. 

#PrayForMH17

*Thanks Abg Norazlan Kassim for this pic*

Pelbagai dugaan buat Malaysia pada tahun ini. Semoga Allah sentiasa melindungi Malaysia. Amin amin.

Download korea

Tutorial Download Cerita Korea Tanpa Guna IDM

Thursday, July 17, 2014




Assalamualaikum. Hai semua!

Masa semester terakhir kat UMP haritu, aku ada buat sharing sikit. Sharing ni macam tempat kongsi cerita-cerita, fail, lagu dan apa sahaja yang boleh dishare. So, aku share banyak cerita Korea especially Running Man tu haa. Kiranya aku download Running Man dan aku share kat bebudak UMP. And aku link ke blog. So, dapat banyak sikit page views dan iklan. Kira support lah peng-sharer. Hehe. Satu semester aku mengumpul cerita Korea dan ramai yang tanya macam mana nak download cerita Korea. Dulu aku senyap je sebab tak nak orang tahu, now bila dah bersara, boleh lah aku share. Hehe. Penuh dengan gambar entry ni taw.

By the way, aku tahu ramai yang tak tahu nak download guna Internet Download Manager (IDM). IDM tu best nak download tapi ada expired date sebulan. Manyak tarak best woo. Haha. So, aku share tutorial ni guna MEGA file sharing.

P/s: Untuk kesan lagi bagus dan tanpa sekatan, lebih bagus sekiranya pakai internet yang laju dan stable contoh macam Streamyx or UniFi. Nanti takut stuck-stuck je kalau korang download.

Lets begin!


TUTORIAL DOWNLOAD CERITA KOREA TANPA GUNA IDM

1) Pergi ke Free Korean Dramas --> http://freekordramas.blogspot.ru/



2) Contoh korang nak download cerita The Return of Superman tu. Just click sahaja. Oh yer. Banyak iklan. Just, SKIP THIS AD


3) Skrol episode dan just ctrl + click (NEW TAB) file yang ingin korang download. Selalu ada 4 file yang harus di download. Pilih MG-Part 01. MG stands for MEGA. 


4) Dan ini akan membawa korang ke MEGA sharing. Tapi, sabar yer. Sebab ada TIGA iklan yang perlu kita tempuhi! Hiyaaahhh!



Just SKIP THIS AD



SKIP THIS AD



And selalunya akan terdownload benda alah atas ni haaa. Biarkan aja di download. Nanti kat FOLDER DOWNLOAD, korang DELETE file .exe ni taw.



SKIP AD

5) Akhirnya, setelah korang tempuhi halangan-halangan iklan yang maha annoying, korang akan sampai ke MEGA SHARING. Part ni yang best. Hehe.


Klik DOWNLOAD tu. 


Bila dah 0%, means that files korang telah download dengan jayanya. 

6) Bila dah siap di download, korang akan lihat macam ni. Files tu dalam bentuk .rar. Compressed files. So, korang kena ada WINZIP RAR untuk extract files itu. Pergi google and download sana dulu. Hehe



7) Files korang yang sudah di download tu berada di FOLDER DOWNLOAD. Automatik dia letak kat sana. Apa yang korang perlu buat ialah, EXTRACT FILE YANG PERTAMA. Tak perlu extract semua. Hanya file yang PERTAMA sahaja. 






8) Akhirnya, apabila telah siap di EXTRACT, enjoy lah cerita Korea korang tu haaaa. Senang je. Tak perlu pakai IDM. Same goes apabila nak download SUB.


Tengah angau dengan budak comel gilaaaa ni haaaa!! Tengoklah pipi dia. Oh, yang ni dalam cerita The Return of Superman. Hewww. 

UPDATE!

Dah lama tak follow up this method, so korang boleh usha kat sini 


Ataupun, nanti aku update tutorial terbaru guna mozilla firefox. 



Rakyat Malaysia kaki stalker?

Wednesday, July 16, 2014




Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Aaaa, panas.. panasss...

Panasss kes #CDM25 ni haaa. Mana taknya, harini sehari suntuk aku dengar pasal #CDM25 jeee.

Nak tahu apa yang paling best?

Rakyat Malaysia berjaya menjejaki #CDM25 sehingga tahu rumahnya di mana!

Haaaa, bahaya tak? Bila dah dapat tahu rumah, Facebook, tempat kerja, habislah privacy seorang minah yang bernama Kiki Kamarudin. Dengan tempat kerja (Kerja Kahwin) boleh kena tempias sekali.

And aku ada jugak stalk Facebook Kiki Kamarudin. Banyak jugak post dia yang nak mintak maaf semua. It is like defending herself why she did that. But to me, she still thinks she is innocent.

Aku malas nak bagi link Facebook, gambar rumah dia, maklumat diri dia semua. Sebab aku taknak blog aku naik page views sebab hal dia. Lagipun, kat Facebook pun dah banyak maklumat pasal dia. Pandai-pandai lah cari.

Tapi itulah, nak buat macam mana kan? Nasi dah jadi bubur. Setiap perbuatan, ada akibatnya. Tapi bagi aku, perbuatan dia teruk, akibat dia lagi maha teruk. Bagi aku, itu melampau apa yang dia dah buat.

Sekarang dia perlu cacian, makian, troll rakyat Malaysia. Bertabah sahajalah.

Uncle tu dah maafkan dia. But, nak dapat hormat rakyat Malaysia, ermm, susah kot. Tunggu lah kes ni reda dulu, baru orang boleh lupakan.

Macam yang aku cakap kat atas,

Setiap perbuatan ada akibatnya. Setan dah kena ikat. Jadi, apa yang tinggal? 
Nafsu amarah. 

Dan kepada blogger, kalau dapat maklumat tentang Kiki Kamarudin, mohon jangan up dekat entry. Takut Kiki Kamarudin boleh saman malu di atas penyebaran maklumat peribadi dia. Note this.

Viral. Hanya sekejap. Tapi, kesan dia, berpanjangan.


#23 Wordless Wednesday

Wednesday, July 16, 2014


#23 -- Wordless Wednesday

Setelah setengah bulan jadi anak yang baik di rumah, 
and I was like,


Aku boleh terlupa harini hari apa. Tarikh apa entah lagi kan? Ke laut China Selatan perginya.

Beginilah nasib seorang penganggur terhormat. Kahkahkah!


'Otak-ku di kepala lutut'

Tuesday, July 15, 2014


Assalamualaikum. Hai.

Aku tengah geram ni. Nasib baik bulan puasa. Haish. Korang pernah jumpa dengan manusia yang tiada adab dan akhlak? Main ikut sesuka hati dia je? Pernah? Aku tak pernah. Tapi aku terjumpa manusia yang macam tu kat dalam video kat bawah ni. Mengucap panjang aku.

Tengok je lah dulu. Dan buat kesimpulan sendiri. Wiwiwiwi



Kesian kan dekat uncle tu? Tak memasal kereta kena ketuk banyak kali oleh minah tu. Otak tersangkut kat mana entah aku pun tak tahu. Eeeei, geram betul taw kita :3

Okay lah. Daripada aku terus meroyan kat entry ni, baiklah kita pergi buat apa-apa yang patut dulu. Wuwuwu.

Sakit dan Hospital

Tuesday, July 15, 2014


Assalamualaikum. Cakk! Sihat? Alhamdullilah, Scha baik-baik sahaja. Cuma sepupu Tingkatan 3 tak sihat sangat. Demam dah nak masuk tiga hari.

Malam semalam pergi hospital. Ambil sampel darah sebab berkemungkinan suspect denggi. Untuk pengetahun kekawan, aku dulu pun pernah kena denggi. Masa Tingkatan 5. Ya ampun, peritnya hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa macam nak pergi meninggalkan dunia ni pun ada.

Ingat lagi, mama cakap, badan macam bangkai. Sebab apa? Sebab tak mandi beberapa hari dan masa tu tengah period. Korang tahu kan IV? Yang masuk air pakai injection tu haa. Benda tu kena jaga-jaga supaya darah tak masuk dalam air tu. Kalau dah masuk, kena inject balik. Seksa ooi. Rasa mcm rela tak mandi dari kena inject balik.

Susah nak urus diri time tu. Pergi toilet lagi susah. Mana nak uruskan hal period lagi, mana nak jaga IV tu lagi dan di tambah lagi tandasnya yang sangat kecik. Tertumbuk lah jugak dinding tandas tu sebab tak tahan sangat.

Dapat je transfer wad kelas pertama dan masa tu IV pun dah tak pakai lagi, aku pergi berendam dalam toilet selama yang mungkin. Bertapa bawah shower tu. Kasi hilangkan berat kepala dan legakan rasa lemas badan. Lepas tu, baru hidup kembali ceria dan badan sentiasa segar dan wangi gitu. Haha. Lawak!

Kejap lagi nak pergi Klinik Kesihatan dan nak ambil sampel darah untuk kali kedua. Harap-harap platelet naik. Jangan turun sangat. Kena admit hospital kang. Denggi ni jangan di buat main. Silap-silap boleh kena denggi berdarah dan risiko kematian sangat tinggi. Mana-mana yang ada simptom denggi atau demam tak kebah selama 3 hari, bawak-bawak lah pergi klinik. Check mana yang patut.

TIPS Denggi:
1) Minum air kosong banyak-banyak
2) Minum 100 Plus
3) Makan sup ketam (ketam boleh naikkan platelet darah)

Anyway, aku ada tangkap beberapa gambar dalam hospital tu. Bosan tunggu selama sejam, so aku apa lagi keluarkan lah lensa hikmat aku. Hehe.




Itu sahaja. Selamat berpuasa dan jaga kesihatan! :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook