Mr_Mrs_Universal_Boutique

#SchaReview -- Vendor's Boutique @ Senawang, Seremban

Thursday, June 12, 2014


Assalamualaikum. Hai. 

UPDATE MAC 2017: 

KEDAI-KEDAI NI DAH TAK BEROPERASI. HARAP MAKLUM. PLEASE JANGAN CALL SAYA UNTUK CARI KERJA DAN SEUMPAMANYA. 
TERIMA KASIH.

Aaaaa, tengah pening kepala. Masuk angin rasanya. Sambil update blog ni, sambil minum green tea lemon panas ditabur sikit dengan Chia seed. Perghh. Terubat sikit kepala ni. Wuuuu.

Korang ingat tak aku pernah review pasal Sincerelybyushawl's Boutique kat ENTRY INI? Aku rasa SBU ni lah pemulanya vendors boutique kat negara ni. Di mana di bawah satu bumbung, korang boleh dapat macam-macam dari hujung kaki hingga ke hujung rambut dan makanan of course! Unik kan?

Dengan bermulanya SBU, ramai jugaklah yang mengorak langkah buka vendor's boutique. Alhamdullilah. Seremban dah ada yang memulakan dulu. Yeayyy. Tak perlu dah pergi ke KL untuk pergi beli baju, skirt and tudung. Kat Seremban pun dah ada. To be exact kat Senawang! Haha. Dekat sangat dengan rumah aku. Tak sampai 10 minit dah sampai. Haha. Setakat ni aku tahu, ada DUA vendor's boutique (VB) kat sini. Okay. Jom terjah sesatu. 

THE WHITE ROOM @ Taman Bandar Senawang

Instagram: The White Room






Butik dia kat tetengah tu. Masa ni takde signboard lagi. 


Okay. First.
a) Lokasi -- Agak jauh dari bandar Senawang. Korang kena guna waze and search Taman Bandar Senawang. Aku suka persekitaran dia. Sangat selesa dan nyaman
b) Deko dalaman -- Dah namanya The White Room kan, so dalam mestilah tema putih dicampur dengan warna hitam. Aku rasa tema putih membuatkan butik ni lebih luas dan tak semak sangat kepala. Barang-barang semua dipamerkan dengan cantik dan dibahagikan kepada section vendors. So, setiap section tu ada setiap vendor nya.
c) Plihan barangan -- Korang boleh dapat macam-macam kat The White Room ni. Dari produk kecantikan, kasut, tudung, shawl, aksesori, gadget, perfume dan juga makanan! Selalu aku rembat mars jar. hehe. Sedappp.
d) Harga -- Bagi aku standard harga di luar sana. Tak terlalu mahal dan boleh dimiliki. Depends kepada bajet korang dan apa yang korang nak beli. Better target awal-awal. Or for starters, boleh pergi survey je dahulu.
e) Customer service -- Owner memang friendly. So kalau korang nak duduk kat dalam sampai berejam pun tak kisah. Keep calm and choose carefully what you want!

Info tambahan: The White Room ni ada lebih dari 40 vendors di bawah satu bumbung! Best kannn! 


Mari kita survey yang kedua pula.

Mr_Mrs_Universal_Boutique @ Pusat Bandar Senawang






a) Lokasi -- Berada di tengah-tengah bandar Senawang. Kalau masuk tol Senawang tu, korang just terusssss je sampai jumpa bangunan kedai baru. Alah, kalau nak senang, waze je Pusat Bandar Senawang. kah!
b) Deko dalaman -- Menggunakan tema warna merah dan krim, ia memberikan impak yang ceria dan keterujaan bila shopping di sini. Barang di sini agak banyak dan penuh. Tak terlalu sempit dan agak besar. Selesa gila nak shopping dan memilih kat sini.
c) Pilihan barangan -- Same as before, korang boleh dapat pelbagai barangan kat sini. Machiam-machiam ada. Skirt kembang, kimono cardigan, shawl, perfume, gadget, kasut and of course makanan! Hahaha. Itu yang paling penting yer. Hahaha.
d) Harga -- Yeap. Standard harga macam korang selalu usha ig shop. Ada yang murah dan abg tu kata, ada shawl serendah RM6. Tak pasti sama ada shawl or square scarf. Puas hati okayy!
e) Customer service -- Layanan best. Dia tak ikut kita pergi sini ke sana. Bagi kita ruang untuk memilih dan membelek. Ikut suko ekau lah nak duduk berapo lamo kek situ. Weeeee

Baiklah. Dah habis dah review. Bagi sesiapa yang duduk dekat Senawang or sekitar Seremban or sekitar Bangi and KL, meh lerr datang Senawang. I just love Senawang. Senawang dah maju. Semua benda ada kat sini. Yeayyyy!

Eh, wait! Special for SBU's fans out there! SBU 2.0 is coming very soon! Yeayy! #doubleismorefun 


Tapi aku rasa tak sanggup nak beratur panjang gilaa. Confirm memang full house SBU nanti. Good luck SBU!

Okay. Thanks for reading! Take care always! 

Cara apply SPA PTD M41

Last Call: Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 SPA Ditutup 8 Jun 2014

Saturday, June 07, 2014


Assalamualaikum. Hai. 

Just a quick update.

Kepada mereka yang tengah mencari kerja selepas graduasi Ijazah atau berada dalam tahun akhir pengajian peringkat Ijazah, boleh lah korang try jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41 ni. Tak salah mencuba rasanya. Mana lah tahu kita ada rezeki kerja gomen. Tak cuba, tak tahu. haaa, gitu. 


Langkah apply PTD

1) Pergi www.spa.gov.my
2) Sebelah kiri ada tulis PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPA8i)
3) Daftar akaun baru
4) Lepas dah daftar, DAFTAR MASUK
5) Masukkan MyID dan kata laluan
6) Isi maklumat yang disediakan sampai korang jumpa JAWATAN SPA
* after SIMPAN, keep tekan LAMAN UTAMA dan isi mana yang berkenaan sampai jumpa JAWATAN SPA*
7) Cari PTD Gred M41 dan isi yang seterusnya
8) Dan Good luck!

Cepat isi! Tarikh akhir ialah ESOK (8 Jun 2014)!


 P/s: Byee. Nak balik kampungggg!

TESTIMONI B'VITE SELEPAS SEBULAN

Friday, June 06, 2014


Assalamualaikum! Haii.

Ingat tak aku pernah cerita pasal B'Vite kat entry INI? Haaa, nak tahu tak kesan dia apa ke atas diriku? Ceh, diriku. Kemain kau nak berpujangga kat sini. Okay. Cut it. Let's straight to the point.


SEBELUM


SELEPAS



#nofilter

Alhamdullilah. Hasilnya yang diterima agak bagus sebenarnya. Serius aku cakap. Aku berpuas hati dengan produk B'Vite ni. Samalah dengan Harum Malam. Suka sangat. Betul-betul memberi hari yang cergas dan cerdas untuk aku.

Kalau korang tilik bebetul, ada jugak seketul kecik jerawat yang naik. Tapi, aku rasa aku tengah 'dalam hari', so normal lah kan jerawat naik. Yang penting korang kena istiqamah dalam pengambilan. Kalau nak dapat kesan yang lagi ohsem, minum kan air KOSONG yang banyak. Sangat-sangat memberi kesan yang efektif. Insya-Allah. 

HARGA

RM33.00 (WM)
RM39.00 (EM)
BRD 18.00 (BRUNEI)
SGD 18.00 (SINGAPORE)

Segala permasalahan, nak beli, nak tanya itu ini, sila lah hubungi Legacy Secret Trading yer. Link-link aku sediakan di bawah. Korang just click je.


Legacy Secret Sdn Bhd
No 8, Jalan PPSL 2, PT 1834, Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor
Tel +60132662769
Email :sales@legacysecret.com

Page-page yang berkaitan dengan kesihatan. Jenguklah sekejap kot-kot korang ada apa-apa masalah kesihatan.

'Jumpa time graduate'

Tuesday, June 03, 2014


Assalamualaikum. Hai. Tora datang lagiii! Sihat tak semua? Hope semua sihat hendak-Nya. Amin.

Haaa, biasalah dah lama tak update. Busy dengan final year project. Arghh. Finally everything almost setel. Presentation pun dah setel dengan 'jayanya' dan tinggal report untuk di-compile-kan.

Perasaan lepas present FYP sangatlah best. Tak dapat nak luah macam mana. Bayangkan beberapa hari sebelum present, kami satu group berkampung sampai ke Subuh. Mata bengkak. Badan penat. Makan tak tentu. Bila stress je makan, macam mana tak naik? kakakaka

Tapi itulah. Kekadang kan, benda yang kecik-kecik macam ni lah yang akan jadi memori kita sepanjang masa belajar. Yes. Aku rasa tak sabar nak habis, tapi at the same time, rasa sayu pulak nak tinggalkan UMP. Duduk sana almost 4 years kan, banyak kenangan yang dikutip dan aku rasa masih tak puas nak spend time dengan kekawan.

That's why tahun akhir ni aku banyak buat kerja gila. Kerja yang aku rasa aku tak mampu nak buat tapi sebenarnya boleh. Contoh, mendaki Bukit Panorama. Haha. Epic okayy!

Ada seorang kawan aku ni, Fatin Azureen namanya. Dia takde final. So after presentation, dia terus pulang ke rumah. Pulang for good. Aku terkesan dia kata gini,

'Jumpa time graduate.'

And aku rasa sedih dengar ayat tu. Tup-tup semua dah nak habis belajar dah. 4 tahun bukan masa yang sekejap, lama. Tapi, sedar tak sedar, dah nak sampai ke penghujung.

Itu lah. Habiskan final dan buat sehabis mungkin dan pulang ke rumah dan terus cari kerjaaa! Target aku ialah, before aku graduate bulan 10 nanti, aku nak dapat kerja. Amin amin amin. Doakan aku yer kekawan. Aku pun doakan benda yang sama untuk korang.

Friends,

Thanks for all the memories. May this friendship last till syurga. Amin. Sayang korang kerana Allah SWT.





Insya-Allah, kita berjumpa lagi! :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook