Kurangkan sunburn dan kekal bertenaga dengan B'Vite

Tuesday, May 13, 2014


Assalamualaikum. Hai korang!


Meh dekat sikit. Aku nak cerita sikit pasal produk terbaru dari Legacy Secret. Ingat tak aku pernah cerita pasal Harum Malam kat entry INI? Haaa, sekarang ni ada produk terbaru you alls. Meh aku recap balik. Harum Malam memang sesuai untuk kesihatan dalaman bagi seseorang wanita. Tapi, B'Vite, di samping merawat kesihatan dalaman, ia juga mampu untuk kulit korang jadi putih. Kira 2 in 1 gitu. 

Korang perasan tak lately ni banyak produk untuk memutihkan kulit muka? Perasan tak ia hanya fokus kat muka so sebab tu sapu kat muka? Lepas tu, kulit muka je putih, kulit badan hitam. Kakaka. Tapi, dengan B'Vite ni kan, Insya-Allah, satu badan jadi putih sebab ianya minuman so, effect satu badan Insya-Allah ada :)

Kan aku baru balik dari Bukit Panorama minggu lepas, so kulit aku agak burn. Especially di muka dan sekitar tangan. Takdelah obvious sangat, tapi, kawan-kawan tegur lah jugak ke-burn-an muka aku ni haaa. Dah lah ada dinner Sabtu ni, macam mana nak pakai mekap ni you alls? *garu kepala*


Anyway, sama macam Harum Malam, B'Vite juga diperbuat daripada bahan semulajadi. Natural gitu. Antara bahannya ialah, Apple Swiss, Anggur, Argan, Ros, Tomato, Comfrey Root, Aloe vera, Goji, Acerolla, Blackcurrant, daun Durian Belanda, Cranberry, Bilberry, Seaweed dan juga Buah Delima. 

See. Banyak bahan semulajadi yang bagi aku kira mahal dan dicampur menjadi satu. Rasa? Serius, rasa dia sedap gila. Rasa macam buah. Takde rasa pahit langsung. 

Apa kebaikan B'Vite ni Cik Scha Nazri?

1. Membantu meregenerasi, merevitalisasi dan memelihara sel kulit agar selalu tampak awet muda.
2. Memperbaiki elastilasi, mengencangkan serta menguatkan struktur kulit.
3. Membuat kulit cerah seperti semulajadi
4. Mencegah kulit dari kusam
5. Menyamarkan garis halus
6. Membantu mencegah dan mengatasi masalah kulit seperti flek hitam akibat sinar matahari, jerawat, garis halus, luka dsb.
7. Membantu menjaga kesihatan rambut, mata, kulit, sistem pencernaan dan sistem kardiovaskular.
8. Menyamarkan kesan parut serta noda hitam
9. Sebagai antioksidan alami serta anti kanser
10. Membantu melembapkan kulit secara natural dan menjaga kadar air kulit agar terhindar dari masalah dehidrasi.
11. Membantu detoksifikasi/pengeluaran racun tubuh
12  Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan infeksi
13 Membantu mengatasi gangguan pencernaan dan pernafasan
14. Membantu mengatasi kelelahan, letih, lesu serta kram otot


Aku dapat dua sampel B'Vite ni haaa. And aku share sebotol lagi dengan roommate aku, Sue. Muka kami dedua burn kesan dari haritu. Harap-harap dengan istiqamah minum B'Vite ni, kulit kami akan kembali kepada asal dan lebih putih dari dulu. Mana tahu kan? Kita ikhtiar. Itu yang penting :)


Ini keadaan kulit kami sebelum minum B'Vite. Ini without filter okay. Guna brightness sahaja sebab gambar asal malap sangat. Wiwiwiwi. Kalau bukak tudung ni, konpem nampak line pemisah antara putih dan sunburn. Gua pasrah. Sebab tu aku nak cuba B'Vite ni :)

Cik Scha, macam mana nak minum B'Vite ni?

Senang je. Dua sudu besar setiap pagi (selepas bangun tidur) dan malam (sebelum tidur). Itu sahaja. Dan pastikan minum air kosong yang banyak supaya kesan lebih efektif taw. Eh, jangan lupa consume Harum Malam sekali. Barulah ada ummpphh hari korang! :)

Harga? Jangan risau wahai sahabat-sahabat sekalian, harga B'Vite ni harga mampu milik! Hehehe

RM33.00 (WM)
RM39.00 (EM)
BRD 18.00 (BRUNEI)
SGD 18.00 (SINGAPORE)

Segala pertanyaan ke, nak order ke hape kan, korang boleh terus je click link kat bawah ni taw.


Legacy Secret Sdn Bhd
No 8, Jalan PPSL 2, PT 1834, Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor
Tel +60132662769
Email :sales@legacysecret.com

Eh, jap-jap. Jom jenguk page-page ni kejap.



Insya-Allah, tunggu entry lagi sebulan. Nak update pasal kesan selepas minum B'Vite ni.
Jeng jeng jeng

Jom minum dan amalkan B'Vite!

Cabar diri sendiri mendaki Bukit Panorama!

Saturday, May 10, 2014


Assalamualaikum. Hai. Sihat tak? Aku sihat Alhamdullilah. Cuma sakit kaki. Sebab apa? Haaa, ini yang nak ceghita ni.

Tersebutlah kisah di mana seorang Scha Nazri eksaited nak naik Bukit Panorama even dia tak tahu pun Bukit Panorama tu tinggi mana. Malam tu tak boleh tidur lah sebab eksaited kemain. Bertolak pukul 5.30 pagi. 6.00 pagi sampai di masjid Sungai Lembing. Siap subuh and then, here we go!


Ada dua laluan sebenarnya. Satu ikut tangga, satu ikut hutan. So, kami ikut tangga sebab nak kejar sunrise kononnya. Kalau ikut hutan, lama. Kira-kira 1 jam lebih nak sampai atas.

Oh yer. Kami seramai 13 orang yer beramai-ramai hiking. Korang bayangkan, yang lain semua badan fit-fit. Aku? Takyah cakap. Ada yang dah pernah naik Kinabalu lagi. Aku? Sekali lagi takyah cakap. Paham-paham sendiri lah yer. Wuwuwu.

Tapi, aku bernasib baik sahabat baik aku, Sue sudi menemani ku sehingga sampai ke atas. Trust me, banyak kali lah jugak aku nak give up, tapi disebabkan Sue ni paksa aku sampai naik atas, aku gagahkan diri jugaklah even dah nak terputus saluran penafasan aku. Serius ni wei. Memang kerja Sue marah/paksa aku naik jugak sampai ke atas.


Time tu ramai dah turun balik dah sebab matahari dah terbit. Kesian kat Sue sebab aku, dia tak dapat tengok sunrise. wuwuwuwu. Bila sampai je puncak, mana-mana yang dah melepasi aku semasa naik tu, tepuk tangan sebagai kata semangat. haha. Time tu aku dah tak fikir apa dah. Fikir nak duduk je. Kakaka. Bila dah cool down, baru lah jumpa balik dengan kekawan aku yang lain tu. Hmmmphhh. Dorang dah lama lepak kat atas tu. Mmkayy.

Bila dah sakan berselfie, ambil gambar kat puncak, kami decide nak balik ikut jalan hutan. Dalam kepala otak aku, okay, mesti turun je time balik ni. Takde yang naik-naik. Tapi, sangkaanku meleset okay. Rupanya aku kena daki lagi 4 bukit. Omg. Naik tu sekali lagi nafas aku nak terputus. Haha. Sabar je. Dorang kata, haaa, sikit je lagi ni nak sampai. Leulz sangat.








Bila dah lepas 4 bukit, barulah perjalanan turun ke bawah. Baru lega. Tapi, Ya Allah, jalan dia lagi macam nokhoromm. Dahlah jalan dia sempit, batu licin, pakai kasut yang licin, haaaa, amek kau. 5 kali aku jatuh terduduk. Kakaka. Sakit bontot ittew. Ada 4 orang kawan yang jadi Sweeper di mana dorang yang paling fit akan tunggu mereka yang kurang fit macam aku. Mekasih korang sebab tunggu. Time turun tu, memang aku berpaut dekat daun-daun/pokok di tepi2. Taknak tengok belah kiri sebab kalau tengok bebetul, belah kiri aku gaung. Kalau silap langkah, tak tahu lah nak cakap apa. Wiwiwiwi.



Nampak tak bukit tu? Haa, itu lah Bukit Panorama. Waktu ni aku berada atas puncak Bukit Raja


Berehat-rehat sebelum teruskan perjalanan pulang. 






2 jam kot ambil masa nak turun. Sampai je starting point, aku habiskan sebotol air. Aku dah terlampau banyak minum air sampai takde selera nak makan. Serius. Balik bilik, aku terus tidur. Sue kata, aku banyak mengeluarkan bunyi-bunyi semasa aku tidur. Bunyi apa? Roommate aku sahaja yang tahu. Muahahahaa.

Tapi, pengalaman ini lah yang aku nak kutip sementara aku masih berada di bumi UMP, Pahang ni haaa. Tinggal lebih kurang 2 bulan sebelum aku meninggalkan UMP. Wuwuuwuwu. Sedihh ada, gembira ada, tak sabarr semua ada. All in one gitu.Tapi itulah, aku nak kumpul memori ni bersama-sama kawan-kawan aku. Sue, sayang kauuu! :)


Muka penat, baju basah dengan peluh. Phewww phewww

P/s: Next challenge maybe? :)
P/s: Thanks Zizol for the pics :)

Tempatan Fest 6.0 and Bubbles at Teluk Cempedak, Kuantan

Sunday, May 04, 2014



Hai. Petang semalam puas betul main bubbles kat Pantai Teluk Cempedak. Tak tahu pulak main bubbles ni kemain seronoknya. Kalau lah tahu main bubbles ni kemain seronok, dah lama dah mainnnn! Hahahhaa

Best gila main bubbles kat tepi pantai. Kena ambil yang kecik punya sebab angin kuat. Kalau besar, nanti cepat pecah. Tak syok ah main and then kena air sabun tu kat muka. Duhh.

Well, masa main ni ada Tempatan Fest 6.0 kat TC. Then, ada macam busking sikit. Masa busking tu, kami sempat buat bubbles. Ala-ala macam background bubbles gitu. Dah lah ada majlis perasmian time tu, dengan VVIP sekali nak pecahkan bubbles tu.

And budak-budak pulak,

'Tengokk tu. Bestnya tengok akak tu main belon.'

Kami kira at the center of attention jugaklah sebab time tu kami je yang main bubbles. Mula-mula tu memang tak reti sangat main. Bila dah reti, kemain syok lah main bubbles. Dah tak pandang sekeliling dah. Hehe. 

And bercakap pasal Tempatan Fest 6.0

Untuk pengetahuan korang, Tempatan Fest 6.0 ni bertujuan untuk mengumpulkan vendor-vendor clothing anak-anak tempatan. Macam-macam jenis design ada. Wuuuuu~

Senarai clothing anak tempatan. 

Acara ni bagus cuma harga yang ditawarkan like what the? 

Korang bayangkan tshirt design, harga dia RM60.00 sehelai! Kalau RM30.00 aku boleh terima lagi. Tapi, ini tidak. *tepuk dahi*

Ataupun, kualiti kain dia okay? Design dia lain dari yang lain? Hmmm. Aku dah pernah tengok ada yang kualiti dia kurang even mahal gila. Sebagai contoh, ada yang design dia boleh tercabut selepas sekali pakai. Pakai sticker ke? Design? Yes. Ada yang cantik-cantik. But ada yang simple gila design and harga RM60. Baju TwtUMP aku lagi murah and tahan quality nya. *meroyan*

Plus, takde big plus size. Paling besar pun XL. I need bigger than that :3

Alih-alih aku beli landyard je. Ada yang murah, ada yang mahal. Takpelah. Goodies katanya. Haha. Tak mampu lah nak beli sehelai tshirt RM60. Yer. Memang aku nak support. But, the price don't you think mahal bebenor? 


But, terpulang kepada pengemar baju-baju macam ni. Duit korang, bukan aku. Maybe certain brand je, bukan semua. Apa2 pun, kita kena support brand anak tempatan okay. Kalau brand tu bagus, memang aku puji, kalau tidak, bye-bye lah :)

 Akhirnya, aku main bubbles nak sedapkan hati. Muahahahahaha. Stress you alls. 


Bye. Assalamualaikum.

P/s: Rasa nak bukak clothing sendiri yang memenuhi citarasa seorang Syazana dan mereka-mereka yang plus size! 

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook