#SchaReview -- Pelancaran Butik Sincerelybyushawls, Bangi

Monday, February 03, 2014


Assalamualaikum. Haiii. Sihat? Kalau sihat, Alhamdullilah.

Ni haaa. Ada cerita sikit nak kongsi pasal satu butik ni. Khusus untuk golongan remaja yg berumur 40 ke bawah.

Pada 31 Januari 2014 yang lepas, sebuah butik yang diberi nama Sincerelybyushawls (SBU) telah dilancarkan dengan havocnya di Bandar Baru Bangi. Kenapa aku kata havoc? Sebab pengunjungnya yang terdiri daripada kalangan remaja terutama 30 tahun ke bawah, telah beratur sejauh 1 km (lebih kurang) untuk  membeli-belah. Lebih kurang 500 ++ yang datang rasanya sebab door gift sebanyak 300 licin sebelum turn aku.

Sepatutnya dibuka pada pukul 11 pagi, tapi, disebabkan pengunjung ramai sangat, mereka terpaksa buka lebih awal. Nampak tak betapa meriahnya? Hmm. Tak percaya lagi? Meh, tengok gambar.

Ini baru sebahagian di luar, kalau kat dalam? Dah macam launching butik Fareeda.

Aku bersyukur sebenarnya tak masuk awal. Kalau tak, konpem aku lemas dalam tu. Disebabkan ramai orang sangat, air-cond tak terasa sangat. Lemas jugaklah. 

Aku beratur selama 1 jam setengah kot. Lebih kurang. Barulah dapat masuk. Bila masuk jeee, aku cecepat pergi kaunter tudung. 

Eh, kejap. Korang mesti tak tahu apa Sincerelybyus ni jual kan? Basically, dorang jual tudung square shawls yang sangat selesa, mudah dibentuk dan mempunyai banyak corak yang cantik-cantik dan sesuai dengan remaja. Kain fabrik tudung itu sendiri yang tak perlu digosok atau di letak 'starch' menjadikan tudung keluaran SBU menjadi pilihan anak-anak muda. 

Selain itu, SBU juga menjual kimono cardigans, glitter shawl, cookies, socks, skirts, kasut, beg dan juga fish eye lens, casing handphone dan monopod. All in one! SBU hanya menjual tudung sahaja, tapi, mereka menjemput masuk inhouse brands untuk jual barangan di butik mereka. Perfect kan? Macam semua yang korang nak semua dalam satu butik! 





Haaa, yang stokin di atas ni, di jual oleh Irine Closet by Irine Nadia Marcello! Murah dan senang di bawak berwuduk. Alhamdullilah.


Baju-baju yang comel ni oleh FSYN by Nisa Kay


Inilah square shawls yang menjadi pujaan ramai termasuklah aku. Sampai enam helai borong. haha.
Harga? RM25/sehelai sahaja. Worth every penny. Percayalah aku yang comel ni. Sekali beli, mesti nak beli lagi! Cewahh!


Rembatan tudungku pada hari kejadian. hehe. Senang nak matching baju katanya. 

Ohh. SBU ni juga terkenal di kalangan artis. Kira famous lah jugak. Nak tahu siapa?


Najwa Latif dan kakaknya, Ika Latif
Ainul Aishah.

Baiklah. Mesti korang semua rasa teruja kan? Aku pun sama. Rasa nak shopping sana lagi. Habis duit den kang. Paghah, paghah. Butik SBU ni ada dua, iaitu di Shah Alam dan Bangi.



Landmark di Bangi ialah, di belakang Kompleks PKNS Bangi, bersebelahan dengan JM Briyani dan Abdullah Chan. Senang je nak cari. Kalau tak dapat cari, gunakan teknologi smartphone anda contohnya WAZE. Insya-Allah, sampai. Kalau tak sampai, engkorang buang apps Waze tu. Kidding. 

Founder and owner SBU, Nora (dua dari kiri) bersama keluarga tercinta. 

Jangan lupa follow Instagram Sincerelybyushawls,


Semua gambar di atas di ambil daripada Instagram SBU dan juga aku, SCHANAZRI_

Selamat mencuci mata di sana! 


You Might Also Like

7 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. den baru tahu pasal sincerelybyushawls ni.. erk, rasa macam ketinggalan je.. >.<

    ReplyDelete
  2. waaa..memang havoc betul..dah lama tau pasal butik ni tp belum berkesempatan nk shopping kt situ lagi

    ReplyDelete
  3. serius mmg design shawl cantik sgt..

    ReplyDelete
  4. baru tau pasal butik ni.. serius lawa2 la shawl tu. kalau stay bangi dh terjah. huhu

    ReplyDelete
  5. huiyoooo...ramainya :O tak sempat lagi nak pergi sana even dekat pun.

    ReplyDelete
  6. ha kau, gigihlah Scha, kalau Anas ni, tak sanggup la nak beratur bagai, beratur buffet makanan boleh la. haha. sampai 6 borong, baju raya dah beli? hik

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook