imam muda aran

Adakah ini jodoh?

Friday, February 01, 2013


Cakkk. Hai semua. Pagi tadi aku follow mak aku pergi ceramah Maulidur Rasul kat Pusat Dakwah Islamiah, Seremban. Siapa panel yer? Mari. Tengokk!

Sesi 1 - Imam Muda Aran dengan tajuk, "Sirah Dihayati Sunnah Diikuti"

*google*

Sesi 2 - Imam Muda Asyraf, Ustaz Baslin Baharin (Tanyalah Ustaz TV9) dan Ustaz Tengku Nor Iftah dengan tajuk "Dekati Allah Cintai Rasullulah"

*google*

Paling suka sesi 2, sebab Ustaz Baslin tu suka buat lawak. Dengan kebolehan dia menyanyi ala2 hindustan, membuatkan kami semua hilang ngantuk. Hehe. Banyak pengisian dan ilmu baru tentang Rasullulah SAW semasa mengikuti forum ni.

Forum habis pukul 1 tengahari. Time ni, perut dah bermacamm-macam bunyi dah. Memandangkan makanan dah habis, so, kami bergerak ke kedai makan di Paroi. Leha's World.

Sampai je, aku tengok ada kamera bagai. Terdetik dalam hati, maybe ada program TV kot. Apa lagi, JJCM lah kann. Sekali betul. Rasa macam retis pulak ada banyak kamera. Kakaka. Puas gak aku cari pengacaranya, Iqram Dinzly (@IqramDinzlyHM). Jumpa pun! Aku tengok dia tengah mekap. Mekap sendiri taw. Kagum betul aku. Pandailah jaga muka, rambut etc. 

Lepas dah habis makan, aku memberanikan diri pergi approach dia. Kang kalau aku tak pergi, konpem aku akan menyesal tak sudah. Dah banyak kali terjadi. Pergi jugaklah.

'Iqram, nak amik gambar'
'Boleh.'
Dia dah pose baikk punya. Sekali aku cakap,
'Eh, nak amik gambar sama-sama.'
'Ohh.'
Terus dia bangun. Touch-up sikit.
Then, taraaaaaaa...


Lepas dah ambil gambar together-gether, dia nak tengok hasil dia kat hp aku. Awwww.
Lepas tu, dia pun angguk. Puas hati lettew. Haha.

Okay. Aku tengah cair. TOLONG!
Hahahaha

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook