Karya MM Vectoristic

Tuesday, January 29, 2013


Cakkk! Hai semua! Well, kembali bersarang nampaknya lagi blog aku ni haaa. Kemain cuti konon nak update tetiap hari tapi, harammmm. Penyakit M kronik sangat.
Pfffttt

Okay. Apa itu MM Vectoristic? Err, ini sejenis karya vector. Apa itu vector? Hurm. Aku nak explain pun tak reti. Bak kata kawan aku, 'Vector ni macam PDF punya style. Zoom banyak kali pun gambar tak pecah'. Haaa, gitu. Dah try google, tapi, macam tak memahami je. Haha. Sesiapa yang paham tu, tolong habaq kat ceq. 

MM Vectoristic ini ialah sebuah karya anak tempatan. Nak tengok?

Dekripsi MM Vectoristic :
Budak bulat main vektor



*Ctrl+Click untuk tumbesaran*
 
*Ctrl+Click untuk tumbesaran*

Banyak karya nya yang WOW! Superb! Kelakar pun ada. Sinikal tapi, cara persembahannya melalui lukisan vector. Berdakwah tapi, dari segi vector. Cool kan? 

Jom support anak muda yang berbakat ni!


Biodata dan Sejarah Ringkas Rasulullah SAW

Thursday, January 24, 2013


Salam. Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, nabi junjungan kita. 


Okay. Mari kita tahu serba sedikit biodata Nabi Muhammad S.A.W


BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’


Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.


Tema sambutan Maulidur Rasul 1433H tahun ni ialah,

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Salam Maulidur Rasul 1433H

Red

Friday, January 18, 2013


Cakkk! Salam jumaat semua! Phew. Azam nak update blog tetiap hari sementara masih cuti lagi ni. Tapi, semalam tertinggal pulak. Takde idea tetiba. Hiks.

Well, actually lah kan, semenjak dua tiga menjak ni, kegilaan aku dengan warna merah menjadi-jadi. Mungkin sindrom Taylor Swift kot dengan album dia yang baru keluar, RED. Dulu aku tengok, warna merah ni sangatlah garang. Tapi, dah lama-lama aku fikir, garang means berani! 

Tak tergoda ke tengok warna merah cenggini?




So, aku cuba something yang gilaaa. Haha. Nak tengok?

Jangan terkejut. Dan, tarik nafas pepanjang okay sebelum tengok. Wkwkwkwk.
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kakakakakaka. Kekadang bila aku tak tahu nak buat apa, aku akan mula eksperimenkan diri dengan mekap. Haha. Cuba tutorial ni, cuba tutorial tu. Hiks. Tapi, aku pakai mekap ni dalam bilik je, tak berani nak bawak keluar lagi. Haha. Simple-simple boleh lahhh. 

Okayy. Mohon jangan muntah okay dengan gambar tu. Hiks

WW

#22 Wordless Wednesday

Wednesday, January 16, 2013



#WW22


Your choice? Scream or enjoy?



p/s : Dah lama tak main #WW woi! Mihmih. Rinduuuu!

Takde siapa nak bagi benda FREE lah

Wednesday, January 16, 2013


Cakkk!

*ctrl+klik untuk tumbesaran*




Korang pernah rasa apa yang aku rasa? Bukak facebook, kemain ada banyak notifications. Tapi, kebanyakannya bukan untuk aku. Blerghh. Bagi harapan pelesu tahu. Huhu. Takkanlah aku nak off notifications untuk group-group yang penting kan? Tak berbaloi rasanyaaa. Aaaaaaa

Boleh tak mereka-mereka ni jangan percaya semua itu? Sekali kau tekan, ia seperti membawa virus taw. Sedih dibuatnyaaaa. Ingatlah, takde siapa nak bagi topup free, handphone Sony free, bla bla bla free. Takde okay. Tidak adaaaaa. 

Yang gambar last tu lagi dahsyat. Post yang sama tapi orang yang berlainan dan ada jugak orang yang sama.
Blergh.

Perkara maha dahsyat!

Monday, January 14, 2013



Haaaa? Apa yang maha dahsyat? Apa syaz? Jeng jeng jeng. Ni haaa. Pasal final exam aku semester ni. Sedih tahu. Tsk. 

Sebab apa? Mari kita lihat jadual final aku. Taraaaaa
Unit Operation 1 - Khamis - 3/1/2013 - 2.30 pm - 5.30 pm
Science and Engineering Material (SEM) - Jumaat - 4/1/2013 - 9 am - 12 pm
Numerical Optimization - Jumaat - 4/1/2013 - 3 pm - 5.30 pm
OSH - Isnin - 7/1/2013 - 9 am -12 pm
Chemical Reaction Eng 2 (CRE 2) - 9/1/2013 - 9 am - 12 pm

Kalau korang perati bebetul lah kan, gap aku masa hari Khamis dan Jumaat itu TIADA. Khamis, petang. Jumaat, pagi and petang. Berturut-turut macam machine gun. Memang takde bagi aku peluang untuk bernafas langsung. Khamis malam tu paling aku konpius nak study yang mana dulu. Nasib baik SEM memerlukan banyak penghafalan dan Numerical hanya perlu tahu tentang method pengiraan. Bayangkanlah kalau SEM dan OSH pada hari yang sama. Memang membunuhku. 


Lepas je dah habis paper Jumaat tu, terus aku pengsan-sepengsannya. Sabtu esoknya barulah aku study OSH dan CRE 2. Phewww.

Nasib baik aku ada kawan nak mengharungi benda ni bersama-sama. Susah jugak kalau takde kawan. Memang kau kena harung sorang-soranglah gamaknya. 

Satu tema je aku guna untuk minggu tuu.

REDAHH JEEEE
Kata-kata ni jugaklah aku bagi kat kawan aku. Aku cakap macam ni.

'Takpe Su. Kita redahh je. Betul ke tidak, kita buat jee. Asalkan jangan tinggalkan kosong. Yang penting, kita dah usaha, doa dan sekarang ni kita tawakal je Su.'

Tidur tak lena. Bila buat exam ni, terfikir tentang exam tu. Haishh. Bila nak tidur je mesti fikir, aku dah habis study ke belum. Parah jugaklah. Lepas dah habis paper 9 haribulan tu, memanglah perasaan yang tak dapat nak cakap macamana.

Hari Isnin hari tu, aku demam and selesema jugak. Bertisu-tisu jugaklah aku bawak masa exam OSH. Macam lama gilaa je masa. Nasib baiklah, tak kena masa minggu sebelumnya. Syukur Alhamdullilah. 

Okay. Sekarang ni aku terperap kat UMP selama dua minggu sebab ada projek Enactus. Hewww. Cuaknyaaa. Memintaklah semuanya berjalan lancar deknon ooi! Amin. 

Akhir kata, 


Kisah Joyah dan Kiah

Sunday, January 13, 2013


Cakk. Aku rasalah kan, semester ni lah semester paling sekejap pernah aku lalui. Betul. Tengok-tengok, dah Test 1. Last-last dah final. Haaaa.

Maybe sebab tak banyak sangat masalah kot semester ni. Tu yang aku rasa cepat je masa berlalu. Masa semester dulu, ada jugaklah aku bermasam muka dengan BFF aku. Tapi, Alhamdulillah, semester ni takde pulak bermasam muka bagai nak rak. Everything smooth je. 

And aku nak memperkenalkan alter-ego aku dan BFF aku, Intan. Memperkenalkan,

Syaz - Joyah
Intan - Kiah


Macam mana boleh datang Joyah dan Kiah ni? Ini semua Intan punya pasal. Dia pantang tengok aku pakai celak sikit, mekap sikit, mulalah dia panggil aku Joyah. Tak boleh tengok orang over sikit Intan ni. Tapi, aku taknaklah kalah kan, aku panggil dia Kiah. Dia pun redha je aku tengok. Haha.

Intan ni gadis ayu. Dikira sebagai perempuan melayu terakhir jugaklah. Aku pulak, ayu tu memang kurang sikitlah. Aku ni kepoh orangnya. Serius. Haaaa. 

Dah lama-lama, roh Kiah dah masuk dalam badan Intan. Itupun sebab aku yang paksa. Kalau tak, malu-malu gitu. Aku yang ajar dia macam ni, macam tu. Haha. Sampai pakwe si Intan ni cakap, 'Ni mesti syasya punya kerja ni'. Tengok. Aku yang di persalahkan. Aannd, aku apa kisah? Weekksss


Bagi kami, inilah cara untuk kami melepaskan stress. Just both of us. Jadi gilaaa. Amik gambar bebanyak. Lepas tu gelak dua orang. Haha. 




Ni namanya sayang keketat!

For Intan Yusniza bt Mohamad, aku harap apa yang kau berangankan selalu tu menjadi kenyataan. Amin. 

Tentang apa yang kami berangankan, biarlah kami je yang tahu. Kekekeke.

Hikmah (Part 2)

Saturday, January 12, 2013


Cak! Haaaa, saja je nak bagitahu korang. Final dah habis! Yeahhh!

Okay. Mari kita sambung cerita entry lepas. Cerita tentang hikmah. Hikmah (Part 1) korang boleh tekan link ni --> http://www.syazberry.com/2012/12/hikmah-part-1.html

Setelah kalah dalam piliharanraya fakulti, aku macam dah putus harapan sikit lah. But, at the same time, aku interested dengan satu club/community ni. Student In Free Entreprise (SIFE). Before start semester, aku macam dah tertarik dengan SIFE ni. Aku dapat tahu SIFE ni melalui someone dari Twitter. The truth is, aku tahu SIFE ni pun dari Twitter. Nampak tak betapa kuatnya penangan twitter kat aku? 

Aku buat research sikit pasal SIFE masa cuti and ask someone about SIFE. Setiap tahun, SIFE akan buat satu national competition. And aku pelik, UMP tak masuk competition ke? Tak hantar wakil ke? Melalui that someone, aku dapat in touch dengan Alumni SIFE UMP. Yang paling tak boleh blah, dia suruh aku RUN FOR MT's position. Haaaaa. Aku dah lah tak tahu apa-apa pasal SIFE and suddenly suruh aku masuk MT? 

Lama aku fikir, nak join ke tidak. Nak masuk untuk run jawatan MT. Lepas kalah election hari tu, aku tergerak hati nak interview untuk jawatan MT. Kawan aku yang gerakkan aku suruh try. So, aku di interview oleh mantan yang sebelumnya. Aku cakap jelah apa yang aku tahu and nak buat apa untuk kelab ni.

Lastly ...

Aku dapat jawatan Majlis Tertinggi! Hahahahaahaha. Aku tak tahu lah kawan aku tolong atau tidak. Tapi, lepas meeting pertama, aku taknak jawatan MT. So, aku pilih Exco External Relations. Baru lah ada thrill kan?

So, here I am. Tengah cuba nak menaikkan kembali nama SIFE UMP. Oh, by the way, SIFE dah tukar nama kepada ENACTUS.


Mesti korang tertanya-tanya kan Enactus ni buat apa? Bagi aku, ia macam serampang dua mata. Tolong orang di samping kita dapat benefit. Its kinda FUN! 

Enactus ni boleh mengembangkan lagi network. Lepas aku dah join Enactus, aku dapat banyak kawan dari universiti lain. Dorang semua support aku and UMP so that UMP boleh join the national competition. Terharu sangat! 

Nampak tak hikmahnya datang dari mana? Kann? Kan Allah pernah berkata, semua kejadian ada hikmahnya. Antara sedar atau tidak je sebenarnya. Contohnya, kalau kau jatuh, cuba cari hikmahnya. Pasti tersembunyi. Insya-Allah!

I'm proud to be an Enactus! 


Target seterusnyaaaaaa! Amin!

Doakan aku agar semuanya berjalan lancar! :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook