#PrayForKuantan

Thursday, December 05, 2013


Assalamualaikum. Hai. 

Seperti sedia maklum, Pahang telah dilanda banjir besar sejak Selasa lepas. Dan pada hari ini (Khamis), tiada lagi hujan tapi banjir masih lagi tidak surut di beberapa kawasan sekitar Kuantan.

Bukan sahaja Kuantan, malah di Johor, Kemaman, Melaka mengalami masalah yang sama cuma Kuantan mengalami banjir yg agak teruk pada tahun ini.

Kami pelajar UMP terpaksa menangguh sesi perkuliahan disebabkan kebanyakkan pensyarah dan staff UMP tinggal di Kuantan. 3 hari wooo.





#PrayForKuantan


P/s: Maaf. Busy sikit lately. Akan balas kunjungan korang secepat mungkin. 

Mejar Dr. Faiz yang super cool di UMP

Wednesday, November 13, 2013



Assalamualaikum. And haii. Just a quick update.

Luckily me and my friend, Suhada, we've got a chance to meet and took pictures with our astronaut candidate, Mejar Dr. Faiz! Yeayy!

Sebenarnya kan, kami eh bukan, aku, main redah je masuk dalam dewan tu even sekretariat tak bagi masuk. Kalau ada secret door, semua tempat pun boleh masuk sebenarnya. Haha

Bila Mejar Faiz ada sesi fotograf, kami cecepat ready beratur. Tapi, dorang tipu. Dorang kata 20 minit sesi fotograf tu, tapi, tak sampai 20 minit pun. Blergh

Then, ding! Nampak kawan aku yang agak berkuasa sikit lah. Apa lagii. Suruh dia ambilkan gambar. 

Dia kata,

'Kalau nak, tanya lah dia. Kalau tak, tak dapat.'

Haipp. Jangan dicabar aku okay. 

Terus approach,

'Dr Faiz, boleh tak ambil gambar tak? Please please. Sekejap jeeee.'

Memula dia macam hesitate, lepas tu baru dia mengalah. hahahaah. Sebab dia nak hormati pihak penganjur yang dah tentukan masa. Kenalah ikut yedak?

So, amiklah gambar kami bertiga. hahahaha



Beliau sangat cool and sempoi je orangnya. Harapnya kehadiran beliau di UMP dapat menyuntik semangat pelajar UMP supaya berjiwa inovasi. 

Jemput datang lagi! 

#Toys4Kidz - Ceritera penuh

Sunday, November 10, 2013


#Toys4Kidz #Toys4Kidz #Toys4Kidz


Apa itu #Toys4Kidz? Baiklah. Kami, sebahagian dari komuniti Twitter iaitu #TwtUpCampus yang mempunyai semangat kesukarelawan yang tinggi telah sepakat untuk mengadakan satu program kebajikan yang diberi nama #Toys4Kidz. 

#Toys4Kidz 3.0 adalah dimana kami mengumpulkan barang-barang mainan terpakai yang masih elok dan didermakan kepada kanak-kanak wad pediatrik. Projek #Toys4Kidz yang pertama telah diadakan oleh komuniti Twitter iaitu Caring People (Celaka Party). Caring People telah banyak banyak buat program kebajikan contohnya #Toys4Kidz 1.0 & 2.0 dan blood donation. Insya-Allah banyak projek lain yang bakal diadakan oleh Caring People. Untuk projek #Toys4Kidz 3.0, komiti kurator bagi #TwtUpCampus (@TwtUpCampus) telah berganding bahu melaksanakan #Toys4Kidz ini dengan dibantu oleh Caring People dan #TwtUpKaseh. 

#Toys4Kidz telah dibahagikan kepada beberapa fasa. Fasa pertama ialah pengumpulan. Kami mengumpul barang mainan di sekitar Lembah Klang, Damansara, Bangi dan paling jauh pernah kami kumpul ialah di Johor (#TwtUpJohor) dan juga Kuantan (dikendalikan oleh pihak #TwtUpKuantan). Alhamdullilah. Kami dapat respons yang agak baik dan memberangsangkan di kalangan ibu bapa, pelajar-pelajar universiti dan komuniti Twitter sendiri. 

Fasa seterusnya ialah, memilih dan membersihkan barang mainan. Barang mainan yang dikumpul akan kami pilih dan bersihkan dari segala habuk, kotoran dan sebagainya. Ini untuk memastikan pesakit kanak-kanak tidak mengalami sebarang masalah sekiranya menerima hadiah mainan daripada pihak kami. Pesakit kanak-kanak akan kami survey dulu supaya mereka yang mempunyai asthma ataupun lelah tidak menerima soft toys dari pihak kami. 

Fasa yang terakhir ialah membungkus dan memberi hadiah mainan kpd kanak-kanak. Komiti #Toys4Kidz telah bersama-sama membalut barang permainan dan bekerjasama agar program di hospital berjalan dengan lancar. Oh ya. Hospital Serdang telah menjadi hospital pilihan kami kerana kebanyakan komiti #Toys4Kidz tinggal berdekatan dan memudahkan urusan. Di samping itu, persekitaran yang kondusif memudahkan kami melakukan aktiviti di sana. 

Tarikh: 5 November 2013
Masa: 9.00 am hingga 12.00 pm
Tempat: Hosptal Serdang

Aktiviti dimulakan dengan ucapan Pengarah #Toys4Kidz, Musliyana Mansor (@Ana_Mansor) dan juga Sister Rashidah Hasan diikuti dengan pemberian sebuah giant teddy bear daripada pihak #Toys4Kidz kepada Wad Kanak-Kanak Hospital Serdang. Kemudian, acara dimulakan dengan persembahan Clown Awang dan magician. Kemudian para sukarelawan dibahagikan kpd beberapa kumpulan dan hadiah barang permainan diagihkan kepada setiap pesakit. Alhamdullilah, kanak-kanak wad pediatrik sungguh seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Kami berharap dengan aktiviti sebegini dapat melupakan sekejap kesakitan yang mereka alami. Kami para sukarelawan lebih kurang 30 orang berasa begitu seronok dapat melayan keletah kanak-kanak yang mencuit hati. Rasa nak bawak balik rumah je mereka ni. Program tamat pada pukul 12.00pm dan hati berasa sungguh sayu nak tinggalkan mereka yang masih kecil dan naif ini. Semoga ibu bapa mereka terus tabah dalam menjaga anak-anak mereka. Amin.

So, mari kita lihat gambar-gambar sepanjang program! Biarlah gambar berbicara. Cewahh!





















Suka tengok mereka senyum. Rasa nak nangis pun ada. *standby tisu*
Mesti korang pun ikut senyum sekali kan? :) 



Para sukarelawan, komiti, dan sister dari Hospital Serdang.


Antara orang kuat #Toys4Kidz 3.0




Alhamdullilah. #Toys4Kidz 3.0 di Hospital Serdang telah berjalan dengan jayanya. Alhamdullilah sesangat. Segala kepenatan kami berbaloi dengan melihat wajah-wajah ceria kanak-kanak wad pediatrik Hosp. Serdang. Insya-Allah, kita berjumpa di program akan datang.


New Straits Times, Oct 4th, 2013 : Teaching Youth Media Responsibility.

Psst. Percaya atau tidak. Hampir nak dikatakan komiti dan sukarelawan #Toys4Kidz tidak pernah bersua muka dan hanya sekadar kenal di laman Twitter dan juga di Whatsapp group. Ukhuwah yang terjalin melalui program ini tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Aku memang teringin sangat nak join charity dan dianjurkan bukan anjuran badan-badan besar tapi oleh sebahagian komuniti Twitter yang prihatin akan mereka yang tidak bernasib baik. 

Tidak lupa juga ribuan Terima Kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan #Toys4Kidz. Yang sponsor macam-macam, yang beri barang mainan, yang beri kerjasama yang ohsem kepada komiti #Toys4Kidz, terima kasih diucapkan. Hanya Allah je yang dapat balas balik budi kalian. Amin.

And nak tahu tak, kawan-kawan UMP dan juga rakan sekolah aku sendiri pelik bagaimana kami boleh bekerjasama dengan begitu baik padahal baru pertama kali berjumpa. And that's the sweetest things about social network especially Twitter. I love any single thing about it. Insya-Allah, till we meet again next time! :)


Atas kiri: Dengan @patenisme, komiti utk #HariSokan
Bawah kiri: @Ana_Mansor, Pengarah #Toys4Kidz
Kanan: @AidaSue, Founder of #TwtUpKaseh

Untuk lebih tahu tentang #HariSokan, #TwtUpKaseh, just search hashtag tersebut. Dan korang akan amaze! 

#HariSokan --> 16 November 2013, Kompleks Sukan Kg Pandan
Boleh follow, @HariSokan di Twitter



Kepada yang berkelapangan pada hari tersebut, marilah kita beramai-ramai memeriahkan #HariSokan dan mengimbau kembali kenangan Hari Sukan zaman sekolah 90-an dulu! 


[Closing]
Teddy bear ini sungguh BESAR! Teddy bear ini lah diberikan kpd Hospital Serdang.


See you when you read my next post! 

Regards,
Scha Nazri


#BeautyReviewbyScha - Halloween Bag of Love eh, Lice!

Wednesday, November 06, 2013



Assalamualaikum. Haii. Akhirnya! Aku berjaya dapatkan Halloween Bag of Love Lice by Bag of Love and The Butterfly Project!

Bag of Love (BOL) ni dah ada dalam simpanan courier for almost one week! Arghh. Tu yang tak sabar sangat nak balik rumah dan ambil sendiri! >.<

So, let's begin shall we?


Curious what's inside? Me too!

Taraaaaa! Eksaited sangat nii!

Perghh. Siap bagi voucher spa treatment! Omo!


A welcome note from Bag Of Love! So cute! >.<

Okay. Mari kita review one by one okay!


SP Shampoo, 250 ml, RM72
How to use it? Just massage evenly into your damp hair and rinse it thoroughly.

SP Mask, 200 ml, RM109
How to use it? Distribute evenly through clean, towel-dried hair. Leave it for 5 minutes and rinse your hair. Macam pakai hair conditioner.

Comments:

The smells are good. Both of it. My hair feels fresh after applying it. And also I feel that my hair is smoother than before because I have some hair issues. -___-


Collistar Biorevitalizing Anti-cellulite Concentrate, 200 ml, RM185

How to use? Apply to your problem area and massage upwards. 

Comments:

Basically, ini macam nak kurangkan selulit or lemak. Cuma sapu je tempat yang banyak selulit contoh, di celah peha dan betis. Ketiak pun sama. Pastikan urut ke atas bagi kesan yang bagus. Selulit boleh dihalang dengan balance diet and exercise regularly. 


Splassh Mini Glow in the Dark Nail Polish, Full Sized, RM3.90

How to use it? Paint three layers after base coat then .. Turn off the lights! Its glow in the dark!

Comments:

Tak boleh nak try sekarang sebab bukan dalam bulan yang sepatutnya. Hope it really glows in the dark! :P


Definite Smudger Brush, Full Sized, RM69

It's perfect for applying liner and shadow, smudging pencil eyeliners and also highlight the inner corner of the eyes!

Comments:
Aku memang teringin nak ada brush ni. Sebab brush ni sesuai digunakan untuk smokey eyes effect. And untuk blend eyeshadow dan bagi illusi bayangan. Haaa, nampak macam ada definisi sikit kat bahagian mata.




This is my favorite product above all!

Nanowhite Infinity Color Correction (CC) Cream SPF50/PA+++, Full Sixed, RM49.90

How to use it? Dab a small amount on face and neck in a gentle patting motion.

Comments:

Bagi aku, CC cream adalah yang terbaik berbanding BB cream. BB cream macam ala2 foundation and ada colour yang tersendiri. Tapi, CC cream ni macam foundation tapi yang uniknya, dia akan ikut skin tone kita. So, bila amek gambor yang berflash, muka kita takdelah macam bertompok-tompok. Plus, CC cream ada banyak skincare. Means that, di samping melindungi masalah kulit kita, dia menjaga kulit kita. Dan ada SPF 50 yang lindungi kulit kita daripada pancaran matahari.. Now, you can skip the foundation in your makeup routine!




See. Dia akan ikut skin tone kita. So, no worries. CC cream ini pun takde minyak and ringan. Boleh dibawa ke mana-mana dalam handbag kita. And it smells good! Yeayy!

Other info about Nano White Infinity Color Correction (CC) Cream SPF50/PA+++

- Reduces fine lines and wrinkles
- Moisturizes & brightens
- Minimizes pores
- Smoothens & soften skin

Memang aku akan stuck ke CC cream ni lah jadinya! 

If korang berminat nak dapatkan Bag of Love setiap bulan, korang boleh subscribe sebulan (RM39.30), 3 bulan (RM119.70) dan setahun dengan harga RM478.80! Ikut mana yang sesuai dengan kemampuan korang okay! :)

Thanks for this opportunity Butterfly Project and also Bag of Love! I really love it!

Well then, it's the end of my reviews. Insya-Allah for the next post, I'm gonna write about #Toys4Kidz okay!

See you when you read my next post!


journey

Tiga. Three. San.

Tuesday, November 05, 2013


Semalam, 4 November 2013 boleh dikatakan ada tiga benda penting/menarik yang aku alami. 

1) Research aku hampir berjaya! Maybe.

Rabu lepas aku ada buat lab work sikit. Sampai melecur jugaklah tangan aku dibuatnya. Then, aku letak sample  dalam oven lebih kurang dua hari macam tu. So, tadi sebelum aku balik, jenguklah ke lab kejap. Nak tengok sample. Bukak je oven, ambil sampel dan tengok sampel tu dah kering/keras ke belum. Syukur Alhamdullilah. Kering jugak akhirnya. Sebab boleh dikatakan, lab work aku yang sebelum ini, sampelnya tak kering-kering. Maybe sebab reaction dia tak complete lagi. I'm quite relieved with that result. For now. Hehe. 


2) Bus rosak

Yeap. Bus rosak. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tetapi, tiga kali. Kejadian pertama sebelum RnR Genting Sempah, kedua di RnR Genting Sempah dan ketiga di Sri Gombak. Ya Allah. Suppose aku nak amik parcel aku kat post office. Tapi, sampai Seremban pun dah lepas office hour, memang tak lah dia nak bukak. Frust disitu. And then, setiap kali bus berhenti, kami terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam. Then, masa kat Sri Gombak, ada bus yang lain datang ganti. Barulah selesa sampai ke Seremban. Syukur takde jem masa  perjalanan ke Seremban.



3) Email.

Untuk project tahun 4, kami dikehendaki design satu plant untuk produce Terephthalic Acid (TPA). Kami agak buntu mula-mulanya. Stress wei. Kena banyak baca journal. Sangat. Masa tengah cari journal tu, aku terjumpa satu professor di China yang buat kajian tentang process TPA. So, aku pergilah gatal tangan email ke Prof tu tanya pasal process tu. Sekali, dia BALAS weii. Teruja aku. Alang2 dia boleh reply, aku tanyalah soalan-soalan lagi. Hiks


Everything in one day! Banyak naik turunnya. Takpe. Dugaan hari ini. Hadap dengan tenang gitu.

Okay. Need to sleep. Big day tomorrow! May Allah eases everything. #Toys4Kidz

See you when you read my next post! :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook