Dato' Siti Nurhaliza datang UMP!

Monday, September 17, 2012


Hai semua. Saja nak kabor. Hari ni 17/9/2012, Dato' Siti Nurhaliza datang UMP. Tujuan beliau datang sebab nak promote konsert Dato' Siti, Live in Kuantan pada 9 November 2012 kat Bukit Gambang Resort City.

Okay. Memang teruja gila masa dia datang. Aku siap naik atas kerusi nak ambil gambar dia, tapi, hasil macamlah nokharom. 

Dah dua kali aku jumpa Dato' Siti ni. Masa kekecik dulu dan masa di UMP. Ya Allah, asal flawless sangat Dato' Siti ni? Kami sungguh kagum tengok wajah dia yang flawless. Suci dan gebu you alls. 

Dato' Siti sempatlah bagi ceramah macamana nak jadi seorang usahawati yang berjaya. Tengoklah produk Simply Siti. Dah setaraf dengan produk antarabangsa. Bangga!

Dan, Dato' Siti sempat nyanyi lagu Muara Hati dan Cindai berduet dengan pelajar UMP. I iz so jelly. Dah berkobar dah angkat tangan. Tapi, artis UMP jugak yang dapat pergi. Siapa lah kita ni. Tsk tsk tsk.


Bulatan merah tu lah Dato Siti. Yer, dapat tangkap turban je. 




Klik gambar untuk tumbesaran maksima

Malangnya, tak sampai setengah jam pun Dato' Siti berada kat UMP. Anyway, ini merupakan pengalaman paling manis. Teruja. Syukur Ya Allah.

Eh, kejap.


^____^

Borong

Sunday, September 09, 2012



Hello semuaa! Sorry sebab tak update sangat lately ni. Alasan paling biasa, SIBUK. Haha.

Well, aku dah balik UMP hari khamis lepas. Dan Sabtunya pula, aku pergi KL sebab kawan aku (Huda Luna) kahwin. Yeahh. Dari Gambang ke Kuala Lumpur.

Cerita wedding akan diupdate kemudian. Coming soon. 

Malam nya pula, aku pergi ke Pasar Boco di Gravy Baby, Laman Seri Business Park, Shah Alam. 
Sebab apa aku pergi sana, sebab ada underground perfomances there! 
Ada Wani Ardy, Mosyuki Borhan, Adi Wafi, The Siblings and sooo much more! 

Masa tu juga, Lejen Press, Selut Press, Fixi and Sang Freud Press ada. Apa lagi. Borong time! 

Mari lihat apa yang aku borong

Ketakutan - Ramai penulis - Lejen Press
Kolonial Mimpi - Sahidzan Salleh - Lejen Press
Kitab Sang Cupid - Aziz Harun - Lejen Press
Timid - A.B.Hashim - Lejen Press
Mat Tiara - Nor Hisham Mohamed - Lejen Press
Langit Vanilla - Wani Ardy - Sang Freud Press
Rahsia 2 Pria - Mosyuki Borhan dan Adi Wafi - Selut Press
Bukan Perempuan Sundal - Syahid Abdullah - Buku Jalanan

Cuma sedih sikit tak dapat nak borong Fixi. I iz sad. 


Lihatlah muka bahagia campur penat. Leulz

Jumpa di entry seterusnya! 


Kena Dumped

Monday, September 03, 2012


Hello semuaaaa. Yeahh. Kembali menaip dalam blog stroberi ni haaaa. Oh yaa, malam ni nak share sikit tentang something yang interesting. Hurm. Bagi aku lah. Mari kita tengok.


When a devastated Jeff Ragsdale, a stand-up comedian and actor from New York, was left 'near suicidal' after breaking up with his girlfriend, he realized he felt like the loneliest man in the world in a city of more than eight million. So Jeff decided to do something drastic - he put fliers up all over New York saying: 'If anyone wants to talk about anything, call me (347) 469-3173. Jeff, one lonely guy.' And since then, he has received 65,000 phone calls and text messages from strangers near & far. He said he was that person they could talk to completely objectively. They'd tell him things they couldn't tell their parents or friends. Ragsdale hasn't found love but he released a memoir yesterday.

Er, korang paham kan? Aku percaya english korang power-power belaka. Takpe, aku translate kan.

Kesian Jeff ni. Dah lah kena dumped, hampir-hampir bunuh diri. Nasib baik dia sedar yang bukan dia sorang je ada masalah dalam dunia ni. So, dia buat sebar flyers menyatakan sesiapa yang ada masalah dan tiada tempat untuk meluahkan dan melepaskan beban boleh call dia. See. Nasib baik dia sedar. Kalau dia tak sedar, dah RIP dah mamat ni. 65,000 call dan sms datang kepada dia menceritakan masalah mereka. Banyak nyaaaa! 

Yelah, kekadang masalah ni kita segan nak cerita kat orang. Bukan semua orang boleh dengar masalah kita. Bagi aku, aku lagi suka jadi pendengar yang setia. Even aku tak dapat nak bantu, cukuplah aku mendengar luahan kekawan aku. Aku ni dah selalu dijadikan tempat menangis. Aku tak kisah. Sebab menangis tu bagi aku salah satu cara melepaskan beban kat bahu. At least, rasa lega sikit kan? 

Okay guys. You're not alone! No one is FOREVER ALONE.


Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook