• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

The Untold Story by Scha Nazri



Dulu masa sekolah ke menengah, ini jelah denda zaman sekolah yang aku paling ingat. Eh, excuse me okay. Saya tak nakal. Kekadang je nakal. 

Bila suasana dalam kelas bising gila, ketua kelas/penolong akan denda student yang bising pergi ke depan dan letak dua tangan kat dalam bulatan tu. Kalau stay situ sampai jenuh tangan tu takpelah. Ini tidak. Tak sampai dua minit dah boleh balik ke tempat duduk. 

Dan itu berulang-kali sampailah cikgu datang.
Sungguh tak munasabah betul denda tu.

-________-

p/s : Korang masih ingat lagi denda zaman sekolah?

Share
Tweet
Pin
Share
11 DOA SCHA MURAH REZEKI

Posto, posto ..

Gembira hati bila dapat tahu abang posmen datang. Memang aku nanti-nantikan kedatanganmu abang posmen. 

Tahun ni banyak dapat kad raya! Yeahh. Ada dari twitter dan blogger! Oh yeahh. Ada 4 jeh. Itu pun dah cukup buat hati aku menari ala-ala Oppa Gangnam Style. Cewahhh.

Mari lihat siapakah yang begitu baik hati bagi aku kad raya! Jeng jeng jeng!



Pertama :
Dari Ayah Timeline Twitter kita, Nazri (_nazri).
Sebab apa kita panggil dia ayah? Sebab nama dia sama macam ayah kita. Haaa. Perangai pun macam seorang ayah. Selalu tegur kalau aku leka dengan twitter dari study. Heww.
Dia sorang je bagi aku duit raya RM50. Kau hado? HAHA


Kedua :
Dari Hamzah Ian.
Alah, takkan lah korang tak kenal dia. Pemes betei Mohd Faiz Mat Rudin ni. HAHA
Siap ada sampul raya gitu. Kelass kau mejah.


Ketiga :
Dari Maria Menado : Si Polan Melihat Awan
Comel je kad dia. Thanks a lot dear! :)


Keempat :
Dari Kaizen Shinobi
Dia spesel sikit sebab ada gambar dia dan family dia dan twitter dia. Dia memang aktif kat sana. Kemain panjang lagi dia bagi ucapan raya. Senang macam ni. Tempek jeh gambar. Hantar. 

Thanks kepada semua. Sungguh spesel sekali kad korang. Sesiapa yang dah dapat kad aku, hope korang suka. Tahun depan kalau rajin aku buat lagi #MisiKadRaya2013.

^__^ 

Share
Tweet
Pin
Share
12 DOA SCHA MURAH REZEKI

Duit raya. Benda ni paling hangat kalau time raya. Sebab time raya je boleh dapat duit free. Setahun sekali. Boleh penuhkan tabung yedak?

Bagi bebudak, time ni boleh eksyen sebab dapat duit raya. Eleh, kalau dapat pun, banyak seringgit jeh. *sedapkan hati*

Selalu kita dengar kalau dah besar, tak payahlah dapat duit raya lagi kan? Tapi, aku still dapat gak. Sebab status aku yang masih belajar. Yer, masih belajar. Kalau dapat pun, tak mainlah seringgit dua ringgit ni. Kita main duit merah. HAHA. Haish. Tak baik riak taw!


Sebelah ayah aku, aku paling banyak dapat angpau. Sebab cousin-cousin kesayangan aku semua dah bekerja! Merasalah jugak dapat duit raya dari dorang. Meriah you olls. Campur dengan makcik sedara semua. Memang belah ayah, aku jadi kaya sekejap. Alhamdullilah.

Kalau belah mama, kurang sikit. Takpelah. Kebanyakan bukannya orang senang. Biasa-biasa jeh. Terima je apa yang diberi dan bersyukur yedak? :)

Eh, korang masih dapat duit raya ke? Bertambah ke, makin berkurang? :P

Share
Tweet
Pin
Share
8 DOA SCHA MURAH REZEKI

Begini ceritanya anak murid sekalian,

Pada malam yang serba indah di saat aku baru lepas mandi, aku dapat call dari kawan sekolah aku, Iqa. So, time tu 8.45pm.

Dalam keadaan segar bugar tapi separuh mamai, aku jawablah call dia. Dia kata nak buat makan-makan sikit and jemput aku blah blah blah.

So, aku dengan yakinnya berkata

'Haaa, nanti aku datang. Okayy.'

Dengan sepantas kilat aku cepat-cepat rembat baju kurung kedah warna pink dan pakai tudung krim. Pakai lipstick sikit, letak celak dan maskara sikit aaaannddd Im done.

Dah start kereta and bergerak lah ke rumah Iqa dengan riang gembiranya. Rumah dia dengan aku dekat jeh. Tak sampai dua minit dah sampai. Yerr, itu naik kereta. Kalau jalan kaki, mau 15 minit baru sampai.

Dah sampai pintu depan rumah, tengok rumah dia macam senyap jeh. Selalu kalau buat makan-makan, mestilah meriah yedak?

Bagi salam, mak dia sambut aku. Dia tengah makan. Dia kata, 'Iqa pergi Tesco. Call lah dia.'

Cuak pulak hati aku ni haaa. Call lah dia.

'Wei, aku kat rumah kau dah ni.'

'Haa, kau buat apa kat rumah aku?'

'Eh, bukan makan-makan tu malam ni ke?'

'Larr, esoklah Syazana. Aku baru nak beli barang kat Tesco ni haaaa'

'Larr, yekehh? Ya Allah, malunya. Haaa, kau tunggu kat Tesco, aku datang kejap'



Korang boleh bayangkan tak betapa merahnya muka aku depan mak dia and adik dia? HAHA. Sumpah segan and malu. Terus aku cabut pergi Tesco. Sampai Tesco kena tahan malu dengan Iqa and adik-adik dia. HAHA.

Esoknya barulah bebetul dia buat makan-makan and aku makan dengan cebisan malu itu masih melekat lagi.

HAHA


p/s : Mekasih kepad Akue Achik sebab bagi idea ;)

Share
Tweet
Pin
Share
19 DOA SCHA MURAH REZEKI

Hai uolls. Amboi, mentang-mentanglah raya sebulan. Blog pun dah macam terabai yang amat. Ya ampun, raya tahun ni i busy uolls. First day raya tu i raya kat Rembau. Bayangkan, semua sepupu sepapat, makcik pakcik, nenek, atuk semua datang rumah kampung i. Ce bayangkan lagi i sorang je anak dara yang boleh diharap kat rumah tu (bakal suami sila ambil perhatian). Ce bayangkan! 

Cousins belah Rembau

Sebelah kanan masih single lagi katanya.

Dengan budak comel temuk. Hik

Mak i niat dihati nak buat nasi ayam. Last-last projek nasi ayam raya pertama terbengkalai. Sedih tahu. Dah lama teringin nak makan nasi ayam mak i buat. Wuwuwuwu. Petang raya pertama, kami sekeluarga berangkat ke Pilah pula. Kat situ, kurang sikit kerja nak buat. Sedara mara pun dah banyak raya waktu pagi.  Kami je sampai lambat. Hewww. Stay sana sampai raya kedua.

*sebahagian daripada keluarga besar Tobek Godang*

Ce bayangkan lagi, kampung kat Pilah TIADA AIR. Yang ada hanyalah air tobek(kolam) sahaja. Bayangkan lagi betapa susahnya nak memasak, basuh pinggan, mandi dan membuang di kala itu. Nasib baik rumah nenek sedara ada air perigi. Dengan air perigi tulah, kami mandi dan membuang. -____-

Petang raya kedua kami balik ke Seremban. Dan malamnya pula, gerak balik ke Rembau. Raya ketiga tak sempat ke mana-mana sebab ada lagi orang datang raya kat kampung Rembau. Then, cerita gila raya keempat. Kami pergi beraya sampai 11 buah rumah. Bayangkan lagi sekali uollsss.

Macam-macam dah dalam perut aku. Semua ada. Mee kari, nasi tomato, gulai telur itik, ayam masak merah. Air pulak ada macam-macam kaler. Cakap je kaler apa, semua ada. Raya sebuah rumah dalam 10 minit je. hha. 10 minit je wei. 10 minit sahaja. Kita redah jeh. HAHA. Malam tu, kami gerak balik ke Seremban dan beraya kat Seremban pula. 


Dah. Sampai sini jeh cerita raya i. Tak menarik sangat pun uolls. 

Jaga diri semua.

^___^




Share
Tweet
Pin
Share
10 DOA SCHA MURAH REZEKI


*nahh, ambil gambar setepek kat sini*

syazberry.com ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
Maaf Zahir dan Batin.

Syaz nak mintak maaf kalau syaz ada buat silap dengan korang semua. Sama ada dari segi syaz menulis di sini buat korang terasa/tersinggung dan banyak ter lagi. Syaz mintak ampun sesangat. Syaz harap persahabatan kita di dunia maya kekal forever! Amin.

Terima kasih kerana sudi datang dan komen blog syaz ni. Sayang semua!

Syaz dah berhenti kerja kat Tesco tu. Nanti pasal Tesco tu syaz akan update selepas raya okay. Banyak nak cerita ni. HAHA. 

Salam Aidilfitiri

^____^


p/s : Akan aktif berblogging selepas raya. Oh yeahhhh!

Share
Tweet
Pin
Share
9 DOA SCHA MURAH REZEKI

Hai kekawannn! Pergh. Raya dah nak dekat kan? Tinggal lagi dua minggu jeeee! Oh yeahh. Sekarang ni, Tesco dah penuh dengan orang ramai especially selepas berbuka. Masing-masing taknak terlepas dengan offer yang dibuat oleh Tesco. Eh, dah macam duta Tesco lak rasa. HAHA

Balik kepada tajuk di atas, tahun ni aku nak istimewa sikit sebab aku nak kumpul kad raya dan nak bagi korang duit kad raya. Just a simple kad raya kepada rerakan blogger dan twitter. Boleh mengeratkan silaturrahim yedak? 

*google*


Tempek alamat rumah korang kat sini >> Google Docs

Tempek sebelum : 10 Ogos 2012 


Sebab 13 Ogos 2012, syaz nak start posting dah. Heharap kad raya korang sampai before raya. :)

Okay. Itu sahaja.  Hewww. 
Izinkan syaz tidur. 
zzzzzzzzzzzz


Share
Tweet
Pin
Share
16 DOA SCHA MURAH REZEKI
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

A daughter, wife, mom and Takaful Consultant

29 years old

011-10826991

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

NEWSLETTER

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • ►  2020 (4)
    • ►  November 2020 (2)
    • ►  October 2020 (1)
    • ►  April 2020 (1)
  • ►  2019 (9)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  September 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (2)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (8)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  September 2018 (1)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (12)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (1)
    • ►  August 2017 (2)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  April 2017 (2)
    • ►  January 2017 (1)
  • ►  2016 (13)
    • ►  December 2016 (1)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  September 2016 (3)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (1)
    • ►  May 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2015 (77)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (2)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (5)
    • ►  August 2015 (6)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (5)
    • ►  May 2015 (6)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (6)
    • ►  February 2015 (7)
    • ►  January 2015 (27)
  • ►  2014 (173)
    • ►  December 2014 (24)
    • ►  November 2014 (24)
    • ►  October 2014 (35)
    • ►  September 2014 (26)
    • ►  August 2014 (24)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (4)
    • ►  May 2014 (3)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (1)
    • ►  February 2014 (2)
    • ►  January 2014 (3)
  • ►  2013 (28)
    • ►  December 2013 (1)
    • ►  November 2013 (5)
    • ►  October 2013 (7)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  June 2013 (2)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  March 2013 (1)
    • ►  February 2013 (1)
    • ►  January 2013 (8)
  • ▼  2012 (73)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (1)
    • ►  October 2012 (2)
    • ►  September 2012 (3)
    • ▼  August 2012 (7)
      • Denda zaman sekolah yang pelik
      • Kad Raya, Kad Raya
      • Duit rayaa!
      • Akibat salah dengar information ...
      • Raya sampai ...
      • Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
      • #MisiKadRaya2012
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (5)
    • ►  May 2012 (3)
    • ►  April 2012 (13)
    • ►  March 2012 (14)
    • ►  February 2012 (8)
    • ►  January 2012 (8)
  • ►  2011 (169)
    • ►  December 2011 (5)
    • ►  November 2011 (9)
    • ►  October 2011 (9)
    • ►  September 2011 (5)
    • ►  August 2011 (18)
    • ►  July 2011 (24)
    • ►  June 2011 (38)
    • ►  May 2011 (23)
    • ►  April 2011 (8)
    • ►  March 2011 (8)
    • ►  February 2011 (8)
    • ►  January 2011 (14)
  • ►  2010 (138)
    • ►  December 2010 (21)
    • ►  November 2010 (7)
    • ►  October 2010 (5)
    • ►  September 2010 (11)
    • ►  August 2010 (9)
    • ►  July 2010 (13)
    • ►  June 2010 (25)
    • ►  May 2010 (36)
    • ►  April 2010 (8)
    • ►  March 2010 (2)
    • ►  January 2010 (1)
  • ►  2009 (41)
    • ►  December 2009 (3)
    • ►  November 2009 (2)
    • ►  October 2009 (1)
    • ►  September 2009 (1)
    • ►  August 2009 (1)
    • ►  July 2009 (1)
    • ►  June 2009 (1)
    • ►  May 2009 (4)
    • ►  April 2009 (6)
    • ►  March 2009 (7)
    • ►  February 2009 (7)
    • ►  January 2009 (7)

Created with by ThemeXpose