Kawan

Tuesday, July 10, 2012


Selalu orang kata, kawan masa senang beribu, kawan masa susah, boleh dibilang dengan jari.


Aku selalu tengok gelagat kekawan aku. Ada masalah dengan kawan, itu masalah biasa. lebih-lebih lagi perempuan kan. But, apa yang boleh aku tengok, Allah ada sediakan seseorang untuk bantu kita.

Contoh :

Kau perlukan pertolongan. Kau mintak tolong kawan. Tapi, kawan tu taknak tolong. Sombong. Kau sendiri tak tahu sebab apa. Padahal kau dah kamcing dengan dia. Dengan kuasa Allah, tetiba datang pulak seorang lagi teman yang kau tak beberapa kenal/rapat, sudi tolong kau. Kau nampak tak permainannya macam mana? Daripada itu, kau nilai sendiri berapa markah untuk kawan yang taknak tolong kau tu.

Itu permainan Allah. Lihat bagaimana DIA nak tunjukkan sifat sebenar kawan kita tu. Jadi, janganlah mudah putus asa. Kalau boleh, cuba berdiri sendiri. Bukan ke itu lebih baik? Campak mana-mana pun, kau masih boleh survive.

Aku bersyukur sebab parents aku dah didik aku berdiri sendiri lagi kecik. Memandangkan aku anak tunggal, aku dah biasa bersendiri. Kekadang aku selamba jeh makan sendiri kat kafe. Sampai kawan aku pun pelik. Eh, takdelah. Mana ada pelik. Bagi aku, itu normal. Tak tahu pulak tentang korang. :)

Bagi aku,

Rakan, Kawan, Teman dan Sahabat punyai definisi yang berbeza. Korang? 


Sekian entry merapu dari syazberry! 

^___^

You Might Also Like

20 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. kawan memang macam tu la. ada macam-macam perangai. tak semestinye yang rapat tu kawan susah senang. tp Alhamdulillah saya syukur dengan kawan-kawan yg saya ada :)

    ReplyDelete
  2. definisi yang sama

    perangai dan sikap yg berbeza

    ReplyDelete
  3. apa pun kita kena jugak belajar berdikari..kadang2 kawan rapat pun boleh jadi musuh :)

    ReplyDelete
  4. blh jd geng la ank tnggal.
    heee
    mostly ank tggl ni parents mmg dah didik untuk independent.
    so kite xsusah kan org.

    ReplyDelete
  5. masa atau keakraban dengan seseorang belum menjamin sejauh mana kita mengenali dia... manusia boleh berubah walau sedetik pon.. :)

    ReplyDelete
  6. memang betul. banyak jugak jumpe kawan yang larik time susah. takpe yang penting kawan yg susah senang ade tuh walau sorang tetap baik untuk diri.

    ReplyDelete
  7. musuh dalam selimut .

    betul2 . waktu kita senang ramai je .
    bila kita susah kita boleh kira dengan jarii.

    btw, akk belajar dekt ump ae ?

    ReplyDelete
  8. zaman skrg mmg susah nak carik kwn sejati..

    ReplyDelete
  9. tak pelik lah makan sensorang. :D

    kawan sejati mmg susah nak cari.

    kite ada kawan. dia ada masalah. kite n kawan2 yg lain risau lah dgn masalah dia. tapi, bila ktorang ambil berat pasal dia, dia boleh kata ktorang ni menyibuk. tak tau lah nak tolong si dia macam mana lagi. cuma diamkan diri je lah. ye lah bila dah bagi bantuan dia caka macam tu pulak. =_=

    ReplyDelete
  10. kadang2 kita selalu rasa mcm kwn2 x pernah ada dgn kita waktu susah, tp kalau pikir balik...entah2 kita pun tak pernah jd kawan mereka zaman susah kan? hurm....

    ReplyDelete
  11. Walaupun kite anak sulung...tapi selalu sorang2. Pegi campus sorang2, buat semua benda sorang2, makan sorang2....I feel you huneyhhh! T^T

    ReplyDelete
  12. @ain vanilla a'ah syg. akak belajar kat ump. kenapa yang?

    ReplyDelete
  13. @siti kektus kalau macam tu, biarkan dia. dia tak bagi kita tolong. nak buat macamana kan?

    ReplyDelete
  14. @Yui Light buat sesorang best apa! Tak terikat dgn sesiapa punn. hehhe

    ReplyDelete
  15. Betol syaza, Akak sokong! kadang-kadang kite tak tahu je perangai sebenar.. Allah kalau nak tunjuk, pejam mate je kite dah nampak. pandai2 lah pilih kawan. :)

    ReplyDelete
  16. pergh! aku tak boleh kot makan kat cafe sorang2. rasa awkward. tp hebatlah kau boleh! ;)

    kdg2 nak cari sahabat ni susah. kawan ramai je. aku kat class pon ramai kwn pmpn mcm tu. tapi rilex lah. set dalam mind dtg nak belajar. bukan nak berkawan! kawan, mana mana boleh dpt :)

    ReplyDelete
  17. makan sensorang..tak pelik la..huhu~

    susah nak mengagak sikap seseorang tu macam mana...kawan...bila senang sama2..bila susah...semua hilang..tapi bukan semua mcm tu..ada yg ok je bila time susah senang..

    ReplyDelete
  18. I dapat banyak kawan kat blog....seluruh Malaysia pula tu hehehe...syukur sgt hehehehe

    ReplyDelete
  19. bial kita tak kenal kawan kita, yg paling rapat bial jd musuh sgt dahsyat rasanya..

    jd jgn cari persamaan kita dalm diri kawn kita sbb kita individu berbeza.

    aku takleh mkn sensorg.awkwarddd.!!!!!

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook