• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

The Untold Story by Scha Nazri


Hello semua. hik. Lamanya ai tak update belog ni. Ada yang rinduu tak? wuwuwu. Maaflah, kekangan masa dan teramat busy menyebabkan blog terabai. Tapi, sekarang ni aktif di Twitter. Pelik. >.<

Okay. Semalam kan, 28/4/2012 boleh dikatakan banyak sangat event yang terjadi kat Malaysia ni. #TwtUpIpoh, Bersih 3.0 (tak best), Bakat Puteri (kat sekolah lama) dan E-MAS Fest 2012. Yang E-MAS Fest ni memang kena pergi sebab aku runners. heheh.

Okay. E-MAS Fest 2012 stands for English, Maths and Science Fest 2012 telah berjayanya dianjurkan di SMK Tengku Afzan, Kuantan anjuran CHEST UMP dan BASF-Petronas. CHEST tu kiranya fakulti aku lah kat UMP ni. 

Aku kena jaga booth English dengan games Master Mind. Macamana main game ni? Pelajar hanya perlu teka susunan dan warna yang betul. Kalau betul, dapatlah hadiah. hehe. senang jeh. Students pun ramai. Kuantan International School pun ada. Dah nama kena jaga booth English kan, kenalah speaking. Adei. Apa-apapun, itu adalah kerja senang. ngeh3. 

Jom layan gambar! :)






Kami bukan penyokong #Bersih3.0

Talk dari Engineer BASF-Petronas












Okay. itu sahajalah tatapan buat masa ni. Kalau rajin akan ku update lagi.
Blog-walking tak gerak lagi. Kena ada penggerak baru boleh jalan blog-walking ni.

Babai

Share
Tweet
Pin
Share
5 DOA SCHA MURAH REZEKI

Hye hye hye semua! Ehem3. Di tengahari Sabtu yang indah ni, masa aku tengah selongkar FB, aku terjumpa something yang sangat WOW! Kenapa aku cakap macam tu? Meh meh meh, dekat sikit. :P


Siapa gadis di atas?

Florence Colgate (takde kena mengena dengan ubat gigi Colgate) 18 tahun , dinobatkan sebagai gadis yang mempunyai wajah natural beauty yang sempurna di Britain. Dia mempunyai ratio yang optimum di bahagian mata, mulut, dagu, dahi dan kulit yang licin atau flawless. Florence telah mengalahkan lebih 3000 entry untuk pertandingan ini!



Florence yang biasanya hanya memakai light foundation, maskara, vaseline dan concealer telah memenangi percutian ke Agency Model di London dan wajahnya akan menghiasi poster dan iklan billboard untuk Superdrug Store di seluruh Britain. 
'Women should not have to feel that they have to wear make-up. I hope people will look at me and think they don't need to. I'm very happy with the way I look and I would never have any plastic surgery or Botox.' (Florence Colgate)
Cerita penuh : http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2132896/Behind-chip-shop-counter--Britains-beautiful-shop.html#ixzz1sdv2915n 

Dia sangat beruntung kan? Hampir perfect rupa paras dia. Apa-apapun, kita seharusnya rasa bersyukur dengan apa yang Allah beri. Bersyukur lah kita tak cacat anggota. 

Babai! 


Share
Tweet
Pin
Share
13 DOA SCHA MURAH REZEKI

Hye semua! Kali ni aku nak share dengan korang lagi video dari Jinny Boy TV yang sangat ohsem. Aku boleh katakan, soooo Malaysian. Dulu ingat tak aku pernah post video tentang My Generasi? Video itu telah mencapai lebih 1.2 juta views! Homai. Sangat ohsem!

Okay. 'Only in Malaysia' memfokuskan apa yang selalu typical Malaysian buat. Macam-macam sebenarnya. Yang paling menarik, Greyson Chance pun ada sekali. Comel gilaa dia dalam ni. Lebih-lebih bila dia speaking Melayu. Nak tahu macam mana dia speaking? Jom kita cekidaut!


Sekarang kat twitter, #onlyinmalaysia dah jadi trending kat Malaysia. 
Semua orang tengah busy tweet about typical Malaysian.
Sesiapa yang ada twitter, jom tweet apa yang dekat dengan Malaysia. 

#OnlyInMalaysia



Banyak lagi sebenarnya. Korang boleh tekan link #OnlyInMalaysia tu.

Have fun!

Share
Tweet
Pin
Share
7 DOA SCHA MURAH REZEKI

Hye semua! Ingat lagi ENTRY aku yang lepas? Ramai yang tanya, siapa yang kahwin. Yang pasti, bukan aku yang kahwin okay. Aku kahwin lambat lagi. Nanti aku kahwin, sesiapa yang aku jemput tu, pastikan datang. Kalau tak, taknak kawan. hewhewhew. 

Credit to Lokhman Hakim Photography
(Photog ni juga yang ambil gambar masa wedding Zahiril+Shera and Dira Abu Zahar+Helmi)

My lovely plus gorgeous cousin, Zaireen or Kak Erin yang kahwin minggu lepas! Yeay. Sebab tu aku balik rumah last week. Aku bertolak dari UMP hari jumaat dan pulang semula ke UMP pada hari Ahad. Sekejap jeh pun. Rasa tak puas! 

Kak Erin nikah jumaat malam, bersanding keesokannya. I must say, aku have fun gila! Even sekejap je. Dapat jumpa balik dengan cousin2 aku yang jarang gila nak jumpa. Rindu wei. The best part was, mestilah time nak ambil gambar. Happening gila. Photographer pun ohsem-ohsem belaka. Ceria! 

Okay. Jom layan gambar! :)
Sila scroll down.



Pelamin from Mahligai Creative.
Maybe masuk majalah Pengantin bulan 7 nanti.

The gorgeous bride. 
Zaireen Syazwani.

Mama saya dah rasmikan dulu!
Cantik kan pelamin dia?


Reunion! :P

Cousins and Uncles

My Family and Kak Erin plus Amir. 

Cousin aku yang paling aku rapat.
Me, Fatin, Nadia

Free Style!

Me and Elly.

 Fatin and Me. :)

Baby and Me. 


Nadia and Me!

Backdrop Front

The cake! Yummy!


Find Me! (click to enlarge)

Keluarga besar Tobek Godang!
Ini baru half okay. Ada lagi yang tak masuk.
Apa itu Tobek Godang? Akan ku cerita di entry yang lain.


Lastly, terima lah gambar saya yang comel gebu ni! 


Babai semorang! :)


p/s: aku ada nampak kurus sikit tak? :P

Share
Tweet
Pin
Share
7 DOA SCHA MURAH REZEKI

Hai semua! Tahu kan tentang Digi Wwwow Awards? Tahun lepas, aku tengok Anwar Hadi yang menang besar. Itu rezeki dia. Mana tahu tahun ni rezeki aku pulak. Eh, aku tak join lah. Aku macam segan jeh nak join. Saya tahu diri ini siapa. Ececeh. *sila muntah*

Okay. Aku saje jeh buat entry ni sebab nak tolong promote Eqbal Zack dalam Digi Wwwow Awards ni. Bukan susah pun. Just buat entry sahaja. Lagipun, Abang Eq dah bagi hadiah perfume hari tuh, so, hari ni aku nak tolong dia menang! Mana tahu tahun ni rezeki Abang Eq. :)




Homai. Abam Aaron Ajis pun sokong sekali! Siap pakai button lagi!
Hensemnyaaaaaaa. >.<

Semoga berjaya Abang Eq!
Share
Tweet
Pin
Share
3 DOA SCHA MURAH REZEKI



Aku penat. Baru sampai UMP kul 2.30 petang tadi.
Izinkan saya berehat. 
hewhewhew

Share
Tweet
Pin
Share
8 DOA SCHA MURAH REZEKI

Hye semua. Semalam aku dalam keadaan sedih and gembira. Sedih sebab kawan blogger aku sudah pergi meninggalkan dunia. Gembira sebab aku menang hadiah dari Eqbal Zack masa giveaway dia yang lepas. 

Cukup aku tak sangka aku menang. Aku tak menaruh harapan setinggi everest pun dalam giveaway ni sebab based on luck. Guna random.org, memang random lah kan. 

Bukak dashboard blogger, ternampak comment dari seorang blogger,


And I was like, betul ke ni? Kena tengok bebetul ni.


Ya Allah, korang tak tahu macamana aku menari kesukaan bila aku dapat tahu aku menang. 
Syukur Alhamdullilah sesangat. Sungguh takku sangka. 

Terima kasih sesangat kat korang sebab doa koranglah aku menang tau. Masin betul mulut korang ni. 

Seriusly,
Aku suka dengan konsep Abang Eq ni.
"Ambil hak kita sikit dah, selebihnya pulang balik kat followers."

Baru-baru ni dia dapat RM1200 dari Hitz.fm dan bercadang nak buat contest handphone.
Homai, rugi lah siapa yang tak join. Tunggu jeh pengumuman dari Abang Eq. 
*eksaited*

Eh, jom vote Abang Eq tuk Digi Wwwow Arwards!

*click*

Babai korang!


p/s: Khamis ada test Fluid Mechanics. Doakan aku taw!

Share
Tweet
Pin
Share
13 DOA SCHA MURAH REZEKI

Salam. berita sedih aku terima petang tadi. Pemilik blog Please, No Paparazzi (Huda Aoki) telah meninggal dunia pada pukul 1 petang tadi akibat paru-paru berair. 

Aku dapat tahu pun dari Twitter. Terkejut sesangat. Walaupun aku tak rapat sangat dengan arwah, tapi arwah ni baik orangnya. Tak sombong. Harap kau tenang di sana kawan. Al-Fatihah. 

If korang ada sesak nafas, sukar untuk bernafas, tolonglah cepat-cepat pergi klinik. buat checkup. sesak nafas ni nampak benda yang remeh, tapi, boleh sebabkan kematian. Boleh kena penyakit jangkitan kuman di paru-paru atau paru-paru berair. Ingat tu.



Arwah sesak nafas 6 April. Tweet terakhir arwah pada 7 April. 


Aku harap sangat keluarga terdekat tolong delete gambar-gambar dia freehair dia kat facebook, blog, and twitter. Permudahkanlah urusannya disana. 

Benda ni buat aku terfikir, kalau aku meninggal, ada tak orang nak tutup facebook, blog and twitter aku? 
ada tak orang nak menyampaikan pemergian aku? 
itu sebab aku bagi password yang penting pada si dia. senang nanti. :)

Yang penting, ajal dan maut tu semua urusan Allah. Kita  yang masih hidup perlu teruskan hidup dan bersedia untuk alam yang kekal di sana. Amin. 

Harap korang boleh share entry ni. Lagi banyak sedekah Al-Fatihah, lagi dia tenang di sana. 
Insya-Allah. 

Al-Fatihah.

Pesanan: Saya harap masa saya sakit, awak ada di sisi saya, temankan saya. 

Share
Tweet
Pin
Share
19 DOA SCHA MURAH REZEKI

Matlab, sejenis makanan yang sangat enak dimakan bila tengah lapar. Eh, silap. Matlab ni sejenis software untuk modelling, buat program. Lebih kurang C++ lah. Bagi seorang chemical engineer, kenalah pandai guna benda alah ni. Kalau tak, susah pulak nak survive masa dalam industri nanti. 

Lecturer aku kata Matlab ni tak berapa bijak sangat. Kena guna bahasa yang simple so that dia boleh paham. Kalau dia tak paham, banyak lah tulisan merah (error) yang bakal keluar. Setakat ni, aku boleh bawak lagi. 

Cuma bila nak tulis sesuatu program and suruh dia selesaikan, aku lemah sikit. Tak tahu macamana nak mulakan. Ahh. Stresss~

Kotak kecik tu kita tulis segala command yang kita nak,
and dia akan keluar dekat kotak besar tu.

Error berlaku.
-__________-

Assignment aku. nampak senang kalau aku buat manually.
kalau pakai matlab, aku takde idea lagi.

nasib baik hantar lagi dua minggu. boleh lah aku nak berfikir secara aman.

Ya Allah, permudahkanlah aku buat assignment ni. Amin.

Babai semorang!

eh, blog ni dah cecah 1000 followers. 
Terima kasih kepada Miss Spirulina!
Jom lawat blog dia!

p/s: Sesiapa yang terror matlab tuh, sila jangan segan silu mengajar aku ek. heeee~

Share
Tweet
Pin
Share
9 DOA SCHA MURAH REZEKI

Hye semua. Ehem-ehem. Harinie aku nak share satu topik kesihatan. Bakal engineer cakap pasal kesihatan? Ah, pedulikan! Kan lately ni aku kena demam. So, doctor bagi aku antibiotik. Ya Allah, banyaknya antibiotik dia. Dua papan lak tuh. Dah lah bau dia sangat kuat. Rasa nak muntah balik pun ada. -____-

Okay.

Soalan:


Kenapa kena habiskan antibiotik even kita dah sihat dan cergas? 

Jawapan :

Antibiotik yang tak dihabiskan akan menyebabkan badan akan lebih resistant pada antibiotik tersebut.. so next time if sakit lagi maybe antibiotik tu tak dapat nak lawan n menyebabkan sakit lambat nak baik, so kene amik antibiotik yang lebih kuat or jenis lain. (Sumber)

Antibiotik dan bakteria yang menjangkiti tubuh pesakit mempunyai perkaitan yang sedikit aneh.Bakteria mempunyai kapasiti untuk menjadi “kebal” (resistant) daripada antibiotik tersebut seandainya ia tidak dihapuskan sepenuhnya. Kesannya, antibiotik tersebut tidak akan berkesan lagi untuk jangkitan seterusnya.Walapun simptom pesakit bertambah baik, ia tidak bermakna semua bacteria telah dihapuskan. Oleh itu, dos antibiotik yang diberi, perlu dihabiskan agar bakteria tersebut hapus sepenuh seterusnya mengelakkan fenomena resistance berlaku. (Sumber)

Kesimpulannya, kalau kita tak habiskan antibiotik tuh, maybe body kita dah resistance/kebal dengan kesan antibiotik dan tak dapat nak lawan. Boleh kena sakit lagi dan perlukan antibiotik yang lebih kuat untuk lawan.
 Tak ke buat kerja dua kali? Kerja senang, habiskan aje antibiotik. Tutup hidung, telan, minum air, tahan nafas kejap, dan lepas. Rasa antibiotik nanti kurang sikit. Menjadi jugaklah! HAHA

Babai semorang!

p/s : Misi baru >> Habiskan antibiotik!

Share
Tweet
Pin
Share
10 DOA SCHA MURAH REZEKI

Hai semorang! Dah lama tak membebel kat sini. Patutnya time cuti ni gunakanlah masa sebaik mungkin nak update blog, tapi, harapan jeh. Makin tak ada idea adalah. sedih sungguh. sob sob sob.

okay. tetiba dapat idea. Friend-zoned! Pernah dengar? Nampak macam best kan term ni. Nak tahu? Ni ikut pendapat dan kefahaman aku lah ek.


Friend-zoned. Satu term di mana anda hanyalah seorang kawan. Tidak lebih daripada itu. Yes, hanya kawan.

Sebagai contoh.

Lelaki ni minat kat seorang perempuan ni. Dia cuba macam-macam nak dapatkan perhatian perempuan tu. Dan perempuan tu bagi respons yang sangat baik. Tapi, bila lelaki tu confess, perempuan tu hanya anggap dia tak lebih dari seorang kawan. Yang paling terfaktab, perempuan tu kahwin dengan lelaki lain. Oh, sungguh faktab.


500 Days of Summer is not a love story.

Aku ambil contoh ni dari filem 500 Days of Summer. Mesti korang semua pernah tengok kan? Itulah salah satu contoh, FRIEND-ZONED. Tom and Summer.

Aku sangat kesian kan Tom ni (yer, sangat hensem). Lastly, Summer kata, Tom bukan Mr. Right untuk dia. Summer boleh pulak kahwin dengan other guy yang baru beberapa kali jumpa. And I was like, WTF.
And Tom become forever alone. Eh, wait, at the end, new girl came. Her name was Autumn. And the new chapter begin. Tak tahu sama ada ending dia sama ke tak dengan Summer. Aku rasa macam sama jehh.


Summer: Well, you know, I guess it's 'cause I was sitting in a deli and reading Dorian Gray and a guy comes up to me and asks me about it and... now he's my husband.
Tom: Yeah. And... so?
Summer: So, what if I'd gone to the movies? What if I had gone somewhere else for lunch? What if I'd gotten there 10 minutes later? It was - it was meant to be. And... I just kept thinking... Tom was right.
Tom: No.
Summer: Yeah, I did. (laughs)
Summer: I did. It just wasn't me that you were right about.

See. Friend-zoned sucks. Sangat. Sedih gila. Aku paling tak suka bila lelaki/perempuan bagi harapan at the other partner. And then, break it. Homai. Bukan dah patah seribu, patah infinity dah aku rasa.
Yes i know, cinta ni mana boleh kita jangka. Satu masa tu, kita ingat kita cintakan dia, tapi, bila kita jumpa orang lain, maybe kita fikir 'you are love of my life' or 'you're the one'. Oh please, tolong jadi seorang yang tetap pendirian. 

Jadi, nasihat disni. Tolong jangan bagi harapan melainkan kau janji kau takkan hancurkan. Melainkan kau sayang gila kat someone.

Cinta ini sangat indah kalau kau tahu menghargainya. :)


Sekian dari Dr.Love. Eh? 


p/s : Maaf, kalau entry ni memualkan. :P

Share
Tweet
Pin
Share
9 DOA SCHA MURAH REZEKI
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

A daughter, wife, mom and Takaful Consultant

29 years old

011-10826991

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • ►  2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
  • ►  2020 (4)
    • ►  November 2020 (2)
    • ►  October 2020 (1)
    • ►  April 2020 (1)
  • ►  2019 (9)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  September 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (2)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (8)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  September 2018 (1)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (12)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (1)
    • ►  August 2017 (2)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  April 2017 (2)
    • ►  January 2017 (1)
  • ►  2016 (13)
    • ►  December 2016 (1)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  September 2016 (3)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (1)
    • ►  May 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2015 (77)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (2)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (5)
    • ►  August 2015 (6)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (5)
    • ►  May 2015 (6)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (6)
    • ►  February 2015 (7)
    • ►  January 2015 (27)
  • ►  2014 (173)
    • ►  December 2014 (24)
    • ►  November 2014 (24)
    • ►  October 2014 (35)
    • ►  September 2014 (26)
    • ►  August 2014 (24)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (4)
    • ►  May 2014 (3)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (1)
    • ►  February 2014 (2)
    • ►  January 2014 (3)
  • ►  2013 (28)
    • ►  December 2013 (1)
    • ►  November 2013 (5)
    • ►  October 2013 (7)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  June 2013 (2)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  March 2013 (1)
    • ►  February 2013 (1)
    • ►  January 2013 (8)
  • ▼  2012 (73)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (1)
    • ►  October 2012 (2)
    • ►  September 2012 (3)
    • ►  August 2012 (7)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (5)
    • ►  May 2012 (3)
    • ▼  April 2012 (13)
      • E-MAS Fest 2012
      • Natural Beauty WINS!
      • Only In Malaysia!
      • Solemnization Amir + Zaireen
      • Digi Wwwow Awards!
      • Teaser Wedding
      • Perasaan Dua Dalam Satu!
      • Al-Fatihah kepada Pemilik Blog HudHudPunyaBlog (hu...
      • Matlab, please be nice to me.
      • Kenapa kita perlu habiskan antibiotik?
      • Friend-zoned
      • Fan Page Celebration Giveaway by Eqbal Zack!
      • Cuti!
    • ►  March 2012 (14)
    • ►  February 2012 (8)
    • ►  January 2012 (8)
  • ►  2011 (169)
    • ►  December 2011 (5)
    • ►  November 2011 (9)
    • ►  October 2011 (9)
    • ►  September 2011 (5)
    • ►  August 2011 (18)
    • ►  July 2011 (24)
    • ►  June 2011 (38)
    • ►  May 2011 (23)
    • ►  April 2011 (8)
    • ►  March 2011 (8)
    • ►  February 2011 (8)
    • ►  January 2011 (14)
  • ►  2010 (138)
    • ►  December 2010 (21)
    • ►  November 2010 (7)
    • ►  October 2010 (5)
    • ►  September 2010 (11)
    • ►  August 2010 (9)
    • ►  July 2010 (13)
    • ►  June 2010 (25)
    • ►  May 2010 (36)
    • ►  April 2010 (8)
    • ►  March 2010 (2)
    • ►  January 2010 (1)
  • ►  2009 (41)
    • ►  December 2009 (3)
    • ►  November 2009 (2)
    • ►  October 2009 (1)
    • ►  September 2009 (1)
    • ►  August 2009 (1)
    • ►  July 2009 (1)
    • ►  June 2009 (1)
    • ►  May 2009 (4)
    • ►  April 2009 (6)
    • ►  March 2009 (7)
    • ►  February 2009 (7)
    • ►  January 2009 (7)

Created with by ThemeXpose