Hikmah (Part 1)

Wednesday, December 19, 2012


Hai hai hai!

Aaaaa. Lamanya hai tak merepek kat sini. Entah bila ntah last post aku. Berhabuk sungguh. Tapi, rasa sungguh terharu sebab ada jugak yang sudi komen. Jangan risau. Akan ku kunjung kembali ke blog korang. 

Banyak sangat nak cerita tapi tak tahu nak start yang mana dulu. Okay. Baiklah. Rasa nak cerita pasal election.

Engkorang percaya tak aku masuk bertanding untuk jawatan dalam persatuan fakulti? Please lah percaya. Nama fakulti aku ialah Fakutli Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli. Nama persatuan fakulti pulak ialah Chemical Student Society (CHEST). Haaaa. Aku bertanding dalam calon program iaitu BKC. Taknak bertanding dalam calon umum sebab rasa diri tak layak. So, dalam program BKC ni, ada 6 orang calon. Kami perlu merebut 4 kerusi. Yeap. 4 sahaja. 

Jadi, mulalah aku berkempen selepas penamaan calon. Apa lagi, mulalah berkempen secara besar-besaran kat Facebook. 


Calon lain takdelah bersemangat macam aku. Aku je semangat lebih. Haha. Segan pun ada gak sebenarnya. Tapi, aku redah je.

Masa malam manifesto, kenalah bermanifesto di hadapan orang lain. Kawan ada amik video, tapi, sampai sekarang naik segan nak tengok video sendiri. Segan baq hang -___-

Dah siap berkempen, bermanifesto semua, so tibalah masa nak mengundi. Aku apa lagi. Undi diri sendiri lah kan? Haha. Tapi, hati aku rasa tak sedap sebab nama aku dalam kertas tu lain. Dia tulis, Nur Syazana bt Md Asri. Padahal, nama ayah aku Nazri. Itu satu. Satu lagi, dalam paper undi tu, bukan gambar yang aku nak. I mean, gambar tu pakai gambar kad matrik. Dah lah huduh. Patah semangat di situ. :(

Esoknya, pengumuman keputusan undian. Haishh. Jujur lah aku katakan, aku agak confident yang aku dapat top 4. Cuak tu cuak lah jugak kan. Hew.

Bila time nak umumkan keputusan untuk calon BKC, aku cuak sebab nama aku tak naik lagi. Haish. Takkan takkan tak lekat kot top 4. Rupanya, sampai top 1 pun, nama aku tak naik. 
Maksudnyaaa, aku KALAH lahhhh!

Ya Allah, tak tahu lah nak gambarkan perasaan aku macam mana time tu. Nak nangis woi. Sebab time tu, tinggal aku seorang je dalam row tu. Yang lain, semua dah dapat kerusi dah. Aku je tinggal. Time tu sumpah aku nak nangis, tapi, buat-buat cool sambil tangan belek-belek hp. Kawan text tanya pasal result pun aku takde mood nak balas. Tapi, muka maintain ceria taw! Dalam hati, hanya Allah je yang tahu.

Dah habis je majlis, aku terus cabut balik bilik. Sambil muka maintain happy. Haha. Engkorang ingat senang? Susah tahuuu. Wuwuwuwu.

Tapi, seperti tajuk di atas, ada HIKMAH nya aku kalah. Nak tahu apa hikmahnya? Tunggu ah next entry. Nak tulis kang, panjang pulak nanti. Hehe. 

^____^

Resipi Kuih Cucur Topi Mexico

Sunday, November 11, 2012


Resipi Kuih Cucur Topi Mexico



 Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum (230 gram)
2 cawan tepung beras (200 gram)
2 cawan air
1 cawan gula merah (100 gram)
1 cawan gula pasir (230 gram)
1 1/2 cawan minyak masak

Cara

1. Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut sahaja. Tapi, jangan pekat.
2. Gaul dengan kedua-dua jenis tepung.
3. Perap semalaman.
4. Goreng dengan minyak masak. Tambah minyak kalau minyak berkurangan.


p/s : Kenapa blog aku tetiba ada entri pasal masakan? Kbai.

Sunyi.

Saturday, October 20, 2012


Dunia blog semakin sunyi dah sekarang. 

Bukan malas nak menaip di blog tercinta.

Cuma taraf sebagai pelajar, membataskan segalanya.

Lainlah kalau blogger tegar, itu tidak diambil kira.

Serius.

Rindu dunia blogging. Aktiviti jengah menjengah ke blog kekawan dan kenalan baru sangat aku rindui. 

Aku cakap betul lah.

Maybe masa cuti sem, baru aku dan kekawan yang lain kembali aktif menaip.

Hehehehehe.



Eh, nak cakap ni je.

Selamat Hari Raya Haji 1433H! :)

Al-Fatihah to Zakwan Anuar

Tuesday, October 02, 2012


2 October 2012



Zakwan Anuar, who has acute leukaemia, had ‘almost given up hope’, according to his mother, and spends most of his days sleeping or crying with pain.

Catching sight of the Duchess, however, his face lit up in a way his mother feared she might never see again.
The 15-year-old was so determined to meet the Duchess that he postponed a badly-needed blood transfusion for 24 hours and put himself through extra pain so he would not miss her visit.

But, unfortunately, he's just passed away yesterday. 

Al-Fatihah.



Dato' Siti Nurhaliza datang UMP!

Monday, September 17, 2012


Hai semua. Saja nak kabor. Hari ni 17/9/2012, Dato' Siti Nurhaliza datang UMP. Tujuan beliau datang sebab nak promote konsert Dato' Siti, Live in Kuantan pada 9 November 2012 kat Bukit Gambang Resort City.

Okay. Memang teruja gila masa dia datang. Aku siap naik atas kerusi nak ambil gambar dia, tapi, hasil macamlah nokharom. 

Dah dua kali aku jumpa Dato' Siti ni. Masa kekecik dulu dan masa di UMP. Ya Allah, asal flawless sangat Dato' Siti ni? Kami sungguh kagum tengok wajah dia yang flawless. Suci dan gebu you alls. 

Dato' Siti sempatlah bagi ceramah macamana nak jadi seorang usahawati yang berjaya. Tengoklah produk Simply Siti. Dah setaraf dengan produk antarabangsa. Bangga!

Dan, Dato' Siti sempat nyanyi lagu Muara Hati dan Cindai berduet dengan pelajar UMP. I iz so jelly. Dah berkobar dah angkat tangan. Tapi, artis UMP jugak yang dapat pergi. Siapa lah kita ni. Tsk tsk tsk.


Bulatan merah tu lah Dato Siti. Yer, dapat tangkap turban je. 




Klik gambar untuk tumbesaran maksima

Malangnya, tak sampai setengah jam pun Dato' Siti berada kat UMP. Anyway, ini merupakan pengalaman paling manis. Teruja. Syukur Ya Allah.

Eh, kejap.


^____^

Borong

Sunday, September 09, 2012



Hello semuaa! Sorry sebab tak update sangat lately ni. Alasan paling biasa, SIBUK. Haha.

Well, aku dah balik UMP hari khamis lepas. Dan Sabtunya pula, aku pergi KL sebab kawan aku (Huda Luna) kahwin. Yeahh. Dari Gambang ke Kuala Lumpur.

Cerita wedding akan diupdate kemudian. Coming soon. 

Malam nya pula, aku pergi ke Pasar Boco di Gravy Baby, Laman Seri Business Park, Shah Alam. 
Sebab apa aku pergi sana, sebab ada underground perfomances there! 
Ada Wani Ardy, Mosyuki Borhan, Adi Wafi, The Siblings and sooo much more! 

Masa tu juga, Lejen Press, Selut Press, Fixi and Sang Freud Press ada. Apa lagi. Borong time! 

Mari lihat apa yang aku borong

Ketakutan - Ramai penulis - Lejen Press
Kolonial Mimpi - Sahidzan Salleh - Lejen Press
Kitab Sang Cupid - Aziz Harun - Lejen Press
Timid - A.B.Hashim - Lejen Press
Mat Tiara - Nor Hisham Mohamed - Lejen Press
Langit Vanilla - Wani Ardy - Sang Freud Press
Rahsia 2 Pria - Mosyuki Borhan dan Adi Wafi - Selut Press
Bukan Perempuan Sundal - Syahid Abdullah - Buku Jalanan

Cuma sedih sikit tak dapat nak borong Fixi. I iz sad. 


Lihatlah muka bahagia campur penat. Leulz

Jumpa di entry seterusnya! 


Kena Dumped

Monday, September 03, 2012


Hello semuaaaa. Yeahh. Kembali menaip dalam blog stroberi ni haaaa. Oh yaa, malam ni nak share sikit tentang something yang interesting. Hurm. Bagi aku lah. Mari kita tengok.


When a devastated Jeff Ragsdale, a stand-up comedian and actor from New York, was left 'near suicidal' after breaking up with his girlfriend, he realized he felt like the loneliest man in the world in a city of more than eight million. So Jeff decided to do something drastic - he put fliers up all over New York saying: 'If anyone wants to talk about anything, call me (347) 469-3173. Jeff, one lonely guy.' And since then, he has received 65,000 phone calls and text messages from strangers near & far. He said he was that person they could talk to completely objectively. They'd tell him things they couldn't tell their parents or friends. Ragsdale hasn't found love but he released a memoir yesterday.

Er, korang paham kan? Aku percaya english korang power-power belaka. Takpe, aku translate kan.

Kesian Jeff ni. Dah lah kena dumped, hampir-hampir bunuh diri. Nasib baik dia sedar yang bukan dia sorang je ada masalah dalam dunia ni. So, dia buat sebar flyers menyatakan sesiapa yang ada masalah dan tiada tempat untuk meluahkan dan melepaskan beban boleh call dia. See. Nasib baik dia sedar. Kalau dia tak sedar, dah RIP dah mamat ni. 65,000 call dan sms datang kepada dia menceritakan masalah mereka. Banyak nyaaaa! 

Yelah, kekadang masalah ni kita segan nak cerita kat orang. Bukan semua orang boleh dengar masalah kita. Bagi aku, aku lagi suka jadi pendengar yang setia. Even aku tak dapat nak bantu, cukuplah aku mendengar luahan kekawan aku. Aku ni dah selalu dijadikan tempat menangis. Aku tak kisah. Sebab menangis tu bagi aku salah satu cara melepaskan beban kat bahu. At least, rasa lega sikit kan? 

Okay guys. You're not alone! No one is FOREVER ALONE.


Denda zaman sekolah yang pelik

Friday, August 31, 2012



Dulu masa sekolah ke menengah, ini jelah denda zaman sekolah yang aku paling ingat. Eh, excuse me okay. Saya tak nakal. Kekadang je nakal. 

Bila suasana dalam kelas bising gila, ketua kelas/penolong akan denda student yang bising pergi ke depan dan letak dua tangan kat dalam bulatan tu. Kalau stay situ sampai jenuh tangan tu takpelah. Ini tidak. Tak sampai dua minit dah boleh balik ke tempat duduk. 

Dan itu berulang-kali sampailah cikgu datang.
Sungguh tak munasabah betul denda tu.

-________-

p/s : Korang masih ingat lagi denda zaman sekolah?

Kad Raya, Kad Raya

Wednesday, August 29, 2012


Posto, posto ..

Gembira hati bila dapat tahu abang posmen datang. Memang aku nanti-nantikan kedatanganmu abang posmen. 

Tahun ni banyak dapat kad raya! Yeahh. Ada dari twitter dan blogger! Oh yeahh. Ada 4 jeh. Itu pun dah cukup buat hati aku menari ala-ala Oppa Gangnam Style. Cewahhh.

Mari lihat siapakah yang begitu baik hati bagi aku kad raya! Jeng jeng jeng!



Pertama :
Dari Ayah Timeline Twitter kita, Nazri (_nazri).
Sebab apa kita panggil dia ayah? Sebab nama dia sama macam ayah kita. Haaa. Perangai pun macam seorang ayah. Selalu tegur kalau aku leka dengan twitter dari study. Heww.
Dia sorang je bagi aku duit raya RM50. Kau hado? HAHA


Kedua :
Dari Hamzah Ian.
Alah, takkan lah korang tak kenal dia. Pemes betei Mohd Faiz Mat Rudin ni. HAHA
Siap ada sampul raya gitu. Kelass kau mejah.


Ketiga :
Comel je kad dia. Thanks a lot dear! :)


Keempat :
Dia spesel sikit sebab ada gambar dia dan family dia dan twitter dia. Dia memang aktif kat sana. Kemain panjang lagi dia bagi ucapan raya. Senang macam ni. Tempek jeh gambar. Hantar. 

Thanks kepada semua. Sungguh spesel sekali kad korang. Sesiapa yang dah dapat kad aku, hope korang suka. Tahun depan kalau rajin aku buat lagi #MisiKadRaya2013.

^__^ 

Duit rayaa!

Tuesday, August 28, 2012


Duit raya. Benda ni paling hangat kalau time raya. Sebab time raya je boleh dapat duit free. Setahun sekali. Boleh penuhkan tabung yedak?


Bagi bebudak, time ni boleh eksyen sebab dapat duit raya. Eleh, kalau dapat pun, banyak seringgit jeh. *sedapkan hati*

Selalu kita dengar kalau dah besar, tak payahlah dapat duit raya lagi kan? Tapi, aku still dapat gak. Sebab status aku yang masih belajar. Yer, masih belajar. Kalau dapat pun, tak mainlah seringgit dua ringgit ni. Kita main duit merah. HAHA. Haish. Tak baik riak taw!


Sebelah ayah aku, aku paling banyak dapat angpau. Sebab cousin-cousin kesayangan aku semua dah bekerja! Merasalah jugak dapat duit raya dari dorang. Meriah you olls. Campur dengan makcik sedara semua. Memang belah ayah, aku jadi kaya sekejap. Alhamdullilah.

Kalau belah mama, kurang sikit. Takpelah. Kebanyakan bukannya orang senang. Biasa-biasa jeh. Terima je apa yang diberi dan bersyukur yedak? :)

Eh, korang masih dapat duit raya ke? Bertambah ke, makin berkurang? :P

Akibat salah dengar information ...

Monday, August 27, 2012


Begini ceritanya anak murid sekalian,

Pada malam yang serba indah di saat aku baru lepas mandi, aku dapat call dari kawan sekolah aku, Iqa. So, time tu 8.45pm.

Dalam keadaan segar bugar tapi separuh mamai, aku jawablah call dia. Dia kata nak buat makan-makan sikit and jemput aku blah blah blah.

So, aku dengan yakinnya berkata

'Haaa, nanti aku datang. Okayy.'

Dengan sepantas kilat aku cepat-cepat rembat baju kurung kedah warna pink dan pakai tudung krim. Pakai lipstick sikit, letak celak dan maskara sikit aaaannddd Im done.

Dah start kereta and bergerak lah ke rumah Iqa dengan riang gembiranya. Rumah dia dengan aku dekat jeh. Tak sampai dua minit dah sampai. Yerr, itu naik kereta. Kalau jalan kaki, mau 15 minit baru sampai.

Dah sampai pintu depan rumah, tengok rumah dia macam senyap jeh. Selalu kalau buat makan-makan, mestilah meriah yedak?

Bagi salam, mak dia sambut aku. Dia tengah makan. Dia kata, 'Iqa pergi Tesco. Call lah dia.'

Cuak pulak hati aku ni haaa. Call lah dia.

'Wei, aku kat rumah kau dah ni.'

'Haa, kau buat apa kat rumah aku?'

'Eh, bukan makan-makan tu malam ni ke?'

'Larr, esoklah Syazana. Aku baru nak beli barang kat Tesco ni haaaa'

'Larr, yekehh? Ya Allah, malunya. Haaa, kau tunggu kat Tesco, aku datang kejap'



Korang boleh bayangkan tak betapa merahnya muka aku depan mak dia and adik dia? HAHA. Sumpah segan and malu. Terus aku cabut pergi Tesco. Sampai Tesco kena tahan malu dengan Iqa and adik-adik dia. HAHA.

Esoknya barulah bebetul dia buat makan-makan and aku makan dengan cebisan malu itu masih melekat lagi.

HAHA


p/s : Mekasih kepad Akue Achik sebab bagi idea ;)

Raya sampai ...

Saturday, August 25, 2012


Hai uolls. Amboi, mentang-mentanglah raya sebulan. Blog pun dah macam terabai yang amat. Ya ampun, raya tahun ni i busy uolls. First day raya tu i raya kat Rembau. Bayangkan, semua sepupu sepapat, makcik pakcik, nenek, atuk semua datang rumah kampung i. Ce bayangkan lagi i sorang je anak dara yang boleh diharap kat rumah tu (bakal suami sila ambil perhatian). Ce bayangkan! 

Cousins belah Rembau

Sebelah kanan masih single lagi katanya.

Dengan budak comel temuk. Hik

Mak i niat dihati nak buat nasi ayam. Last-last projek nasi ayam raya pertama terbengkalai. Sedih tahu. Dah lama teringin nak makan nasi ayam mak i buat. Wuwuwuwu. Petang raya pertama, kami sekeluarga berangkat ke Pilah pula. Kat situ, kurang sikit kerja nak buat. Sedara mara pun dah banyak raya waktu pagi.  Kami je sampai lambat. Hewww. Stay sana sampai raya kedua.

*sebahagian daripada keluarga besar Tobek Godang*

Ce bayangkan lagi, kampung kat Pilah TIADA AIR. Yang ada hanyalah air tobek(kolam) sahaja. Bayangkan lagi betapa susahnya nak memasak, basuh pinggan, mandi dan membuang di kala itu. Nasib baik rumah nenek sedara ada air perigi. Dengan air perigi tulah, kami mandi dan membuang. -____-

Petang raya kedua kami balik ke Seremban. Dan malamnya pula, gerak balik ke Rembau. Raya ketiga tak sempat ke mana-mana sebab ada lagi orang datang raya kat kampung Rembau. Then, cerita gila raya keempat. Kami pergi beraya sampai 11 buah rumah. Bayangkan lagi sekali uollsss.

Macam-macam dah dalam perut aku. Semua ada. Mee kari, nasi tomato, gulai telur itik, ayam masak merah. Air pulak ada macam-macam kaler. Cakap je kaler apa, semua ada. Raya sebuah rumah dalam 10 minit je. hha. 10 minit je wei. 10 minit sahaja. Kita redah jeh. HAHA. Malam tu, kami gerak balik ke Seremban dan beraya kat Seremban pula. 


Dah. Sampai sini jeh cerita raya i. Tak menarik sangat pun uolls. 

Jaga diri semua.

^___^




Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Friday, August 17, 2012



*nahh, ambil gambar setepek kat sini*

syazberry.com ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
Maaf Zahir dan Batin.

Syaz nak mintak maaf kalau syaz ada buat silap dengan korang semua. Sama ada dari segi syaz menulis di sini buat korang terasa/tersinggung dan banyak ter lagi. Syaz mintak ampun sesangat. Syaz harap persahabatan kita di dunia maya kekal forever! Amin.

Terima kasih kerana sudi datang dan komen blog syaz ni. Sayang semua!

Syaz dah berhenti kerja kat Tesco tu. Nanti pasal Tesco tu syaz akan update selepas raya okay. Banyak nak cerita ni. HAHA. 

Salam Aidilfitiri

^____^


p/s : Akan aktif berblogging selepas raya. Oh yeahhhh!

#MisiKadRaya2012

Friday, August 03, 2012


Hai kekawannn! Pergh. Raya dah nak dekat kan? Tinggal lagi dua minggu jeeee! Oh yeahh. Sekarang ni, Tesco dah penuh dengan orang ramai especially selepas berbuka. Masing-masing taknak terlepas dengan offer yang dibuat oleh Tesco. Eh, dah macam duta Tesco lak rasa. HAHA

Balik kepada tajuk di atas, tahun ni aku nak istimewa sikit sebab aku nak kumpul kad raya dan nak bagi korang duit kad raya. Just a simple kad raya kepada rerakan blogger dan twitter. Boleh mengeratkan silaturrahim yedak? 

*google*


Tempek alamat rumah korang kat sini >> Google Docs

Tempek sebelum : 10 Ogos 2012 


Sebab 13 Ogos 2012, syaz nak start posting dah. Heharap kad raya korang sampai before raya. :)

Okay. Itu sahaja.  Hewww. 
Izinkan syaz tidur. 
zzzzzzzzzzzz


Manis 21

Monday, July 30, 2012



Alhamdullilah. 22 Julai 2012, sudah 21 tahun aku hidup dan bernafas di muka bumi ini. Syukur sesangat. 

Berjuta-juta lemon terima kasih kepada mama and ayah kerana sabar melayan kerenah aku ni. Ingat senang nak jaga Syazana? Keras kepala yang amat. HAHA. Terima kasih Ya Allah.

Dan juga terima kasih kepada kawan-kawan yang wish kat Facebook dan juga Twitter. Aku harap korang juga pun begitu. Amin. 

Maaf. Semenjak bulan puasa ni, kebusy-an dengan kerja dan kemalasan semakin bertambah. Malas nak update blog, malas nak berblog-walking. Seriusly, aku rindu kat blog korang. Huwaaa.

Terima kasih kepada yang sudi datang dan komen blog syaz. Tinggalkan komen kat kotak komen then, Insya-Allah syaz datang blog korang balik! 

Babai. Assalamualaikum!

Salam Ramadhan 1433H. Barakallah.

Wednesday, July 18, 2012


Assalamualaikum

Sumber : Sham Kamikaze

Tuptup, bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Insya-Allah tahun ni, hari pertama puasa jatuh pada 21 Julai 2012 (Sabtu) ni. And yang paling best, 22 Julai ni, birthday aku pulak. Hari kedua puasa. Sukaaaa. Tapi, masalahnya kena kerja pulak. Takpe, dugaan. 

Aku risau. Sama ada puasa aku tahun ni, aku boleh tahan ke tidak? Dengan stress dan penat kat tempat kerja. Tu je aku risau. Risau betul kalau iman tergugat. Kuatkanlah iman aku Ya Allah. Permudahkanlah ibadah puasa aku. Amin. *debar*

Baru balik dari kerja. Dah lama tak update, malam ni nak update juga. HEHE.

Akhirnya,

Salam Ramadhan 1433H kekawan. Puasa elok-elok taw! Heharap kawan perempuan ku semua dah settle bayar hutang puasa. Insya-Allah. :)

Amoi Bambam

Monday, July 16, 2012


Assalamualaikum


Kat tempat kerja aku, ada seorang kawan cina. Nama dia pelik dan susah nak sebut. So, kami panggil dia Amoi je. Umur dia 26 tahun. Tapi, perangai dia macam budak-budak sikit. Dia suka sangat gelak. Gelak dia tu boleh dengar satu department ni. Serius.


Amoi ni baik orangnya. Tak berkira. Hati dia sensitip. Kalau sakat sangat, dia boleh menangis taw. Tengok tak betapa lembutnya hati dia tu. Dia selalu tolong aku kemas barang. And aku pun tolonglah dia jugak. Kalau dia takde, boleh bosan aku jadinya. Menguap tu jangan cakaplah kan. Tak terkira betapa banyaknya aku menguap dalam sehari. Kalau dia ada, bolehlah aku sakat dia. HEHE. 


Suka ada kawan macam dia. Adalah certain orang dalam department aku tu yang aku tak beberapa suka sangat. Cakap dengan aku dengan nada suara yang tinggi. Tak boleh cakap baik-baik sikit? Pernah lah gak kan aku hampir menangis. Macam sentap gitu. Tapi, nak lawan, kena fikir, dia lagi tua dari aku. Takkan nak melawan. So, kurangkan bercakap dengan dia. Itu lebih bagus!


Aaaaa, esok kerja. Pukul 10 pagi sampai 7 petang. Nasib baik sampai petang jeh. Hooreyyy!

^___^

Ketiak Putih

Friday, July 13, 2012


Assalamualaikum


Tahukan anda benda apa dia atas ni? Apa tak senonohnya letak gambar perempuan sambil angkat ketiak? 
Haaa, kalau korang nak tahu, ini ialah Hibka Powder. Ia adalah sejenis bedak untuk memutihkan ketiak. Di samping itu, ia boleh juga menggantikan deodorant. Cewahh. Guna penanda wacana. Kau hado? 

Sesungguhnya aku tak gemar memakai deodorant. Sebab bagi aku, lagi hitam adalah ketiak tu. Tu yang aku pakai ni. Selesa. Dan takde bau yang kurang enak. 

Cara nak guna :
Letak Hibka ni selepas mandi atau sebelum keluar. Then, masa mandi selepas melakukan aktiviti korang tu, korang sental lah sikit bagi buang dedaki yang menghuni ketiak tu. Insya-Allah, kalau korang istiqamah memakainya, maka putih lah ketiak korang tu. *muka serius*

Mana nak dapat?
Cari jeh kat kedai jamu. Konpem ada. 

Okay. Izinkan saya tidur. Esok masuk kerja pukul 2 petang sampai 11 malam.

^___^

Kawan

Tuesday, July 10, 2012


Selalu orang kata, kawan masa senang beribu, kawan masa susah, boleh dibilang dengan jari.


Aku selalu tengok gelagat kekawan aku. Ada masalah dengan kawan, itu masalah biasa. lebih-lebih lagi perempuan kan. But, apa yang boleh aku tengok, Allah ada sediakan seseorang untuk bantu kita.

Contoh :

Kau perlukan pertolongan. Kau mintak tolong kawan. Tapi, kawan tu taknak tolong. Sombong. Kau sendiri tak tahu sebab apa. Padahal kau dah kamcing dengan dia. Dengan kuasa Allah, tetiba datang pulak seorang lagi teman yang kau tak beberapa kenal/rapat, sudi tolong kau. Kau nampak tak permainannya macam mana? Daripada itu, kau nilai sendiri berapa markah untuk kawan yang taknak tolong kau tu.

Itu permainan Allah. Lihat bagaimana DIA nak tunjukkan sifat sebenar kawan kita tu. Jadi, janganlah mudah putus asa. Kalau boleh, cuba berdiri sendiri. Bukan ke itu lebih baik? Campak mana-mana pun, kau masih boleh survive.

Aku bersyukur sebab parents aku dah didik aku berdiri sendiri lagi kecik. Memandangkan aku anak tunggal, aku dah biasa bersendiri. Kekadang aku selamba jeh makan sendiri kat kafe. Sampai kawan aku pun pelik. Eh, takdelah. Mana ada pelik. Bagi aku, itu normal. Tak tahu pulak tentang korang. :)

Bagi aku,

Rakan, Kawan, Teman dan Sahabat punyai definisi yang berbeza. Korang? 


Sekian entry merapu dari syazberry! 

^___^

Bangga jadi UMP-ians!

Sunday, July 08, 2012


Satu jeh aku nak cakap.

Aku bangga jadi pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP). 

The #561 SAE-UMP Chapter, Diesel UrbanConcept, from University Malaysia Pahang (UMP) wins first place Diesel Fuel Award during the awards ceremony at the Shell Eco-marathon Challenge Asia at Sepang International Circuit in Kuala Lumpur, Saturday, July 7, 2012. Students from Asia and the Middle East have come together to compete in the four-day event.


Tahniah semua! 

Shell Eco-Marathon Challenge ni memang mencabar. Yelah kan. Kena buat kereta yang eco-friendly. Even aku berlainan fakulti, aku sangat bangga! Serius. Mereka dari fakulti Mekanikal, Elektrik, Pembuatan dan Kimia. (Thanks Fazdrul Hisham) Memang superb. Dorang yang banyak harumkan nama UMP! Heharap pelajar lain (macam aku) dapat jadikan ini sebagai inspirasi. 

^____^

Awesome Earth!

Tuesday, July 03, 2012


Hai semua! Korang tahu tak aku tengah busy sekarang ni. Busy dengan kerja dekat Tesco Seremban Jaya. Alhamdullilah, semua okay. Walaupun sebagai promoter jeh, kerja dia not bad jugak. Penat tu tak payah cerita lah kan. Penat berdiri je lebih. Takpe, boleh kurus. HAHA. 

Okay. Kalau korang bosan dan tak tahu nak buat apa, apa kata korang COPY kordinat dekat bawah ni dan  PASTE dekat Google Search. Lebih afdal, dekat Google Map. Aku jumpa ni kat 9gag. Awesome jugaklah. Tak sangka wujud gak benda alah macam ni. Ni semua propaganda alien ke hape? HAHA.


Giant Bunny : 44 14'39.77"N 7°46'10.71"E


Sempat ambil satu sebab penat sangat nak print screen. HEHE

Shark: 31 59'20.53"S 152 34'18.47"E.

Giant Geoglyph Man: 19 56'56.76"S 69 38'2.07"W.

USA Bush: 41 51'26.99"N 121 29'25.75"W.

Horse #1: 50 39'26.33"N 2 24'14.92"W.

Arrow in Peru: 14 32'45.28"S 75 9'35.85"W.

Big Face #1: 33 55'37.16"N 117 34'8.58"W.

Lines in Peru (Nazca): 14 33'9.40"S 75 10'36.74"W.

UFO #1: 78 38'29.61"N 15 7'5.50"E.

Bizarre Landscape With Ancient Ruins (Filled with holes): 19 37'40.75"S 69 58'46.35"W.

Horse #2: 54 13'29.68"N 1 12'44.46"W.

More Geogyphs in Chile: 19 12'13.45"S 70 0'30.41"W.

High Quality Photos of Elephants in Africa; 10 54'12.65"N 19 55'56.05"E.

Big Rabbit: 44 14'39.77"N 7°46'10.71"E.

Big Triangular Symbol: 37 37'38.69"N 116 50'48.38"W.

Horse #3: 51 19'16.29"N 1 45'22.76"W.

Dinosaur: 42 4'34.14"N 2 21'21.93"W.

UFO #2: 45 42'11.97"N 21 18'7.81"E.

Big Inscriptions in Chile: 17 58'20.55"S 70 14'12.89"W.

Smiley Face: 43 25'44.84"N 80 19'51.12"W.

Cruise Ship Tipped Over: 35.155109, 129.147554.

Nazi Building?: 32.676124, -117.157731.

Abandoned Military Base?: 37°21'46.81"N, 116°49'35.92"W.

Star of David: 37°19'22.70"N, 116°47'6.70"W.

Car Tipped Over: 51°19'18.04"N 6°34'35.84"E.

UFO #3: 52°31'17.79"N 5°43'59.40"E.

Big Face #2: 50° 0'34.25"N 110° 6'47.01"W.

Dancing Man: 47°53'4.39"N 107°36'53.23"E.

Big Face #3: 39°26'24.76"N 84°17'34.93"W.


Eh, tidak lupa.

Salam Nifsu Syaaban. Semoga kehidupan kita diberkati oleh Allah yang Maha Esa. Insya-Allah. 

Tak lama lagi nak Ramadhan, bersediakah aku? 

^__^

Sekitar Majlis Perkahwinan Irine Nadia Marcello dan Mohd Amirul

Sunday, July 01, 2012


Hai korang. Pheww. Akhirnya, lepas juga aku ke Melaka tu. Nasib baik dekat jeh dengan Senawang. Aku sampai dalam pukul 1.00 ptg. Tepat rombongan pengantin lelaki sampai. Then, aku tunggu pulak mokcik Onie dan Eghika. Lepas mereka dah sampai, beriringan lah kami ke rumah pengantin. Dah sampai, terus ambil gambar Irine dan Amirul duduk bersanding. First time jumpa Irine ni. Yelah, mana lah pernah jumpa mereka sebelum ini. 

 p/s : sila jangan percaya kecomelan gambar ni. Ini ialah helah camera.  :P

Okay. Ramai gilaa retis blogger yang datang. Kan aku dah cakap macam gathering blogger. Pen Merah, Nisa Kay, Hamzah Ian (terbang tinggi tinggi), Ayeem Ayam, Eman The Halia, Derita Merindu, Yuyu Zulaikha, Milimilo, Dena Bahrin, KZ Nabiha, Carl Samsudin, Bro Framestone, Shafaza Zara Syed (Lord Zara). Yang lain tu, aku tak pasti. Aku kenal jeh dorang, dorang tak kenal aku. haha. Takde lah aku jumpa sesatu. Jumpa mana yang sempat sebab pukul 2.45pm aku dah balik. Selepas aku balik, Fatin Liyana dan Datin datang. Aaaa, ruginya balik awal. Oh, kalau korang tak kenal dorang siapa, sila google okay. Malas aku nak letak link satu persatu. 


Persembahan menarik dari kumpulan gendang. er, tak tahu nama kumpulan apa


Renjis renjis dipilis




Mereka comel. Dedua tersengih.


Yummmyyyy!


Yummy lagi! Candy bar. Siap ada chocolate fountain. Tapi, tak sempat rasa!



Aku, Onie dan Eghika bersama pasangan pengantin. Pedulikan muka aku. 


dah 3 kali jumpa Milimilo! Oh yeahh


Terkejut dengan kehadiran Dena Bahrin


Muka comel gitew. ahaks


Yeay. Dapat gak jumpa dengan Yuyu Zulaikha. Alahai, comelnya Yuyu!



Sayunya dua gambar di atas. tsk


Percayalah, aku hanya mampu ambil gambar dari tepi. Depan semua penuh!


Hamzah Ian (terbang tinggi tinggi)


Ibubapa Amirul.


Nisa Kay dan Pen Merah




Red velvet cake in a jar!
Yummy!



Maaflah, gambar kurang berkualiti. Maklumlah, camera dah uzur yang amat. hehe. Sesiapa nak tengok gambar Irine lagi, sila pergi link di bawah okay. 

Okay. Itu sahaja update dari aku. Perghh. Penat sangat ni. Balik jeh dari wedding, terus tidur. Ni pun, rasa ngantuk lagi. Adei. Esok aku dah start kerja dekat Tesco Seremban jaya. Sesiapa yang free, meh datang jumpa aku. HAHA. Doakan aku dipermudahkan segala urusan esok oleh Allah. Amin. :)

Take care you alls! 
^__^

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook