UMP, aku kembali.

Monday, September 12, 2011


Assalamualaikum semua. pada hari Sabtu lepas, aku dah selamat jejak ke UMP tercinta. ecehh. tercinta tak boleh lak tak ada kann? -.-'

okayy. selepas ni, masa untuk aku UPDATE blog sangatlah kurangggggggg. seriusly. sangat kurang. kalau rajin, seminggu sekali. or kalau malas sangat, maybe sebulan sekali. bukan apa, aku nak FOKUS sem ni. nak dapat dean list ni. ingat senang keh? susah tahu. dengan subjek nya, mengucapp panjang akuu. dengar nama pun aku, rasa, homaiiii. nak pengsann.

jadual aku. eh, yang penting, RABU aku FREEEE.
weee~


lagipun dengan line berukband yang macam main cak-cak dengan aku, aku pun rasa malas nak on9 and berblog-walking.

hurmm, aku nak ucapkan terima kasih kat korang sebab masih lagi berkunjung ke blog aku. hehe. isk isk isk. terharu ni taww.

eh, lupe plak. sebelum topup ada tax 6% 15 September ni kan, baiklah aku umumkan siapa pengomen terbanyak dekat blog aku. sesiapa masih ingat aku ada buat nota kaki masa entry-entry aku yang lepas, aku akan bagi hadiah topupp! hehe.

Pengomen paling banyak di www.syazberry.com pada bulan Ogos lepas ialah,

............. drum roll pehlishhh............

Hans Punya Blog !

terima kasih Hans... cecepat pm aku sebelum 15 September. muehhehehe.

hurm, itu sahajalah coretan aku kali ni. kalau ada cerita best, aku cerita kat korang okayy!

jangan rerindu aku taww. take care semua! ^^


Raya Sakan - Raya with Pemes Bloggers!

Thursday, September 08, 2011

Assalamualaikum. wahh, memang raya sakan betul aku ni. asyik-asyik pergi beraya jeh. memang tak lekat aku kat rumah. lagi-lagi, ayah aku cuti seminggu. jejalan jelah ek. ingat entry aku yang semalam? #15 Wordless Wednesday? itu hanyalah teaser sahaja. amcam? jeles tak? silalah jelesss. kikikiki

okay. jom start the story mory.


                                Qarl                Syaz               Daniel Adie        Nabil Aizat      

                               Hizami Li       Mishhy Innz          Zulaikha       Amir Naufal NA


Kak Innz ajak aku pergi beraya ke Melaka ke rumah Hizami Li Budak Lelaki Sebelah Pintu. aku rasa, macam WOW! great opportunity to me. yelah, Hizami ni pemess kott. dan lagi best, ayah dan mak aku kasi lepas pulak ke Melaka. tu yang macamm, BEST!

so, Ahad lepas, Kak Innz datang jemput kat rumah dan terus bergerak ke Alor Gajah. nasib baik senang cari rumah Zami ni. sampai sana, dah ada dah kawan-kawan Zami yang menunggu. lelaki 3 orang. segan tak segan lah aku. haha. bila tanya, semuanya bloggers. ada Daniel Adie, Fiq Fikri dan Amir Naufal NA. aku kenal dorang macam gitu-gitu jelah. then, datang pulak, Qarl dan Nabil Aizat.

Hizami Li's House

kenal Nabil Aizat? sesiapa yang selalu bace blog Hanis Zalikha, korang mesti kenal dia masa HZ pergi trip ke Germany. masa beborak dengan dorang, asyik keluar nama HZ jeh. tup-tup, ini rupanya kawan baik HZ yang study kat Germany tuh. I was like! O M Jayyyyy. untung tahu? eh, dia ni single lagi kot. Pergilah usha-usha. haha. yang penting, lesung pipit tuh yang mahal tuuu!


 nape Qarl tutup hidung? 



selepas pekena meehoon goreng buatan tangan Zami dan selepas photoshoot sebentar, kami bergerak ke rumah Daniel Adie. eh, nak kasi korang jeles boleh? aku dan kak innz satu kereta dengan Zami. jeles tak? silalah jelessss. kikikiki

Agak jauh lah rumah Adie. dekat dengan Bandar Melaka tuh. masa masuk rumah Adie, aku macam fuyoooo. cantik siot rumahhh. siap ada bunga-bunga lagi kat dinding. Adie yang lukis tuh. nanti akan tunjuk gambar. then, kami dijamu dengan spaghetti Adie yang masakk! sedap tapi pedas. berpeluh-peluh dorang makan tahu? *eh, peluh-peluh ni sensitif tahu. lagi-lagi Fiq Fiqri tuh haaaaaa* dan semestinya ada sesi photoshoot.

 yummehhhhhhhh!

abaikan mamat dua ekor tuh, fokus yang belakang tu, lawa kann? Adie yang lukis sendiri.



then, selepas rumah adie, kami pekena Cocunut shake. siapa entah yang selalu sebut cocunut shake. baguslah tuh. aku pun dah lama tak pekena coconut shake. kami pergi dekat Cocunut Shake Alai. masa minum-minum tuh, gossip-gosiip lah kejap. bloggerrsss, mestilah ada gossip yer dak? tapi, selalu digangu oleh bunyi blender cocunut shake tuh. dah lah hot story time tuh. redah jelahhh.

 Jom pekena coconut shakeee!

Busy betei Fiq Fiqri. yang Hizami dan Nabil sungguh khusyuk bergossip.


Jejaka Bloggers

then, kami, Innz, aku dan Zami berpisah dengan geng yang lain. Qarl dan Nabil terpaksa balik awal. takut jam pulak nanti. Amir Naufal dan Fiq Fiqri balik ke rumah dorang. nak raya rumah kawan lagi. rumah dorang dekat jeh dekat Melaka.

Eh, then, aku ajak Zami pergi ronda-ronda Melaka. bukan selalu dapat ronda-ronda ke Melaka ni. Zami bawak kami ke Jusco Melaka. mak datukkk, gila besar dan panjanggggg! Jusco terbesar di Asia tak silap aku. besarr gilaaaaaa. banyaklah store-store kat dalam tuhh. jejalan jeh. window shopping.

then, gerak balik ke rumah Zami sebab kereta Kak Innz tinggal kat situ. selepas solat semua, kami gerak balik ke Seremban.

sampai rumah dalam pukul 9 malam. penat kot. mata dah merah-merah dahhh. then, sleep time!

itu jeh kot cerita punya panjang lebar. hehe. silalah jeless. dipersilakan. *joke*



 Me and Mishhy Innz

Mishhy Innz, me, Daniel Adie


Nabil ada lesung pipit, aku adaa.... double chin.
okaylah tuh kot.

me and model bakal ngetop! muahahah
Fiq Fiqri

Me and Misshy Innz again!

Me and Daniel Adie


fuhh. memang bestlah tapi, sumpah segan dengan dorang ni. dahlah 6 orang lelaki, 2 perempuan jeh!
pastuh hensem-hensem dan pemes-pemes lak tuhh, lagi lahhh, segannnn. haha.
kecik jeh aku rasa *padahal besar* bila dgn dorang.
hope, raya tahun depan boleh jejalan lagi! boleh kenal-kenal kekawan baru kann?
^____^

Raya Sakan - Rakan Sekolah (PART 1)

Sunday, September 04, 2011


Assalamualaikum semuaaaa. haaa, hari ini dan esok kita cerita pasal rayaa. selepas jeh balik dari kampung jumaat malam dan uruskan segala urusan pendaftaran subjek, hari Sabtu aku dah pergi berayaaa. minggu ni memang kerja aku beraya sakan jelah. sabtu raya dengan rerakan sekolah menengah. ahad pulak, dengannnnnnnn.... eh, nanti dulu. itu cerita esok!

okay. mari bermula. *amaran, entry mungkin agak panjang* 

mula-mula, aku dan Iqa, pergi beraya dahulu ke rumah Syuhada kat Paroi. selepas pekena laksa, kami bergerak pulak ke rumah kawan blogger aku, kak Adreena namanya. ini pun main terjah jeh ni. dah alang-alang tuh, raya lah sekali. dekat pulak dengan rumah Syuhada. selepas makan simple-simple jeh, bergerak pulak ke Seremban 2. Syuhada ikut sekali. Kawan, Laila buat rumah terbuka. yang bestnya, rumah dia dekat dalam kuarters polis. cuak gak lah bila nak masuk tuh. tapi, bebuat cool jeh. makanannya pun sedap. ada lontong, soto, nasi lemak, agar-agar cendol and siap ada birthday party lagi. merasa jugaklah kek birthday.

 Laila, Syuhada, Iqa, Liyana

Laila, aku, Syuhada, Liyana

aku dengan Syuhada.

aku dengan kak Adreena. 
*alahai, besarnya gue*

next, pergi pulak ke area Seremban 2 jugak. Aziza's house. rumah dia ni, kami main terjah jeh. before that, call dia. nasib baik ada kat rumah. borak-borak sambil kuih raya masuk mulut memang syiok. terbukak kembali cerita ni. ngumpat orang ni, ngumpat orang sanaaaa. haha. bukan ngumpat lah. jadi? bercerita balik kenangan lepas. si Aziza ni pun rajin jugak bace blog. same interest with me. tapi, malas nak berblog. ada yang blog dia bace tuh, aku kenal. nak tahu siapa? tunggu esok! wee~

Aziza's House (left)
dan kemudian, bergerak ke rumah Liyana. makan-makan karipap panas sambil rehat-rehat dan solat. rumah Liyana memang best. wi-fi pun laju. hikhikhik. eh, yang penting, merasa jugaklah aku naik myvi PINK. jelesss wooooooo. aku bila nak dapat lagi ni. -.-'

aku dan Liyana comel!

dalam myVi PINK!
*excited*

kemudian, bergerak ke rumah Fatin dekat Rahang. masa kat rumah dia ni, lama sikit. sebab cerita banyak gilaaaa. kat rumah dia pun hanya ada mak, abang dan dia jeh. so, memang panjang lah berborak. ambil-ambil gambar lagi. makan lagi. kalau nak berborak dengan dia, memang sampai esok pun tak habis. cerita pasal study, kekawan lama, status tuh, status ni. macam-macam lagi lah. tapi, tu lah, masa memang tak cukup. sampai kat rumah dia pun, dah nak maghrib. selepas solat maghrib, kami beransur. 

then, bergerak kembali ke rumah aku. eh, rumah aku, mestilah kena raya sekali. jamu dorang dengan drummet and air jelahh. rumah aku tak siap lagi. kuih pun tak sempat nak masukkan. busy lah katakan. 

akhir sekali, ke rumah Iqa. haha. datang ke rumah dia, hanya untuk makan nasi jeh. mana ada aku sentuh nasi the whole day. laparr wei. aku tak boleh hidup tanpa nasi. nasib baik ada lebihan lauk and nasi. redah jelahh. ahha. apa punya perangai lah. hikhikhik.

Iqa's House

then, Liyana hantar aku balik. sebab rumah aku n Iqa jeh. terima kasih sayanggggg!

itu sahaja cerita. eh, panjang keh? agaklah kann? 


Myvi PINK ni. mood, teruja betei!

esok, lagi cerita best!
tunggguu naaaaaa!


Terima Kasih Malaysia*Wave Our Flag

Saturday, September 03, 2011

Assalamualaikum semua. wow, macam mana raya korang? mesti entry korang penuh dengan entry raya jeh kan? mentang-mentanglah raya, blog aku pun raya sekali. terabai gilaa. dahlah balik kampung awal, so, memang kurang sikitlah nak online. line macam siput. kalah siput tahu.

cerita raya aku? er, korang nak tahu ke? nantilah aku cerita panjang lebar biar korang termuntah hijau bace. tak habis lagi berayaa ni. wee~

okay. now, aku nak tanya. siapa ada account Youtube? mintak tolong boleh? tolong LIKE kan video kawan aku buat ni. team dia masuk satu contest ni. DiGi My Phone Shorties. so, amat memerlukan LIKE korang tuh. sesiapa yang tak ada account Youtube, boleh jeh daftar. pakai Facebook lagi senanggg!

berharap untuk menang tuh tak adalah sangat, tapi, satu LIKE dari korang amat bermakna untuk team kawan aku ni. boleh kannn? *sambil buat muka kucing*

jom layan dulu video ni. just a short one. tak sampai seminit punnnnn.

Terima Kasih Malaysia*Wave Our Flag
from Group 6, Lim Kok Wing University.

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook