Perasaan yang paling tak digemari bila duduk kat rumah atau kolej.

Thursday, August 04, 2011

Salam semua~


Puasa macam mana? okay tak setakat ini? kalau okay, Alhamdullilah. 
Sedar tak sedar, dah 3 bulan aku menternak lemak dengan jayanya kat rumah. jangan main-main. macam-macam lemak ada. semua ado. haha. dan tinggal satu bulan jeh lagi nak menternak lemak dekat rumah. lepas raya ni, terus balik UMP. yeahhh. eh, asal aku tetibe suka?

okay. pernah tak korang rasa situasi macam ni.

masa kat universiti, kolej dsb, korang rasa nak balik rumah jeh.
masa kat rumah pulak, korang rasa nak balik universiti, kolej dsb secepat mungkin.


mungkin ada antara korang yang pernah rasa macam ni, ada yang tidak. tapi, ini lah yang terjadi dengan aku. bila kat UMP, rasa nak balik rumah jehhh. perasaan jeh. hakikatnya, aku tak balik pun. jauh kot. perasaan nak balik rumah ni makin menjadi-jadi bila time nak exam or assignment and tests datang berduyun-duyun tanpa belas kasihan. masa ni, rasa nak jerit jeh. bila dah fed-up dengan study, mulalah cakap dengan kawan,
'wei, aku nak kahwin wei. stress doe macam ni.'
'aku pongggg!'
and start lah angan-angan yang tak sudah. HAHA.

bila kat rumah pulak, masa bulan yang pertama. 
'Perghh, best gilaaaa duduk rumah. boleh golek sana, golek sini, tak payah fikir pasal study dahh'.
Masuk bulan kedua, boleh tahan lagi. bila nak masuk bulan ketiga, rasa kebosanan yang amat sangat. kerja pun, jadi cikgu jeh. itu pun, nasib baik ada akitiviti. kalau tak, mati kutu duduk kat rumah. time ni, mulalah, 
'Ishh, bila nak balik UMP ni. rindu dekat sizzling, nasi air, jus buah kat sana. rindu kekawan tak payah cerita lah. huwaaa. nak balik UMP'

this is what happens to me during this holidays. ternak lemak jeh cuti ni. dah siap berjanji dengan Intan, nak sesama kurus bila masuk UMP nanti. *konon-nya*

ahh, tak sukaaannyaaaaa. grrrrr


kannn?

You Might Also Like

15 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. Hahaha..bese la tuh..bile duk kolej rase nak blk umah...tapi bila balik umah tak rase pon nak duk kolej.kehkehkeh. =))

    ReplyDelete
  2. HAHA..aku akn pastikan kau ngan aku sesame kurus nanti, jgn memain! wakaka..

    ReplyDelete
  3. cepatlah kurus..
    kau jangan la makan sangat ..

    ReplyDelete
  4. gile r berbulan2..kite dulu sebulan pun dah x tahan...sebab tadek wat pape

    ReplyDelete
  5. Tapi mengapa dan kenapa rancangan Yui nak menternak lemak kat rumah tak jadi je.... D:

    hahahahahaa...xD

    ReplyDelete
  6. tak pernah laa rasa cemtu. tp bila dah kerja baru rasa cemtuu! urghhhhh! :(

    ReplyDelete
  7. @Yui_Wani yui keje. acaner nak ternak lemak?

    ReplyDelete
  8. @tia yekehh? ni yg malas nak keje ni. hehe

    ReplyDelete
  9. tu lahhh kann???
    dulu aku bljr kat moscow....
    mmg rindu rumahh..
    dah balik rumah..
    rindu awek kat moscow tu..
    hahahahahahahaha
    moscow lah sgt kn..ekeke =p

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook