Dapat duit dengan goyang kaki jeh? WTFish?

Friday, August 05, 2011



wow, tawaran yang sungguh menarik!
money, money moneyy come to mama.
ppffftttt!

Salam semua~
haaa, satu soalan nak tanya korang semua. pernah ditag dengan gambar duit yang sangat banyak?
alaahh, selalu ada model pegang duit banyak-banyak, buat macam kipas lah. apa lah. tak tahu jugak?
macam ni haaaaa,



apa korang rasa? annoying tak? ke ada yang terasa nak buat duit macam tuh jugak. benda ni REAL keh?
infinnity downline lah, login fb dapat duit lah, affiliate*ralat* lah.
macam MLM, tapi, dalam versi internet.

MLM atau Multi Level Marketing ataupun bahasa senang nak bagi korang paham, Skim Cepat Kaya. dulu pernah kecoh kan pasal skim cepat kaya ni? ramaiii gilaaa orang terkena. aku masa ni, kecik lagi. paham sikit-sikit jeh. pheww, nasib baik parents aku tak terjebak. kalau tak, aku tak berada kat sini sekarang. 

sebagai contoh, korang labur duit contoh dalam RM100. cari orang untuk jadi downline, duit korang akan bertambah, macam korang dapat komisen lah kalau dapat cari orang. mula-mula memang bertambah duit, tapi, lama-lama duit korang akan berkurang dan berkurang. tup tup, korang kena TIPU. cuba bayangkan perasaan korang bila duit korang akan LESAP sekelip mata? semua duit kecemasan atau simpanan semua telah dilabur. sakit tak? perit tak? 

aku anak tunggal. so, mak aku dah awal-awal pesan, jangan melabur kat mana-mana selain Amanah Saham Berhad atau Tabung Haji. kalau kena tipu, siapa nak tolong aku kan? adik beradik dah lah tak ada. nak harapkan sepupu sepapat nak tolong, aku tak boleh jamin pasal tu. so, memang kena beringat sekarang. 

sooo, aku nak ingatkan korang semua, PEHLISHHHHHH, janganlah join benda alah ni. kekadang kat blog pun, ada. even ada testimonial. jangan percaya semua tuh. korang akan capai kepuasan yang maksima kalau korang dapat duit dengan titik peluh sendiri kan? 

ralat: affiliate ialah satu program dimana kita mempromosikan produk orang lain dan kita akan mendapat komisyen sekiranya produk itu dibeli. boleh kah digunakan untuk mencari duit lebih? dia macam nuffnang jugak kot. kalau kita dapat jual satu barang tu, kita akan dapat komisen.


what do you say about this?
correct me if I'm wrong.

You Might Also Like

14 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. lagi satu, gold investment.. yg tu memang dijamin takkan rugi sebab harga emas sentiasa akan naik.. :)

    ReplyDelete
  2. lgsg xpecaya benda2x camtu...baik berblog..mmg lmbt dpt $$ tapi,usaha kita sendiri kan?.

    ReplyDelete
  3. Login FB dpt wang dan goyang kaki duit masuk memang tak boleh pakai. Apapun mesti kena buat kerja , tu hanya ayat untuk nak bodek je

    ReplyDelete
  4. cik ana benci gila ayat2 dpt duit free smue nih..xdenye die nk bg free gitu je..huh!

    ReplyDelete
  5. nice one ! tade nye orang dapat duit dengan sesenang tu kann..
    mr right pernah terkena. o0ps ! i mean, terkena dengar ceramah sal MLM nii. tapi naseb baek la mr right ta terjebak. mase tu kat matriks lagii. huu

    KENAPA MR RIGHT?

    ReplyDelete
  6. anak tunggal gk ke? same lah kitee hehe! fiqa tak pcye dgn semua tu. senang2 je dpt duit

    ReplyDelete
  7. mane ade org nk bgi kite duit senang2 kalau x kerja ann

    ReplyDelete
  8. hehhee..skang ni main jual beli emas tau..takyah la MLM2 ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. tu arrrr..dah ar mlm ni kene
    selalu closing org..
    pastu tipu menipu tu mmg wajib..
    sebab nk ajak org ikut..
    kalau dy dapat sorang..
    dy yg dapat duit..
    pastu dy kaya..yg bwah2 dy merana..
    agaga..kn kn

    ReplyDelete
  10. haiyokk . penah2 memang annoying giler ! >..<''

    tapi tak semua MLM tipu.. siries ada MLM yg betul n sah .. :) *opss tak pnh join MLM pn .. hee

    ReplyDelete
  11. macam kena pikir 2-3 kali kot pasa dapat duit if duduk goyang kaki jee..
    huuu

    ReplyDelete
  12. mana ada benda yang menjadi kalau tak berusaha? bohong semua tu.

    ReplyDelete
  13. Syaz.
    setahu i kan, (di bulan ramadhan ni xbaik tipu dose an) mmg ada yang goyang kaki dapat duit..

    Cuba tengok link ni

    http://picturefact.blogspot.com/2011/05/pekerjaan-yg-goyang-kaki-dpt-duit.html

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook