Selamat Hari Raya 1432H!

Tuesday, August 30, 2011


Assalamualaikum.

*kesalahan tatabahasa, daripada*

Selamat Hari Raya.
Maafkan aku kalau ada buat silap keh, sepanjang aku berblogging or bertwitter or berfacebook.
simple jeh kad ni. aku sungguh tak reti nak guna photoshop. ini pun gabungan photoshop dan photoscape.
just admit it, its BURUK. haha. tak apalah, yang penting ini datang dari hati.
yang buruk datang dari aku, yang baik sempurna semua datang dari ALLAH.

kepada sesiapa yang terpaksa beraya di perantauan, contohnya, Abam panda, aku ucapkan,
sabar ek wei. alah, macam tak biasa pulak kan? kad raya, tahun depan aku kirim kat kau okay!

*will be away for err, not sure. sampai hari raya ketiga kot*

^_____^


Its over bebehhhh!

Sunday, August 28, 2011


Assalamualaikum semuaaaa~
semalam cerita sedih kan? padahal aku dah kata *this is not a sad story*. maybe aku dah biasa kot macam ni. dah lama wei, aku hidup sesorang. 20 tahun makngah ooi! haha.

okayy. kepada sesiapa yang mengikuti blog yang tak seberapa ni, korang tahu lah kan yang aku selama 3 bulan ni berkerja sebagai cikgu tuisyen. home tuisyen. jadi, 3 bulan dah berakhir semalam. 27/8/2011. sepatutnya hari ni ada tuisyen lagi, tp, aku nak balik kampung woi. ada mantai kat kampung!


hurm, sejak 3 bulan aku bersama dengan dorang, aku rasa best, geram, ngantuk, penat, dan mostly sakit perah otak. seriusly. kena recall balik apa yang dah belajar masa sekolah rendah dan menengah dulu. apa yang aku ingat, aku ingatlah. mana yang tak, cikgu lain adaa. haha. kekadang tuh, ada gak aku ajar ajaran sesat. pepandailah kau cover. nak cover malu. tehee !

masa nak balik tuh, ada dua orang anak murid aku ni, bagi aku something. chinese. adik dan kakak. adik dia rapat dengan aku sebab aku ajar dia UPSR. mereka bagi aku origami burung. woahh, first time dapat tahu. kat sayap dia tu, dorang tulis,

Kepada, kakak syazana. *sebenarnya, tu jeh dorang tulis. haha*

Siap suruh pesan, jangan bukak sayap dia. aku rasa dia macam ada buat hajat kat burung tuh sikit. kalau bukak, habislah hajat tuh. aku angguk jeh. dan lagi satu, jangan lupa bawak universiti. aku angguk lagi. alahai, comelnya dorang ni. aku layan jehh. rasa sedih pun ada gakkkk! aiyakkk!

keseluruhannya, memang best jadi cikgu tuisyen ni. geram pun ada gak. aku lebih suka handle budak-budak UPSR dari handle budak-budak menengah. Menengah ni, perangai nya lain. kekadang tak hormat pun ada gak. budak UPSR ni, hormat kot. salam, cium tangan lagi. tak kisah lelaki or perempuan, semua salam tangan aku. masa first time dorang salam, WOW, rasa banggaaaa gilaaaaa.


ini origami yang dorang bagi. tp, ini bukan untuk aku. aku try ambil gambar, tak clear pulak.
ini lagi satu cikgu punyaaa. dorang pun bagi gak kat cikgu-cikgi ni.


haaaaaa, mereka yang comel lah yang bagi kat aku.
belah kiri, adik. kanan, kakak.
shomel kannn? hehe


ini antara student aku. dua-dua UPSR. wahai Kashvin (kanan), why so serius? sebenarnya, dorang tak tahu pun gambar dorang kena ambil. curik-curik punya tangkap. jahat kan aku?

itu sahaja coretan untuk kali ni. sesungguhnya pengalaman ni memang berharga. *ececehh*
akak doakan korang semua, boleh jawab UPSR dengan baik. Amin.
*korang, cepat Amin kannn*

Soalan bodoh.

Friday, August 26, 2011



*this is not a sad story*

Assalamualaikum semua.
pejam celik, pejam celik, lagi 4 hari jeh kita nak beraya kan?
yang sedih, ramadhan dah nak sampai ke penghujung. sekejap jeh rasa.

hurmm, aku nak cerita something. dulu masa aku umur 8 tahun cenggitu, aku pernah tanya soalan yang agak silly kat ayah aku. masa ni, arwah adik aku yang ke-empat meninggal dalam kandungan.

selepas dah proses bersalin, aku nampak ayah aku kendong arwah adik aku tuh. aku dah tahu adik aku dah tak ada. aku pergi tanya soalan ni.

'Ayah, kenapa baby tak nangis?'

Ayah aku time ni dah pandang aku semacam jeh. lepas tuh, terus aku senyap.

Masa arwah adik yang ke-empat, aku paham adik aku dah meninggal. Masa arwah yang ketiga, aku tak paham lagi. yelahh, budak lagi kot. mana aku nak paham kan? -.-'

Nak tahu tak nama adikberadik aku apa?

Pertama, Abang, Mohd Najmi bin Md Nazri
Ketiga, Adik lelaki, Mohd Najmudin bin Md Nazri
Keempat, Adik lelaki, Mohd Nor Iman bin Md Nazri

Semoga kalian tenang di syurga sana! Sayang kaliannn! Mmmuuuahhhhxxx!

eh, Selamat berbuka semuaa!

Macam ni keh kredibiliti seorang pemimpin?

Sunday, August 21, 2011


Assalamualaikum.
rasa macam dah lama tak menulis kat sini. berblog-walking apa tah lagi kan. trafik memang mendusup jatuh lah. err, whateva lahh. dah lah aku teraddicted satu game. semua dah terabai. eh, itu cerita lain. nanti aku update okays.

PEMIMPIN?



okay. aku bagi korang situasi.

dalam satu pilihan raya organisasi, kau ada sokong seseorang ni. kira kawan baik lah. kita bagi nama Mr. A. kau punyalah kempen bagai nak rak. edar flyers ke sana sini. dan keputusannya, Mr. A ni menang kerusi sebagai Presiden. time tuh, kau rasakan semua usaha kau berbaloi. sebulan lepas tuh, semua masih okay. tetapi, kemudian, dia hilang tanpa khabar berita. okay fine. dia cakap dia sakit. teruk tuh, tak tahulah. tapi, nampak macam teruk. dan paling tak best, dia tak bagi tahu anak-anak buah dia kemana dia pergi. hilang macam tuh jeh. FB diacctivate. sms or call hp, semua tak dilayan. senyappppp! apa kau rasa? apa yang bermain dalam fikiran? ada tak korang rasa dia ni masih hidup keh, meninggal keh, koma keh? undefined. yang teruknya, anak-anak buah lah. siapa yang kena marah or maki oleh pihak atasan? anak-anak buah jugak kan? at least, bagi lah tahu SEBAB kenapa menghilang. update lah sentiasa. handphone ada. bukan tak ada pun. call jeh punnnnn. susah keh? korang rasa tak bengang keh?

yang paling aku kesian dekat MT lah a.k.a anak-anak buah. bersusah payah menghandle organisasi. nasib baik, dorang bersama menguruskan organisasi. malangnya, aku bukan kat sana. kalau aku kat sana, at least boleh lah tolong apa-apa yang patut. hurm. tak tahu nak kata apa lagi dah.


Macam ni ke kredibiliti seorang pemimpin? urrghhh! >.<

kalau korang berada dalam situasi ni, apa yang korang akan buat? 

Kad Raya Versi 3D?

Thursday, August 18, 2011


Assalamualaikum semua~
wah, dah lama tak menulis dan berkunjung ke blog korang. lately ni, busy sket. bila dah busy, mulalah penyakit malas datang kan? ehhe. berukband pulak makin semput. haaa, baguslah tuh. acaner aku nak daftar subjek akhir bulan ni? nampaknya kena mintak password wi-fi kat jiran sebelah lah gamaknya.

eh, ada orang rindu ai tak? kikikiki
*crap*

haaa, tadi sebenarnya, tak ada kerja. so, aku dengan rajinnya telah menyiapkan satu kad raya ala-ala 3D. aku beli majalah Ujang versi Bumper Puasa dan dapat satu DIY kad raya dan satu vcd Ujang. For your information, aku still lagi baca majalah ujang walaupun dah tua bangka. lebih-lebih lagi bila keluar pergi KL keh. mesti nak rembat satu. nanti bosan pulak dalam komuter. tapi, bila bace dalam komuter, mesti lepas tuh pening. dah mabuk. *damn*

nampak macam senang jeh. teruslah gatal nak buat. setengah jeh dah siap. cepat!
jom tengokk!


voilaaaaaa. taraaaaa. tadaaaaaa.
kad raya DIY Ujang. haha. nampak tak? maaflah, gambar kureng sikit. grr

siapa nak?? sila lah beli majalah Ujang versi Bumper Puasa di kedai yang berhampiran anda.
kalau nak pos kat korang, konpem kemek kan? biarlah aku jeh yang simpan.

Selamat Berpuasaaaaa!
Jom kejar Lailatul Qadar!

^____^


Eh, apa bestnya burung biru?

Sunday, August 14, 2011


Assalamualaikum~
Burung biru? Apa itu burung biru? Kalau yang kaki laman sosial, mesti tahu pasal burung yang comel ni kan? comel kot. badan warna biru, paruh warna kuning. haha. disebabkan kebosanan yang amat sangat, aku kekadang boleh leka dengan burung biru ni. kekadang lah. bukan selalu. cehhhh. 

syaz, burung biru tuh apa wei? *kot adalah nak tanya*
TWITTER of courseee!


BEST

1) boleh cakap sesorang dalam twitter. kau nak merapu, merepek, bebukan pun boleh.

2) kalau kau luahkan perasaan sedih, marah, suka pun dipersilakan.

3) nak jadi gedik extravaganza pun boleyyyyyy

4) kalau kau rajin tweet artis feveret kau, kekadang dorang akan balas tweet kau. suka? depends kat artis lah yer. 

5) boleh tambah kawan baru. yer, aku tak menafikan benda ni. memang boleh kenal dengan ramai kekawan. 

6) kekadang main game tredding kat twitter. contoh, #twittermacamartis , #monafandeybest dan macam-macam lah. 

7) boleh tingkat trafik dekat blog. kau promote dekat twitter or guna fungsi Triberr, naiklah page source kau dari Twitter.

8) kau boleh tahu tentang berita yang sedang berlaku contohnya, Anugerah Juara lagu or Anugerah Planet Muzik or match bola Malaysia vs Singapura. kalau korang tak ade Astro, bace jeh lah tweet dorang tuh. konpem korang paham perjalanan event tu macam mana.  

9) nak bertweet bukan sahaja melalui home Twitter tuh sendiri, boleh juga guna henpon. nak tweet ke mana-mana pun boleh. especially BB lah ramai orang guna. oh, aku tak pakai BB. sekian. kalau korang jemu nak tweet kat home Twitter, boleh juga pakai Twitter client macam Tweetdeck, Metrotwit, Seesmic dan banyak lagi. sesiapa yang #tahitwitter tuh, tahu lah benda alah ni apa. senang pakai Twitter client ni.
eh, nak main tweet ni kena jujur. datang dari hati. baru lah best nak main. ada yang masih tak tahu nak gunakan twitter ni. kalau yang baru nak start tuh, koranglah follow mana-mana blogger, kawan or artis yang best. main reply-reply. baru masyukkk. try masuk dalam life dorang tanpa korang sedar. but, pleaseee, be careful. ada pervert jugak kat sana. i hate that sooo much. memang aku tak layan lah kan. 


*klik burung comel ni kalau nak follow @syazberry*


motif entry? entah. nak suruh korang follow aku kot. kehkehkeh.
ace sebenarnya, aku kekeringan idea nak menaip. maaplah yer, kalau entry ni kurang menarik

kekawan kat twitter yang paling kecoh.
@buyat91
@sweetymui2
@_EryFarieha
@hakimfarizul
@meachef
@syazkurus
@fadhliroslane
@nurulkemp
@HudaLuna
@hyperplasma
@sasena91
@syahid
@myien
@qarrjalil
@hanishans
@admiralhafiz
@enciktikus
@arcx13

err, sebenarnya, banyak lagi. hehe.
jom main twitter!

kot-kot ada yang nak tanya, apa tak bestnya berTwitter ni? ce korang join dulu, nanti habaq kat ceq.

^_____^

eh, hari ini 14.8.2011 kan? aku nak menghargai pengkomen dan followers aku sekalian.
pada akhir bulan ni, aku nak bagi TOPUP RM10 kepada pengkomen terhebat bulan ni.
dah lama aku teringin nak buat ni. tetapi, asyik terbantut jeh. adei.

New Songs Updated (English) and Download Link

Friday, August 12, 2011

Assalamualaikum~
hari ini nak update kat korang lagu-lagu yang terbaru dan best!
ohh, maaf, english sahaja. Melayu aku tak layan sangat. hehe.
aku punya lah baik hati siap bagi download link lagi.
enjoyyyy okayyy!

Drummm roll pleaseee!


1) Charice - Louder (DOWNLOAD)


2) Enrique Iglesias feat Usher - Dirty Dancer (DOWNLOAD)

3) Parade - Louder (DOWNLOAD)


4) Selena and The Scene - Love You Like A Love Song (DOWNLOAD)


5) Cascada - San Fransisco (DOWNLOAD)


6) Maroon Five feat Christina Aguilera - Move Like Jagger (DOWNLOAD) 

7) Christine Perri - Arms (DOWNLOAD) 

8) Gym Class Heroes feat Adam Levine - Stereo Heart (DOWNLOAD)

9) David Archuleta - Everything and More (DOWNLOAD)


10) Demi Lovato - Skyscraper (DOWNLOAD)

11) IYAZ feat Travie McCoy - Pretty Girls (DOWNLOAD)

eh, hari ini 12.8.2011 kan? aku nak menghargai pengkomen dan followers aku sekalian.
pada akhir bulan ni, aku nak bagi TOPUP RM10 kepada pengkomen terhebat bulan ni.
dah lama aku teringin nak buat ni. tetapi, asyik terbantut jeh. adei.

kita allergic selendang a.k.a SHAWL.

Thursday, August 11, 2011

hai awak semua!
kita nak cakap something ni. sebenarnya kan, kita dah lama taw teringin nak pakai selendang (shawl).
kan sekarang ada banyak fesyen shawl. ada style hana tajima lah, yuna lah, arabic lah, macam-macam lagi lah.
tapi kan, yang paling sedih, kita kan tak reti pakai shawl. muka kita tak sesuai. kalau kita pakai kan, muka kita jadi booolat macam doremon. doremon pun mesti tergelak guling-guling kalau tengok kita pakai shawl.
mencik tahu?

ini kawan kita cik Yana yonet. yang belah kiri tuh. tengok dia pakai shawl, cantik kan?
kita jeless bila tengok semua gambar2 dia.

bila nampak pompuan pakai shawl, kita mesti jeles. sebab apa? bila kita tengok dia pakai shawl, macam terletak lah shawl tuh kat kepala dia. cantik jeh kalau dia pakai shawl. boleh lilit-lilit, macam-macam fesyen boleh buat. ada orang tuh badan besar, tapi, kekadang kalau dia pakai shawl, pun naik cantik. kenapa kita tak boleh? kawan kita ramai pakai shawl. kita? hari-hari pakai tudung bawal.

dah lah susah gila nak cari tudung bawal sekarang. RM20 pun paling koman tahu? kalau shawl? RM10 pun boleh dapat taw. macam-macam kaler boleh dapat. warna pelangi pun ada. kalau tudung bawal? kita selalu ambil kaler hitam jeh. sampai mak kita pun tegur, kenapa asyik kaler tu jeh? nak buat macam mana? dah kaler tuh jeh yang sesuai dengan kita. kita sedih taw. diskriminasi betul.

tipu lah, kalau kita kata kita tak pernah beli shawl. kalau awak nak tahu, kita ada koleksi tudung shawl taw. dalam 5 kot. selalu rambang mata bila tengok yang lawa-lawa. kita pun terpedaya dengan acik kedai tu kata.
'dik, jangan risau. mesti sesuailah dengan adik. tak ada bulatnya pun'
kita pun suka lah bila ada orang cakap macam tuh, dan dengan girangnya membeli.
balik rumah, kita cubalah try pakai. Ya Allah, sungguh tak sesuai tahu? boooolat gilaaaa.
bila kita dah benci dan mula putus asa, kita lipat balik shawl then letak dalam almari or beg.
kita tak hingin nak bukak balik sebab kita kecewa dengan shawl tuh.
kan dah membazir. berdosa tahu?

bila kita pakai shawl kan, tangan kita tak reti nak duduk diam. sikit-sikit nak usik shawl kita. nak bagi jangan nampak bulat sangat. nanti semua orang pandang kita. kita malu lah. lepas tuh, kita rasa rimas sangat pakai shawl. rasa macam tak selesa sangat lah. bila dah tak selesa yang amat sangat, kita sanggup tukar pakai tudung bawal balik tahu. entahlah. maybe kita tak biasa lagi.

kita pun tak tahu bila kita nak pakai shawl. kalau tudung indon tuh pun sama, kekadang nampak okay. kekadang nampak bulat jugak. kalau nak cari yang sesuai, sangat susah betul. banyak dugaan betul.
maybe kita hanya sesuai pakai tudung bawal.

 ini muka kita bila pakai shawl. dah banyak kali amik gambar sebab nak dapatkan angel yang cantik.
hasilnyaa? pppffffftttttt!


ini pulak kalau pakai tudung bawal. serius lain kan?
nampak kurus sikit bila pakai tudung ni.
kaler nak hitam je lah kan?
-_________-'


tu jelah. kita nak bawak diri ni.

*entry paling gedik yang pernah aku buat. sila lah jangan termuntah banyak sangat*

Incredible Paint! Ohsemmm!

Monday, August 08, 2011


Assalamualaikum~
Today, I found something that was really OHSEM.
Heat Sensitivity Paint!

For.....
*scroll down pehlish*





1) Wallpaper

Turn up the heat and your wallpaper starts to blossom. Here where the radiator is off…


…. and now on.




2) Pictures

Show people how you feel by touching the painting.





3) Calendar

The ink fades away with the day.



OHSEMMMMM?
OH YEAHHHHHHH!



eh, terima kasih kepada 800th follower guaa!
Ku Azhar. Terima Kasih daun keladi! Jom terjah,

Jom join Made by Malaysians by Mat Luthfi.

Saturday, August 06, 2011


Salam semua~
hari ini dah 6 Ramadhan kan? sedar tak sedar, dah nak seminggu kita berpuasa. sekejap jeh rasa.

tengok title tuh tahu kan, aku nak cakap pasal apa? Mat Luthfi of courseeeee. peminat setia ni. 
kali ini, video dia bertajuk, Made by Malaysians. as you all know, tahun ni 'lil bit special di mana, kita akan sambut raya dan merdeka pada hari yang sama. cool kan? unik sekali. dalam video ni, si Mat ni mengajak kita buat satu video respons tentang Malaysia. yeahhh!

dalam video tuh, korang kena cakap,

i'm a . . . (your race). my race teaches me to (whatever good values pertaining to human relationship)

and do the same for your religion.

and then, dia akan compile-kan semua koleksi video ini dan letak dalam video dia yang seterusnya. 
paham?

interesting kan? any one can join. as long you're Malaysians.

any questions, 3Kupang Media.


rasa nak join. tapi ai segan. acaner ni? ada sesiapa nak berduet dengan aku. umie, jomm join! 
*wink*

Dapat duit dengan goyang kaki jeh? WTFish?

Friday, August 05, 2011



wow, tawaran yang sungguh menarik!
money, money moneyy come to mama.
ppffftttt!

Salam semua~
haaa, satu soalan nak tanya korang semua. pernah ditag dengan gambar duit yang sangat banyak?
alaahh, selalu ada model pegang duit banyak-banyak, buat macam kipas lah. apa lah. tak tahu jugak?
macam ni haaaaa,



apa korang rasa? annoying tak? ke ada yang terasa nak buat duit macam tuh jugak. benda ni REAL keh?
infinnity downline lah, login fb dapat duit lah, affiliate*ralat* lah.
macam MLM, tapi, dalam versi internet.

MLM atau Multi Level Marketing ataupun bahasa senang nak bagi korang paham, Skim Cepat Kaya. dulu pernah kecoh kan pasal skim cepat kaya ni? ramaiii gilaaa orang terkena. aku masa ni, kecik lagi. paham sikit-sikit jeh. pheww, nasib baik parents aku tak terjebak. kalau tak, aku tak berada kat sini sekarang. 

sebagai contoh, korang labur duit contoh dalam RM100. cari orang untuk jadi downline, duit korang akan bertambah, macam korang dapat komisen lah kalau dapat cari orang. mula-mula memang bertambah duit, tapi, lama-lama duit korang akan berkurang dan berkurang. tup tup, korang kena TIPU. cuba bayangkan perasaan korang bila duit korang akan LESAP sekelip mata? semua duit kecemasan atau simpanan semua telah dilabur. sakit tak? perit tak? 

aku anak tunggal. so, mak aku dah awal-awal pesan, jangan melabur kat mana-mana selain Amanah Saham Berhad atau Tabung Haji. kalau kena tipu, siapa nak tolong aku kan? adik beradik dah lah tak ada. nak harapkan sepupu sepapat nak tolong, aku tak boleh jamin pasal tu. so, memang kena beringat sekarang. 

sooo, aku nak ingatkan korang semua, PEHLISHHHHHH, janganlah join benda alah ni. kekadang kat blog pun, ada. even ada testimonial. jangan percaya semua tuh. korang akan capai kepuasan yang maksima kalau korang dapat duit dengan titik peluh sendiri kan? 

ralat: affiliate ialah satu program dimana kita mempromosikan produk orang lain dan kita akan mendapat komisyen sekiranya produk itu dibeli. boleh kah digunakan untuk mencari duit lebih? dia macam nuffnang jugak kot. kalau kita dapat jual satu barang tu, kita akan dapat komisen.


what do you say about this?
correct me if I'm wrong.

Perasaan yang paling tak digemari bila duduk kat rumah atau kolej.

Thursday, August 04, 2011

Salam semua~


Puasa macam mana? okay tak setakat ini? kalau okay, Alhamdullilah. 
Sedar tak sedar, dah 3 bulan aku menternak lemak dengan jayanya kat rumah. jangan main-main. macam-macam lemak ada. semua ado. haha. dan tinggal satu bulan jeh lagi nak menternak lemak dekat rumah. lepas raya ni, terus balik UMP. yeahhh. eh, asal aku tetibe suka?

okay. pernah tak korang rasa situasi macam ni.

masa kat universiti, kolej dsb, korang rasa nak balik rumah jeh.
masa kat rumah pulak, korang rasa nak balik universiti, kolej dsb secepat mungkin.


mungkin ada antara korang yang pernah rasa macam ni, ada yang tidak. tapi, ini lah yang terjadi dengan aku. bila kat UMP, rasa nak balik rumah jehhh. perasaan jeh. hakikatnya, aku tak balik pun. jauh kot. perasaan nak balik rumah ni makin menjadi-jadi bila time nak exam or assignment and tests datang berduyun-duyun tanpa belas kasihan. masa ni, rasa nak jerit jeh. bila dah fed-up dengan study, mulalah cakap dengan kawan,
'wei, aku nak kahwin wei. stress doe macam ni.'
'aku pongggg!'
and start lah angan-angan yang tak sudah. HAHA.

bila kat rumah pulak, masa bulan yang pertama. 
'Perghh, best gilaaaa duduk rumah. boleh golek sana, golek sini, tak payah fikir pasal study dahh'.
Masuk bulan kedua, boleh tahan lagi. bila nak masuk bulan ketiga, rasa kebosanan yang amat sangat. kerja pun, jadi cikgu jeh. itu pun, nasib baik ada akitiviti. kalau tak, mati kutu duduk kat rumah. time ni, mulalah, 
'Ishh, bila nak balik UMP ni. rindu dekat sizzling, nasi air, jus buah kat sana. rindu kekawan tak payah cerita lah. huwaaa. nak balik UMP'

this is what happens to me during this holidays. ternak lemak jeh cuti ni. dah siap berjanji dengan Intan, nak sesama kurus bila masuk UMP nanti. *konon-nya*

ahh, tak sukaaannyaaaaa. grrrrr


kannn?

Cara sesetengah orang gosok gigi.

Wednesday, August 03, 2011


Salam semua~
jom tengok sesetengah orang gosok gigi. eh, please. no offense. this is only a joke.

Mereka yang Kaya.

image

Mereka yang Miskin or Kurang Berkemampuan

image

Mereka yang SENGAL!

image

sekian.

#1 Puasa - Kesian Mama Saya

Monday, August 01, 2011



Salam semua~
hai semua. apa macam puasa korang hari ini? banyak dugaan tak? ke macam tak ada pape jeh.
bagi aku, hari ini quite dugaan lah.

tapi, hari ini aku rasa dugaan lebih kepada mak aku. aku dapat rasakan betapa penatnya mak aku hari ini.

okay. pagi tadi, dalam pukul 7 lebih kena hantar ayah aku pergi kerja. and then, balik rumah semula jemput aku nak pergi tadarus kat masjid. mulanya, tadarus makan masa selama dua jam. tapi, tadi berlarutan sampai 3 jam. dari pukul 8 pagi sampai 11 pagi. phewww. penat kot even duduk sahaja sambil dengar orang bace. kalau ada acik yang tergagap-gagap nak bace, lagi ngantuk aku jadinya. *al-kisahnya, suami acik tuh tak bagi dia pakai cermin mata. susahlah acik tuh nak bace. tak nampak. kesian gak aku tengok. bukan tak boleh baca pun. suara dia sedap. tapi, disebabkan tak nampak. tu jeh.*

dalam pukul 9, mata aku dah berair-air dah. ngantuk yang amat. yang mak aku pulak, dia tak boleh tidur malam semalam. dan effect dia pagi ni lah. penat kot. kesian aku tengok. lepas dah pergi ngaji, pergi pulak ke pasar. nak beli bahan untuk masak. sampai rumah dalam pukul 12, masing-masing terus serbu katil. eh, itu aku. mak aku kena wajib layan princess hours dulu. baru tidur. -.-'


dalam pukul 4, mak aku bangun, nak memasak lah apa lagi. dah siap masak yang berat-berat, mak aku pergi keluar. pergi jemput ayah aku kat opis. alang-alang tuh, pergi bazar ramadhan jap. then, baru balik rumah.
sampai rumah aku tengok, mak aku dah nak tumbang dah. bagi dia rehat jap. then, aku pergi goreng sayur. simple-simple boleh ar aku buat. lepas dah prepare, masa untuk berbukaaa!

lepas berbuka dan solat, mak aku tidur. kesian mak aku. esok kami akan ke masjid tumpang kereta orang. tak sanggup nak ulang balik benda yang sama lagi sebulan. kalau parents aku bagi aku bawak kereta, dah lama aku bawak. wuwuwuwuw. kereta myVi, cepatlah keluar. susah tahu tak?

aku lega sebenarnya even bulan puasa aku kena berkerja keras kat rumah. sebab apa? sebab kalau aku ada, at least aku boleh tolong mak aku, sediakan makanan, basuh pinggan, masak-masak. kalau aku tak ada, mak aku lah kena prepare semua tuh. ayah aku pulak basuh pinggan. mak aku dah lah tak sihat. wuwuwuwuwu.
penat tapi, bersyukur. 
^_____^

sayang Mama dan Ayah ketat-ketat.

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook