10 mitos tentang rambut yang perlu korang tahu! (Part 1)

Sunday, July 17, 2011


Salam semua~
tengah makan aiskrim ni. lapar wei. makan sambil update. okay lah tu. kasi tenaga sikit.
baiklah. hari ini aku nak share dengan korang,
10 mitos tentang penjagaan rambut.


Mitos #1
Mengikat rambut boleh menyebabkan rambut akan jadi panjang dengan cepat.
- Pertumbuhan rambut jarang disebabkan oleh faktor luaran. Rambut akan tumbuh kira-kira setengan inci setiap bulan, tetapi, diet dan cara hidup boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut. Rambut korang mungkin nampak seperti tumbuh lebih panjang apabila mengikatnya secara ponytail sebab korang kurang sedar tentang kepanjangannya.  Sama juga kalau korang sematkan rambut korang ke atas-

Mitos #2
Penggunaan produk rambut yang berlebihan boleh menaikkan kadar pengguguran rambut.
- Menggunakan mousee, gel dan serum boleh digunakan. Ia boleh menyebabkan rambut korang kelihatan kering dan kusam. Tetapi, tidak menyebabkan keguguran rambut.  Korang boleh membaiki rambut korang yang kering dan kusam dengan menggunakan clarifying shampoo dan hair moisturising treatment-


Mitos #3
Tidur dengan rambut yang basah boleh menyebabkan kulit kepala ditumbuhi fungi.
- Tidur dengan rambut basah tidak akan mengakibatkan jangkitan atau penyakit fungi. Ini hanya boleh terjadi kalau terkena sumber jangkitan. Walaubagaimanapun, tidur dengan rambut basah boleh menyebabkan rambut mudah pecah, sebab rambut adalah dalam keadaan paling lemah dan rapuh dalam keadaan basah-

Mitos #4
Vitamin boleh membantu rambut tumbuh dengan penuh dan lebat.
- Selalunya, kelebatan rambut disebabkan oleh genetik. Vitamin tak memainkan peranan sangat dalam menaikkan jumlah rambut ataupun ketebalan setiap rambut. Tetapi, tak ada lah keburukannya kalau korang nak ambil vitamin untuk menyihatkan rambut korang!-



Mitos #5
Kelemumur disebabkan oleh kulit kepala kering.
- Kelemumur sebenarnya disebabkan oleh pengeluaran minyak yang berlebihan, shampoo yang kasar, dan perlebihan peluh. Sesetengah dari korang mengelak dari membasuh rambut sebab shampoo akan menyebabkan kulit kepala kering dan akan mengaktifkan lebih banyak kelemumur. Sebaliknya, korang kena basuh rambut korang selalu supaya kulit kepala korang bersih-

You Might Also Like

11 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. mak aku cakap kalau nak rambut panjang cepat, berak banyak2. cmne tu?

    ReplyDelete
  2. @ARC™aku xpasti ttng tuh. oo, rambut ko panjang sbb ko berak bebanyak ekh? HAHA

    ReplyDelete
  3. rambut aku ala ala korea je??
    pakai lah minak pape pun..
    sentiasa pacak..hahahaha =p
    ehh..mcm gitu ehhh..entry tuk
    pempuan ni,hehe

    ReplyDelete
  4. owh....
    tq 4 sharing
    baru tau kelemumur sebab apa
    :-)

    ReplyDelete
  5. hehehe..rmbut biel cpt pnjg dlm lebat!!owg kata sbb kcik2 dlu lumur ngan myk zaitun..

    ReplyDelete
  6. dulu elie rajin gak basuh rambut dgn santan, tapi sekarang da malas..so shampoo macam bese je.. :p

    ReplyDelete
  7. hahaha lawak baca komen arc13. tu dh mitos ke-11 dh.

    ReplyDelete
  8. ooo mcm tue...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  9. ikat rambut.. hmm menarik!!! hehe tgh cuti2 ni leh la bela rmbut pnjang2..hehe :D

    ReplyDelete
  10. syaz..kalau sematkan rambut keatas org ckp rmbt cpt gugur.betul ke?.

    ReplyDelete
  11. @ecadwinkyasha rasanya tak kot. xpenah dgarr punnnn. hehe

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook