Salam semua~
Wahh, macam tak percaya esok dah PUASA!
rasa sekejap jeh kan. alih-alih, dah jumpa puasa balik kan?
yang best tahun ni, aku berpeluang nak puasa sebulan kat rumah.
wow, heavennnn sungguh! dah dua tahun, aku berpuasa kat kolej dan universiti.
tahun ni jeh kot, dapat puasa sebulan kat rumah.
puasa ni, aku nak banyakkan ibadah aku. cuba nak pertingkatkan agar puasa aku tahun ini tak sia-sia.
mana tahu, puasa tahun ini mungkin yang terakhir. ajal dan kiamat, kita mana tahu kan bila datang. dua benda inilah yang paling aku takuti sekali. tanda-tanda kiamat makin banyak sekarang. takutnya. wallahualam.
puasa ini jugak, aku cuba nak mencari malam lailatul qadar. tahun lepas, aku tak berpeluang nak puasa dengan khusyuk. jadi, lailatul qadar pun terlepasss. jadi, aim aku tahun ni, nak cuba dapatkan. banyak betul dosa aku. hailaaaaaa. astagfirullah. >.<
eh, untuk raya ni insya-Allah, aku akan buat kuih raya bersama mama tercinta. dulu, asyik beli kuih tunjuk jeh. sekarang bila mama dah pencen, boleh lah buat kuih sesama.
macam-macam kuih nak buat ni. tak sesabau.
eh, malam ni jangan lupa solat terawikh ek. kalau tak boleh buat kat masjid or surau, kat rumah pun bolehhh.
niat jangan lupe sekali!
teringat masa puasa dulu, masa nak baca niat puasa, boleh pulak terbace niat mandi wajib. cakap kuat-kuat lak tu.
baguss lahh tuh. -.-'
puasa ni kena tahan nafsu, jaga pandangan, jaga anggota badan dan juga jaga hati.
semoga puasa tahun ini berkualiti.
Aminn...