karenah budak-budak memang comel!
Assalamualaikum~
Salam Jumaat semua. apa khabar? dah lama tak tanya khabar korang kannn? harini hari jumaat, so, kena baik-baik sikit. haha. jadi, hari ni, aku na story mory kat korang tentang pengalaman aku mengajar jadi cikgu. hurmm. dah 3 hari aku mengajar. 3 hari jeh baru. tapi, memang bestttt! for the first time, aku balik rumah, tak tensyen-tensyen. kalau kerja tempat lama, bila balik rumah, muncung aku sedepa. kehkehkeh.
yang buat aku tak tahan gelak, aku masih ingat soalan yang dorang tanya.
mereka: kak, akak dah ada ehem-ehem tak?aku: haa? ehem-ehem? apa benda tuh? *dalam hati dah dapat agak dorang nak tanya apa*mereka: alahh. yang tu lahh.aku: yang apa?mereka: alahh, boy lah kak.aku: haha. rasa-rasa?mereka: entahhh. lalalala~aku: *mengangguk perlahan-lahan*mereka: boy akak hensem takk?aku: takk. dia boolaaattt. haha.mereka: HAHAHAHA.aku: haaa, cepat siapkan kerja tuh. nanti nak balik. kang tak sempat nak siapkan pulak.mereka: okayy2. *masing-masing terus buat kerja*
tu lah antara perangai dorang. nasib aku baik sebab aku ni jenis suka budak-budak. aku anak tunggal. so, aku selesa dengan perangai dorang. ada yang pendiam, banyak cakap, tunjuk pandai pun ada. haha.
lagi satu, time tuisyen ni, aku kena memerah otak mengingat balik subjek-subjek yang aku belajar dulu. aku prefer ajar budak sekolah rendah. senang-senang. haha. kalau menengah, susah sikit kot. aku punya result dulu pun cukup-cukup makan jeh. so, i leave it to the expert. nasib baik aku boleh mengingat balik. yang buat kepala aku pening, tak sempat aku nak selesaikan masalah maths ni, ada budak tanya camner nak tanya soalan sains. haha. tapi, boleh lahh. not so bad. im happy with it even gaji nya sikit. ^^
itu sahaja.
#kbai
8 DOA SCHA MURAH REZEKI
comel , comel ..
ReplyDeleteakak ade ehem-ehem x??hahahha
dah jadi cikgu dia sekarang.. :)
ReplyDeletedulu keje ape SyAZ?.
ehem ehem....kekekekeke...
ReplyDeleteanak tunggal erh?? waaa ni mesti manje niii
@ツ mIsS NaDEa ツ haha. akak malu taww!
ReplyDelete@Umie Nadhirah dulu kerja kerani kat tuisyen center. tensyenn!
ReplyDelete@AesyaZealous taklah manja sangat. bese2 jehh.
ReplyDeletebagus lah mcm tu.hihihihi
ReplyDeletedpt jugak bg otak exercise^^
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)