korang dah tempah baju raya belum?

Thursday, June 30, 2011


Salam~
hai semua. aku tengah demam ni. berjangkit dari ayah aku. masing-masing pergi bantai makan banana split.
ayah aku dah demam and selesema, aku pulak pergi share makan aiskrim tuh dengan dia. padan muka. haha.
ohh yer. weekend ni, aku akan holiday kat kl. sampai hari isnin. buat apa kat kl? apa lagi, shoppingg lahhh!

eh, korang dah tempah baju raya? aku dah tempah dahh. *ada nada riak kat situ yer*
raya dah nak dekat ni. lagi dua bulan. cepat-cepat pergi tempah, takut tak sempat pulak nak pergi tempah.

hari tuh, parents aku pergi ke Masjid Tanah. nak beli kain buat baju raya. tapi, malangnya aku tak dapat nak ikut sebab perlu mengajar petang tu. aku sangat percaya akan mak aku kalau suruh beli kain raya. dia sangat paham kehendak aku macam mana. oh well, im very satisfied apa yang di bawa balik hari tuh. ^^


ada 3 kain. orange yang macam ada corak lemon. yang warna ungu tuh sepasang. yang corak buat baju, kain kosong buat kain. buat baju kurung pahang.

hacchuummm. eh, sori. terbersin pulakk. tu tanda-tanda aku dah nak habis menaip. simple entry jeh pun.
kehkehkeh. ;)

dah tempah baju raya?

#kbai


Tips nak Lajukan Speed Berukband korang yang dah habis limit!

Tuesday, June 28, 2011


Salam~
buat pengguna berukband Celcom, Maxis or DiGi mesti sakit hati kan bila broadband a.k.a berukband dah nak habis limit.  lebih-lebih lagi bila blogger yang aktif macam aku. dah tersangkut-sangkut nak pergi blog-walking or update belog. time tu, mulalah nak menyumpah-nyumpah bagai kann? same goes to me. ^^

ohh yaaa. hari ini nak share kat korang tips macammana nak lajukan speed berukband. okaylah. menjadi lah jugak. kalau korang ikut steps dia betul-betul. tak susah sangat mana pun.


tengok. dah lebih limit kann? 5.82 GB. tensen jeh bila dia slow. urgghh.

jangan risau, aku ada caranya nak bagi laju.

1) Pastikan internet dah connect. Tekan "start" dan tulis "cmd" dalam kotak search itu dan tekan enter. ini untuk windows vista atau 7. kalau xp, tekan "start", "run" dan taip "cmd" dalam kotak, dan tekan "ok".


2) Kemudian akan keluar command prompt macam kat bawah ni. Tulis "ipconfig/all" dan tekan enter.


3) Bila dah tekan enter, akan keluar semua internet connection korang. nama modem korang. melalui ini, cuba cari ip address korang. 


nampak tak petak merah tu? ada tiga address taw. korang cuba satu-satu.
sama ada ip address, subnet mask atau default gateaway.
selalu yang menjadi, ip address lah. ip address ini selalu tukar-tukar taw. make sure, check betul-betul.

4) then, tulis nombor-nombor tu kat kertas. senang sikit nanti.
okay. now tulis "ping [no address korang] -t" contoh, "ping 10.183.44.144 -t". Tak paham tengok gambar bawah. 


nampak tak kotak merah tu? masukkan  "ping 10.183.44.144 -t" dan tekan enter. 
kalau berjaya, korang akan dapat balasan macam kat atas tu. ada reply from bla bla bla. kalau tak keluar macam tu, means tak berjaya. 

5) Biarkan benda ini berjalan selama korang online. kalau dah tak nak online. klik pangkah sahaja okayy?
lepas ini, boleh lah nak berblog-walking dan update blog dengan bestnya. nak upload gambar bebanyak pun tak apa. buktinya, macam sekarang. masih lancar tweetdeck aku. ^^

kalau lembap sangat, disconnect connection. then, connect balik, then, cuba buat balik steps yang kat atas tuh.

kalau korang tak paham apa yang aku tulis, korang refer ke blog dia okayy!

benda ini tak ada lah selaju yang korang harapkan. cukuplah hanya laju sikit jeh. ini untuk stabilkan connection sahaja. tak ada lah korang nak memaki hamun berukband yang super duper lembap bila dah limit tuh. ini sharing okayy!

#kbai

kalau besar tu, er... er...errrrr....

Monday, June 27, 2011



Assalamulaikum~
hai korangg! hari ini aku nak berceloteh sikit tentang mereka yang berbadan besar. ehh, wait wait. bukan nak kutuk, sebab aku pun dalam kategori badan besar gak, cuma, nak bagi pendapat sikit. sikit jehh. tak banyak.


okay. aku sebenarnya kan tak gemar mereka-mereka yang besar ni memakai baju yang ketat-ketat sampai menampakkan lemak-lemak yang macam tayar kat badan. seriusly. aku sendiri pun tak gemar pakai ketat-ketat ni. sesak nafas, dan asik-asik nak betulkan baju supaya tak nampak lemak-lemak yang bergelen-gelen tuh. *berapa banyak punya kata ganda lahhh*

korang bayangkan okay. ada sorang kawan kepada sepupu aku yang baru kahwin bulan lepas berbadan besar.
okaylah. kulitnya cantik, putih dan ada anak sorang. tapi kann.. yang sedihnya, tang pakaian nya pada hari itu.
mula-mula aku tak perasan, bila sepupu aku tegur aku pasal pakaian dia, terus aku terkedu. tak berkelip-kelip pandang. kenapa aku buat reaksi macam itu?

sebab, pakaiannya. yang penting, dia pakai tudung. then, dia pakai jubah, tapi, jenis jubah yang bergetah. yang nampak lekap betul kat badan. tang atas tuh terserlah lah payu dara nya tuh even bertudung. tang bawah pulakk. haishh. bila pusing belakang, nampak alur seluar dalamnya tuhhh. aku sebagai perempuan, maluuu gila. padahal aku rasa dia tak rasa apa-apa. sedar atau tidak, aku tak pasti. kalau lelaki pandang tak kelip-kelip macamana? siapa yang berdosa sekarang? 
ayah aku pun komen pasal baju dia. ayah aku tanya, 'Suami dia tak tegur keh isteri dia pakai macam tuh?' 
aku jawab. 'Entahlah yahh.'
tengokk. peranan si suami amat penting yer kekawan. sangat penting. supaya tak jadi bahan umpatan or fitnah.

dan paling latest. artis berbadan besar, Enot. masa tengok iklan teaser untuk Salih Yaacob The Show. ini lagi lahh.. dengan rambut merahnya. skirtnya. nampak lemak-lemak ooi. jadi segan lak aku. eh, asal aku pulak yang nak segan? entahh. sebab sama-sama berbadan besar kot. aku pulak yang terasa.


aku manusia biasa. tak pernah sempurna. pasti buat kesilapan. entry aku ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. tapi, ini melalui dari sudut pandangan aku sendiri. mungkin dia tak sedar sekarang, mana tahu akan datang kann? Enot tuh maybe sebab dia artis. perlulah kelihatan vogue sentiasa kannn? self-confidence mereka yang berbadan besar dan vogue sangatlah tinggi. kalau tak tinggi keyakinan, ingat dorang mampu ke pakai se-daringgg ituu? macam aku. tak ada keyakinan tinggi lagi. so, tak berani dan tak mampu.

nak rendah sangat keyakinan tuh, tak elok sangat. tinggi sangat pun tak elok. so, sedang-sedang okay lah kann? tengok kemampuan diri. tengok kelebihan diri. itu kan lebih baik?
*wink-wink*

#kbai



[Review Blog] : As the Flowers Bloom dan Mocik Meaw

Sunday, June 26, 2011


Salam~
hai semua. hari ini aku nak buat blog review. tak pernah nak buat blog review kan? saje jehh. menghargai kawan-kawan blog.

okayy. mari pergi ke blog yang pertama.
Pertama sekali, aku interested betul dengan blog ni sebab banyak isi-isi tentang Islam yang sangat menyentuh jiwa. 
Gaya penceritaannya pun ala-ala life journal. hurmm. cuma kalau nak bace blog dia, kena baca banyak kali sebab english dia superb. kalau diikutkan banyak tazkirah Islam didalamnya dan buat kita sedar akan keagungan maha Pencipta dan Rasulnya. 
template dia pun comel jehh. menggunakan tema FLOWERS. so, korang boleh agaklah, blog dia penuh dengan bunga-bunga yang cantik dan comel. tulisannya pun penuh warna-warni dan ceria. 



gambar-gambar yang dipost, sangat comel. banyak gambar doll yang buat aku geram.
nak jeh curik. kehkehkeh.

yang kedua pula, ialah.
haa. ini pulak penghargaan untuk cik Meow sebab jadi followers aku yang ke-700.
*Alahh, 700 jeh kot. bukannya banyak punn*
ahh. tak kisah lahh. asalkan aku bahagia. terima kasih yer meow.
blog meow ni kebanyakkan aku tengok, banyak tentang fesyen. i must said, yang meow ada taste dalam berfesyen. tahu mix and match. selendang-selendang dia pun cantik-cantik.
baju-baju apatah lagi kann? gojes, gojes youu...




cantik kann? meow ni pun satu geng dengan aku.
Geng Blog Pink. yeahh. satu geng!
wee~

apa lagi? jom skodeng! banyak ilmu dan kawan korang boleh dapat!
^___^

#kbai

Aesya Zealous 2nd Giveaway!

Saturday, June 25, 2011


Salam~
hai semua. hari ini hari Sabtu kann? tak ada benda pun yang nak dibuat ni. petang karang nak pergi mengajar pulak. so harinie, tangan aku gatal nak masuk satu lagi Giveaway, GA yang dianjurkan oleh blogger pemes, cik Aesya Zealous. yeahh. semalam dia add aku. bangga tak? ^^
what? korang tak pernah pergi ke blog dia? oh demm. ruginya korangg. 
kalau korang nak gelak terbahak-bahak, or terkekek-kekek macam aku,
pergilah skodeng blog dia. sebab apa? blog dia sangat funny dan sangat dekat dengan kita.
plus, dia rajin lukis doodle. doodle dia comel! sekarang ni dah ramai blogger buat doodle. tapi, not for me. 
buruk benor kalau den lukis. baik lupakan okayy!
just leave it to the expert. eh, macam ayat entry semalam. -.-'

*click untuk ke entry GA*

okay. so, back to the main point. nak join GA. dengan harapan ada nasib untuk menang.
kalau menang, syukur Alhamdullilah. kalau idak, teman redho je lahh. ^^

Cik Aesya Zealous kita ni nak buat GA sempena anniversary blog dia  yang kedua dan birthday dia yang akan datang 30 july ni. ehh, sama bulan lah kita! syaz 22 July. beza 7 hari dan tahun jehh. ekekekeke.

okay. jom tengok hadiah yang menarikk!


tadaaa. hadiah untuk perempuann. dengar khabar, kalau da lebih 150 orang yang join, dia akan buat penambahan hadiah. wooo. This is best broo~

ini ada screenshot dari blog Aesya Zealous.




entry yang dua bawah ni best!



haha. kelakar gila kot. comel jeh mak dia. tak caya, pergi skodeng sana.
^___^

okayy. sekarang nak tag 3 orang gadis cun!

okayy. itu sahaja. sekian.
#kbai

karenah budak-budak memang comel!

Friday, June 24, 2011


Assalamualaikum~
Salam Jumaat semua. apa khabar? dah lama tak tanya khabar korang kannn? harini hari jumaat, so, kena baik-baik sikit. haha. jadi, hari ni, aku na story mory kat korang tentang pengalaman aku mengajar jadi cikgu. hurmm. dah 3 hari aku mengajar. 3 hari jeh baru. tapi, memang bestttt! for the first time, aku balik rumah, tak tensyen-tensyen. kalau kerja tempat lama, bila balik rumah, muncung aku sedepa. kehkehkeh.


yang buat aku tak tahan gelak, aku masih ingat soalan yang dorang tanya.


mereka: kak, akak dah ada ehem-ehem tak?
aku: haa? ehem-ehem? apa benda tuh? *dalam hati dah dapat agak dorang nak tanya apa*mereka: alahh. yang tu lahh.
aku: yang apa?mereka: alahh, boy lah kak.
aku: haha. rasa-rasa?mereka: entahhh. lalalala~
aku: *mengangguk perlahan-lahan*mereka: boy akak hensem takk?
aku: takk. dia boolaaattt. haha.mereka: HAHAHAHA.
aku: haaa, cepat siapkan kerja tuh. nanti nak balik. kang tak sempat nak siapkan pulak.mereka: okayy2. *masing-masing terus buat kerja*

tu lah antara perangai dorang. nasib aku baik sebab aku ni jenis suka budak-budak. aku anak tunggal. so, aku selesa dengan perangai dorang. ada yang pendiam, banyak cakap,  tunjuk pandai pun ada. haha.

lagi satu, time tuisyen ni, aku kena memerah otak mengingat balik subjek-subjek yang aku belajar dulu. aku prefer ajar budak sekolah rendah. senang-senang. haha. kalau menengah, susah sikit kot. aku punya result dulu pun cukup-cukup makan jeh. so, i leave it to the expert. nasib baik aku boleh mengingat balik. yang buat kepala aku pening, tak sempat aku nak selesaikan masalah maths ni, ada budak tanya camner nak tanya soalan sains. haha. tapi, boleh lahh. not so bad. im happy with it even gaji nya sikit. ^^


itu sahaja.

#kbai

Oldies time!

Thursday, June 23, 2011

Salam~

yer, ini entry ketiga untuk hari khamis. hebat tak? okay. shut up.
anyway, semalam kann, masa aku dan mak aku kemas barang, kami terjumpa gambar-gambar lama.
masa zaman aku kecik a.k.a zaman kurus dan zaman mak dan ayah aku masa zaman dulu-dulu.
ayah dan mak aku bersungguh-sungguh suruh masukkan dalam blog aku. katanya, nak tengok apa respons korang.
nak tengok tak? 
jommm...


masa ni, time mak aku berkerja. dalam 20-an. dia kata, time ni, dia pemes woo. ramai minat dia. ada orang kata muka dia macam Rafeah Buang sikit. tak tahu camner rupa Rafeah Buang? sila tanya pakcik Google.

next, time tunang. ada orang pulak kata muka dia macam orang Jipunn. 
errk, maybe sebab mekap tebal kot. 
lagi satu, time ni, elektrik putus jap. bayangkanlah betapa panasnya dalam bilik tu.
yang paling aku tak tahan, hantaran dia, nampak menyelerakan. 
sllrrrpppp..

haaa, ini pulak time mereka berkahwin. masa ni, bersanding belah ayah aku kat Kuala Pilah. I must say that, in this picture, my mom look gorgeous! Mekap, rambut, baju dia damnn lawa.
N & H, simbol for Nazri dan Haziah.
eh, hensem tak ayah aku? ^^

ini pulak, gambar masa ayah aku darjah 6. sebelum ayah aku balik dari kerja, aku try lah nak spot mana ayah aku. dan jawapan aku sememangnya betul. yang dalam bulatan, itu lah ayah aku. hehe.
ayah aku cerita, dia dulu juara lumba lari 100 meter. sampai masuk pertandingan majlis sukan negara. tapi, malangnya, ayah aku fail kat sana. ekekekeke.

siap punn. yeahh. lega den. haha.
ayah dan mak aku gojes kann?
anak nya apatah lagi.
KAHKAHKAH

#kbai

psst: aku nak pergi mengajar ni. tatatatta!

#1 Spontaneous Thursday

Thursday, June 23, 2011


Salam~

Lebih baik diam daripada menjawab. Aman kedua-dua pihak.
*selalu parents and children*

Apa itu Spontaneous Thursday?

Setiap hari Khamis, blogger akan post ayat ringkas di entry mereka.
lebih kurang macam #WordlessWednesday. cuma hari Khamis, kita akan post ayat.
paham? nak join?
^__^

#kbai

Bruno Mars Jokes.

Thursday, June 23, 2011



Bruno Mars: I wanna be a billionaire so freaking bad.

Girl: Yeah, me to... I need new clothes.

Bruno Mars: No you don't. Cuz girl ur amazing just the way you are.

Girl: Really? You're like the only one who thinks that. Will you marry me?

Bruno Mars: No, but I'll catch a grenade for ya.

Girl: Really? Even today?

*Girl gets hit by grenade*

Bruno Mars: Today I don't feel like doing anything.



*tak gelak siap!*

#kbai

Alhamdullilah. Menang GA dari Blog Yang Sangat Gelimat!

Wednesday, June 22, 2011


Salam~

aucakkk! hari ni, selepas selesai mengemas rumah untuk raya,
aku pun dengan gigihnya, online. check comment kat blog.
bila check, ada comment dari Farah, Blog Yang Sangat Gelimat.
mengatakan yang aku dah menang GA yang dia buat.
terus menari kesukaaan betul. ini serius. haha.

Good news! congrats ya! awk terpilih sebagai pemenang giveaway ni :)
kindly email me for further details!

tengok, tengok, mau aku tak menari kesukaan hati ku. gembira rasa hati.
ada dua GA yang aku masuk, Alhamdullilah, menang.
satu yang Mak Lagenda buat, satu lagi, Farah buat.
Syukur Alhamdullilah.

nak tengok hadiah yang akan aku dapat?



aku cadang nak bagi hadiah ni kat sepupu aku. Insya-Allah. ada dua orang budak kecik.
boleh lah bagi dorang.

anyway, terima kasih Farah, owner Blog Gelimat!

#kbai

Syazberry jadi cikgu? OMJ!

Sunday, June 19, 2011



Salam~
yaaa. ini entry kedua untuk hari ini.
saje. tangan gatal nak menaip.
lagipun aku nak berblog puas-puas sebab aku mungkin tak dapat peluang tuh lagi tak lama lagi.
sebab apa?
nanti lah aku cerita. tak saspen pulak nanti. ;)

well, harini, ayah aku telah memaksaku pergi bertanyakan jawatan cikgu kosong di tempat tuisyen.
ayah aku call cikgu tuh, then, cikgu tuh suruh aku pergi ke rumah dia.
aku dengan keadaan malas, pluss, segan pluss, rendah diri,
pergilah ke rumah dia. tak tahu lah nape. aku memang gugup sikit kot.
tangan dah sejuk. -.-'

sampai sana, borak-borak sekejap dengan cikgu tuh,
then, dapat lah kerja tuh.
cuma, gaji dia err, sikit jelah.
seratus lebih jeh dapat.
bagi aku, tak kesah punn. yang penting dapat isi masa aku.
tak sanggup dengar bebelan parents suruh cari aktiviti.
nak kerja jauh-jauh, transport pulak tak ada. kena cari yang dekat-dekat.
ni pun kira nasib jelah.

haaa. tadi jugak aku memulakan kerja aku sebagai cikgu. ecececehh. ayat tak boleh blah. skema.
tadi ajar budak tahun empat matematik. okaylah. at least aku ingat. nasib baik ada calculator.
HAHAHHAHAHA.
cikgu tuh suruh aku ajar sains form 5. tapi, siyes. aku tak pandai. kureng sikit bab tuh.
suruh jeh ada budak lain yang cemerlang ajar mereka.
rendah diri betul aku time tu.
-.-'

hurmm. jadual aku, selasa, khamis, sabtu dan ahad.
dua jam setiap sesi.
okaylah kan?
but, sabtu dan ahad depan aku pergi bercuti. sorie.
;)

terima kasih kawan!

#kbai


nah untuk korang!


Happy Ayah's Day !

Sunday, June 19, 2011



Salam~

selamat hari Ayah kepada Ayah tercinta!
Md Nazri bin Nasir.


terima kasih sebab
jaga adik
risaukan adik
bagi adik kasih dan sayang
bagi adik duit
ikut kehendak adik even ayah tak suka
larang adik buat benda-benda yang tak betul
marah adik sebab adik salah
sabar dengan kerenah adik
sabar dengan kedegilan adik
buat adik gelak dengan joke ayah 
jadi seorang pemerhati yang baik
dan segalanyaaaaa.


syukur Alhamdullilah, adik ada seorang ayah.
kepada kawan-kawan ku, yang tidak mempunyai ayah,
jangan bersedih, ayahmu sedang menjagamu dari atas.
sedekahkan Al-fatihah dan Yasiin bebanyak.
semoga ayahmu tenang di sana dengan doa anaknya.
Amin.


#kbai


Siapa Dani Shay?

Sunday, June 19, 2011


salam~

Justin Bieber dah ada pengganti wei!
yang peliknya, PEREMPUAN.
Justin Bieber female version.


OMJ.
sebijik boleh tak.
cara dia flip hair pun samaaaa. haha.

nak dengar jawapan dari lagu Baby?
meh dengar!
meremang bulu roma den.
^____^


#kbai

Stail ni dah lama lah bai!

Saturday, June 18, 2011


Semalam, dapat mesej dari 017-399****

dia : Hai.
aku: Sapa ni?
dia : Saya akmal, awak zana kan?
aku : Yerr.. mana awak dapat nombor ni? Siapa awak?
dia : Nombor awak memang dah lama simpan dalam hp saya. saya pun tak tahu camner nombor awak boleh ada dalam hp saya.
aku : oh.. yekehh? okay.
dia : awak tengah buat apa? boleh kenal tak?
aku : *no reply*
dia : awakk??

lepas tuh, dia misscall banyak kali, sampai dia senyap.


ishh. stail gini nak ngorat dah lama lah bai. ce stail baru lak. 
same excuses bila tanya mana dapat nombor.
dah banyak kali terkono. 
-.-'

LAMEEE!

#kbai

psst: siapa nak kenal dengan mamat ni, pm aku okay! ^^

Lagi Best, oh oh ohhh!!

Friday, June 17, 2011


Salam~

hai korang! sihat tak pada hari jumaat, penghulu segala hari?
semoga sihat-sihat hendak-Nya. kalau tak, tak dapatlah nak bace blog aku kann?
sedih nanti. hehe.
okayy. stop.
back to the main story.

mystical purple

sekarang, semua tengah kecoh pasal kereta baru keluaran Perodua kann?
alahh, yang MyVi tuh.
yess, termasuk lah aku ni. haha.
eksaited terlebih sikit kalau pasal benda-benda baru ni.

errr.. memandangkan ada rezeki lebih sikit Allah bagi, parents aku bercadang nak beli kereta ni.
aku tak jangka punnn. macam acah-acah je lah kan.
last-last, ayah aku pergi tempah.
nak eksaited sangat, sebenarnya tak boleh. takut lain jadinya.
eksaited tu baik simpan dalam hati jeh.
dah dapat baru boleh jerit.

eh, kereta ni bukan untuk aku punnnnnn.
tak boleh bawak UMP punn.
untuk kegunaan mak aku so, senang bergerak.
time cuti jelah, baru aku boleh merasa.
kehkehkeh.

jadi, semalam ialah hari pelancaran kereta Myvi yang baru ni.
ayah aku nampak kemain eksaited nak pergi usha.
haha. dah siap dulu, mengalahkan eden. HAHA.

jom usha gambar yang sempat aku ambil. ini pun, senyap-senyap jeh wei.
dua gambar jeh punnn!



malangnyaa, bahagian depan tak sempat nak capture.
demmmmm...

aku kena tunggu sampai bulan 9 baru boleh dapat.
sebab apa?
1.5 hanya akan dilancarkan selepas raya.
model yang sekarang ni, 1.3 sahaja.
ayah aku kata nak tunggu, sebab kereta 1.5 tuh nampak lebih sporty.
kepuasan membeli katanya.
agaknya selepas balik UMP, baru boleh dapat kereta ni.
huwaaa, lama lagi nak merasaaaa!

T_______T

#kbai

eh, jappp!


Terima kasih Nuffnang, U-Mobile dan Paper Mate.
saranghaeyoo!

okay. baru betul-betul #kbai

Oh Bulann..... Eh, gerhana bulan lahh!

Thursday, June 16, 2011


haaaa, semalam kann, aku nak tengok gerhana bulan penuh.
tapi kan, parents aku dah kunci pintu. 
nak bukak pintu, nak pergi tengok, takuttttt.
sunyi sepi.
kot-kot ada mata lain yang memandangkann.
plus, celcom broadband pulak tak boleh connect, sakit jiwa betul.
then, aku pun zzzzzzz......
nak buek camno kan?

tadi, aku berblog-walking ke blog Asada Ryutaro, budak Malaysia.
dia pun frust tak dapat tengok bulan penuh.
samalah kita Asada.

jom tengok gambar gerhana bulan yang aku cilok dari blog Asada.








cantik kannn? sesiapa yang terlepas tuh, boleh tengok lagi akhir tahun ni kalau tak silap.
yang pasti, kejadian ni memang terjadi 2 kali setahun.
paper yang bagitahu aku.
hehehhhehe.

#kbai

Kerana Irine Nadia Marcello

Wednesday, June 15, 2011


Kerana Irine Nadia Marcello, traffik blog aku gila naikk!
siyess. tak tipu. 
ni semua gara-gara dia bertunang Ahad lepas.
ada dalam ENTRY ni.
2,348 viewsssss?


dari Nuffnang pulak.

ada lagi satu, sempat aku capture dari Live Traffic.


tengokk! penuh gilaaa!
sampai sekarang pun korang boleh tengok ada lagi yang datang sebab Irine bertunang.

fuhh, bertuah betul jadi pemes ni. aku pun tak sangka sampai boleh jadi macam ni.

terima kasih Irine!

eh, aku bukan gila traffic! dan aku tak guna si Irine untuk jadi pemes.
thats not me.

#kbai


Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook