kita dah cukup prihatin keh?

Tuesday, January 25, 2011

HELLO. lama tak menaip ditanah aku nie. kesibukan bertambah-tambah plus kemalasan. grrr. soo, harinie aku nak update tentang apa yang berlaku semalam. patutnya semalam lagi aku update, but, M to the A L A S. kah3. giler kejam. sampai kawan aku marah nape aku tak update. yelahh2. aku update lah nie. visitor kat blog aku pun turun sebab jarang update. satu tips, kalau nak traffik naik, update lah selalu. tengok macam abang BenAshaari kita. Tetiap masa kot update. ade jeh topik dia kan? hehe. okay STOP. berbalik kepada cerita semalam. wee~



korang pernah dengar Kempen Kami Prihatin, APAKAH DOSAKU? 
aku rasa pelajar universiti tahu. sebab kempen nie giat dijalankan di seluruh IPTA. kempen ini dijalankan bagi membanteras kes-kes pembuangan bayi dan penderaan bayi. korang pun tahu kan, kes nie makin menjadi-jadi lately. makin TERUK. remaja sekarang sudah makin berani tanpa takut akan dosa dan pahala. dah buat dosa, lagi nak bunuh bayi tuh. lagi bertambah-tambah dosa tahu tak. ish3. aku tengok gambar pameran Kami Prihatin kat UMP, perghh. tak sanggup aku nak tengok. memang real punyer gambar. kasi detail gambar bayi yang kena tinggal, bunuh, BAKAR. sadis wei. aku berdoa agar aku dijauhkan dari semua nie. AMIN.


huishhh. tak sanggup aku nak tengok lelama.

kat pameran kempen tu jugak, ada booth dari sekolah pendidikan khas Kuantan. Ada pelajar yang pekak dan bisu, dan buta. terharu aku tengok macam mana berusaha kerasnya mereka belajar. berbeza dari kita yang celik nie. kena banyak peringkat dan cikgu-cikgu perlukan kesabaran yang maksima. kalau tak ade kesabaran, berhenti jelah dari jadi cikgu. tengok adik-adik yang berusia 9 tahun, menaip tulisan braille yang bagi aku sangat susah nak belajar. dari enam titik, boleh dibentuk menjadi huruf A-Z, 123 dan ayat Al-Quran.  hebat tak? dia kena rasa tulisan tuh. Aku tengok Al-Quran Braille, susah nak bace. kalah coding. kena rasa dan kena hafal. syukur Alhamdullilah, aku celik. 

 kanak-kanak menaip braille

Al-Quran versi Braille


ade jugak yang pekak dan bisu. kat sini, ade yang boleh ajar kita bahasa isyarat. sumpah comel dak nie. HAHA. jom layan video.


Majlis perasmian dilangsungkan di UMP, dirasmikan oleh Datin Paduka Rosmah Mansur, Isteri Perdana Menteri. Datuk Seri Shahrizat Jalil, Fernandie Fernandez juga turut hadir. Kempen ini dijayakan bersama dengan LKKP(Pembangunan wanita) , Karyawan, Astro dan Utusan Melayu. 

Aku suka dengar Sharizat Jalil beri ucapan. dengan eksperiasi muka dan gaya dia. memang aku salute lah. penuh dengan ciri kepimpinan. Rosmah pun okay lah gak. Tak adalah ngantuk sangat aku semalam.

 Datuk Seri Shahrizat Jalil

Datin Paduka Rosmah Mansur

yang paling best, Papa Rock Ramli Sarip ade! dah dua kali dia datang UMP sebab event nie. dia nyanyilah lagu-lagi TOP dye. time nie dia nyanyi lagu Kekasih dan Teratai. bila datang part korus, kami bernyanyi ramai-ramai. meriah kot. HAHA.


before nie ada gak Ramli Sarip datang untuk Majlis Puisi Riong. masa nie Fynn Jamal, Imam Muda Asyraf datang mendendangkan puisi. dua minggu lepas kalau tak silap aku. 

sooo, kempen Kami Prihatin, Apakah Dosaku akan berjalan sepanjang 2011 dengan dikendalikan oleh MPP UMP dengan kerjasama IPTA yang terlibat. sama-samalah kita terlibat dalam menjayakan kempen ini. kempen ini diharap agar dapat menyematkan keinsafan dalam diri pelajar universiti khususnya supaya tak melakukan aktiviti yang tidak bermoral ini. Amin. 

okay. ayat skema. wee~


psst: kualiti gambar kureng. niat nak beli DSLR terpaksa ditangguh-tangguh.
pssttttt; Kawan, tak insaf lagi? peringatan untuk diri sendiri gak!
Peace yawwww! ;)

You Might Also Like

3 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. bagus kan ada kempen macamni?
    maknanya boleh buat manusia2 iktibar tentang nasib bayi yg dibuang.
    mcm2 kejadian skrg ni. semua tergantung ats kita. plih yg baik baiklah jdnya, plih yg burok. terikut buroklah jdnya.

    ReplyDelete
  2. saya prihatin kot.
    tak pernah mengandungkan anak org lagi;p

    ReplyDelete
  3. bagusnye ade kempen mcm ni... bg masyarakat sedar tentang isu2 yg bnyk belaku kat malaysia.. lgi2 isu buang bayi...

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook