gua senang kena buli keh?

Sunday, January 30, 2011

huwaaaa. gua tacink dengan kawan gua. tak abes-abes kena buli. kalau tak buli gua sehari tak sah hidup gamaknyaaa. makan hati berulam jantung doee. ish3. nasib gua lah dapat kawan macam lu kan harry.

tahu lah gua comel, tak yah lah buli gua. sakat gua. dengan orang lain lu tak sakat pulak. asyik gua jeh yang kena. geram tahu tak. nak lu jeh menang kan kan kan? sepak bertalu-talu kang.

dak harry nie gua sumpah, kalau gua jumpe lu, gua belasah lu habes-habesan. lu tengok lah nanti. jangan terkejut kalau tetiba ade orang baling lu dengan kasut. grrr

harry ade sorang kawan. faiz namanya. faiz nie kekadang back-up gua. kekadang back-up si harry tuh. bila dua-dua bersatu, habeslah gua. tak dapat nak lawan. ade jek idea jahat dorang. its not fair dude. bawak kroni. demyu guysss.





seeeee. sapa tak saket hati?
panggil gua makesah lah. syazberry jadi syazberak lahh. 
bengong.
part tuh, gua tak nak printscreen.
menyakitkan hati jek.

grrrrr

jom like page syaz!

Sunday, January 30, 2011

holaaa. yeahhh. harini gua nak suruh siapa-siapa yang datang blog gua supaya me-LIKE page muka buku gua. gua tak kira. ini adalah arahan berkuat-kuasa sesiapa yang datang blog gua. keh3.

okay fine. gua tak paksa. suka suki korang lah nak like page gua ke idak. 

kalau korang nak SPAM link blog korang pun boleh gak. kalau ramai yang like, boleh gua berkenal-kenal sambil beramas beramah mesra dengan korang. HAHA.

okay. sila lah LIKE. gua tengah bosan nie. so, terciptalah page ni. kawan kat muka buku semua gua terjah then letak link page gua suh LIKE. bukan paksa taw! ;)

sesiapa yang stop by blog picisan ni, sila lah LIKE yer.

terima kasih daun keladi. peace yaww!



yer. aku tak balik!

Friday, January 28, 2011

di saat nie, aku menaip keseorangan sambil ditemani music player yang hanya sekadar memecah kesunyian malam. kedengaran lagu Jason Derulo, Love Hangover. yang cukup membuatkan aku bersemangat sambil buat head-banging. erkkk??

ececehhh. amacam ayat intro aku? kasi prologue sikit.

bukan apa. nie haaaa, aku duduk sorang-sorang dalam bilik. rumate aku dah balek rumah sebab cuti sem plus raya cina. awal-awal pagi lagi dia dah balek naik bas. bas pukul 8 pagi. so, nak tak nak, kenalah gerak awal yedak? 

ramai kekawan aku balik malam nie, esok, lusa. paling koman pun lusa. aku nie? terperap kot kat sini jek.  tak pergi mana-mana. padahal, rumah tercinta 3 jam jeh kot dari pahang ke seremban. 

soklan yang paling kerap ditanya;

'kau balik bila sya?'
'eh, nape kau tak balik?'
'bukan rumah kau kat seremban jeh keh?'
'eh eh eh, baiknya duduk sini. jadi MPP bagus nie'
'kau serius tak balek? sebab apa?'

nie soklan yang paling kerap ditanya harinie. dah penat aku jawab. nak jeh tulis kadbod besar then gantung kat leher, tulis, 
'AKU TAK BALIK. JANGAN TANYA KENAPA. TERIMA KASIH'

sebab apa aku tak balik? so, aku nak tulis kat blog, napa aku tak balek padahal rumah dekat jeh.

MAK AKU TAK MENGGALAKKAN BALIK.

'kau biar betul. kau kan anak tunggal. tak kan tak bagi balik kot'

yelahh. aku ade reason aku sendiri. mak aku menggalakkan aku tak balik sebab nanti kalau balik, aku bukannya study. online 24 jam. kalau aku study pun, nanti aku tak paham, sapa nak ajar aku? haram kejadah lah kan kalau aku nak study sendiri. langsung aku tutup terus jeh buku tuh. 

yang keduanya, kesihatan mak aku yang tak mengizinkan. selalunya, bila balek ump, aku akan suruh mak dan ayah aku hantar sebab barang aku banyak. so, agaklah penat bagi mak aku nak berjalan jauh even 3jam jeh. kalau ulang-alik dah 6 jam kan? konpem penat giler lah. mak aku tak sehat sangat. tak nak menyusahkan mak aku. :(

yang ketiga, aku sedikit bebas lah. kalau kat rumah, konpem aku terperap jek kat rumah tuh. tak pergi mana-mana.  BOSAN tahu tak. lainlah kalau bercuti. itu lain cerita. makanya, aku bercuti di UMP sahaja. kalau bosan sangat pun, aku round kuantan. huhu.  sedih tak? 

free as a bird bebeh!

tak mengapa. aku ade geng aku sendiri. bukannya aku sendirian kat sini. nanti hari isnin, nak round kuantan. oh yeahh. tak sabar rasanya. terperap kat sini boleh jadi gila gamaknya. 

jadi apa aktiviti aku seminggu nie?

movie, drama korea dan jepun, makan, tidur, and STUDY. test dengan bangganya bersusun menunggu ketibaan aku lepas cuti nie. itu pun salah satu sebab kenapa aku tak balik yer anak-anak. *wink*


Jom STUDY MUDDYYY!

;)


500 sudahhh.

Thursday, January 27, 2011

heyooo. yeahhh. dari semalam aku menantikan followers aku yang ke-500. dan akhirnya, berjaya jugakkk!
tepuk tangan  semuaaa! Alhamdullilah.

the lucky followers are Encik Maxi Rosli. terima kasih yang encik. jasa anda amat dihargai. hehe.

korangg, jom terjah blog dyeee! wee~


Baby Bracelet yang sangat COMEL!

Wednesday, January 26, 2011

yuhuuu. hari nie kan aku dapat satu parcel dari kawan blogger aku, 

Eny nie aku pernah jumpe kat gathering blogger. dua kali aku jumpe minah nie. memang baik lah. dan dia ada buat satu perniagaan iaitu menjual baby bracelet. alaaa, bracelet yang comel-comel tuh. ade banyak buah yang comel. aku pun tak tahu nak panggil apa benda-benda yang comel nie. HAHA. mula-mula kan, aku tak berminat pun. but, since dye tag gambar gelang tuh kat muka buku, terus terpikat doe. dengan rumate aku sekali tersangkut. harga dye pun murah. satu buah tuh dalam harga RM3-RM4. aku punyer dalam RM20 sebab aku ambil banyak. korang boleh pilih nak buah apa. sumpah comel!




seeee, comel kan kan kan?

nak tengok aku dan rumate aku punyer?



berminat tak?
si eny nie jual handmade craft.
korang boleh customize sendiri gelang korang. 
nak tahu lebih details, boleh ke sini yer.

psst: kakak eny, tengss yerrr. adik sukeeeee sangat. 
takde lak gambar aku pakai.
malas nak amek.
menaip pun pakai gelang nie.
semangat betul.
;)

kita dah cukup prihatin keh?

Tuesday, January 25, 2011

HELLO. lama tak menaip ditanah aku nie. kesibukan bertambah-tambah plus kemalasan. grrr. soo, harinie aku nak update tentang apa yang berlaku semalam. patutnya semalam lagi aku update, but, M to the A L A S. kah3. giler kejam. sampai kawan aku marah nape aku tak update. yelahh2. aku update lah nie. visitor kat blog aku pun turun sebab jarang update. satu tips, kalau nak traffik naik, update lah selalu. tengok macam abang BenAshaari kita. Tetiap masa kot update. ade jeh topik dia kan? hehe. okay STOP. berbalik kepada cerita semalam. wee~



korang pernah dengar Kempen Kami Prihatin, APAKAH DOSAKU? 
aku rasa pelajar universiti tahu. sebab kempen nie giat dijalankan di seluruh IPTA. kempen ini dijalankan bagi membanteras kes-kes pembuangan bayi dan penderaan bayi. korang pun tahu kan, kes nie makin menjadi-jadi lately. makin TERUK. remaja sekarang sudah makin berani tanpa takut akan dosa dan pahala. dah buat dosa, lagi nak bunuh bayi tuh. lagi bertambah-tambah dosa tahu tak. ish3. aku tengok gambar pameran Kami Prihatin kat UMP, perghh. tak sanggup aku nak tengok. memang real punyer gambar. kasi detail gambar bayi yang kena tinggal, bunuh, BAKAR. sadis wei. aku berdoa agar aku dijauhkan dari semua nie. AMIN.


huishhh. tak sanggup aku nak tengok lelama.

kat pameran kempen tu jugak, ada booth dari sekolah pendidikan khas Kuantan. Ada pelajar yang pekak dan bisu, dan buta. terharu aku tengok macam mana berusaha kerasnya mereka belajar. berbeza dari kita yang celik nie. kena banyak peringkat dan cikgu-cikgu perlukan kesabaran yang maksima. kalau tak ade kesabaran, berhenti jelah dari jadi cikgu. tengok adik-adik yang berusia 9 tahun, menaip tulisan braille yang bagi aku sangat susah nak belajar. dari enam titik, boleh dibentuk menjadi huruf A-Z, 123 dan ayat Al-Quran.  hebat tak? dia kena rasa tulisan tuh. Aku tengok Al-Quran Braille, susah nak bace. kalah coding. kena rasa dan kena hafal. syukur Alhamdullilah, aku celik. 

 kanak-kanak menaip braille

Al-Quran versi Braille


ade jugak yang pekak dan bisu. kat sini, ade yang boleh ajar kita bahasa isyarat. sumpah comel dak nie. HAHA. jom layan video.


Majlis perasmian dilangsungkan di UMP, dirasmikan oleh Datin Paduka Rosmah Mansur, Isteri Perdana Menteri. Datuk Seri Shahrizat Jalil, Fernandie Fernandez juga turut hadir. Kempen ini dijayakan bersama dengan LKKP(Pembangunan wanita) , Karyawan, Astro dan Utusan Melayu. 

Aku suka dengar Sharizat Jalil beri ucapan. dengan eksperiasi muka dan gaya dia. memang aku salute lah. penuh dengan ciri kepimpinan. Rosmah pun okay lah gak. Tak adalah ngantuk sangat aku semalam.

 Datuk Seri Shahrizat Jalil

Datin Paduka Rosmah Mansur

yang paling best, Papa Rock Ramli Sarip ade! dah dua kali dia datang UMP sebab event nie. dia nyanyilah lagu-lagi TOP dye. time nie dia nyanyi lagu Kekasih dan Teratai. bila datang part korus, kami bernyanyi ramai-ramai. meriah kot. HAHA.


before nie ada gak Ramli Sarip datang untuk Majlis Puisi Riong. masa nie Fynn Jamal, Imam Muda Asyraf datang mendendangkan puisi. dua minggu lepas kalau tak silap aku. 

sooo, kempen Kami Prihatin, Apakah Dosaku akan berjalan sepanjang 2011 dengan dikendalikan oleh MPP UMP dengan kerjasama IPTA yang terlibat. sama-samalah kita terlibat dalam menjayakan kempen ini. kempen ini diharap agar dapat menyematkan keinsafan dalam diri pelajar universiti khususnya supaya tak melakukan aktiviti yang tidak bermoral ini. Amin. 

okay. ayat skema. wee~


psst: kualiti gambar kureng. niat nak beli DSLR terpaksa ditangguh-tangguh.
pssttttt; Kawan, tak insaf lagi? peringatan untuk diri sendiri gak!
Peace yawwww! ;)

saya dah sehat!

Saturday, January 22, 2011

hye semuaaa. hehe. aku dah sehat dah. seminggu gak lah aku menanggung kesakitan. batuk, demam, dan kemudian selesema. datang tak teratur betul. dua kali aku pergi klinik. kali pertama, ubat dia dalam 4 je. but, kali kedua pergi, amek kau. 6 keh 7 ubat dia kasi. HAHA. sadis betul. bila demam, semua benda nak buat tak jadi. basuh baju lagi lah. itu lah yang paling mencabar kekuatan fizikal dan mental aku. selagi tak berbasuh, selagi tu lah otak aku serabut. dengan bilik tunggang langgang. HUHU. rasa nak mati pun ada. =,="

Tapi kan, sekarang aku dah sehat. cuma batuk-batuk sahaja. 

cuma aku terkilan sebab tak dapat attend wedding sepupu aku, abang lan dan kak ayu. dem betei. sakit dan tak de transport nak ke puchong. sedih lagi bertambah bila dorang sume syok2 je bergambar dalam bilik pengantin, atas pelamin. aku jeh yang tak wujud dalam gambar tuh. tema nya kaler purple. mak aku dah siap belikan aku baju kaler purple untuk wedding tuh actually. but, nak buat camner. untuk meyedapkan hati aku, mak aku kirimkan baju and kek coklat kat wan sedara and deliver untuk aku kat UMP. nasib baju tuh lawa. teeheee~

jom layan gambar sekejap. tengah kurangkan kejelesan nie.




 the lovely bride.

siap-siap untuk majlis akad nikah.

 dorang sangat sesuai.

 *jeles woo*

 yang sebelah kiri nie akan berkahwin bulan lima nanti. aku WAJIB datang. ;)

sepupu ku yang camwhore. 



yer. sepupu aku semua cun-cun kan? nie baru sikit. ade lagi yang cun-cun woo. haha. aku jeh yang tak cun. comel jek. ahaksss. 

sekarang nie aku addict bergambar dengan spek mata. padahal aku tak rabun pun. bila aku pakai, aku nampak macam comel plus nerdy. HAHA. silalah muntah sekarang yer.
tak caya? meh aku tunjuk bukti. wee~


=,="

itu sahaja. Salam. wee~


semuanya serba tak kena.

Thursday, January 13, 2011

uhuk3. hachhhooooommm.  haishhh. dah pakej lengkap dah nie. dua hari yang lepas memang badan sangat lemah. asyik terbaring jeh. itu pun nasib baik ade kawan yang sanggup belikan makanan untuk aku. terima kasih kawan. mula-mula aku batuk. batuk yang sangat perit. kemudian demam datang. pergilah klinik yang pada asalnya dekat but bagi aku, terasa jauhnya. doktor kata aku suhu demam aku sangat tinggi. so, doktor bagi aku mc sehari. semalam. harinie, nak tak nak, kena pergi jugaklah kelas. dengan tutor yang tak bersentuh langsung. haishh. redha je nie.


pagi tadi mak aku kol, tanya bagaimana keadaan aku. sumpah aku nanges. sebab nya, pertama, memang badan aku rasa lemah sangat, kepala rasa berat, kedua, aku tak dapat balik sepupu aku kahwin minggu nie. dem betul. tak de transport. plus, mak aku ade belikan aku baju baru warne ungu. ishh3. ruginyaaaaa. 

nak makan apa lagi. semuanya TASTELESS. tak de rasa. lapar tu memang lapar. bila sampai ke tekak, langsung tak de rasa pape. sadis kan? semalam selesema baru datang. hailaaa. nasib-nasib. nak menaip nie pun larat tak larat jeh nie.

maaf lah kat semua kalau aku tak sempat singgah blog korang. keadaan aku tak mengizinkan lah. takpe. weekend nie aku terjah sekor-sekor sorang-sorang ekh! okaylah. ade banyak kerja menanti ku. jaga diri koranggg! salam.

awwww!

Sunday, January 09, 2011

hyep sumee. hehe. aku rasa semua mesti tengah syiokk tengok AJL kan? well, since aku tak dapat nak tengok sebab kafe penuh giler, line sabotaj nak tengok live stream, line radio Hot fm yang agak main sembunyi2 dengan aku, sooooooo, aku taip entry. hehe. tu jeh sebenarnyaa. 

ermm. masa entry lepas aku ade buat tentang Aliff Aziz kan? aku menggatal lah nak post kat muka buku Aliff. hehe. aku engat dia tak komen pape. but, dia komen wei. sumpah aku jerit gak kat situ. kah3. tengok betapa eksitednya aku tentang mamat nie. HAHA. sampai pakwe kiteww pun jelesss. 

apaa? korang tak caya? nak aku tunjuk bukti keh? takapa. aku boleh tunjuk. meh scroll down babeh!

seeeeeeeeeee. aku cakap korang taknak caya. kah3. berbunga-bunga hati den. hehe.
eh,aku ade satu lagi blog. lau pandai, cari lahh. weee~

pssstt: banyak tol tag yang aku dapat. haishh. bukan taknak join. cuma aku busy lately nie. plus, kemalasan yang melampau. kah3.
to my ex-essssss, sori. no way u all can steal my heart back! bajet macam banyak ex jeh kan? keh3

salam. 
:)

My teen idol

Friday, January 07, 2011

haippp! hari nie nak cerita sikit tentang teen idol yang aku giler minat sampailah sekarang. sumpah. aku tahu ade diantara korang tak suke kan. pedulik hape aku. kah3. giler kejam. haha. aku pernah angau dengan mamat nie wei. nak tahu tak siapa? ALIFF AZIZ weii. haha. wa tarak tipu sama lu orang. ini cakap manyak betul maa.



masa first time aku tangkap cintan dengan mamat nie, masa kemunculan dia kat muzik@ria. mula-mula cezen aku yang perasan. dye jerit-jerit tanya aku siapa mamat nie. suara jangan cakaplahh. best kot. aku tak tahu siapa dia. lama-lama, baru ku tahu.  lagu pertama yang aku dengar of course lah Sayang-Sayang. yang meletup macam mercun cina time dulu-dulu. korang pun mesti pernah sangkut kan dulu. baik angguk sekarang. haha. aku siap hafal baikkkk punya. aku siap terus pergi kat tenet cari siapa mamat nie. tengok video semua. adoiyaiii.

punyalah angau kat mamat nie sampai letak poster dia kat almari aku. taknak letak kat dinding. nanti kantoi dengan mak aku. mau naya. lama-lama, mak aku tahu jugak. dia pun tak boleh buat apa sebab masa muda-muda dulu pun, dia macam aku gak. dulu mak aku minat Hail Amir kot. kalau tak silaplah. 


masa kat sekolah, ada lah gak yang satu geng dengan aku minat Aliff nie. lagu dia semua dia dah ada. time tu, aku takde mp3 kejadah lah. so, dengar jelahh. lagu dia semua aku dah dengar. siap hafal lagi wei. suara dia huskyy plus ada pakej baikk punya. tambah-tambah lagi dengan aset lesung pipt dan gigi rabbit dia. AND dia sangat tinggi. 180cm aku rasa. aku ada gak kawan aku yang tinggi si Aliff nie, mulalah aku imagine aku jumpa aliff. haha. gila desperate. kah3.

kan si Aliff nie pernah ade kes comolot dahulu kala. aahhh. pedulik hape aku. yang aku minat suara dia yang husky and bisa membuatkan hati aku cair. kah3. Cinta Arjuna, Nyala, Ku Sendiri, Stop!  antara lagu yang aku agak ingat sampai sekarang. 

Aliff sekarang nie pun kekadang je keluarkan single dia. dulu lepas Sayang-sayang, dia agak senyap sikit. aku rasa time tuh, dia masuk NS kat Singapore. Dua tahun kot. tu yang dia sunyi sepi je. lepas beberapa lama, barulah dia keluarkan single dia tajuk Cinta. then, sekarang dia bergabung dengan Joanna. tajuk dia Kalau Cinta. bila aku tengok video-video dia, aku konpem akan jeles dengan minah yang jadi awek dia. haha. entahlahh. cemburu wooo. wee~

ini video muzik terbaru Aliff Aziz feat Joanna
Kalau Cinta


tekan jeh kat link itu okay. nak masukkan video, jenuh aku mencari link video nyer. tak dapek-dapek. asyik fail je.

itu sahaja dari aku. sekian. to Aliff Aziz, i hope u will read this. haha. bermimpi nak jumpe Aliff lahh.
wee~

more info about Aliff, click this link.


Hogwarts!

Thursday, January 06, 2011

  • MOM: So are you ready for school tomorrow?
  • ME: What? I don't start tomorrow. I start Wednesday.
  • MOM: What are you talking about?
  • ME: September 1st is when I start, Mom.
  • MOM: No. Stop being silly. I'm waking you up at six tomorrow.
  • ME: Why? The train doesn't leave until eleven.
  • MOM: What train? Stop being ridiculous. You're scaring me. Now did you get all your supplies?
  • ME: No. I have almost everything, but I still need my owl. Will you pick it up for me?
  • MOM: Cindy, I'm serious. Quit.
  • ME: Mom. I'm scared.
  • MOM: Oh, honey! Why?
  • ME: .... What if they put me in Slytherin?
  • MOM: GO TO YOUR ROOM.
kredits; TUMBLR

jadi nerd selama 6 bulan. ada brani?

Monday, January 03, 2011

jam tepat pukul 5.36 pagi. sambil bertemankan Hitz.fm dimana korang boleh dengar secara online di SINI. sementara nak tunggu azan subuh baiklah aku menaip dulu. kejap lagi kelas pukul 8. baru lepas edit jadual tadi. rasa semangat sikit nak mulakan sem baru. tetibe jek. rasa nak tebus balik kesilapan lama. cehh. 

harinie kelas dua jam je. petang aku free. yuhuuu. jadual aku agaklah pack. smpai 5jam kot klas. straight lak tuh!  dari pukul 8 sampai 1. ouh dem. mati aku kepenatan. adeii.

pegang motto nie! bukan 'saya menang motor' yer kawan-kawan.

tadi aku check duit ptptn aku. memang dah masuk. but, sadisnya dia dah tolak awal-awal duit yuran aku dengan WPP kot. nasib baik aku ada save dari duit aku yang lepas. masihlah boleh bernafas. aku memang nak suh ayah aku bayar duit yuran, but, dah dye tolak awal-awal. memang sah lah tinggal sikit duit aku. aaaaa!

haaa. dengan bermulanya sesi perkuliahan aku. maybe aku akan kurang sikit apdate kat blog aku. maybe minggu nie boleh lagi kot nak apdate, but, minggu seterusnya memang aku tak dapat nak janji. jangan korang jerit kat shoutbox suruh aku apdate cepat-cepat. aku cuba okay. *macam ada orang nak baca jek* kui3.

hurmm. sekarang nie aku berasa bersalah pulak. aku dah hancurkan hati sorang perempuan. eh, bukan maksud tu. means aku dah terambil orang yg dye suke padahal aku tak tahu plak yang dia ada menaruh hati. dye kenal setahun, aku kenal sebulan. perghh. semua nie terjadi dengan tetiba okay. datang dengan sendiri. bukan niat aku macam tu. to her, im sorryy okay. jangan emo2 okay lagi. move on. to him, keh3. 143 lerr! wee~

thats all. aku perlu kuatkan semangat nak belajar. susah jangan cakaplahh. naik tension aku belajar cos nie. dem. takpe. cuba jangan tak cuba. aku nak buktikannn. aaaaaaaaaaaaaaa!!

nerd for 6 monthss! 
aigoooo!

salam semua! muahhxxx!
sayang koranggg!
:)

persepsi anak tunggal

Saturday, January 01, 2011

hey korunkkkkk!!!!! tetibe jeh kan. harinie, aku nak cerita sikit tentang pahit bergelar anak tunggal versi majalah ujang. bukan versi aku. adalah gak yang kena mengena dengan aku, but, tak semua okay. jom tengok!


- manja sesangat hingga tak reti nak buat kerja rumah, semua mak korang yang buatkan-
aku memang akui hakikat yang aku agak manja sampai kawan2 aku pun manja2 gak. but, aku reti okay nak buat kerja rumah. tugas mak aku kat rumah hanya memasak jek. yang mengemas dapur, ruang tamu, tingkat atas, kerja aku and ayah aku taw. aku kena pastikan yang rumah aku bersih. nanti mak aku membebel. hehe. kekadang jelahh.

- kalau korang nak keluar dengan kekawan memang susah, pasal perkara pertama yang terlintas kat pikiran mak ayah ialah risau korang kena culik-
aku nak keluar dengan kekawan takdelah susah sangat. asalkan ayah n mak aku tahu aku keluar dengan sapa. balik pun kena petang. dulu dorang tak bagi sangat, dah lama-lama dorang bagilah. dah besar kot.

- nak bawak kereta atau motor pun mak ayah korang tak kasi, takut mati eksiden.. dorang takde anak lain-
yang part nie aku setuju. korang bayangkanlah, aku dah ada lesen memandu P kot. dah nak dekat 2 tahun. but, mak ayah aku tak bagi bawak keta. sedih wei. maybe dorang risau, but, apa gunanya ada lesen yedak? tapi kan, berguna gak lesen aku kat kuantan nie. shhhhhh. diam2 sudah. 

- nak kuar malam konpem korang tak lepas punya. lain lah kali korang ajak mak ayah korang skali -
haaa. yang ini aku setuju. aku tak penah lagi test nak balik malam. lau balik malam pun, ada ngn kekawan. lau kua malam......konpem mak ayah aku tak bagiiii. kahkahkah

okayyy. itu sahaja dari majalah ujang. nie nak cerita sikit sal keadaan aku yang sebenarnyaaa...

waktu zaman dulu kala.

korang mesti engat lau jadi anak tunggal, apa yang kita nak mesti dapat kan? cakaplah. apa jek. mesti dapat. but, not for me. keluarga aku kira sederhana jek. takdelah mewah sangat. lau aku nak something, aku kena berusaha sendiri lah. contoh. dapat good result. itu jek kot. mak aku banyak kali cakap, belajar betul-betul. nanti takde sapa yang nak tolong kamu. kamu dahlah takde adik beradik lain. kamu nak mintak tolong kat sapa nanti? belajar jelah dapat tolong kamu.

sepanjang 20 tahun aku hidup, banyak kali kot aku susahkan mak n ayah aku. degil gila kot. haila. sebab tulah kekadang aku rasa yang aku tak patot duk umah tu lelama. lau lelama jek, mesti ada problem. the reason aku pergi kl dua minggu and balek awal ke ump, sebab nie lah. biarlah aku seksa sorang-sorang kat sini. aku tak kesah. 

sekarang. sila jangan gelak.

aku edup dengan dunia aku sendiri. the reason aku join blog pun sebab aku sunyi. alone. aku diasuh duduk sorang2 kat rumah sejak aku tadika lagi. korang bayangkanlah. aku mana ada bibik nak jaga. adalah gak mak ayah aku hantar pegi rumah nanny. ade orang jagakan. but, masa kecik2 jek. selepas pindah rumah baru, aku duduk sorang2. mula2 takut, sebab besar lah gak. dah lama2 biasa dah. kekadang best sebab sunyi jek. takde orang nak kacau edup aku. aku boleh buat apa jek kat rumah aku tu. nak bangun lambat, nak melalak whatsoever lah. haha. dah bese kan... sebab tu gak, aku banyak kakak angkat and aku agak manja sket. tanyalah sapa2 yang rapat dengan aku. peace yaw! 

bila datang bab makanan, yang best aku takyah lah nak berebut or berkongsi mongsi. sebab tu badan aku besar. hehe. and sebab rangka aku besar okay. genetik niee. kui3. lauk pauk tu yang selalu masuk 'tong sampah' iaitu aku. mau tak naik. haha. adeii. lau 6 orang nak kongsi makanan, memanglah aku makan sikit jeh kot. ade perebutan disitu. lau korang nak tahu, aku ada 4 adik beradik. but, 3 dah meninggal. tinggal lah aku sorang. anak tunggal perempuan. yang 3 lain tu semua hero-hero. papepun, aku still tunggal kan? =.="

independent. thats me. sepanjang aku kat ump nie, amat jarang sekali mak n ayah aku kol tanya khabar. lau aku mesej jek or mizkol baru dorang akan kol. bila aku tanya napa tak kol slalu adik? adik tengok mak rumate adik selalu jeh kol. mak aku jawab sikit jek. Adik dah besar. thats it. agaklah bangga sikit sebab aku dah boleh lah jaga diri aku sendiri. aku boleh bergerak sendiri. siyess. thats teach me a lot! oh yaa. panggilan aku kat rumah, ialah Adik. sila muntah sekarang. kah3.

sebenarnya banyak lagi. tapi kan, macam buat karangan pula. takpe. lain kali aku cerita. 
tata korangg!
peace yaw!
weee~

Contest Into The Mirror!

Saturday, January 01, 2011

nie namanya takde koje ditongah malam..amek kau..first kontest 2011. bangga jap noks. haha. beta telah ditag dengan mulianya oleh cik zoey yang kiut miut! aku dah jumpe dye dah masa big gath kat ts lepas. kenal2 macam tu jek. takdapat nak beramas mesra lebih sangat. sadis betul. takpe. ada sumur diladang, kita beramas mesra lagi yer syg. 

okayy. back to the story bebeh. melalut lebih2 kang buang karan jeh kan? STOP! kontest ini telah dianjur oleh Cik Hifaz yang manis. contest into the mirror. maknanya kita kena masuk dalam cermin lah kan? ke tidak. erkk. apakah yang aku mengarut nieee? cik hifaz nie suh kita amek gmba depan cermin lah syaz! haha. yelahhh3. paham lah aku dengan apa yang dye nak tu. meh kita skodeng syarat-marat contest nie!


Cara untuk menyertai:

1. Jadi follower Cik Hifaz di blog H!F@ZPH@T dan Hifaz||Fotografi (wajib both ok. sebab senarai penyertaan nanti akan diupdate di blog Hifaz||Fotografi manakala segala update berkenaan contest akan diupdate di  H!F@ZPH@T

2. Buat satu entry bertajuk 'Contest Into The Mirror' dan letakkan satu gambar anda (atau ramai2) di dalam cermin.



3. Ceritakan sedikit perihal gambar tersebut.

4. Letak banner Contest Into The Mirror dalam entry anda dan pada sidebar blog anda. Link kan banner ke    entry contest ini.


5. Tag minimum 3 orang dan beritahu mereka berkenaan contest ini.
insan bertuah yang kena tag!


Tarikh penyertaan : 21 Disember 2010 - 15 Januari 2011
Pemenang akan dikira berdasarkan kreativiti gambar & cerita.
Hadiah : Surprise!! Hehe (jangan expect Cik Hifaz bagi IPhone4. Blum mampu nyah! :'} )




jom tengok gambar yang aku petaruhkannnn! 

jeng jeng jeng!

-
-
-
-
-
-
-
-


taraaaaa. amek kau sebesar gadang aku letak kat sini. naseb lah muat. haha.
well, gambar nie aku dengan cezen aku yang paling cun.si ellyyyy. yeahhh. masa nie kami kat toilet pavillion. aku taktahu kenapa lighting kat toilet sangat lah best. bila amek gambar kan, konpem cantik. sumpah. tak tipu. muka jadi licin woo. haha. time nie tengah mencari dress yang vogue2 dan murah untuk dipakai masa prom. best kan? dress dye fantastic betul lahh! harga dye pun jgn cakap lah kan. paham2 sendri lah yer. yang best masa nie, sebab ely sanggup teman aku merendek eh meronda kat pavillion and sekitar bukit bintang. memang best lah time uh. kaki memang sakit sebab asik jalan jek, but, it worth it. okay. itu sahaja cerita saya. sekian. 

wish me all the best babeh. azam aku nak kurangkan fb n blog berkuatkuasa 3 jan. hehe
peace yaww!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook