Orang nak kahwin, kau pun nak jugak?

Thursday, December 29, 2011

Assalamualaikum~

sekarang musim kahwin kan? untunglah mak ayah aku. tetiap minggu dapat makan nasi minyak free. aku? berbayar kot!

dah lah tengah musim study week ni. aku rasalahkan, ni bukan study week, but, sleep week. serius wei. dengan cuaca yang sepoi-sepoi bahasa, hujan yang sehari turun 3 kali, betul-betul mengoda jiwa dan raga kau. serius wa cakap sama lu. elehh, lu olang pun mengalami perkara yang sama kan kan kan? ngaku jelah. kehkehkeh.

oh yarr. pasal kahwin.

*klik untuk ke sumber gambar*

aku kalau tengok orang kahwin kan, mesti rasa nak kahwin. ini serius *again* punya cerita. dengan pelamin yang dihiasi indah, kau dilayan bak permaisuri, mekap lelawa, berarak nak jumpa suami, bersanding, tepung tawar, makan beradab potong kek and done!

tapi, nak ada semua tuh, kena ada apa kalian semua? yerr, kena ada DUIT kan? takkan kau nak bayar pakai pasir. lain lah, kalau kau nak buat simple-simple je.

kalau aku, tak main lah simple-simple. aku kalau boleh nak buat grand sikit. yelah, aku kan anak tunggal. and I hope that it would be my first and last wedding. dan sebenarnya aku tak boleh imagine wedding aku camner nanti. anyway, just wait for my invitation's card and see how it goes. okay?

eh, CHUPP!. amboi, kuatnya berangan! belajar pun tak habis lagi, dah gatal nak kahwin ek? duit takde, berangan nak kahwin.

so, impian aku, aku nak belajar bebetul, score good pointer, and get a better job, get married. thats my goal in life. si dia pun sama. Amin. ;)

p/s: okay. cukup berangan. back on track syaz! study mode! 'MAYBE' akan berehat sebentar berblog, nak bagi laluan final exam. wuwuwuwuwu~

#20 Edisi Not So WordlessWednesday - Jangan disangka...

Wednesday, December 28, 2011


Jangan disangka tong sampah itu adalah tong sampah jika di makmal kimia.

kenapa...?

okay.

ini nampak macam tong sampah yang normal kan?



tapi, lihat isi didalamnya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-


macamana pisang goreng boleh tersesat dalam tu?

itu makluman semua,
dalam 'tong sampah' tu, ada bahan kimia yang tak digunakan.
bau dia tak usah cakaplah.
TENGIK.

kawan aku mati2 ingat itu tong sampah tuk bahan kering, rupanya, takk punn.

dah campak dalam tu, baru dia tersedar. 
hahahaha.
kitaorang gelak bagai nak rak time tu.

tu lah, main campak jeh, tak tengok bebetul.

peringatan yer bagi semua.

^____^





Benda ngarut ni tak payah lah nak share.

Monday, December 26, 2011

Assalamualaikum~


Aku terjumpa benda ngarut ni kat muka buku. 
memang ngarut. 

kalau kita sayangkan Allah, apa yang perlu kita buat?
solat,
puasa,
baca Al-Quran 
kan?

oooo, jadi maknanya kalau aku abaikan benda ni, 
aku berpihak kepada syaitan?
BULLSHIT.
kan dah kena.

haram jadah semua ni.

ini semua agenda freemason, illuminati.
watermark dia pun ada unsur illuminati.

so, pleaseeeee...

kepada sedara seislamku, abaikan benda alah ni.
Allah lebih maha mengetahui sama ada kita sayankan DIA atau tidak.

cukuplah, patuh perintahnya.

sekian..

Sumpah, aku geli!

Monday, December 26, 2011

Assalamualaikum semua. hai uolllsss! lama sudah tak jenguk blog aku ni haa. berhabuk dah aku rasa. rindu sesangat kat blog ni sebenarnya. tapi, disebabkan study harus diutamakan, blog terpaksa aku abaikan. im sorry bebeh. i promise, i will do it again! kehkehkeh.

okayy. now, asal yang aku geli sangat ni?

pernah tengok gambar breast yang ada berlubang-lubang dulu? yang kononya, kalau tak basuh bra selepas beli, breast akan jadi berlubang? masihkah kalian ingat?

korang tak rasa geli ke? aku, sumpah, aku geli gilaaaa. tak dapat nak cakap tahap mana kegelian aku tu. eewwwwww.

tadi, masa tengah syok stalk fb, ada satu group ni, post gambar MATA yang berlubang! ewww. sumpah aku geli plus 1000000xxxx. aku taknak show gambar tuh kat sini, sebab aku pun tak dapat nak tengok. bila tengok jeh, serta merta bulu roma aku berdiri. meremang cik kiah ooi. ni takat jumpa hantu pun boleh kalah ni.

yang paling best, ada yang share sekali tuh. aku sekarang ni masih terbayang-bayang mata tu. *meremang balik*

tu jelah nak habaq kat semua. masih dalam kegelian melampau. -.-'


#ewwwwwww

Cerita pendek ini berjaya buat aku sebak.

Thursday, December 08, 2011


Assalamualaikum.
memula sekali, aku nak korang layan satu cerita pendek ni.
cerita pendek ni lebih bagus dari cerita-cerita melayu sekarang.
i'm totally serious guys!


Untuk menghasilan filem sedih atau filem yang membuatkan penonton dapat tersentuh pada sesuatu filem, aurat, aksi ranjang, dan heroin tak semestinya menjadi elemen wajib. Filem pendek ini berjaya buat saya sebak tanpa melihat sebarang aurat dan aksi ranjang.
-Oh! Islam-

amacam? paham maksud tersiratnya? meh, share dengan aku meh.



oh yea, aku sekarang tengah diserang penyakit ciken pork pox or cacar air. 
demam dah okay. cuma, cacar air ni makin bertambah.
so, sekarang aku tengah berehat dekat rumah.
heaven lah jugak. tapi, banyak kerja aku tergendala kat UMP oi. adoiyai. 
apa beza dia?
T____T

Mana satu aku nak buat dulu ni?

Tuesday, November 29, 2011



Assalamualaikum~

cuba cerita kat aku mana aku nak buat dulu ni? dalam list tu, satu jeh yang dah bertanda, means DONE. itu pun baru selepas present tadi. haishh. banyak nyer. sampai aku tak tahu nak buat yang mana satu ni ooi. bersusun-susun datang. dengan kena handle program lagi. 

aaaa, rasa cam nyesal masuk banyak sangat. nak tarik diri, rasa diri macam tak bertanggungjawab pulak.
so, nak tak nak, kena selesaikan satu persatu dulu. mana yang perlu didahulukan, didahulukan.
begitu juga sebaliknya.

mesti dak ubernisiti tengah busy sekarang kan? dah nak final bagi budak degree.  wuuuwwu. takutnyaaaaa.

semoga Allah permudahkan kerja kita semua. Amin. 

Tahniah Malaysia! Aummmm!

Tuesday, November 22, 2011


 Skuad Kebanggan Negara.

Good Job Khairul Fahmi, Badrol, Fakri Saarani and others.
Syukur Alhamdullilah.

TV3 pun masuk geng sekali!
jyeahh!

Last but no least,




Cinta Antara Blogger. Mustahil atau tidak?

Friday, November 11, 2011


Assalamualaikum semua.
pernah bercinta?
pernah bercinta dengan blogger?
pernah crush dengan blogger?
mesti ada yang pernah kan.
aku pun sedang melalui fasa ni.
bercinta dengan blogger.

selalunya, ramai yang tak berapa setuju dengan statement ni. bercinta di alam maya. mustahil ke tidak? bagi aku, Nothing Is Impossible. sebagai contoh, aku!

bagi aku, kalau yang mustahil, bercinta tapi tak pernah berjumpa. itu agak mustahil nak kekal. kalau buat scandalicious boleh gak kot. haha.

aku ada ramai kawan blogger. ada yang pernah jumpa, ada yang tak pernah jumpa langsung. and ada jugak kawan aku, blogger sesama blogger BERKAHWIN. yess. mereka ialah CheArmster dan HanaLoveNest. dorang first time jumpa masa big gathering kat TS anjuran Melz and aku pun ada gak time tu. cuma tak sangka dorang kekalkan hubungan tuh sampai dorang kahwin. sumpah sweet gilaaaaa!


*cantik*

More story about their life, just click on their names okayyy!

okayy. now. tell me guys.
pernah #bloggercrush?
ada kekawan korang yang pernah bercinta dengan blogger? 
meh, sembang-sembang nakkk!
weee~

oh, kisah aku dan dia ada kat blog lagi satu. kome pepandailah cari ek!
^___^


p/s: oh. esok. dah nak balik UMP. huwaaaaaa. makin jaranglah aku apdate blog. kalau ada cerita best, konpem aku akan share dengan korangg! yeahh. take care semua!

Kejap jeh rasa.

Thursday, November 10, 2011


Hari ni Khamis. 10/11/11
esok dah Jumaat. 11/11/11
hari Sabtu 12/11/11 bakal tiba.

ahhh. menciknyaa. sebab hari Sabtu ni dah nak kena balik UMP. wuwuwuwuwu.
mesti semua tertanya-tanya kenapa aku balik awal?
jawapannya, sesaja. parents aku suruh balik awal. sebab apa pun aku tak tahu. macam jadi anak buangan dah. haha. takdelah. aku memang suka balik awal. nanti aku boleh study apa yang patut hari ahad nanti. *kononnya*




Alhamdullilah. setelah berapa lama aku tak dapat BE dari Nuffnang, hari ini aku dapat seketul BE. even seketul, besar maknanya bagi blogger yang on off macam aku ni haaa. datang dari Toyota Corolla Altis. terima kasih daun keladi. stay lah lelama yer dalam blog syazberry ni. ngehngehngeh.

Esok insya-Allah ada topik hangat mahu dishare sama kalian. tunggu yarrr!

Best main dengan ... kan? Teehee!

Tuesday, November 08, 2011


Salam semua. eh, apesal dengan tajuk aku macam ... tetttt! haha. tu tak habis lagi sebenarnya. Best main dengan BEBUDAK kan? Teehee! haaa, itu baru lah tajuk yang sebenarnya.

baiklah kekawan aku semua, meh sini, aku nak cerita. takdelah. hari tuh, ada project TITAS. err, tak tahu apa itu TITAS? silalah google yer. hehe. so, kami bercadang nak buat project TITAS ni kat sebuah tadika. Hurmm, sebenarnya, tujuan asal program ni nak bagi impak maksima kepada komuniti. tapi, budak-budak, takdelah bagi impak sangat kan? prof aku macam tak setuju sangatlah. jadi, kena tukar rancangan saat-saat akhir. tapi, project kat tadika diteruskan juga.

jadi, rabu minggu lepas, kami berjimba-jimba dengan bebudak tuh semua. sangat besttt! mula-mula, kami dan bebudak semua memalu kucing. bila dah lelama, malu tu tolak tepi. ada yang manja, ada yang nakal, ada yang senyap, ada jugak yang aku boleh nampak, boleh dapat anugerah dekan! ini serius. budak umur 6 tahun taw. tapi, otaknya sangatlah genius. cita-cita nak jadi saintis. kau hado? :P

aktiviti dipenuhkan dengan aktiviti menari chicken dance, lagu kanak-kanak yang lama-lama dulu, melukis, mewarna dan origami. *pergh. macam tulis report tahu*


Dalam tengahari tuh, aktiviti kami pun habis. Secara keseluruhan, boleh tahan. semua yang terlibat, memberikan kerjasama yang sangat mantoopppp!

dah selesai satu beban aku nak memikirkan project ni. selepas ni, ada presentation and repot plak. *sigh* bilo nak solosai ni cik kiah ooi! sobar yolah cik bedah oooi! -.-'

okayy. jom kita cekidaut gambar yang aku amek guna kamra cokia. ngehngeh. ada beberapa keping jeh yang okay. banyak ada kat kamera. malas nak uplod. wee~









ini yang penting.


okayy. itu sahaja.

p/s: maaflah kepada sesiapa yang selalu datang and komen kat blog aku. lately ni sangat busyy. cuti seminggu ni akan ku manfaatkan nak terjah blog korang. jejegaaaa! ^^

I just want a baby.

Monday, November 07, 2011


*kredit to Redzuan Azis and Pixelated Dream*

Nak baby boleh?
boleh lah.. boleh lahh.
nak jaga, nak main-main, nak bagi makan. nak mandikan.
please, please, please.

haishh. maaflah. hari raya haji ni aku main dengan budak kecik jeh. ada tu, masa kat korban, aku main tegur jeh. comel kot! rawrr. jadi geram betul. even budak tuh jual mahal dengan aku. dah lama-lama dah ngam. siap suruh aku beli aiskrim lagi. -.-'

haaa, ini lah budak yang aku main-main masa dekat korban tadi.
tembam kann?
rawrrrrr!


aku tiada adik beradik lain. so, aku dah lama hidup sendiri. pernah jugak nak berangan ada adik sendiri. tapi, bila fikir balik, baik aku hidup sendiri. dont ask me why. ;)

so, kena tunggu aku kahwin dulu ar. baru berangan nak ada anak bebanyakk! kehkehkeh. 

itu sahaja. till next time, Insya-Allah. ;)

Sedap ohh lagu ni! Melodi Cinta by Azhar Mustapa

Sunday, October 30, 2011


Assalamualaikum dan hai kekawann! lama gila aku tak berupdate blog pinky aku ni kan? maaflah, kehidupan sebagai pelajar amat mengekang aku untuk update blog. twitter jeh boleh. kehkehkeh.

eh, lupa nak cakap. HOBEN JANG HOBEN. yeahh. nogori monang Piala Malaysia. memang tepat tekaan den. 2-1. hooreyyyy!

okayy. sebelum aku tinggalkan korang selama beberapa hari ni, aku nak bagi korang dengar satu lagu ni. kawan aku. orang nogori gak. nama dia Azhar Mustapa. boleh tolong komen okay? best ke idak. boleh kann?

Azhar Mustapa ni mana tahu boleh jadi next Youtube Artist. hehe. Amin. boleh pemes abang aku yang sorang ni. oh yeahh.


mood untuk orang bercinta, memang boleh layan lagu ni. 

RATE?
meh, rate meh. wee~

p/s: minggu depan penuh dengan tests. otak aku dah sesak. hari isnin, ada 3 tests. pagi, petang dan malam. haa, baguslah uh. meletup otak aku hari isnin. phewww.
doakan syaz boleh buat yang terbaik okay.
Amin.

Lagu Siti ni sedap jugak wei.

Sunday, October 23, 2011


Assalamualaikum semua. aku tengah sedih ni. semalam takdapat pegi #OctTwtFest. takpe. small matter onlyyy. okay. lets back to the topic todayy. ececehhh. abaikannn. :P

eh, korang dah dengar lagu Datuk Siti yang baru? Tajuk dia Falling In Love feat Sean Kingston. apa pendapat korang? best tak? bagi aku, not bad lah. cuma aku tak berkenan sangat dengan klip video dia. meremang bulu roma den. kikikiki

Jom dengar lagi dua lagu CT dalam English. nanti korang romen eh komen ek. nak dengar jugak pendapat korang. weee~

Remember You.
Siti Nurhaliza feat Sean Kingston.


I'll Wait Forever.
Siti Nurhaliza feat Christian Alexander.


Amacam? Thumbs up righttt? 

Jom pergi #OctTwtFest !

Tuesday, October 18, 2011


Aucak semoranggggg!
eh, kena ada salam dulu.
Assalamualaikum semuaaa! perghh. berkobar-kobar aku menaip ni. sebab apa? sebab aku baru jeh abes test aku yang pertama. baru yang pertama yer kawan-kawan. lepas deepavali, ada 5 test sedang sabar menanti ketibaan aku. okay. lupakan itu sebentar. jom beralih pada topik harini!

Jom pergi #OctTwtFest !

What is #OctTwtFest or Twtup?
Twtup is a meet-up/gathering for people who are connected through Twitter. The idea of a twtup is to meet new people and meet new friends all over Malaysia. OctTwtFest is a continuation of Oct23rdTwtup that was held on 23rd Oct 2010. Because of the overwhelming response from the tweeps (residents of Twitter), we have decided to make this as an annual event for social media goers.


So, kepada sesiapa yang ada Twitter, jom meriahkan lagi acara ni wei. Biggest Twtup in Malaysiaaa! Mana tahu dapat pecah rekod Guinness Book of Records. Lagi mantaplah Malaysia kann? ^____^


Details:



Lagipun, ada ramai artis yang akan datang event ni! yelah. artis pun kebanyakkan aku tengok, #tahitwitter jugak. ada Joe Flizzow, Altimet, Ila Damia, Faliq Fahmie, ahhh, banyak lagi lahh. 


Tapi kan, yang malangnya, aku tak dapat join! sebab parents aku nak datang Pahang minggu ni. so, memang tak dapat nak join lah. sedih tahu! sebab ramai gak tweet people yang aku nak jumpa. yang rerapat dengan aku jelah.


But, its okay. sebab aku dah beli baju untuk event ni. takpelah. tak dapat pergi event pun, dapat pakai baju pun takpelah. yang penting, baju ni ada tweethandle aku sendiri! cool yawww!



@syazberry

ohh. itu sahaja untuk harini. Jom pergi! wuwuwuwuuwuwuwu. Sabtu ni makan hati berulam jantung lah baca tweet korang. HAVE FUN guysss! ^____^

Contest Daniel Adie : SISPA

Wednesday, October 12, 2011


*klik untuk terus ke contest*


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.

yeshh. akhirnya setelah bertapa selama beberapa hari di Gua Semanggol, aku tergerak hati nak masuk contest yang sangat gempak ni. eh, korang ingat senang ke nak dapat hidayah nak masuk contest? kena bertapa tahu. haha.

contest kali ni senang jeh bagi aku. just tempek gambar jehh. contest ini dianjurkan oleh abang kesayangan aku yang hensem, Daniel Adie. eh, korang tak kenal keh? korang tak cukup pro lah dalam dunia blog ni. kehkehkeh. Abang Adie ni aku pernah beraya ke rumah dia masa raya harituhh. best kott! jejalan ke Melaka. rugi tak naik kereta Myvi Lagi Best dia. melepasssss. >>> rujuk entry SINI.


Hadiah dia sangat bestttttttt! my feveret tawwww! fuhh fuhh.


jom tengok gambar senyuman ikhlas dan palsu aku. tak tahu lah jadi ke idak. takpe, asalkan cuba.


Slogan:

Kekadang, senyuman palsu terukir apabila, keadaan sekeliling memaksa kita untuk tidak ikhlas untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi, keikhlasan hati itu tiada.

Tag 2 orang:


Itu sahaja. Fuhh. heharap aku menang. mengidam forrero rocher ni wooi! hahaha.

;)

Betul ek cenggini? Ke salah?

Saturday, October 08, 2011



betul ke cenggini? korang rasa macam mana?
kita kan sebagai blogger, kekadang tuh, ada jugak gathering yang dianjurkan.
pada pendapat aku lah kan, benda ni MEMANG betul. haha. macam aku lah kot. segann kot kekadang pergi gathering. aku taknak dorang expect aku high sangat. 
bila jumpa, aku selalu fikir apa yang bermain dalam fikiran dorang.
macam, 'OoOoOo, macam ni ke syazberry?'
lagi satu, 'Apa? Berry-berry?'. 
and, I was like, -.-'
errr, ini firasat aku sahaja. bukannya selalu betul okayy.
tapi kan, bebila dah lama-lama dengan mereka, barulah jurang tuh dirapatkan.
bukan itu keh fungsi gathering blogger?
^___^

Different is beautiful?

Friday, October 07, 2011


Different is beautiful? Is it true? what say you?
agree? 

I'm different from others. really different. I'm BIG. my friends are all NORMAL.
does it make me Beautiful?

Eh, don't get tricked by my pictures. Pictures tell lies. Don't you all know about it?
HAHAHA. FYI, cameras love me. 

I have to admit it, sometimes I felt really small (even big) when around with my friends. Its true. comes from my heart. but, I have to go on. sigh. I think, I already posted this kind of entry. By blogging,  I'm trying to get my confidence when meeting new people. And then, I came out with this new recipe. 

The recipe is,

JUST BE YOURSELF!

Try it. Good Luck and Happy Friday. ;)

*crap*

p/s: pergh, speaking doee. kau hado? HAHAHA.


Kenapa kau harus jadi GAY?

Wednesday, October 05, 2011


hai lelaki kacak,
kenapa kau harus menjadi GAY?
boleh berikan aku satu sebab?
adakah disebabkan kau pernah kecewa oleh perempuan pada zaman lampau, kau jadi begini?

kau hensem, kau kacak.
menjadi idaman dan igauan setiap wanita.
tapi, malangnya, nafsu kau terpesong dari yang sebenarnya.
apa yang sebenarnya yang bermain-main dalam hati dan otak kau?
sungguh aku tak paham tatkala melihat gambar-gambar kau.
aku harus akui, aku GELI. yuccckkss!!

jangan ingat semua perempuan sama.
kau fikir, sekali kau dipermainkan oleh seorang perempuan, kau menganggap semua perempuan adalah sama?
maaf, tanggapan kau salah sama sekali.
tidak semua perempuan sama kau tahu?

takkan kau tak tahu, sekarang bilangan perempuan melebihi lelaki?
jadi, bila kau jadi macam ni, siapa yang patut kami jadikan seorang suami?
aku tak rela bersuamikan lelaki seorang gay.

insaflah wahai lelaki. kiamat makin hampir.

Wallahualam. ;)

YOU GAY, IM NOT OKAY. 

*random entry. from bottom of my heart*

Musim Konvo buat hati aku tak keruan.

Saturday, October 01, 2011

Assalamualaikum. sudah lama gila blog ni berehat panjang. rindu sebenarnya nak berblog. jangan risau, blog korang tetap ku bace, tapi, hanyalah sebagai silent reader. aku malas nak komen. kalau ada butang LIKE, aku LIKE sahaja. tu lah functionnya butang LIKE kan?

okayyy. sekarang rindu aku kat blog sudah tak tertahan lagi. rinduu bangattttt! muah muah muahh! awrr!



credit to Fuad Gumbell - 2011

sekarang kan musim konvo kann? boleh dikatakan sejak dua minggu ni, aku tengok kat FB, semuanya cerita pasal konvo. tak kisahlah, kau sendiri yang konvo keh, adik or abang or kakak kau yang konvo keh, yang penting semua sekarang cerita konvo. FB aku penuh dengan gambar-gambar konvo.

kalau kat UMP, sekarang ni musim konvo. sungguh best bila tengok kakak-kakak dan abang-abang berpakaian jubah konvo. sambil pakai topi graduation. wahh, jeless gilaaaaaa. haruslah aku jeless sebab aku punya turn lambat lagi. yang paling aku takut, mampu keh aku habiskan belajar aku kat UMP ni. aku just harapakan doa-doa kawan supaya aku boleh habiskan belajar aku dengan masa yang ditetapkan. taknaklah extend. tak nakk! shuhh, pergi jauh-jauh!

credit to Fuad Gumbell - 2011


Selamat berkonvo rerakan blog, twitter, facebook di Universiti seluruh negaraaa!
Hope korang berjaya pada masa hadapann!
Aminnnn!

UMP, aku kembali.

Monday, September 12, 2011


Assalamualaikum semua. pada hari Sabtu lepas, aku dah selamat jejak ke UMP tercinta. ecehh. tercinta tak boleh lak tak ada kann? -.-'

okayy. selepas ni, masa untuk aku UPDATE blog sangatlah kurangggggggg. seriusly. sangat kurang. kalau rajin, seminggu sekali. or kalau malas sangat, maybe sebulan sekali. bukan apa, aku nak FOKUS sem ni. nak dapat dean list ni. ingat senang keh? susah tahu. dengan subjek nya, mengucapp panjang akuu. dengar nama pun aku, rasa, homaiiii. nak pengsann.

jadual aku. eh, yang penting, RABU aku FREEEE.
weee~


lagipun dengan line berukband yang macam main cak-cak dengan aku, aku pun rasa malas nak on9 and berblog-walking.

hurmm, aku nak ucapkan terima kasih kat korang sebab masih lagi berkunjung ke blog aku. hehe. isk isk isk. terharu ni taww.

eh, lupe plak. sebelum topup ada tax 6% 15 September ni kan, baiklah aku umumkan siapa pengomen terbanyak dekat blog aku. sesiapa masih ingat aku ada buat nota kaki masa entry-entry aku yang lepas, aku akan bagi hadiah topupp! hehe.

Pengomen paling banyak di www.syazberry.com pada bulan Ogos lepas ialah,

............. drum roll pehlishhh............

Hans Punya Blog !

terima kasih Hans... cecepat pm aku sebelum 15 September. muehhehehe.

hurm, itu sahajalah coretan aku kali ni. kalau ada cerita best, aku cerita kat korang okayy!

jangan rerindu aku taww. take care semua! ^^


Raya Sakan - Raya with Pemes Bloggers!

Thursday, September 08, 2011

Assalamualaikum. wahh, memang raya sakan betul aku ni. asyik-asyik pergi beraya jeh. memang tak lekat aku kat rumah. lagi-lagi, ayah aku cuti seminggu. jejalan jelah ek. ingat entry aku yang semalam? #15 Wordless Wednesday? itu hanyalah teaser sahaja. amcam? jeles tak? silalah jelesss. kikikiki

okay. jom start the story mory.


                                Qarl                Syaz               Daniel Adie        Nabil Aizat      

                               Hizami Li       Mishhy Innz          Zulaikha       Amir Naufal NA


Kak Innz ajak aku pergi beraya ke Melaka ke rumah Hizami Li Budak Lelaki Sebelah Pintu. aku rasa, macam WOW! great opportunity to me. yelah, Hizami ni pemess kott. dan lagi best, ayah dan mak aku kasi lepas pulak ke Melaka. tu yang macamm, BEST!

so, Ahad lepas, Kak Innz datang jemput kat rumah dan terus bergerak ke Alor Gajah. nasib baik senang cari rumah Zami ni. sampai sana, dah ada dah kawan-kawan Zami yang menunggu. lelaki 3 orang. segan tak segan lah aku. haha. bila tanya, semuanya bloggers. ada Daniel Adie, Fiq Fikri dan Amir Naufal NA. aku kenal dorang macam gitu-gitu jelah. then, datang pulak, Qarl dan Nabil Aizat.

Hizami Li's House

kenal Nabil Aizat? sesiapa yang selalu bace blog Hanis Zalikha, korang mesti kenal dia masa HZ pergi trip ke Germany. masa beborak dengan dorang, asyik keluar nama HZ jeh. tup-tup, ini rupanya kawan baik HZ yang study kat Germany tuh. I was like! O M Jayyyyy. untung tahu? eh, dia ni single lagi kot. Pergilah usha-usha. haha. yang penting, lesung pipit tuh yang mahal tuuu!


 nape Qarl tutup hidung? 



selepas pekena meehoon goreng buatan tangan Zami dan selepas photoshoot sebentar, kami bergerak ke rumah Daniel Adie. eh, nak kasi korang jeles boleh? aku dan kak innz satu kereta dengan Zami. jeles tak? silalah jelessss. kikikiki

Agak jauh lah rumah Adie. dekat dengan Bandar Melaka tuh. masa masuk rumah Adie, aku macam fuyoooo. cantik siot rumahhh. siap ada bunga-bunga lagi kat dinding. Adie yang lukis tuh. nanti akan tunjuk gambar. then, kami dijamu dengan spaghetti Adie yang masakk! sedap tapi pedas. berpeluh-peluh dorang makan tahu? *eh, peluh-peluh ni sensitif tahu. lagi-lagi Fiq Fiqri tuh haaaaaa* dan semestinya ada sesi photoshoot.

 yummehhhhhhhh!

abaikan mamat dua ekor tuh, fokus yang belakang tu, lawa kann? Adie yang lukis sendiri.



then, selepas rumah adie, kami pekena Cocunut shake. siapa entah yang selalu sebut cocunut shake. baguslah tuh. aku pun dah lama tak pekena coconut shake. kami pergi dekat Cocunut Shake Alai. masa minum-minum tuh, gossip-gosiip lah kejap. bloggerrsss, mestilah ada gossip yer dak? tapi, selalu digangu oleh bunyi blender cocunut shake tuh. dah lah hot story time tuh. redah jelahhh.

 Jom pekena coconut shakeee!

Busy betei Fiq Fiqri. yang Hizami dan Nabil sungguh khusyuk bergossip.


Jejaka Bloggers

then, kami, Innz, aku dan Zami berpisah dengan geng yang lain. Qarl dan Nabil terpaksa balik awal. takut jam pulak nanti. Amir Naufal dan Fiq Fiqri balik ke rumah dorang. nak raya rumah kawan lagi. rumah dorang dekat jeh dekat Melaka.

Eh, then, aku ajak Zami pergi ronda-ronda Melaka. bukan selalu dapat ronda-ronda ke Melaka ni. Zami bawak kami ke Jusco Melaka. mak datukkk, gila besar dan panjanggggg! Jusco terbesar di Asia tak silap aku. besarr gilaaaaaa. banyaklah store-store kat dalam tuhh. jejalan jeh. window shopping.

then, gerak balik ke rumah Zami sebab kereta Kak Innz tinggal kat situ. selepas solat semua, kami gerak balik ke Seremban.

sampai rumah dalam pukul 9 malam. penat kot. mata dah merah-merah dahhh. then, sleep time!

itu jeh kot cerita punya panjang lebar. hehe. silalah jeless. dipersilakan. *joke*



 Me and Mishhy Innz

Mishhy Innz, me, Daniel Adie


Nabil ada lesung pipit, aku adaa.... double chin.
okaylah tuh kot.

me and model bakal ngetop! muahahah
Fiq Fiqri

Me and Misshy Innz again!

Me and Daniel Adie


fuhh. memang bestlah tapi, sumpah segan dengan dorang ni. dahlah 6 orang lelaki, 2 perempuan jeh!
pastuh hensem-hensem dan pemes-pemes lak tuhh, lagi lahhh, segannnn. haha.
kecik jeh aku rasa *padahal besar* bila dgn dorang.
hope, raya tahun depan boleh jejalan lagi! boleh kenal-kenal kekawan baru kann?
^____^

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook