DiGi iPhone 4 LIFE!

Tuesday, September 28, 2010

Hello again. sekarang dah sampai task yang terakhir aku bagi memenangi iPhone 4. Task kali nie sangat senang. just letak picture kita dalam frame iPhone! nak tengok takk? angguk cepat sekarang! muehehehe.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


haha. silalah muntah sekarang. toilet dibelakang anda. hehe. comel kan?
WISH ME LUCK GUYS!

I hope I can share the good of iPhone 4 throughout the world!
yeahhhh!

to DiGi and Nuffnang, thanx for reading my 4 post. hope to hear a good news from you!



DiGi iPhone 4 REAL!

Tuesday, September 28, 2010

Helo again! harini aku nak bercerita sikit tentang tawaran DiGi. aku nie bukannya pengguna DiGi. but, tawaran yang mereka sedang buat sekarang begitu menggoda hatiku. ececehh.

kenapa aku kata ia sangat menggoda?



sebab:

1) dengan hanya serendah RM58 sebulan dengan rebate RM5, kita boleh dapat macam-macam yang best. bagi aku, harga ni sangat sesuai bagi student macam aku. dengan dapatnya duit PTPTN yang bakal aku dapat tak lama lagi, aku rasa tak ada masalah nak bayar every month. wee~
2) kalau kita BANYAKKK guna, kita akan dapat BANYAK FREEE! boley lah gayut atas pokok lama-lama dengan ehem-ehem aku. nak tepon other line pon boleh. harganya TETAP sama. boley cakap 200 minit tanpa henti, 200 SMS, 20 MMS and internet 1GB! WOW, sangat masyukkkk!!!!! banyak untung woooooooooo.
3) kalaulah korang dah habes free monthly usage tu kan? secara sendirinya, rate korang akan turun kepada 15 sen untuk voice call, 10 sen untuk SMS dan 20 sen untuk MMS. tengokkkk. murahh lagikkk! siapa yang tak nak wei? AKU NAKK!
4) kalau pakai Friends and Family Plan, LAGII MURAHH rate nyaaaa. ishhh. melampau-lampau murahnya. dah dapat jeh DiGi nanti, akan aku letak number yang teristimewa dalam plan aku. boley gayut lama-lama. adoi. bestnyaaaaaa.......
5) One last thing, kalau guna DiGi, aku akan dapat UNLIMITED FREE INTERNET and NO EXTRA CHARGES. wow, dengan adanya DiGi and iPhone, aku nak online kat mana-mana pun boley! dahlah FREEE wei! lagi best online FB and update blog kat iPhone! nak TRY!!!

aku selalu berkeinginan nak pakai DiGi, tetapi selalu tak kesampaian. masa tak delah, duit tak adelah, hp tak delah. haishhh. and aku terfikir nak tukar brukband aku ke DiGi broadband sebab lagi cepat loadingnya. tengah tunggu masa jeh niee. hehehe

AKU NAK DiGi iPhone niee! nak jugakk!



DiGi iPhone 4 Play!

Saturday, September 25, 2010

heyo lagi! wah wah wah. sejak bercita-cita nak menang iPhone 4 nie, bersemangat lagi yer buat entry tiap-tiap hari. bukan apa, ini adalah satu syarat daripada DiGi and Nuffnang kalau nak menang! iPhone 4 wei! siapa yang tak nak kan? okay. untuk hari yang kedua ini, mereka suruh buat satu post tentang application untuk iPhone dari iTunes Store! ermm. agak susah sikit nak buat sebab aku kan mana pernah pegang iPhone! yang aku tahu iPhone ade banyak apps yang menyenangkan kita!

okay. setelah aku menggunakan pakcik Google, aku berminat dengan satu apps that is Guitar Toolkit. aku nie tak reti langsung nak main gitar nie. ade gitar sendiri pun susah. aku teringin gak nak belajar main gitar dengan mudah. so, tak payah ade guitar pon senang. kalau dengan iPhone, kita boleh jeh belajar. Guitar Toolkit ini ade semua features yang real gitar ade taw! jangan main-main! dengan sentuh jeh jari kita dekat iPhone tu, kita boleh main gitar sejibik macam real gitar! waaaaaaa! coooool~

Pemain gitar pun boleh nak main gitar dekat mana-mana. tak payah nak bawak gitar yang besar gedabak and berat tuh ke mana-mana. ON THE GO babe! and lagi satu, sesiapa yang left handed, kita boleh gak main tuk gitar yang left-handed. cool kan?

Kalau aku dah reti main gitar, boleh lah aku compose lagu yang best-best! lagi-lagi dye ON THE GO, lagilah senang kot-kot tetiba idea nak compose lagu tu nak datang kan? senang kalau ade iPhone 4! hujung jari jeh taw! awwww~

overview of the apps




wow, sangat cool and canggih okay! 

to DiGi and Nuffnang, i hope this entry suits ur conditions. i hope so!
ngee~

I WANT THE iPHONE 4!

DiGi iPhone 4 me!

Saturday, September 25, 2010

heyo. entry sangat ringkas and padat okayy. dari 24 september sampai 1 Oktober, DiGi and Nuffnang bermurah hati nak bagi iPhone 4 kat sesiapa yang bertuah. wow, tawaran yang menarik nie. aku mesti tak lepaskan peluang. muehehe.



okay. aku dah berangan dah nie nak pegang iPhone dalam tangan. selama nie pandang jek sepupu aku tayang iPhone. aku pun nak merasa gak. korang nak tahu sebab apa aku nak sangat iPhone 4 nie?


Sebab-sebab;

1) ia sangat nipis(35 inches or 89mm), ringan (137g), sangat canggih. 
2) ada ciri iPod touch and iPad. kan best tu?
3) menggunakan sentuhan kita sendiri on the multi-touch display and sangat sensitive dengan jari kita.
4) apa yang perbezaan ketara ialah dari segi designnya. menggunakan 'uninsulated stainless steel' and acts as a device antenna.
5) ada  Apple A4 processor and 512MB eDRAM (lebih canggih dari iPhone biasa)
6) 16 GB or 32Gb flash memory (boleh simpan banyak benda kan?)
7)  camera ada depan and belakang. boley lah 3G dengan orang tersayang. handphone aku yang sekarang nie, tak boleh nak 3G sebab camera kat belakang jek. sadis betul. =.="
8) boley record video yang cantik-cantik and very the clear macam HD. tak payah nak tunggu duit turun dari langit sebab berangan nak beli kamera DSLR uh. ade iPhone kan senang?
9) ade wi-fi. itu yang best. nak online pun senang kan?
10) lebih bagus adanya DiGi. dahlah sangat murah. coverage lagi lah senang nak dapat.
 
 


Korang nak tahu something tak?

Friday, September 24, 2010

Salam semua. ececeh. sudah lama jari jemariku yang comel nie tak menaip kan? ade yang rindu keh? *pasan jap* bukan apa kawan-kawanku, korang semua kan tahu kebanyakan blog-blog nie dilanda malware. adehh. aku pon tidak terkecuali. naseb baek ada encik Suffer tolong selesaikan. aligato kozaimass! *erkkk*

Di malam yang nan indah nie, ececehh. jiwang sudah. aku nak share kat korang something yang interesting bagi aku. aku rasa ramai kot yang dah tahu. tak apa. aku nak share gakk. *hentak-hentak kaki*

korang nak tahu jantina lappy kesayangan korang tak? haa? jantina? iyer. jantina sayangku. sila tutup mulut anda yer. nanti lalat masuk. tak manis. hehe. kalau nak tahu jantan ke betina, meh follow step kat bawah nie. kacang jehk. sepupu aku yang 5 tahun pon tutup mata jeh boleh uat taw. meh meh, dekat sikit.



1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
    Save as =  love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?
Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....




haaa? apa macam? jantan ke betina? keh ade yang khunsa? tettttt. hahah. cubalah sendiri yer. kalau dah tahu jantan ke betina, sharelah kat sini. sharing is caring mehh! hehe. 

aku nyer gegurl. hehe. LIKEE~

have a good day korangg~

tata. Salam. weee~


pssst; saya happy scandal dengan dye even saya kehilangan sorang kawan baik saya. ^^ 



akhirnyaaa..

Sunday, September 19, 2010

Salam semua. dengan bangganya aku berkata, semalam aku dah sampai ke universiti tercinta. UMP. muehehe. rasa lambat giler sampai sini even 3 jam jeh perjalanan. penat punggung ai taw. hehe.

and bersiap-sedialah aku untuk membusykan diri. dengan expo-convo yang banyak lagi tak siap. ishh. pening bila aku pikir. aku nie dahlah dak first year. blurr-blurr gitu. aisehh. cepatlah habes gamaknya. tak sanggup lagi dah nie. grrr.

Orkestra tak pe. aku suka masuk dalam kelab nie. FUN! agagagaga~

and semalam aku sebak sebab kak TTT dah meninggal dunia pada 17 September lepas. huhu. rasa tersentap yang amat sangat. arwah meninggal sebab kanser serviks. kat Jepun arwah meninggal. kak TTT uh sangat lah frenly. bila kita pergi blog dye, dye mesti akan balas visit kita. cantik plak akak tuh. sekarang blog dye dah ditutup. rasa sayu sangat hati nie. so, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. arwah pernah buat kontest nak menang Blackberry. aku rasa dye uat kontest uh sebagai kenangan dari dye sebab dye tahu kesihatannya tak stabil. huhu. semoga kak TTT tenang di sana. =.='

dont underestimate me lahh!

Friday, September 17, 2010

Salam semua. sehat ker korang semua? duit raya banyak dapat? hehe. dah besar, tak yah dapat banyak duit raya kan kan kan? harituh baru aku melalak kat pusat karaoke. muehehe. lepas gian aku nak berkarok. 3 jam straight aku berkarok. habes dah suara aku. then, raya arituh aku sempat nak berjumpa dengan kawan lama. perghh. memang best giler. jumpa kawan tusyen yang terserempak kat sana. best-best. tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. muehehe. ;)

ermm. berbalek kepada tajuk di atas. aku nak bagitahu lah kat sesiapa yang kat luar sana. DONT UNDERESTIMATE ME. bukan apa, aku tak suke dengan mereka yang pandang rendah kat aku. =.="

korang kan tahu cos yang aku amek nie amatlah susah. chemical engineering. dengar nya pon, dah woooo kan? nie pak sedara aku lah nie. dia macam pandang sinis kat aku. dye engat aku tak dapat carry. tahulah result matrix aku dulu tak seberapa. dapat plak cos nie kan. lagi-lagi kat UMP. haa? UMP? menatang apa tuh? tu Universiti Malaysia Pahang lah. memang lah tak segah universiti hebat yang lain kan? huhu.  aku tahu anak dye super genius. study overboard. dye kata, anak dye pon tak dapat nak bawak cos nie. aku pon senyum kambing je lah. dalam hati, dah sumpah seranah dah. itu anak ko, bukan aku pakcik ooi! 

tak pew. aku anggap apa yang ko cakap kan tuh sebagai cabaran kat aku. ayah aku kata, 'adik kena buktikan kat dorang yang dorang tu salah. adik kena sahut cabaran tuh'. so, aku sematkan dalam hati yang aku boleh buat. even susah macam vavi pon, aku kena buat gak. dah tertulis takdir aku amek cos nie, aku redha je lah. aku percaya rezeki Allah itu ada asalkan kita berusaha kan? 

okelah. itu sahaja coretan aku kali nie. dah lepas sket geram aku. muehehe. take care korang. wee~ 
;)

syawalku~

Tuesday, September 14, 2010

Salam semua. pejam celik, pejam celik dah nak masuk raya ke-lima kan? sekejap jeh. puasa harituh lagi lah. sekejap jeh dah habis. aku rasa diri aku sangat jahat pada puasa tahun nie. harap-harap puasa tahun depan aku dapat ganti balik. huhu.

aku rasa sebahagian tahu yang aku ada masalah sikit dekat rumah. and memang niat aku tak nak balik raya nie. nak raya dengan kawan-kawan aku. hehe. memang aku tak high expectation pun raya nie. nak balik sampai rumah pun, hati berdebar-debar. dup dap dup dap.

but, Alhamdullilah. semua berjalan lancar. semuanya okay. aku pun dah bertaubat. nak jadi anak yang baik. tak mo ekutkan kata hati dah. tak baik kan kan kan? :)

baju raya tahun nie kan, ayah and mak aku yang pilihkan kaler and design. sebab aku kat pahang. tak balek-balek. tak sempatlah nak pilih baju raya. i must say that yang aku suke corak yg dorang pilih. sangat cun. nasib baik lawa and comel. heee~

duit raya pulak Alhamdullilah dapat banyak sikit tahun nie. dengan tiket dah masuk uni. muehehe. suka ai. Alhamdullilahh. tak tahu nak cakap macam mana lagi. rezeki keluarga aku pun bertambah tahun nie.

nanti dah dapat duit PTPTipu, tak yah lah aku nak mintak duit kat mak and ayah aku lagi. senang. biar aku jek yang uruskan duit. aku. nak bayar hutang-hutang yang tertunggak. banyak nie. hee~ LIKE!

cuma suasana raya tahun nie kureng sikit. tak tahu lah kenapa. kemeriahan kureng sket lebih-lebih lagi kampung ayah aku. lengang giler. tak ramai yang balek. semua balek kampung belah lain. huhu. sikit jek tetamu yang datang.  lain pulak dengan kampung aku lagi satu, tetamu tak putus-putus datang. sekali datang macam rombongan cik kiah. muka nie lah yang terkejar sana, terkejar sini. nasib badan jadi anak dara tunggal. huhu.

nasib baik kampung ayah and mak aku dekat jek. boleh lah nak ulang-alik. senang kawen dengan orang senegeri ni. tak yah gado-gado nak balik mana. haha. teehhheee~

okaylah. entry nie ditulis setelah kepenatan mengemas dapur. tadi ada sedara datang raya. niat dihati nak raya port dickson malam nie. cancel lah pulak. penat woo. pinggan mangkuk bertingkat-tingkat kat sinki. nasib baik ayah aku tolong. kalau tak, pengsan aku kat dapur tuh. kehkehkeh. :)

nak tengok gambar raya aku tak? tapi, tak banyaklah. sebab semua pic aku ade yg tak kai tudung. huhu. :)






thats all. salam~

psst; check out my novel. hehe. suka suki jeh nie. 
clik SINI ekh.. wee~


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin?

Wednesday, September 08, 2010

psst; nie STICKY entry okayy. SCROLL DOWN!


Salam semua. sekarang ni aku tengah bertungkus-lumus nak kemaskan rumah. langsir, kemaskan stor etc.
Sementara mak aku keluar nie, aku nak curi masa sket nak tulis entry. Aku takut tak sempat nak mintak maaf jeh kat korang sebab petang nie aku akan berangkat ke kampung. hehe.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Aku mintak maaf kat korang kalau ade
tersalah cakap
tersalah tulis
tersinggungkan perasaan korang
terguna duit korang
terpinjam barang-barang korang
dan TER yang banyak lagi.

Maafkan aku yer. Aku nie kekadang tak sedar apa yang aku buat menyinggung perasaan korang. Aku tahu masa bulan puasa nie, banyak betul masalah yang aku dapat. gaduh sana, perang sini. hehe. 
Kepada rakan-rakan GengBlogger, mintak maaf yer dari hujung rambut sampai hujung kaki. ececehh.


tata. wee~

psst: check out my novel. haha. TEST-test jeh nie. 
click SINI ekh.


korang rasa korang bijak?

Tuesday, September 07, 2010

salam. aku terjumpa benda nie masa tenga blog-walking. and aku rase ia sangat COOL. cuba korang try jawab quiz nie dulu. nanti aku bagi jawapan. hehe. try dulu okayy.




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
GIVE UP?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



SMART ENOUGH?


Tak Salah Rasanya.

Saturday, September 04, 2010

Salam. erm. korang mesti pernah dengar banyak cerita tentang Lady Gagap kan? mesti korang pernah tengok video yang merevealkan maksud tersirat dalam lagu dye kan? kalau belum, terjah jeh youtube. berlambak jeh video pasal lagu-lagu dye. yang paling banyak maksud tersirat ialah lagu Alejandro. Alejandro maksudnya disini ialah setan yang disembah oleh Gagap.

erm. apa yang aku nak katakan disini, ialah bagi pendapat aku, tak salah nak dengar lagu-lagunya. but, sekarang kita dah tahu kebenaran di sebalik lagu-lagunya so kita kena berwaspadalah. jangan bawa sampai nak memuja-muja bagai. 




Baphomet




all-seeing eye


lambang-lambang Freemason.

bukan lagu Lady Gagap jeh yang ade maksud tersirat. lagu Rihanna, Jay-Z, Beyonce pon ade gak maksud tersirat. and lagu Rihanna Unfaithful yang meletup-letup dulu pon dengar khabar mempunyai maksud tersirat.

Disebabkan kita sekarang ada ilmu dan akal untuk berfikir yang mana betul dan salah, kita seharusnya fikir yang kita tak sepatutnya obses atau memuja lagu-lagu tuh kan? bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendirik!

aku nak share satu flash. but, korang kena download sendiri sebab dalam format .zip. kalau korang nak lebih tahu tentang dajjal, propaganda yahudi korang click SINI yer. tayangan selama 22 minit nie tak kan buat korang jemu. thanks to my friend yang sudi share flash nie. wee~

psst; kalau ade salah tentang fakta aku, minta diperbetulkan okay! *wink*

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook