aku dah buat, korang?

Friday, July 30, 2010

salam sume. harinie nak merepek jap. sebab tak tahu apa dah nak membebel kat sini. haha. okay. harinie just nak bagitahu kat korang yang aku DERMA DARAH tadi. yeahh! dah dua kali taw aku derma darah. and kalau mak and ayah aku tahu, mesti dorang geleng kepala. haha. anaknya degil nak uat camner. tak pew buat kerja mulia. tak apa kan kan kan?



erkk. before aku pegi derma darah, aku cuak gak taw. sebab aku kena drive ke Kuantan petang nanti. then, aku terjah lah sister sana. aku tanya boleh tak drive after derma darah. sister tuh kata boleh jehh. fuhh. lega betul aku. then, aku terus je lah isi borang. padahal time tuh aku ada presentation kena buat. tak apa. kelas lect tuh masuk lambat pon tak apa. better late than never kan?

masa derma darah tuh, sister tuh boleh lak tanya apa green-house effect. adoiyai. dah lah aku lupa bab tuh. main taram jeh gas-gas yang ada. layan je lah sister ooi. wakaka. after 5 minit, akunyer dah selesai dah. yiipieee. darah keluar dengan banyaknya. wahh. bangga. 

aku nyer tekanan darah dah sampai bordeline. means that lau aku nak derma darah lagik, cam susah lah. kena tunggu setahun baru boleh derma balek. tak pew. aku redha. wee~

then, kul empat aku gerak ke Kuantan. drive lagik. naseb baik aku dah rehat sekejap. sebab after derma darah tuh aku macam pening-pening sikit. nak muntah. naseb baik dah okay. bergeraklah ke kuantan dengan jayanya. alhamdullilah.

okelah. aku dah derma. korang bila lagik? alah. tak saket pon dye cucuk. macam kena gigit ngn semut api. mana tahu tak lama lagi korang memerlukan darah? mana tahu kan? boleh selamatkan nyawa orang nie. bukankah amalan mulia?


comel kan?

Ladies beware! Guys watchout!

Wednesday, July 28, 2010

hye hey hey. haishh. rajin bonar aku menaip semenjak dua menjak ada layout baru nie. haha. tak pew. semangat baru. itu yang penting. akan aku genggam kata Zack Entry, buat lah post selalu yer. yezzzaa.

dah-dah. jangan nak mengarut. ermm, malam nie nak cerita tentang ceramah yang aku WAJIB hadir malam nie. ceramah jenayah ROGOL dan RAGUT. (R&R) . dalam pikiran aku, adoiyai, mesti boring punyerlah. kalau tak pergi kang, kena tolak merit. tak sanggup aku nak duduk luar. haishh. pegi je lah kan. untung-untung best.

well, nie ialah ringkasan ceramah tadi. overall, okelah. interesting sebab ade video-video yang best. now, aku nak share tentang ilmu yang aku dapat tadi.

korang tahu tak sebenarnya, setiap dua jam setengah, ade perempuan kena rogol? dua jam setengah yer murid-murid. ini mengikut statistik PDRM. scary kann? so, persatuan ini dari CPP Training and Services telah meningkatkan kesedaran kepada para wanita untuk belajar tentang pertahanan diri. dye gabung 36 jenis pertahanan diri menjadi satu. nama program nie ialah Woman Responds Technique (WRT). lihat betapa kreatif nya mereka-mereka ini. korang mesti fikir yang bagi ceramah mesti perempuan kan? sebenarnya yang ajar dan bagi ceramah nie ialah LELAKI. lelaki-lelaki ini telah menyedari tentang berharganya kaum wanita. dan layak disentuh sesudah akad sahaja. bagi pendapat aku lah. lau tak, takkan lah boleh timbul kesedaran antara mereka. betul tak? sila angguk sekarang.

nie aku nak share something interesting, korang tahu tak especially perempuan, lelaki boleh dapat kita dengan bermodalkan RM5. yepp. dengan RM5 sahaja. bagaimana caranya? senang jeh. perogol nie beli coke satu botol, dan ajinomoto. campur ajinomoto dan coke, then, goncangkan. pastuh, bagi perempuan minum. (pak aji tuh letak banyak baru ade effect). then, secara tak langsung apabila kita minum, akan meningkatkan nafsu kita dan kita yang akan serahkan diri kita kat laki. secara sukarela. tanpa kita sedari. so, beware dengan COKE taw. bahaya. amaran keras, lelaki jangan gedik nak guna cara nie. aku engatkan sekali lagi, BEWARE OF COKE and air BERGAS!

layan gambar nie jap. nanti aku cerita detail sal gambar nie.


hayati gambar nie. scary bukan? aku tahu korang takut.  but, pengajaran. erm. gurl nie kena rogol. kena kerat dengan pisau. rogol then kena bunuh. kalau korang perasan, tangan kanan dye genggam. means that dye mengalami kesakitan yang amat sangat semasa dye meninggal. then, selepas dibersihkan, dijahit balik, tangan kanan dye terbukak dan muka dye senyum. para petugas terus demam seminggu. jenazah pun tahu saket taw. isghtfar banyak-banyak syaz. subhanallah.


ini pulak statistik dari PDRM. so, aku remind kembali, BEWARE!

aku dah ade niat nak join program nie. nanti after konvo, dorang nak datang balik. aku nak  join!

so, guys out there! watchout! sebab perempuan akan BERTINDAK!

kerja gila!

Monday, July 26, 2010

salam sume. adoiyai. hari nie nak cerita sikit pasal pengalaman aku hari nie. pagi tadi aku pergi jemput kawan aku kat terminal kuantan. macam nie, kawan aku bertolak dari johor pukul 12 tengah malam. sampai kat kuantan dalam pukul 5 pagi. tapi, disebabkan kawan aku nie perempuan, kami risau lah tentang keselamatan dye kat terminal tuh. dibuatnya kena culik keh, tak keh naya tuh. betul tak? so, aku mengambil risiko pergi ambil dye guna kereta sewa.

korang bayangkanlah aku nie yang dah setahun tak bawak kereta manual tetiba kena bawak. adoiyai. konpident tuh memang lah ada. but, aku kena recall baliklah. malam tuh aku tak boleh tidur lansung. macam-macam dalam pale otak aku nie. cuba nak engat cara-cara nak bawak kereta manual. adoi.

pukul 5 aku dah bangun, siap-siap mandi then pergi ambil kereta sewa. masa first time uh gabra lah gak. kot-kot salah masuk gear keh. kami pergi round-round UMP dulu. bila dah ready, kami keluar lah dari UMP. haaa, nie ade cerita kelakar sket. masa kat gate depan, pintu pagar tutup lagi. kami dah cuak kot. kot-kot tak boleh kuar keh. then kawan aku pergilah cakap dengan jaga tuh. aku duduk dalam kereta jeh. then, kawan aku cerita lah sal tadi. kawan aku cakap 'nampak sangat kita nie first year'. aku peliklah. 'kenapa wei?'. kawan aku kate  'sebenarnya kita tak yah mintak permission pon. jaga tuh cakap pe taw, 'hati-hati yer'. adoiyai. malu giler lah wei'. aku gelak jeh. lawak-lawak. 

so, kami mulalah perjalanan ke Kuantan. kan waktu pagi so, memang berkabuslah. memang susah sikit aku nampak jalan. dahlah gelap. dengan lori dan bas yang banyaknya. scaryy woo. dalam hati aku selawat jeh. moga-moga kami selamat. dah lama-lama aku dah makin biasa. gear pon dah okay. traffic light macam merestui jeh. hijau jeh. tuh yang best jeh. tapi, kena berhati-hati lah gak.

alhamdullilah, akhirnya kami sampai gak ke Kuantan. pergi jemput kawan aku. then, pergi solat subuh kat Masjid Kuantan. selepas selesai, kami gerak balik sebab aku ade kelas pukul 8. time nie kereta dah banyak sebab orang pergi kerja and pergi sekolah. ade plak time uh. ade gak yang nak ajak racing. aku cool jeh. kang layan kang pergi kemana lah pulak nanti. hehe.

finally, sampai gak keh UMP. lega rasanya. and aku tak caya aku dah boleh drive. Ayah, adik dah boleh drive. myVi satu! haha. berangan ko syaz. okelah. cukuplah. aku membebel. hehe. pengalaman yang sangat adventure hari nie. aku sangat suke. lepas nie, bolehlah sewa kereta lagikk. yeahh! tak yah naik bas nak ke Kuantan. weee~

erkk..kelab mana ekh nak pilih?

Sunday, July 25, 2010

hye hye hye. salam sume. harinie nak update sikit tentang aktiviti aku kat UMP nie. em, semalam kan ade pameran tentang kelab-kelab yang ada kat UMP. semua sekali ada lebey kurang 55 buah kelab. pada mulanya aku malas nak pergi but kawan aku dah ajak. aku pergi jelah. naseb baik dekat dengan kolej aku. 

woo. bila sampai jeh. mak aihh, ramainyer. abang-abang dan kakak-kakak senior sedang cuba promosikan kelab-kelab dorang kat freshie macam aku. aku dengar jelah. ade gak yang aku tertarik. then, aku jumpe rakan blogger a.k.a senior aku gak kat sini. first time jumpe blogger taw. haha. chah namanya. then, dye cadangkan aku masuk kelab dye. sebabnya ialah, yuran pendaftaran FREE, and banyak barang FREEBIES. kelab MSP (Majlis Sukan Pelajar). so, aku join lah. macam senang jeh kejenya. hehe

next, pergi jalan-jalan tengok kelab lain. aku join Kelab Sekretariat Rukun Negara. sebab apa aku masuk kelab nie, sebab aku akan ada peluang nak join Majlis Tertinggi (MT). cehh. berangan ko syaz. haha. last kelab aku masuk ialah Kelab Media dan Kewartawanan. em. aku masuk kelab nie pulak sebab aku minat ambil gambar guna kamera DSLR and nak tahu teknik-teknik nak buat gambar tuh jadi lawa plus nak belajar edit guna Photoshop. aku teringin sekali nak belajar. wee~

before malam semalam. aku ade masuk satu kelab nie. masuk orkestra UMP. tapi ada audition lah. aku masuk bahagian management. sebab tak de bakat main alat muzik  tapi aku tetap nak join orkestra nie so, aku masuklah bahagian management. hope dapat lepas. wee~

Overall, aku masuk 4 kelab.
- MSP-
- Sekretariat dan Rukun Negara-
- Media dan Kewartawanan-
- UMPO (UMP orkestra)-

jom layan gambar okay!





+antara kelab yang ada+




demo debat juga ada oleh Kelab Orator



aim aku bila masuk universiti nie aku nak aktif lah kalau boleh. chaiyok syazana!

Blog ku sudah berubah wajah!

Saturday, July 24, 2010

Cakkk sumee. korang mesti perasan kan yang blog aku dah tukar layout? dulu kaler orange now kaler purple plak. saje jeh nak tukar selera. boring plak nanti kan? tak macam Eciz, dalam seminggu bape kali ntah dye tukar layout! jelezz i tawww.

aku nie manalah tahu sal coding-coding bagai nie. hanya dak komputer jeh yang tahu sal-sal nie. aku nie dak kimia a.k.a dak nerd. haha. nerd keh? pikir balekk yer. so, aku telah meminta tolong seorang blogger niee. dye nie kira scandal aku kat GB. alah, banyak jeh scandal aku kat sini kot. wakaka. dye ialah suffer8zine. dye volunteer nak tolong aku. aku pon terimalah dengan suka citanya. rezeki jangan ditolak beb, musuh jangan dicarik. naya nanti. kan kan kan? angguk cepat!

aku mengucapkan terima kasih kat dye and rakan-rakan blogger yang lain. yang tolong uat header kat atas nie sekali. wanhazel. freeee jeh. tengs wan.

and and and to Eciz and Harry kerana telah membuat surprise tuk aku kat GB masa birthday aku.  aku terharu oke. pandai ekh korang prank aku. adeshh. kesabaran je lah. hehe. pluss rakan-rakan blogger and facebook kerana telah wish aku arituh. terharu lagik. adoiyai. bape banyak nak terharu daaa. boleh banjir di sini. aku SAYANG korang sangat-sangat. bak kata Harry, FRIENDS FOR EVER oke?

oke. now, aku nak mintak pendapat korang. what do u think of my new blog? berat sangat keh? cute keh? just say it okay? aku terima jeh. once again, THANX A LOTZZ! muahhhxxxx!

hatiku berbunga ceria!

Saturday, July 24, 2010

Salam semua. aku just nak bagitahu korang yang aku MENANG contest! yepp. contest! engat tak aku pernah masuk contest Anda Photogedik Photogenic? lau tak engat, sila pergi ke sini okay! lihatlah gambar photogenic aku tuh. wakaka. comel kan? wee~

contest tuh dah lama tutup and penganjur nya pon dah announce sape pemenangnya. but, aku kan busy. tak dapat nak jengah tengok. tup-tup, aku dapat mesej kat cbox yang aku dah menang. sukanya hati. manalah aku pernah menang contest kan? nasib jeh nie. naseb de pilih 10 pemenang. adelah gak chance aku nak menang. wee~

mesti korang tertanya-tanya apa hadiahnya kan? ntahlah. aku pun tak tahu. kita tunggu dan lihat je lah ekh. aku pon teruja nie. hadiah apa lah ekh? *berfikir jap* whatever lah. aku tak kisah pon. redha jeh. hehe

Mehlah korang ke blog budak nie. nama dye Mia Farrows. comel jeh budak nya. dah pandai anjur contest. good job gurl! =)

psst; korang perasan tak? tunggu next entry okay! =)

ko tak paham bahasa keh?

Tuesday, July 20, 2010

*entry saket aty. harap maklum*

adeshh. harinie entry emo sket yerr. tarekkkk nafasss. then, lepas yer syaz. oke2. sebenarnya aku geram dengan ex aku. dye nie tak paham bahasa keh ape? aku cakap tak nak, tak nak lah. keh nak aku cakap bahasa babun? ishh. saket jiwa akak taw tak.

nak kata besar, dah besar dah. 20 tahun dah nie. and i guess dah matang kot. tak kan tak boleh nak pikir sendiri mana baik and buruk. bukan apa, dye nie dah break dengan gf dye. then, dye kate 'i want you'. padahal dye dah tahu aku dah ade bf. bagi aku dye nie jenis tak boleh hidup single. mesti nak ade someone special beside dye. bila dah break, mulalah cari aku. eeeii. dye dah lama dah bengang dengan gf dye. but, dye tahan je lah. selagi aku tak balek pada dye, dye tak kan break dengan gf dye. itu dye cakap. but now, entah lah. terkejut gak aku.

yepp. masa aku dengan dye dulu, memang lah sangat indah. then, kami clash sebab aku nak fokus kat study. then, kami kaple blek. then, break. then kaple balek, then clash. haha. tiga kali aku kot aku kaple dengan dye. dah lama-lama hati aku dah tawar dengan perangai dye. makin lama makin geli lak aku tengokk. and aku tak nak balek kat dye. TAK NAK!


now, dye macam nak ugut aku plak. since dye dah single sekarang, dan dye pikir tak ada orang yang sayangkan dye. dye nak balek kepada old habit dye. means race, smoke and dll. adeshh. suka hati ko lah labu. hidup ko, ape hak aku nak halang? dah beribu kali aku nasihatkan ko supaya berubah but yet ko tak berubah. degil tahap gaban taw tak. tak taw lah kepala ko tuh diperbuat daripada apa. batu dari planet pluto gamaknya. kalau in case something happen kat ko, ko nak salahkan aku ke bai? i hope u think carefully and effect nya kat diri ko and sekeliling ko. aku sayang ko tetapi sebagai KAWAN. ulang, KAWAN. jangan sampai aku benci ko tahap maksima oke. ko dah besar kan? ko tak payah nak bergantung hidup kat orang lain. and ko cari lah pompuan lagi baik dari aku. aku nie tak sesuai dengan ko. go away!


oke dah abes part ex aku. now, my current bf plak.

em, aku tak tahu lah sama ada dye boring keh tak dengan aku. aku layan dye baik taw. bila aku tanya sama ada dye boring ke tak dengan aku, dye tak jawab. dye cakap jangan tanye dye lagi soklan tuh. bagi korang lah kan, betul keh apa yang aku rasa nieee? mesej pon jarang. kol dye waktu pagi and before aku tidur. tu jelah masa aku nak cakap dengan dye. dye dah lah jauh. dye kat selatan aku kat tengah-tengah. long-distance relationship nie. kot-kot dye dah sangkut dengan pompuan kat sana. manelah tahu kan. huhu. kang aku cari laki lain kang. haha. adeshh. jangan curang. setia oke sampai ko free dari dye. ko sayang dye kan? u can syazana. wewittt. hehe

psst; kepada mamat wewittt, semoga cepat sembuh oke! =)


Berhati-hati apabila menaip BLOGSPOT!

Sunday, July 18, 2010

Salam. hye sume. harinie nak share sikit tentang apa yang aku tahu and maybe ada diantara korang yang tak tahu. benda nie dah lama cuma baru sekarang baru terhegeh-hegeh nak post. pemalas. thats me. haha.

oke-oke. back to the story. em, dulu aku pernah terjah satu blog nie. and terjumpa satu post yang berkait-rapat dengan akidah kita sebagai umat Islam. apabila korang menaip http://syazberry.logspot.com secara automatik dye akan keluar page tentang Bible. berhati-hati taw. kalau tak caya, korang test lah sendiri. pakai url blg korang and buang B. test sekarang.


kesimpulannya di sini ialah berhati-hati yer apabila menaip tuh. *peringatan pada diri sendiri*. adios amigass!

first day of classs~

Tuesday, July 13, 2010

yuhuuuu. im backk. fuhhh fuhh. banyaknya labah-labah bersarang kat blog aku niee. nyah ko dari sini.

di petang yang damai nie sambil menghadap baju-baju yang bergantungan di tingkap, nak tulis sikit pasal first class aku kat sini. actually semalam dah start first class, tapi, baru harinie nak citer kat korang.

woooo. class memang superb. yelahh. tak start lagi maa. ade yang cancel terus. ade tuh baru nak panas punggung, dah habis klass. setengah jam paling lama. lecturer pon bagi teaching plan jeh. apa yang kami akan balajar kat sini. perghhh. mengalir air mata darah aku menengok subjek-subjek nya. mencabar otak aku lepas niee. Ya Allah. berilah kekuatan pada hanba-Mu ini. mampu keh aku mencarry subjek yang macam memberatkan niee? syukur aku ada basic in fizik. kalau aku dak hayat amek chem eng, mau pengsan aku. syukur Alhamdullilah.

kat sini, ada lah budak-budak international. mostly dari yamen arab saudi and china. ade lah jugak aku usha mamat arab nie. wakaka. memandangkan dye satu klas dengan aku. speaking gituu. naseb baek dye jenis yang agak banyak tanya soalan if kita yang mula cakap dengan dye dulu. banyak dye tanya opinion aku sal keadaan kat sini. suke lak aku. wee~

esok nak masuk lab yang cam kilang tuh, then, lau habis awal, aku nak terjah library. wee~

psst: PTPTN dah settle. mood; happy!

MINDS 2010- Updated

Sunday, July 11, 2010

hey hey hey, hari nie barulah dapat update blog dengan lancarnya. minggu nie on9 boleh but tak boleh nak update blog sebab sangat penat. orientasi. paham-paham jelah kan? penat sehh. tido sehari dalam dua jam jeh. mana tak penat waktu siang.

well, sepanjang minggu nie merupakan pengalaman paling berharga dalam hidup aku. even penat, but ia sangat memorable. tak mungkin aku akan melupakan sebab ini adalah kali terakhir aku menjalani orientasi. lepas nie, dah tak de lagi dah.

aku bertuah sebab aku dapat roomate yang sekepala dengan aku. tak banyak songeh. jahat gak macam aku. korean minat gak. sama species cam aku. hehe. yang paling best sebab kami jeh yang dapat satu bilik dua orang. yang lain satu bilik empat orang. bila dye boleh tahan lah. sesuai lah untuk dua orang. ramai lah gak yang jelez dengan kitaorang. wakaka. but, ada satu plug jeh. tuh yang tak best tuh. limit sangat.

environment UMP not bad lah. kolej kediaman aku dekat dengan makmal, tutor and kuliah. tak delah jauh sangat. jalan kaki sahaja. pejabat MPP, JHEPA dekat jeh dengan blok aku. senang nak berurusan. yang paling penting wi-fi satu kampus. itu yang penting. nak kata laju, xlah laju sangat. boleh lah tahan. sukeee.

nie ada cerita lawak sket. ada satu masa tuh kami ponteng pegi surau taw. kami bantai g tido dalam bilek. solat dalam bilek lah. lepas isyak kami terus menyelinap nak join dengan budak-budak lain. macam pencurik pon ade. but, masa tengah jalan kami tersermpak dengan kakak-kakak faci.aku buat bodoh jeh lah. but, akak tuh cakap, 'patah balik. lalu kat depan. lalu kat guard tuh'. aku dah cuak dah. but, control jelah. nseb baik ada budak-budak lain lagi. aku engat kan kena marah, but tak pon. fuhh. satu masalah selesai. masa tengah jalan, aku dah konpius nak jalan mana sebab kalau kami teruskan kami akan bertembung dengan budak laki. nak tak nak, kami redah je lah. dahlah duduk diantara. segan den. hehe.

masa kat dewan plak, akak faci selalu buat refreshment. then, dye bagilah tahu sapa pakai baju warne nie, sila duduk. sapa pakai jam tangan sila duduk. masalahnya aku nie tak duduk lagi. then dye kate sapa yang berdiri sila datang ke depan. aku dah gabra dah. kena pergi depan. aku pergi jelah. dye suh main game. laki vs pempuan. main game 'panjang, pendek, tinggi, rendah'. sebagai contoh lau akak tuh kata 'panjang' kami kena buat gaya panjang lah. kai tangan jeh. dye nak uji kami nyer konstrentasi. and guess what, aku ke finale. means that, aku jadi wakil siswi. aku kena lawan dengan siswa lah. punyalah cuak aku time tuh. sejuk tangan aku. bayangkan 3 lawan 1. kena main kat atas pentas lak tuh. semua pandang aku. aku try fokus selagi boleh. akhirnya, aku MENANG. wakaka. semua dak siswa, sume boo aku. malu tak payah cerita lah. aku buat bodoh jeh. yang penting siswi menang. sukee.

then, semalam hari sabtu ada malam kebudayaan. best lah gak persembahannya. yang paling best ORKESTRA UMP. sangat best. kami sume ternganga. amazing lah. ishh. bangga aku sebagai student UMP. masa penyampaian hadiah, aku kena pergi ambil hadiah sebab fakulti kami menang tarik tali. JOHAN lagi taw. bangga woo. but, beselah. kena boo dengan laki. sedey-sedey. at the end, FAKULTI MEKATRONIK menang piala keseluruhan. FAKULTI KIMIA DAN SUMBER ASLI tetap menang di hati ku. korang best lah.

 orkestra UMP. sangat mantap!

video

sila abaikan suare-suare mambang yer. wee~

papepon, korang layanlah gamba-gamba nie yerr.




 Menteri Pengajian Tinggi datang merasmikan MINDS 2010

 makmal aku. makmal kejuruteraan kimia dan sumber asli
 mixer skala besar

 my new friend

 mencanting




MINDS 2010

Tuesday, July 06, 2010

MINGGU INDUKSI SISWA (MINDS) 2010
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
3 JULAI - 10 JULAI 2010

"DAHULU PELAJAR,
KINI MAHASISWA"

*baru hari ketiga. ada lagi 5 hari. penat wooo*


last moment!

Friday, July 02, 2010

Salam sume. em, baiklah. saya tak tahu sama ada entry nie akan jadi terakhir dalam minggu nie atau bulan nie. sebab saya akan masuk UMP esok. saya akan amek Chemical Engineering selama 4 tahun. 4 tahun taw. lame tuh. kampus kat Gambang. kalau ada kat area-area situ, jenguklah saya ekh. hehe. roger-roger taw.

sudah dua bulan saya aktif berblogging. sejak saya keluar dari matrix. kalau dulu, tak kesah kalau ade orang comment ke tak. lantaklah. sebab saya dulu tak matang lagi. tapi, semenjak dah ade lappy sendri nie boleh lah nak terjah blog nie. skodeng blog sana. banyaklah ilmu saya dapat. baru saya tahu yang traffic blog itu penting. boleh dapat duit lagikk. sape tak nak kann? lepas nie tak tahu bila boleh chat kat GB lagikk. nak scandal-scandal dengan banyak orang. haha. eciz, i'll mish you taw, sape nak gaduh-gaduh dengan aku lagikk? jangan ko lupekan aku sudah. pangg kangg!

emm, barang sume dah settle. dah letak kat boot kete lagik. cuma masalah nye skang, tak tahu muat ke tak sok nie. dengan bakul lagik. dengan barang-barang shopping sekali. abeslahh. buku dah ade satu kotak. kalau tak bawah, mau mati saya kat sane. belajar balek. takut saya lupa. chemistry yang penting. mati katak kang. sape nak tolong hidupkan balek? wakaka

sebenarnya, saya tak sabar nak pergi uni. nak keluar dari rumah nie. rumah buat saya tensen. ternak lemak lagik, ade probz ngn parents lagikk. tensen woo. down gilerr. tak pew. saya redhaa. salah saya jugak. degil plus melawan. ishh2. anak sapa lah niee kan? kesabaran je lah. huhu.

tadi kan, saya tengok lah subjek-subjek yang akan saya study nanti. perghhh. mantap tawu tak. nak berdarah otak saya woo. maths, chemistry and fizik. mencabar betul lah. harap-harap saya boleh cope kat sana. tak nak kantoi. takutttt. ishh2, harap-harap berbaloi saya belajar. aminn.

kepada rakan-rakan blogger saya, saya cuba lah nak update blog nie secepat mungkin. i'allah. rasanya minggu orientasi cam tak boleh jeh. busy woo. nak jugak share dengan korang UMP camner. besar ke tidakk kann? tunguu je ekhh.

okelah. saya dah letih. banyak benda kena uruskan harinie. penat sangat sehh.  take care korang. jangan lupakan saya taw.salam. wee~


psst; buat entry sambil tengok WC. brazil vs belanda. wee~

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook